ppismp sem 3 kke

download ppismp sem 3 kke

of 16

Transcript of ppismp sem 3 kke

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    1/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    1

    1.0 PENGENALAN

    1.1 Definisi Emosi

    Emosi atau dalam bahasa latin motus anima adalah fikiran tentang sesuatu

    situasi di mana manusia itu menemui diri mereka dan ia lahir daripada perlakuan-

    pelakuan fisiologi, iaitu tindak balas badaniah yang dikawal oleh otak. Emosi berasal

    dari perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud iaitu untuk keluar. Menurut

    Goleman (1998), emosi ialah suatu perasaan dan pemikiran yang tersendiri, keadaan

    psikologis dan biologis serta rangkaian kecenderungan untuk mendorong seseorang

    melakukan tindakan.

    1.2 Definisi Kecerdasan Emosi

    Menurut pandangan Salovey dan Mayer (1993), menyatakan bahawa

    kecerdasan emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi

    menyelesaikan masalah. Menurut mereka, kecerdasan emosi merujuk kepada

    kebolehan seseorang untuk memantau emosi, menilai dan menjana emosi dalam

    membantu proses pemikiran dan membuat keputusan, untuk memahami emosi tersebut

    dan pengetahuan emosi dan untuk mengawal emosi dalam usaha untuk

    memperkembangkan kemahiran intelektual dan emosi.

    Weisenger (2000) memberikan batasan bahawa kecerdasan emosi ialah

    kepintaran menggunakan emosi secara sengaja untuk membentuk tingkah laku dan

    pemikiran ke arah meningkatkan pencapaian sesuatu matlamat.

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    2/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    2

    1.3 Kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi Kepada Seorang Guru.

    Kompetensi Kecerdasan Emosi merupakan satu aspek yang amat penting bagi seorang

    guru. Kompetensi Kecerdasan Emosi penting kepada saya kerana kecerdasan emosi

    membolehkan saya mengawal perasaan diri apabila berhadapan dengan situasi yang

    negatif yang berada di persekitaran. Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi yang tinggi

    dapat membantu saya menggunakan emosi secara membina dalam membuat

    keputusan yang wajar.

    2.0 SENARAI PERKATAAN EMOSI POSITIF DAN NEGATIF

    Jenis emosi dapat dapat diklafikasikan kepada dua unsur iaitu positif dan negatif:

    Perkataan Emosi Positif

    kagum memahami jujur keinginan hormat

    bersemangat setia sabar lemah lembut kasihan

    gembira berlolak ansur harapan romantis mesra

    bahagia adil redha tenang cekal

    azam cinta ikhlas seks merendah diri

    Perkataan Emosi Negatif

    marah malu benci keliru bingung

    sedih tekanan keserakahan bersalah curiga

    cemburu pembalasan

    dendam

    tidak dapat

    menerima

    murung khuatir

    takut kejam permusuhan gagal cemas

    resah bosan kecewa gementar malu

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    3/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    3

    3.0GRAFIK KOMPONEN DALAM KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

    Kom etensi SosialKom etensi Personal

    Kesedaran KendiriPengurusan Kendiri

    Kesedaran Sosial

    Kesedaran Emosi

    Kendiri

    KetulusanMelayani Kepelbagaian

    KetekunanKesedaran Organisasi

    KesedaranKetepatan Kendiri

    KebolehsuaianMembangun

    Individu lainKeyakinan Kendiri Keinovatifan

    KebolehpercayaanBerorientasi

    PerkhidmatanMotivasi Kendiri

    IniasiatifOptimisKesedaran Emosi

    Kendiri

    Empati

    Beriltizam Kemahiran Sosial

    Berorientasi

    Pencapaian

    PengaruhPengurusan Konflik

    Pemangkin

    PerubahanMembina

    Perhubungan

    Membangunkan

    Individu Lain

    Keupayaan

    Berpasukan

    KepimpinanBerinspirasiKolaborasi &Kerjasama

    Komunikasi

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    4/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    4

    4.0 CONTOH KARANGAN NARATIF BERTAJUK KERANA INGINKAN NAMA

    Jam 3.15pagi, berlakulah pertikaman mulut antara Cik Julia dan Cik Aida dirumah Cik

    Julia. Mungkin kerana perbalahan dari mulut ke mulut tidak mampu membawa

    penyelesaian. Maka cik Aida telah menghulurkan sebilah pisau lalu menikam perut

    rakannya, Cik Julia.

