ppik1-soalan-2-

3
Tajuk : Tenaga Tujuan : Untuk mengkaji perubahan tenaga berdasarkan bilangan bateri dan kecerahan mentol. Hipotesis : Kecerahan mentol meningkat apabila bilangan sel bateri ditambahkan. Pemboleh ubah : Dimanipulasikan : Bilangan bateri Bergerak balas : Kecerahan mentol Dimalarkan : Bilangan mentol Bahan dan radas : Bateri, pemegang bateri, wayar penebat, mentol, pemegang mentol. Prosedur : 1. Sebuah litar dengan menggunakan wayar, mentol, pemegang mentol, bateri dan pemegang bateri dibina seperti gambar berikut. 2. Wayar antara mentol dan bateri disambungkan. 3. Sebuah bateri diletakkan dalam pemegang bateri dan kecerahan mentol diperhatikan. 4. Langkah ketiga diulangi dengan menambahkan bilangan bateri sebanyak 2 dan 3. Rajah 1 :

description

ppik

Transcript of ppik1-soalan-2-

Page 1: ppik1-soalan-2-

Tajuk : Tenaga

Tujuan : Untuk mengkaji perubahan tenaga berdasarkan bilangan bateri dan kecerahan

mentol.

Hipotesis : Kecerahan mentol meningkat apabila bilangan sel bateri ditambahkan.

Pemboleh ubah :

Dimanipulasikan : Bilangan bateri

Bergerak balas : Kecerahan mentol

Dimalarkan : Bilangan mentol

Bahan dan radas : Bateri, pemegang bateri, wayar penebat, mentol, pemegang mentol.

Prosedur :

1. Sebuah litar dengan menggunakan wayar, mentol, pemegang mentol, bateri dan

pemegang bateri dibina seperti gambar berikut.

2. Wayar antara mentol dan bateri disambungkan.

3. Sebuah bateri diletakkan dalam pemegang bateri dan kecerahan mentol diperhatikan.

4. Langkah ketiga diulangi dengan menambahkan bilangan bateri sebanyak 2 dan 3.

5. Pemerhatian direkodkan dalam jadual di bawah.

Rajah 1 : Litar

Page 2: ppik1-soalan-2-

Keputusan :

Jadual 1 : Bilangan bateri dengan kecerahan mentol.

Bilangan bateri Kecerahan mentol Perubahan tenaga

1 Malap

Tenaga kimia tenaga cahaya

2 Cerah

3 Sangat cerah

Perbincangan :

Berdasarkan keputusan aktiviti, apabila bilangan bateri bertambah kecerahan mentol juga

bertambah. Jadi di sini telah berlaku perubahan tenaga iaitu tenaga berubah dari bateri ke

mentol. Tenaga kimia telah bertukar kepada tenaga cahaya. Apabila bilangan bateri iaitu tenaga

kimia bertambah, kecerahan mentol iaitu tenaga cahaya juga akan bertambah.

Kesimpulan :

Kecerahan mentol meningkat apabila bilangan sel bateri ditambahkan. Perubahan tenaga telah berlaku. Hipotesis diterima.