Powerpoint Sastera Kanak-Kanak Dan Remaja

5
Sastera Kanak-kanak dan Remaja

Transcript of Powerpoint Sastera Kanak-Kanak Dan Remaja

Sastera Kanak-kanak dan Remaja

Pengenalan sastera kanak-kanak dan remaja

Sastera awal kanak-kanak ialah sastera yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan kepada mereka.

Penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi

Membantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak

Mampu memberi kan keseronokan, dapat merangsang imaginasi

Salah satu elemen yang dikenal pasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak.

Takrif Sastera kanak-kanak dan remaja

Sastera remaja pula merupakan hasil ciptaan pengkarya untuk menceritakan tentang kehidupan

remaja, alam zahir dan alam batin remaja itu.

Sastera kanak-kanak merupakan bahan bacaan yang ditulis khas untuk sumber pengetahuan kanak-kanak.

Sastera kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang

manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya.

Sastera remaja sebagai satu hasil kehidupan jiwa yang terjelma yang menggambarkan kehidupan masyarakat

remaja.

Sastera kanak – kanak dari aspek pendidikan

1. Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

•Boleh dilakukan melalui bacaan secara kuat kepada kanak-kanak di bilik darjah.

•Pembacaan buku akan dapat memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak

•Memastikan buku-buku tersebut adalah yang mudah difahami oleh kanak-kanak

2. Perkembangan Sosial

•Melalui model-model yang baik yang terdapat dalam buku cerita kanak-kanak mempelajari bagaimana hendak menangani isu-isu kehidupan.

•Kanak-kanak mempelajari sesuatu perlakuan melalui proses pemerhatian dan peniruan

•Kanak-kanak mempelajari mengenai perbezaan-perbezaan individu terutamanya dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum

•Ilustrasi yang baik akan menunjukkan emosi watak melalui mimik muka, perlakuan serta personaliti watak yang dapat diperhatikan oleh kanak-kanak

3. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

•Guru-guru harus membantu kanak-kanak memperkembangkan pontesi kreativiti mereka dengan mengadakan peluang untuk mereka mengambil bahagian dalam aktiviti kesenian yang menggunakan daya imaginasinya.

• Mengadakan suasana yang selamat di dalam bilik darjah agar kanak-kanak suka untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka.

• Rancang pembacaan buku yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian dan minta pendapat kanak-kanak cara penyelesaian mereka.

4. Menggabungjalinkan Sastera Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Penggunaan bahan bacaan asas

• Bahan bacaan asas adalah bacaan bersiri yang di peringkatkan daripada yang mudah meningkat kepada aras yang agak sukar peringkat demi peringkat.

• Bahan asas dalam program ini adalah buku bacaan bagi kanak-kanak, buku panduan guru, panduan penggunaan program secara keseluruhan dan sistem penilaian.

•Kekuatan bagi program yang berasaskan bahan bacaan berperingkat ini ialah ianya membantu guru dalam menyelenggarakan program bacaan secara sistematik

Menggunakan buku bagi

tema tertentu

• Sediakan senarai buku yang akan digunakan bagi tema-tema tertentu sepanjang tahun

• Pamerkan buku- buku yang mempunyai tema-tema ini di rak pameran semasa tema-tema ini berlangsung

• Guru boleh membacakan buku dan menunjukkan kepada kanak-kanak bagaimana mencari maklumat menggunakan buku yang berkaitan dengan tema pembelajaran yang sedang dijalankan di bilik darjah.

Penyediaan Sudut Literasi

•Penyediaan persekitaran yang sesuai bagi pembacaan secara langsung akan menggalakkan pembacaan dalam kalangan kanak-kanak

•Jadikan sudut bacaan sebagai tempat yang selesa dengan berkarpet serta mempunyai banyak kusyen untuk kanak-kanak membaca dengan selesa.

•Koleksi buku juga harus mengandungi pelbagai jenis buku bergambar dan buku-buku bacaan mudah

Penyediaan Koleksi

Buku Kanak-kanak 

•Sediakan bahan bacaan yang daripada pelbagai jenis di dalam prasekolah anda

•Guru juga boleh memilih buku berdasarkan pengarang atau pelukis yang kanak-kanak gemari ataupun koleksi dari pengarang dan pelukis yang terkenal.

•Guru perlu menyediakan bahan bacaan yang daripada pelbagai jenis di dalam sudut bacaan sebagai koleksi prasekolah.