    Cik Aida :Julia, maafkan aku, bukan aku pinta lakukan seperti ini,aku

    sebenarnya tidak berniat pun memusuhi mu, namun aku

    terpaksa melakukannya demi masa depan aku.Maafkan aku.

    Tepat jam 10.00pagi. Inspektor Rahmat baru pulang dari kerja. Dia terlalu penat

    kerana telah berjaga selama tiga hari tanpa tidur akibat mengetuai penyiasatan kes

    pembunuhan artis popular, Julia Hamdan. Belum sempat dia tidur, telefon bimbitnya

    berdering.

    Insp. Rahmat : Aduh, kenapalah masa ini baru hendak berbunyi, aku baru sahajamahu lelapkan mata!

    Walaupun keberatan untuk mengangkatnya namun terpaksa jua dijawabnya.

    Maklumat yang diterimanya membuat jantungnya berdegup pantas sehingga tidak

    terkata-kata olehnya.

    Inspektor rahmat :Ahhhhh.Cik Julia meninggal dunia???...oh

    tidak!...tidak!....

    Dia bergegas ke balai polis, tempat kerjanya dengan menaiki kereta Honda Civic

    milik ayahnya. Dia meluncur dengan laju walaupun dia tahu ia telah melanggar undang-

    undang dan sebagai Inspektor, dia berasa bersalah. Akan tetapi, apakan daya, dia

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    5/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    5

    harus ke destinasinya dengan cepat kerana mendapat maklumat penting. Tidak sampai

    lima belas minit, dia pun tiba di sana.

    Insp. Rahmat :Galak, ada kamu hubungi kenal-kenalan mangsa.

    Insp. Galak :Tuan, ada, saya telah menghubungi rakan rapat Cik Julia, Cik Aida

    Iskandar. Menurut Cik Aida, dia tidak tahu apa-apa kerana dia

    tiada semasa kejadian berlaku. Katanya lagi, Cik Julia ke kelab

    malam untuk membuat persembahan. Dua rakannya telah

    menemaninya ke situ.

    Insp. Rahmat :Siapakah rakan-rakannya?

    Insp. Galak :Sheril Shafiqah dan Afida Othman.

    Insp. Rahmat :Awak sudah cuba menghubungi mereka?

    Insp. Galak :Sudah. Mereka kata mereka memang menemani Cik Julia tapi

    Mereka pulang dahulu kerana Cik Julia hendak berjumpa

    dengan Rahim, rakan seperjuangannya dalam bidang hiburan.

    Insp. Rahmat :Baiklah. Suruh Rahim ke sini esok dan berjumpa dengan saya.

    Pada keesokan harinya, Rahim tiba di balai tepat pada pukul dua petang.Setelah disoal-siasat oleh Inspektor Rahmat, Inspektor Rahmat mendapat tahu bahawa

    Rahim memang ada temujanji dengan Julia tetapi tidak kesampaian kerana Julia tidak

    hadir walaupun dia telah menunggu hampir sejam. Dia pun pulang ke rumah setelah

    penat menunggu.

    Rahim :Tapi dalam perjalanan pulang, saya dapati dompet saya telah

    tercicir. Saya pun ke tempat itu kembali dan menjumpai

    dompet saya.

    Insp. Rahmat :Semasa di tempat tersebut awak ada nampak siapa-siapa?

    Rahim :EmOh ya! Saya nampak Cik Aida bermundar-mandir di situ.

    Mukanya nampak gelisah.

    Insp. Rahmat :Aida? Apa dia buat di situ?

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    6/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    6

    Rahim :Entah,saya tidak tahu. Bila dia nampak saya, dia terus pergi

    tanpa menyapa.

    Insp. Rahmat :Awak tidak hairankah?

