POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI...

21
POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAH Persidangan Padi Kebangsaan 2017 26-28 September 2017 Dorsett Grand Subang, Selangor Janie Tating (Ketua Pegawai Penyelidik – Agronomis Padi) Mohd. Sabrie Salim (Pegawai Penyelidik – Pembiakbaka Padi) Tn. Haji Ag. Maslee Ag. Anak (Penolong Pengarah – Seksyen Pembangunan Tanaman Padi) “MENEROKA POTENSI EKSPORT”

Transcript of POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI...

Page 1: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

POTENSI PENGELUARAN PADI

PREMIUM DI SABAH

Persidangan Padi Kebangsaan 2017

26-28 September 2017

Dorsett Grand Subang, Selangor

Janie Tating

(Ketua Pegawai Penyelidik – Agronomis Padi)

Mohd. Sabrie Salim

(Pegawai Penyelidik – Pembiakbaka Padi)

Tn. Haji Ag. Maslee Ag. Anak

(Penolong Pengarah – Seksyen Pembangunan Tanaman Padi)

“MENEROKA POTENSI EKSPORT”

Page 2: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Keluasan : 72,500 km2

Penduduk : 3.72 million GDP : Perkhidmatan (40.9%) Pertanian (25.3%) Galian (21.8%) Pembuatan (8.6%) Pembinaan (3.1%)

Page 3: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAH

Pengenalan

Status Semasa Industri Padi Di Sabah

Polisi Berkaitan Tahap Sara Diri

Semakan Kritikal Industri Padi Sabah

Memperkasa Industri Padi Negeri Sabah

Pertimbangan Perlaksanaan Polisi

Kesimpulan

Page 4: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Latar belakang

Tanaman sekuriti dan makanan asasi

Pembangunan tanaman ini telah mendapat perhatian utama pihak kerajaan seawal

tahun 1920-an lagi dengan penumpuan kepada usaha-usaha pengawalan makhluk

perosak terutamanya bena hijau, pembangunan varieti yang reponsif terhadap

pembajaan dan penyelidikan untuk membangun teknologi penanaman yang

produktif dan mesra pengguna.

Ketika ini, pelbagai pelbagai program dan aktiviti khusus untuk membangunkan

tanaman ini dan seterusnya menaikkan taraf hidup pengusaha yang terlibat.

Objektif Kertas Kerja

Kertas Kerja ini akan membincangkan beberapa perkara seperti kedudukan masa

kini, Polisi negeri mengenai tahap sara diri, semakan kritikal industri padi,

memperkasa industri padi dan pertimbangan dalam melaksanakan polisi.

Perbincang secara umum dalam kertas kerja ini adalah melibatkan padi sawah

biasa, padi premium dan padi tanah kering (padi huma) di negeri Sabah.

Pengenalan

Page 5: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Berdasar

kesesuaian tanah

untuk tanaman

padi: 315,700 ha

Kebanyakan

sudah ditanam

dengan tanaman

lain & sebahagian

termasuk dalam

forest reserve

Keluasan tanah

diberi geran

dengan syarat

gunatanah untuk

tanaman padi :

58,000 ha

Status Semasa Industri Padi Di Sabah

Page 6: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Status Semasa Industri Padi Di Sabah

KATEGORI SAWAH LUAS (HA)

K1 – Ada kemudahan Pengairan JPS, potensi hasil padi 5.1 -10 tan sehektar 10,400

K2 – Ada kemudahan Pengairan JPS, tetapi tidak mendapat bekalan

secukupnya, potensi hasil padi 2.6 -5.0 tan sehektar 11,898

K3 – Tadahan hujan, potensi hasil 0.5 -2.5 tan sehektar 13,303

JUMLAH 35,601

KELUASAN FIZIKAL SAWAH PADI MENGIKUT DAERAH PENGELUAR PADI DI NEGERI SABAH (HEKTAR)

K2 = 936

K3 = 13

JUMLAH = 949

K1 = 2,446

K2 = 648

K3 = 364

JUMLAH = 3458

34581234

K1 = 180

K2 = 1,176

K3 = 1,063

JUMLAH = 2,419

K1 = 53

K2 = 178

K3 = 105

JUMLAH = 336

K2 = 1,111

K3 = 1,137

JUMLAH = 2,148

K1 = 1,154

K2 = 1,099

JUMLAH = 2,253

K1 = 215

K2 = 2,102

K3 = 1,342

JUMLAH = 3,659

K3 = 34

JUMLAH = 34

K1 = 25

K2 = 15

K3 = 395

JUMLAH = 435

K1 = 3,929

K2 = 2,135

K3 = 2,438

JUMLAH = 8,502

K1 = 239

K2 = 151

K3 = 1,964

JUMLAH = 2,354

K1 = 412

K2 = 537

K3 = 88

JUMLAH = 1,037

K1 = 1,087

K2 = 160

K3 = 506

JUMLAH = 1,753

K2 = 511

K3 = 8

JUMLAH = 519

K1 = 291

K2 = 198

K3 = 860

JUMLAH = 1,349

K2 = 615

K3 = 1,293

JUMLAH = 1,908

K3 = 977

JUMLAH = 977

K1 = 368

K2 = 324

K3 = 804

JUMLAH = 1,496

1111,496977

Status Semasa Industri Padi Di Sabah

Page 7: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Status Semasa Industri Padi Di Sabah

