POLISI PELAKSANAAN PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH · 1.1 Pengenalan •Penerimaan & perhatian...

28
POLISI PELAKSANAAN PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH Terbitan: Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.600-17/1/24 Jld. 2 (49) (09 November 2017) drNA.kualiti.2017 1

Transcript of POLISI PELAKSANAAN PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH · 1.1 Pengenalan •Penerimaan & perhatian...

POLISI PELAKSANAAN PROGRAM

HOSPITAL MESRA IBADAH Terbitan:

Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM.600-17/1/24 Jld. 2 (49) (09 November 2017)

drNA.kualiti.2017 1

drNA.kualiti.2017 2

drNA.kualiti.2017 3

1. Pengenalan i. Skop; Tujuan Am & Spesifik

ii. Definisi

2. Nilai-nilai dan Etika

3. Polisi-polisi berkaitan i. Amalan (practice)

ii. Tempat amalan (place)

iii. Sumber manusia (people)

iv. Perkongsian kerjasama (partnership)

4. Peranan dan tanggungjawab

5. Pelaksanaan i. Pelan komunikasi & makluman

(dissemination)

ii. Pelan pendidikan & sokongan

6. Pemantauan kepatuhan & keberkesanan

7. Tanggunggjawab & tadbir urus

8. Semakan polisi

Isi Kandungan

1. PENGENALAN

drNA.kualiti.2017 4

drNA.kualiti.2017 5

1.1 Pengenalan

• Penerimaan & perhatian terhadap perkhidmatan penjagaan spiritual (spiritual care) semakin meningkat.

• Pesakit perlu dirawat secara holistik dengan mengambil kira kepercayaan masing2, bukan sahaja utk membantu mereka memahami tentang penyakit tetapi juga bagi tujuan terapeutik & penyembuhan.

• Polisi ini bertujuan mempromosi amalan terbaik dalam melaksanakan Program HMI selaras dgn aspirasi KKM.

• Polisi ini diaplikasi kepada semua anggota kesihatan, pesakit, waris dan sukarelawan.

1.2 Skop – Tujuan Am

drNA.kualiti.2017 6

Untuk memastikan pihak hospital sentiasa peka dan positif terhadap penjagaan spiritual dan kepercayaan agama pesakit, waris dan

anggota kesihatan.

Untuk memastikan perkhidmatan penjagaan

spiritual adalah sebahagian daripada perkhidmatan

yang disediakan oleh pihak hospital.

drNA.kualiti.2017 7

1.2 Skop – Tujuan Spesifik Untuk memastikan pesakit dan waris dimaklumkan berkenaan kewujudan perkhidmatan penjagaan spiritual di hospital

Untuk memastikan semua aktiviti berkaitan penjagaan spiritual & keagamaan ada didokumentasikan dengan sistematik

Untuk memastikan keperluan penjagaan spiritual pesakit adalah sebahagian daripada penilaian peringkat awal & semasa (ongoing) oleh pasukan klinikal

Untuk memastikan pesakit, waris dan anggota mempunyai akses kepada ruang ibadah/ meditasi, perbincangan serta konsultasi rohani

Untuk memastikan anggota adalah terlatih dalam perkara-perkara asas penjagaan spiritual

Untuk memastikan Pegawai Hal Ehwal Agama hospital menjadi sumber rujukan (subject matter expert) yang merupakan sebahagian daripada pasukan profesional klinikal multidisiplin dalam pengurusan pesakit yang holistik.

2. NILAI-NILAI DAN ETIKA

drNA.kualiti.2017 9

drNA.kualiti.2017 10

2. Nilai-nilai & Etika

Perkhidmatan penjagaan spiritual disediakan untuk memenuhi keperluan asas manusia untuk berasa damai, selamat dan

pengharapan terutamanya dalam konteks kecederaan (trauma), penyakit atau kematian

Bahawa, khidmat penjagaan spiritual ditawarkan dan biasanya diberikan dalam one-to-one relationship, adalah person centered

dan tidak membuat sebarang andaian mengenai masalah peribadi atau gaya hidup seseorang

Bahawa, khidmat agama merupakan satu aspek penjagaan spiritual dan diberikan dalam konteks kepercayaan dan pensyariatan agama,

nilai-nilai dan gaya hidup sesuatu komuniti agama

drNA.kualiti.2017 11

2. Nilai-nilai & Etika Bahawa, tidak sesuai untuk mana-mana anggota termasuklah

penyedia penjagaan spiritual untuk mendorong orang lain secara paksaan supaya menerima kepercayaan (belief), agama mahupun

nilai-nilai (values) hidup tertentu

Penyampaian perkhidmatan penjagaan spiritual kepada pelanggan adalah tanggungjawab anggota kesihatan dengan kerjasama

penyedia perkhidmatan spiritual yang mahir dalam bidang tersebut

Perkhidmatan penjagaan spiritual boleh diakses oleh semua pelanggan yang menggunakan perkhidmatan hospital (pesakit dalam

dan pesakit luar), termasuk waris dan anggota hospital

Perkhidmatan penjagaan spiritual adalah bercirikan sistem sokongan rohani dan kasih sayang