    Rahim :Hairan juga tetapi oleh kerana kepenatan, saya terus pergi tanpa

    menghiraukannya.

    Insp. Galak :Cuba kamu imbas kembali. Pukul berapa kamu pulang?

    Rahim :Kira-kira jam tiga pagi. Mungkin lebih.

    Insp. Galak :Baiklah, awak boleh pergi, Encik Rahim.

    Inspektor Rahmat terfikir. Jam tiga pagi dia pulang. Cik Julia dijumpai kira-kira

    jam empat pagi. Apa Cik Aida buat di situ? Ah, bingungya! bisik hati kecilnya. Dia pun

    memanggil Inspektor Galak. Mereka berbincang tentang masalah ini.

    Insp. Rahmat :Emmacam mana ni?

    Insp. Galak :Cik Aida kata, dia tidak ada semasa kejadian. Sekarang Encik

    Rahim kata dia nampak Cik Aida berada di tempat kejadian.

    Lecehlah!

    Insp. Rahmat :Baiklah, Rizal. Saya hendak pulang dahulu. Esok kita akan

    bincangkan hal ini bersama pegawai polis yang lain. Saya letihlasekarang.

    Baru sahaja Inspektor Rahmat hendak melelapkan mata, telefon bimbitnya

    berdering.

    Insp. Galak :Inspektor, saya baru dapat maklumat terbaru. Di tempat kejadian,

    dua pegawai polis kita menjumpai seutas rantai yang tertera nama

    Cik Aida. Kami juga menjumpai cermin mata berwarna biru muda

    yang mempunyai sedikit kesan darah.

    Insp. Rahmat :Betulkah? Kalau begitu, bawa barang-barang ini semua esok dan kita

    akan bincangkannya di mesyuarat nanti.

    Insp. Galak :Baiklah.

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    7/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    7

    Inspektor Rahmat termenung. Betulkah pembunuh Cik Julia ialah Cik Aida?

    Mustahil juga kerana mereka rakan baik. Akan tetapi, mengapa rantai kepunyaannya

    dijumpai di situ? Lagi pula, cermin mata itu kepunyaan siapa? Kedua-dua perkara ini

    masih menjadi misteri kepadanya.

    Seminggu selepas itu, setelah pihak polis mengesahkan segala bukti yang

    berada ditempat kejadian adalah kepunyaan Cik Julia akhirnya keputusan

    mengesahkan bahawa pembunuh Cik Aidalah yang telah membunuh Cik Julia. Pada

    hari itu juga Inspektor Rahmat meminta Cik Aida datang ke balai untuk soal siasat.

    Insp. Rahmat :Mengapa Cik Aida? Mengapa cik sanggup lakukan sedemikian?

    Cik Aida :Tuan inspektor,sejak pihak polis mula-mula menjalankan siasatan

    kes pembunuhan Cik Julia, hidup saya sentiasa tidak tenang,

    hidup saya sentiasa dalam kegelisahan, setelah difikir-fikirkan saya

    rasa betul bersalah dan sebenarnyasebenarnya.saya sudah

    ingin menyerahkan diri,namun saya takut untuk mengakudan

    hari ini saya mengaku Sebenarnya sayalah yang membunuh Cik

    Julia.

    Insp. Rahmat :Mengapa?

    Cik Aida :Saya cemburukan kejayaannya. Dia boleh jadi terkenal dalam sekelip

    mata tetapi sayasudah berpuluh tahun mencari rezaki dalam

    bidang ini tetapi masih tidak terkenal juga! Tanpa berfikir panjang

    saya telah menikamnya dengan pisau. Ya! Sayalah pembunuhnya!

    Insp. Rahmat :Subahanallah, tahukah tindakanmu hanya menyusahkan dirimu

    sendiri serta orang lain juga. Kamu sebagai umat Islam tidak

    sepatutnya bertindak sedemikian. Bawa-bawalah banyak

    beristighfar dan lakukan taubat nasuha semoga penyesalanmu itu

    diterima ilahi.