Tahun Padi Sawah (Ha) Padi Huma (Ha) Total (Ha)

2006 34,689 3,809 38,498

2007 35,976 5,457 41,443

2008 33,980 3,468 37,448

2009 34,594 5,759 40,353

2010 34,506 7,990 42,496

2011 36,621 6,710 43,331

2012 37,976 6,926 44,902

2013 32,660 5,954 38,614

2014 34,953 6,434 41,387

2015 32,582 6,105 38,687

Jadual 1: Purata Kawasan Bertanam bagi Padi Sawah dan Padi Huma (Tanah

Kering) Negeri Sabah (2006 – 2015)

Status Semasa Industri Padi Di Sabah

Page 8: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Status Semasa Industri Padi Di Sabah

Tahun

Keluasan

Berhasil *

(Hektar)

Purata Hasil

Padi

(Tan/hektar)

Pengeluaran

Padi

(Tan)

Pengeluaran

Beras

(Tan)

2006 38,498 3.48 133,858 84,330

2007 41,443 3.24 134,385 84,662

2008 37,448 3.56 133,135 83,875

2009 40,353 3.26 131,709 82,977

2010 42,496 3.19 135,800 85,428

2011 43,331 3.05 132,243 83,313

2012 44,902 2.82 126,774 79,868

2013 38,614 3.01 116,079 73,130

2014 41,387 3.39 140,226 88,342

2015 38,687 3.09 119,571 75,330

Jadual 2: Purata hasil, Pengeluaran Pengeluaran Padi dan Pengeluaran Beras Negeri

Sabah bagi Tahun 2006 – 2015

Sumber: Jabatan Pertanian Sabah *= Keluasan meliputi padi sawah dan padi tanah kering

Status Semasa Industri Padi Di Sabah

Page 9: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Status Semasa Industri Padi Di Sabah

Tahun Penggunaan

Beras (Tan)

Pengeluaran

Beras (Tan)

Import

Bersih

(Tan)

Penggunaan

per Kapita

Tahap

Saradiri

(%)

2006 261,659 84,330 172,268 84.44 32.23

2007 274,764 84,662 189,817 87.92 30.81

2008 288,764 83,875 201,695 91.55 29.05

2009 342,459 82,977 282,134 107.56 24.23

2010 268,299 85,428 240,631 83.67 31.84

2011 302,695 83,313 219,894 91.27 27.52

2012 311,486 79,868 242,956 90.81 25.64

2013 311,961 73,130 209,568 86.38 23.44

2014 319,888 88,342 251,910 87.08 27.62

2015 309,141 75,330 223,912 83.08 24.37

Jadual 3: Penggunaan dan Import Beras serta Tahap Saradiri Negeri Sabah bagi

Tahun 2006 – 2015

Sumber: Jabatan Pertanian Sabah Import Bersih = Import – Eksport Keperluan Beras = Pengeluaran + Import Bersih + Stok Awal – Stok Akhir Per Kapita = Keperluan Beras / Jumlah Penduduk Negeri Sabah

Status Semasa Industri Padi Di Sabah

Page 10: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Polisi Berkaitan Tahap Sara Diri

Dasar Pertanian Negeri Sabah Kedua – DPNS2 (1998-2010) yang digubal telah

menetapkan bahawa tanaman padi sebagai tanaman makanan utama akan diberi

perhatian khusus dan eksklusif untuk meningkatkan tahap saradiri 60%.

Meningkatkan pengeluaran makanan dan mempastikan kelangsungan pengeluaran tanaman

padi dalam negeri maka dalam DPNS-3 (2015-2024) telah menetapkan bahawa pengeluaran

padi akan dipergiatkan lagi melalui inisiatif dan program strategik seperti pengukuhan

program penyelidikan dan pembangunan, menyelenggara serta menaiktaraf infastruktur di

kawasan K1 dan K2.

