pp

8
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Kami guru Malaysia, yakin dengan tujuan utama pendidikan iaitu berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearah kebenaran dan pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prinsip prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran masa hadapan. Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda bagi mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan bagi membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. 1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran Malaysia. 2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.

description

vsd

Transcript of pp

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.Kami guru Malaysia, yakin dengan tujuan utama pendidikan iaitu berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearah kebenaran dan pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prinsip prinsip Rukun Negara.Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahamikebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran masa hadapan. Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda bagi mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan bagi membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajarankepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap yangtertinggi yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran Malaysia.2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan denganmata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dalam matapelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, menerokainovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran aatu bidangpengkhususan dan membentang hasilnya.5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, PengarahPelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.Guru juga bertanggungjawab ke atas masyarakat dan negara dengan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.Guru haruslah menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat di tempat yang dikhidmatkan dan mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara .

Peranan dan tanggungjawab guru terhadap perkembangan Negara amatlah penting. Guru yang berpengalaman dalam kod etika perguruan dan mengetahui peraturan-peraturan pendidikan akan membantu melahirkan masyarakat yang berjaya. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah. Namun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjad iperkara yang first and foremost dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya,kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan.Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan. Guru yang berakauntabiliti pastinya mampu melakukan perubahan ini dan seterusnya meningkatkan tahap kepercayaan dan pandangan masyarakat terhadap profesion perguruan

Bagi menjamin guru sentiasa benar dan betul, maka Kod Etika Profesion Keguruan tekah digubal. Ianya mengandungi pelbagai perkara. Antaranya ialah guru tidak boleh bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru juga tidak boleh mempunyai tingkah laku yang boleh menjatuhkan maruah diri dan hilangnya amanah berhubung dengan kewangan. Guru hendaklah jujur dalam semua perlakuan dan tugas yang dijalankan. Tanggungjawab utama guru ialah kepada muridnya. Guru hendaklah memastikan keperluan setiap murid terjaga. Perhatian dan pengajaran hendaklah diberi kepada semua murid tanpa mengira agama,bangsa atau kepercayaan. Selain daripada itu, guru juga haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek dan daya cipta masing-masing. Guru tidak harus menerima sebarang bayaran daripada muridnya untuk pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.Selain daripada etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia dan kod etika profesion keguruan, guru juga haruslah mempunyai dan memahami dengan mendalam akauntabiliti perguruan. Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan pula bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang dihormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci,dipandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbir sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah. Guru hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Pupuk nilai dan sikap murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat .

Pengetahuan dan pemahaman guru-guru dalam etika perguruan dan peraturan-peraturan pendidikan di Malaysia akan melahirkan guru-guru yang bertangungjawab serta komited dalam menjalankan tugas. Antara tanggungjawab guru ialah terhadap pelajar ialah, mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dan bersikap adil dan saksama. Guru hendaklah menjadi teladan ataupun role model kepada pelajar. Bimbing dan didik pelajar-pelajar dan pada masa yang sama berusaha mepertingkatkan profesionalisme dari masa ke semasa.

Para guru tidak harus melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan mereka sebagai guru atau warga pendidik. Peranan dan tanggungjawab guru terhadap perkembangan Negara amatlah penting. Guru yang berpengalaman dalam kod etika perguruan dan mengetahui peraturan-peraturan pendidikan akan membantu melahirkan masyarakat yang berjaya. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah. Namun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjad iperkara yang first and foremost dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya,kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan.Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan. Guru yang berakauntabiliti pastinya mampu melakukan perubahan ini dan seterusnya meningkatkan tahap kepercayaan dan pandangan masyarakat terhadap profesion perguruan

Guru mestilah bertindak dan bertingkah laku yang sopan dandapat diterima oleh masyarakat kerana sekolah adalahsebahagian daripada masyarakat yang membayangkanmatlamat dan hasrat serta aspirasi sesuatu masyarakat. Dalamhubungan ini segala tingkah laku guru akan menjadi ikutankepada masyarakat. Sekolah semestinya memperlihatkannormal-normal, kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat. Selain itu, guru juga perlu mengamalkan adat dan budaya masyarakat setempat.