    Cik Aida :Maafkan saya, saya mengaku dan tolonglah ringankan hukuman

    saya.

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    8/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    8

    Insp. Rahmat :Maafkan saya tetapi saya terpaksa menahan kamu di sini buat

    beberapa hari hinggalah hari perbicaraan nanti. Seandainya

    mengaku terlebih awal mungkin saya dapat membantumu.Galak!

    Tolong bawa dia pergi.

    Inspektor Rahmat menutup matanya sambil meitis air mata. Dia seperti tidak

    percaya apa yang didengarnya sebentar tadi. Mengapakah ada manusia yang bersifat

    begini? Sanggup membunuh rakan sendiri hanya kerana mengikut perasaan. Namun di

    sudut hatinya, dia berasa lega kerana kes ini sudah selesai.

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    9/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    9

    5.0 PENGURUSAN EMOSI DALAM WATAK-WATAK DALAM PENCERITAAN

    KERANA INGINKAN NAMA

    1. Situasi Cemburu

    Berdasarkan situasi yang telah berlaku pada watak Cik Aida, Cik Aida dapat

    dikategorikan sebagai seorang yang tidak senang melihat kejayaan orang lain Cik Aida

    yang cemburukan pada rakannya sendiri yang lebih cepat terkenal berbandingnya.

    Maka sebagai jalan penyelesaian dia telah bertindak membunuh Cik Julia. Dengan

    tindakan sedemikian, populariti rakannya akan terus lenyap.

    Sekiranya saya diberi watak sebagai Cik Aida. Kawalan emosi perasaan

    cemburu patut dikawal agar tidak melebih-lebih kerana kesannya akan membawa

    akibat yang buruk. Jadi, sebagai jalan terbaik saya akan cuba cari jalan untuk mengelak

    dari timbulnya perasaan cemburu tersebut. Maka adalah lebih baik seandainya saya

    membina hubungan yang erat dan bertanya padanya tentang cara-cara bagi menjadi

    terkenal sepertinya. Dengan hubungan yang rapat dan berlakunya perkongsian ilmu ini,

    dapatlah saya menstabilkan semula emosi saya dan tinggalkan segala perasaan negatif

    tersebut sejauh-jauhnya.

    Pada pendapat saya,yang penting bagi menghindari perasaan tersebut adalah

    cuba sedaya upaya untuk mencuba membina keyakinan diri Dan jadikan semangat

    yang baru lebih kuat berbanding dahulu. Seandainya saya berada dalam situasi

    tersebut saya tidak akan terus berputus asa untuk meningkatkan prestasi terutamanya

    dalam bidang hiburan. Menjadi satu tradisi cabaran dalam dunia seni. Persaingan

    sentiasa tinggi. Namun kegagalan pertama kali bukanlah bermakna gagal selamanya.

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    10/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    10

    2. Situasi Perasaan Tidak Rasional

    Perwatakan seseorang yang tidak berfikiran secara rasional jelas terpancar pada watak

    Cik Aida yang tanpa memikirkan nyawa rakannya dan kesan akibat perbuatan

    membunuh. Beliau telah bertindak membunuh rakannya sendiri,CikJulia.

    Seandainya saya berada di situasi tersebut. Kawalan emosi kendiri amatlah

    penting pada masa tersebut. Sifat bertindak melulu tanpa kesabaran dan pemikiran

    yang tinggi patutlah dijauhi. Saya akan terlebih dahulu tenangkan fikiran seterusnya

    fikirkan kehadapan sebelum merancang dan bertindak serta. Dengan ini saya akan

    ketahui apakah akibat atas perbuatan bakal dirancang. Contohnya jika saya melakukan

    pembunuhan, secara tidak langsung saya akan ditangkap serta dipenjarakan beberapa

    tahun. Jadi rumusnya, kerugian lebih banyak menimpa pada saya berbanding

    keuntungan atas perbuatan tersebut.

    3. Situasi Bimbang

    Emosi kebimbangan dapat dikesan pada watak Cik Aida semasa pihak polis mmula

    menjalankan siasatan kes pembunuhan Cik Julia , Cik Aida jelas menunjukkan reaksi

    keresahan kerana bimbang rahsianya sebagai pembunuh akan terbongkar.