Dalam masa yang sama, perkhidmatan latihan dan pengembangan yang berkaitan akan

diperkukuhkan. Beberapa inisiatif lain akan dilaksanakan seperti memperkenalkan mekanisasi

dan automasi yang bersesuaian, pengenalan teknologi baru untuk meningkatkan produktiviti

dan pengeluaran beras dalam negeri. Pengurusan tanah yang efektif serta kemudahan bekalan

anak benih akan dibangun dan dilaksanakan. Sementara itu, model pemasaran yang sesuai dan

efektif, polisi harta intelek untu penemuan baru, pengagihan subsidi, bantuan kredit, kolaborasi

antara agensi, pemuliharaan persekitaran dan agenda biosekuriti akan diberi perhatian dan

dilaksanakan dengan lebih efektif

Page 11: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Semakan Kritikal Industri Padi Sabah

Kekuatan

Komitmen (polisi) pihak kerajaan dalam pembangunan tanaman makanan.

(Kerajaan menyediakan bantuan insentif yang diperuntukan dalam Program

Subsidi Padi).

Sokongan Agensi/Badan kerajaan dan bukan kerajaan yang dapat menyumbang

mengikut peranan dan tanggungjawab masing-masing terutamanya dalam R&D,

pengembangan, latihan, pemasaran, kredit dan pemprosesan.

Galakan Kerajaan Terhadap Penglibatan Sektor Swasta Secara Aktif (Melalui

insentif-insentif pelaburan)

Pasaran hasil yang sangat baik. Permintaan terhadap tanaman ini adalah tinggi dan

terjamin kerana ianya merupakan tanaman makanan utama.

Terdapat kawasan tanaman padi sedia ada (lebih kurang 50 000 ha)

Koleksi sumber janaplasma dan genetik padi yang banyak untuk kegunaan

pembangunan varieti padi

Mempunyai persekitaran sawah yng masih bersih dari pencemaran bahan kimia

(Berpotensi untuk pengusahaan padi secara organik)

Page 12: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Semakan Kritikal Industri Padi Sabah

Kelemahan

Petak-petak sawah berukuran kecil dan tidak tersusun (berselerak). Mengurangkan

keberkesanan pelaksanaan mekanisasi.

Tahap penghasilan rendah.

Kos pengeluaran yang tinggi dan semakin meningkat.

Pasaran dikawal (regulated).

Kurang atau tidak ada penyelarasan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam

penanaman padi terutamanya di peringkat perlaksanaan di ladang.

Kemudahan infrastruktur yang belum mencukupi.

Penglibatan pihak swasta yang masih rendah.

Tahap penerimaan teknologi baru yang rendah sehingga petani kurang

mengamalkan pengurusan tanaman secara komersial.

Perkhidmatan kejenteraan (terutamanya traktor pembajak) tidak mencukupi.

Page 13: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Semakan Kritikal Industri Padi Sabah

Peluang

Permintaan meningkat dari pasaran tempatan dan eksport.

Peningkatan permintaan terhadap beras berkualiti tinggi.

Potensi untuk peningkatan efesiensi ladang melalui penambahbaikan teknologi.

Potensi untuk pengusahaan secara bersepadu dengan aktiviti lain seperti

akuakultur dan ternakan.

Potensi untuk pengusahaan secara pengurusan estate di kawasan sedia ada.

Potensi untuk meningkatkan keluasan sawah yang diusahakan (Kawasan tanah di

negeri ini yang sesuai dengan tanaman padi adalah luas 315,700 ha).

Potensi untuk pembangunan padi premium varieti tempatan yang mempunyai

pelbagai karakteristik termasuk kesesuaian dengan persekitaran setempat dan

kualiti makan.

Page 14: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Semakan Kritikal Industri Padi Sabah

Ancaman

Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti lain terutamanya di kawasan

berhampiran dengan bandar.

Persaingan sumber air dengan sektor-sektor lain.

Petani (pengusaha) tidak memberi kerjasama dalam pelaksanaan program yang

dirancang.

Masalah gangguan makhluk perosak. Serta ancaman kemasukan makhluk perosak

dari luar negeri.

Keadaan cuaca yang tidak menguntungkan (kemarau atau banjir).

Perkembangan tanaman lain yang mempunyai nilai ekonomi lebih tinggi.

Page 15: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Memperkasa Industri Padi Negeri Sabah

1. Meningkatkan keselamatan makanan dan pendapatan.

Berdasarkan kepada jumlah penduduk negeri Sabah yang semakin meningkat, status

pengeluaran beras domestik adalah tidak mencukupi untuk keperluan semasa. Dalam

masa yang sama, pendapatan petani-petani yang terlibat dengan penanaman padi

masih rendah maka kerajaan negeri menetapkan untuk:

Meningkatkan pengeluaran beras

Meningkatkan stok penimbal domestik

Meningkatkan pendapatan dari pengusahaan tanaman padi

Objektif Strategik (1), Strategi (2), dan Program/Aktiviti (15)

Tiga matlamat strategik telah ditetapkan dalam DPNS-3 untuk mencapai 60% tahap

saradiri pada tahun 2024. iaitu:

Page 16: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Memperkasa Industri Padi Negeri Sabah

2. Memperkasakan pertumbuhan produktiviti dan kebolehsaingan.

Dalam usahan untuk memperkasakan pertumbuhan produktiviti dan

kebolehsaingan, maka kerajaan negeri menetapkan untuk:

Meningkatkan penggunaan dan pengamalan teknologi moden dan mekanisasi

pada kos yang bersaing.