3. POLISI-POLISI BERKAITAN

drNA.kualiti.2017 12

3.1 Polisi Berkaitan Amalan (Practices) 1. Semua Hospital KKM hendaklah mempunyai program HMI.

drNA.kualiti.2017 13

2. Jawatankuasa HMI perlu ditubuhkan di setiap hospital.

3. Kesaksamaan, akses dan ketersediaan perkhidmatan.

4. Kepekaan, belas ihsan dan keupayaan untuk mengekalkan perhubungan yang prihatin, membantu dan saling menyokong.

5. Menghormati kepelbagaian agama, kepercayaan, gaya hidup dan latar belakang budaya rakyat pelbagai etnik.

6. Peka dengan keperluan rohani melalui amalan ibadah dan upacara spriritual yang diiktiraf. 7. Hubungan kerja yang baik dengan profesional penjagaan kesihatan yang lain, pemimpin agama komuniti tempatan, kumpulan sukarela dan pertubuhan professional.

8. Perkhidmatan HMI hendaklah bukan perkhidmatan yang bertindih (duplicate) dengan perkhidmatan sedia ada.

9. Pesakit yang dimasukkan ke hospital hendaklah diberikan orientasi kepada HMI.

10. Makanan dan ubat-ubatan yang disediakan hendaklah seimbang, halalan dan toyyiban.

3.2 Polisi Berkaitan Tempat Amalan (Place)

Semua Hospital hendaklah mempunyai ruang untuk beribadah dan infrastruktur yang sesuai dengan HMI

Tiada perlambangan, patung atau bauan diletakkan di dalam wad, ruang ibadah dan lain-lain kawasan bagi menjaga sensitiviti penganut agama-agama lain

Tempat penyimpanan mayat orang Islam dan orang bukan Islam hendaklah diasingkan

Tempat mandi jenazah orang Islam hendaklah diasingkan daripada jenazah orang bukan Islam

Semua hospital perlu menyediakan van jenazah orang Islam dan van jenazah orang bukan Islam

drNA.kualiti.2017 14

3.3 Polisi Berkaitan Sumber Manusia (People)

drNA.kualiti.2017 15

Pihak KKM akan bekerjasama dengan JAKIM bagi memastikan perjawatan

kader Pegawai Hal Ehwal Islam dalam program HMI menepati keperluan

perkhidmatan

Semua hospital hendaklah mempunyai Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam

yang ditempatkan oleh JAKIM.

3.4 Polisi Berkaitan Perkongsian Kerjasama (Partnership) 1. Pihak Hospital akan menjalinkan hubungan (networking) berterusan dengan

sukarelawan agama ataupun NGO yang sah di peringkat lokaliti masing-masing termasuklah dalam aspek latihan. Perkhidmatan sukarelawan agama tertakluk kepada Garis Panduan Khidmat Sukarela di Hospital-hospital KKM 2016.

2. Pihak Hospital akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri melalui Malaysian Islamic Spiritual Care (MISC) bagi mendapatkan dana untuk aktiviti-aktiviti penjagaan spiritual (perspektif Islam).

3. Pihak hospital akan menganjurkan dialog dengan pelbagai komuniti agama bagi tujuan berkongsi maklumat dan pendidikan.

4. Pihak KKM perlu mengiktiraf sukarelawan agama / komuniti agama supaya tiada pertelingkahan melalui kerjasama dnegan: JAKIM bagi Agama Islam

Institusi-institusi bagi lain-lain agama

drNA.kualiti.2017 16

4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

drNA.kualiti.2017 17

drNA.kualiti.2017 18

4. Peranan dan Tanggungjawab

Mempromosikan polisi ini

Memastikan anggota mengetahui dan mematuhi polisi

Memastikan anggota menerima latihan yang mencukupi dalam penjagaan spiritual

Pengarah Hospital dan JK HMI peringkat

hospital

Anggota perlu mengamalkan polisi ini dan bekerjasama dengan Pegawai Agama dan pasukannya dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dan mesra budaya kepada pelanggan

Pegawai Agama adalah subject matter expert dalam penjagaan spiritual, perlulah sentiasa ada untuk konsultasi dan nasihat tentang spiritual dan keagamaan sejajar dengan etika kerja dan panduan amalan baik

drNA.kualiti.2017 19

Pasukan klinikal boleh merujuk kes kepada Pegawai Agama

4. Peranan dan Tanggungjawab

Maklumat tentang kepentingan dan keperluan khidmat penjagaan spiritual hendaklah menjadi sebahagian daripada pendidikan kepada anggota

Pihak hospital hendaklah menghormati hak-hak pesakit, waris dan anggota hospital termasuklah budaya, kerohanian dan kepercayaan keagamaan mereka. Tiada diskriminasi ke atas sesiapapun berdasarkan bangsa, jantina, kepercayaan agama, status sosial dan eknomi atau faktor-faktor lain.

