ppc-SKEMA

5
SKEMA JAWAPAN Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan .penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) destinasi - tempat (ii) definisi -maksud (iii) defisit - penurunan (iv) subversive –bertujuan memusnahkan sesuatu system politik/ cth:- kerajaan sentiasa mengawasi Negara daripada ancaman subersif (v) vandalisme – merosakkan harta benda (vi) zuriat - anak /kelahiran [6 markah] (b) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenai pasti dan tulis subjek dan predikat dengan lengkap bagi setiap ayat dalam petikan seperti yang berikut: Subjek :___________________________________________________ ___________ Predikat :___________________________________________________ ___________ SUBJEK PREDIKAT 1. Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. 2. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu

description

skema

Transcript of ppc-SKEMA

Page 1: ppc-SKEMA

SKEMA JAWAPANSoalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa 

[30 markah]Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham  akan maksud dan .penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.(i)   destinasi - tempat(ii)  definisi -maksud(iii) defisit - penurunan(iv) subversive –bertujuan memusnahkan sesuatu system politik/ cth:- kerajaan sentiasa mengawasi Negara daripada ancaman subersif(v) vandalisme – merosakkan harta benda(vi) zuriat  - anak /kelahiran                                                                                    [6 markah]

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenai pasti dan tulis subjek dan predikat dengan  lengkap bagi setiap ayat dalam petikan seperti yang berikut:

Subjek    :______________________________________________________________Predikat  :______________________________________________________________

SUBJEK PREDIKAT

1. Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko.2. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat. 3. Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada memandu kenderaan lain.4. Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat latihan

penerbangan. 5. Juruterbang yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat 6. Kecekapan amat penting dalam meneruskan kerjaya sebagai juruterbang                                                                                                                       [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Page 2: ppc-SKEMA

(i) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru ini. (ii) Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.(iii) Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat penting untuk jaminan keamanan negeri.                                                                                                                          [6 markah]

Jawapan 3(c)(i)   pelusuk       -   pelosok      penceroboh  -  pencerobohan (ii)  bandaraya    -  bandar raya      padatan       -   kepadatan (iii) hulu balang  -   hulubalang      jaminan       -   menjamin

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu  kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan  tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menten telah mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.(iii) "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada        masyarakat,"  titah raja kepada rakyatnya.                                                                                                                         [6 markah]

Jawapan 3(d)(i)  dokumentasi                 -   dokumentari      video klip                     -   klip video(ii) Yang Berhormat             -   Yang Amat Berhormat     ke                                -   kepada(iii) hadiah                          -   bintang / pingat     dianugerahkan oleh beta -   beta anugerahkan

(e) Baca ayat berikut kemudian nyatakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat ini

(i) Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir,semua pihak yang

Page 3: ppc-SKEMA

bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sedia kala BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT(ii)  Salina sering berpegang pada prinsip bahawa setiap manusia mempunyai sikap atau tingkah laku berbeza antara satu sama lain.RAMBUT SAMA HITAM,HATI LAIN-LAIN(iii)  Encik Suren meminta pelajarnya yang bernama Jia Chin membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali. BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU                                                                                                                          [6 markah]