Meningkatkan sumber manusia yang berkemahiran.

Memperbaiki pengurusan insentif / subsidi

Memperbaiki kondisi tanah-tanah sawah

Memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan program Penyelidikan dan

Pembangunan

Memperbaiki dan memajukan pengurusan ladang-ladang sawah padi berskala

kecil

Menaiktaraf prasarana ladang sedia ada seperti taliair, parit saliran, jalan ladang

dan sumber-sumber air

Meningkatkan keberkesanan pengurusan penuaian dan lepas tuai.

Objektif Strategik (8), Strategi (13), dan Program/Aktiviti (19)

Page 17: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Memperkasa Industri Padi Negeri Sabah

3. Memastikan kemampanan industri padi

Untuk mempastikan kemampanan industri padi dalam negeri, maka kerajaan negeri

akan mempastikan usaha dan inisiatif seperti berikut:

Meningkatkan keluasan tanah untuk penanaman padi dan mempastikan

kemampanan persekitaran

Meningkatkan amalan dan urustadbir dalam industri padi.

Meningkatkan peruntukan untuk insentif atau subsidi dalam pengusahaan

tanaman padi

Memperbaiki persepsi “stakeholders” terhadap pengusahaan tanaman padi.

Objektif Strategik (5), Strategi (7), dan Program/Aktiviti (9)

Page 18: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Pertimbangan Perlaksanaan Polisi

Dalam mencapai halatuju pembangunan industri padi di Negeri Sabah, beberapa isu perlu

diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Antara isu-isu tersebut adalah

sebagai berikut:

1. Kerajaan negeri perlu mempertahan kawasan-kawasan utama untuk

penanaman padi.

2. Kerajaan negeri memperkenalkan langkah-langkah berkesan supaya

kawasan padi bertanam secara berterusan

3. Program oleh Kerajaan Pusat perlu mengambilkira keadaan unik industri di

negeri Sabah

4. Komitmen dan pelaburan Kerajaan Pusat dalam pembangunan infastruktur di

sawah padi.

Page 19: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Kesimpulan

Padi sebagai tanaman makanan utama di negeri Sabah perlu mendapat perhatian yang

serius dari semua pihak yang terlibat, baik secara langsung mahupun tidak langsung

dalam industri ini, untuk memantapkan pembangunannya secara menyeluruh. Adalah

menjadi tanggungjawab semua pihak untuk melaksanakan peranan masing-masing

dengan penuh komited, profesional dan mapan. Walaupun industri ini menghadapi

pelbagai cabaran dalam pembangunannya, tetapi sekiranya pelaksanaan

tanggungjawab oleh setiap organisasi/individu dibuat secara bersepadu dan terselaras

maka ianya dapat menjamin pencapaian matlamat yang ditetapkan.

Sabah mempunyai prospek yang baik untuk mencapai pengeluaran beras pada tahap

60% saradiri pada tahun 2024 sekiranya polisi dan strategi perlaksanaan dapat

dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Disamping itu, peruntukan yang mencukupi

juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pencapaian matlamat yang

ditetapkan.

Sabah berpotensi baik dalam membangun padi premium kerana mempunyai

persekitaran ladang padi yang belum tercemar serta kaya dengan biodiversiti padi-padi

tempatan yang berkualiti

Page 20: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

Pesta Kaamatan

TERIMA KASIH

KOTOHUADAN

POUNSIKOU

THANK YOU

Page 21: POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAHpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/L8 POTENSI PENGELUARAN PADI P… · K3 ± Tadahan hujan, ... Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti

@ Edwin Meru

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada

Pengarah Pertanian Sabah, Tuan Idrus Shafie, atas kebenaran dan peluang yang

diberikan untuk menyediakan dan seterusnya menyampaikan kertas kerja ini, Timbalan

Pengarah (Penyelidikan), Pn. Hajjah Julia Hj. Lamdin, atas kepercayaan serta

bimbingan dalam penyediaan kertas kerja , Ketua Penolong Pengarah Pertanian -SPBT

(En. Latip Amit) serta semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung maupun tidak

langsung dalam penyediaan kertas kerja ini.