Persetujuan (consent) pesakit, waris dan anggota hospital untuk mendapatkan khidmat penjagaan spiritual adalah digalakkan.

5. PELAKSANAAN

drNA.kualiti.2017 20

drNA.kualiti.2017 21

Setelah diluluskan,

• Polisi ini akan dimuat naik ke dalam portal KKM dan laman web hospital.

• Polisi ini akan dimaklumkan kepada semua Pengarah Bahagian/ Setiausaha Bahagian dalam KKM.

• Polisi ini akan dimaklumkan kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital KKM.

• Maklumbalas daripada semua hospital yang terlibat adalah diperlukan untuk menentukan bagaimana polisis ini diintegrasikan dalam perkhidmatan dan dipatuhi.

5.1 Pelan Komunikasi dan Makluman (Dissemination)

drNA.kualiti.2017 22

• Latihan berkaitan polisi penjagaan spiritual perlu diintegrasikan bersama program latihan lain oleh semua jabatan dan unit dalam hospital.

• Pegawai Agama hendaklah memastikan latihan penjagaan spiritual diperkukuhkan dalam setiap pasukan jagaan klinikal dan dapat dihubungi (available) untuk sokongan dan khidmat nasihat serta bantuan latihan.

• Latihan asas diberi kepada semua anggota hospital yang berkaitan peranan penyedia penjagaan spiritual dan prosedur rujukan.

• Latihan lanjutan diberi kepada anggota klinikal yang terlibat secara langsung dalam perawatan dan penilaian pesakit, mengenai:

Polisi penjagaan spiritual Garis Panduan Hospital Mesra Ibadah Kaedah menilai keperluan pesakit, waris dan anggota hospital kepada

khidmat penjagaan spiritual

5.2 Pelan Perkhidmatan dan Sokongan

6. PEMANTAUAN KEPATUHAN DAN KEBERKESANAN

drNA.kualiti.2017 23

drNA.kualiti.2017 24

Aspek Pemantauan Bukti Kekerapan Penyelaras &

Pelapor Penerima Laporan

Rujukan kepada Unit HMI untuk khidmat penjagaan spiritual

Rekod simpanan Unit HMI

Audit tahunan Jawatankuasa HMI

Pengerusi JK HMI / Pengarah Hospital

Penilaian amalan penjagaan spiritual

Laporan anggota mengenai amalan

Audit tahunan di bahagian

klinikal

Jawatankuasa HMI

Pengerusi JK HMI / Pengarah Hospital

Latihan anggota dalam penjagaan

spiritual

Rekod latihan Audit tahunan Jawatankuasa HMI

Pengerusi JK HMI / Pengarah Hospital

Audit ke atas promosi penjagaan spiritual

kepada pesakit

Dokumen bertulis / bercetak

Audit tahunan di bahagian

klinikal

Jawatankuasa HMI

Pengerusi JK HMI / Pengarah Hospital

6.0 Pemantauan Kepatuhan dan Keberkesanan

7. TANGGUNGJAWAB DAN TADBIR URUS

drNA.kualiti.2017 25

drNA.kualiti.2017 26

• Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah berperanan memudahcara dalam komunikasi di antara pihak hospital dan komuniti agama. Keanggotaan hendaklah merangkumi semua pihak berkepentingan.

• Jawatankuasa ini akan menerima laporan perkhidmatan daripada pasukan penyedia perkhidmatan spiritual masing-masing.

• Segala laporan dan minit mesyuarat hendaklah didokumenkan dengan teratur.

7.0 Tanggungjawab dan Tadbir Urus

8. SEMAKAN POLISI

drNA.kualiti.2017 27

drNA.kualiti.2017 28

• Setiap hospital perlu menyesuaikan polisi ini dengan perkhidmatan perubatan yang disediakan.

• Sekretariat Hospital Mesra Ibadah KKM perlu menyemak semula polisi ini setiap tiga tahun bagi mempertingkatkan kepatuhan.

8.0 Semakan Polisi

drNA.kualiti.2017 29

Terima Kasih