    Sekiranya saya diberi watak sebagai Cik Aida pergi ketempat-tempat yang

    tenang dan nyaman dapat hilangkan kebimbangan dan keresahan tersebut. contohnya,

    ketempat kawasan peranginan seperti pantai-pantai ataupun air terjun. Jadi saya

    beranggapan tragedi tersebut belum pernah berlaku dan jalankan kehidupan seharian

    seperti biasa.

    Pada pendapat saya, pengakuan secara terbuka kepada pihak polis adalah jalanterbaik bagi saya. Dimana dengan kerelaan hati menerima segala tindakkan undang-

    undang akan melenyapkan segala kebimbangan. Jika difikirkan seandainya melarikan

    diri dari kes tersebut,lambat laun akan terketahui jua pembunuhnya.

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    11/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    11

    4. SituasiTerkejut

    Berdasarkan situasi di atas, inspector Rahmat terkejut apabila mengangkat telefon yang

    diterima olehnya yang menyatakan bahawa Cik Julia telah meninggal dunia. Emosi ini

    meyebabkan Inspektor Rahmat tersentak dan tidak dapat berkata-kata dan terus ke

    balai dalam keadaan tergesa-gesa sehinggakan melanggar lampu isyarat.

    Cara mengurus emosi dalam situasi ini ialah inspektor Rahmat harus bertenang

    apabila menerima khabar berita bahawa Cik Julia telah meninggal dunia sebagai orang

    Islam sepatutnya redha menerima ketentuan Ilahi. Perasaan tenang membolehkan

    seseorang itu tidak bertindak terburu-buru dan seterusnya dapat berfikir secara rasional

    dalam mengatasi sesuatu masalah. Selain itu, cara yang paling baik ialah Inspektor

    Rahmat seharusnya menarik nafas perlahan-lahan dan jangan lepaskan perasaan

    tersebut di jalan raya kerana membahaya diri dan orang lain sebagai pengguna jalan

    raya.

    5. Situasi Rasa bersalah

    Dalam situasi ini, pembohongan Cik Aida terbongkar apabila pihak polis mengetahui

    bahawa Cik Aida adalah pembunuh. Perasaan takut dan bersalah dalam diri Cik Aida

    menyebabkan dia cuba meminta kemaafan daripada Inspektor Rahmat secara serta

    merta dengan emosi yang tidak stabil.

    Cara mengurus emosi ini ialah Cik Aida seharusnya cuba berfikir terlebih dahulu

    akan perasaan orang lain yang mengalami penderitaan akibat perbuatan yang

    dilakukan selama ini. Emosi ini dapat diatasi dengan meminta maaf secara sopan dan

    tidak terlalu emosional kerana kemungkinan perlakuan yang ditunjukkan mungkin akan

    menimbulkan kemarahan orang lain. Cik Aida juga seharusnya cuba minta berbincangterlebih dahulu dan mengaku kesalahan yang dilakukannya dengan sebaik-baiknya

    agar pihak polis dapat membuat pertimbangan untuk meringankan hukuman atas

    kesalahan yang dilakukannya.

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    12/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    12

    6.0 REFLEKSI TAHAP KECERDASAN EMOSI BERDASARKAN WATAK DALAM

    SITUASI KERANA INGINKAN NAMA.

    Cik Aida

    Berdasarkan situasi tersebut, Cik Aida dapat dikategorikan sebagai seorang yang tahap

    Kompetensi Kecerdasan Emosi yang rendah iaitu suka mementingkan diri sendiri.

    Tanpa memikirkan sebab dan akibat disisi undang-undang dan agama dia telah

    bertindak membunuh rakan baiknya. Tujuan utama Cik Aida bentindak sedemikian

    adalah kerana rakannya telah mencampuri popularitinya sehingga menjadi terkenal

    berbandingnya. Dimana perasaan cemburunya terhadap kejayaan orang lain tidak

    pernah terpendam. Janji kepuasan yang dia dapat. Tanpa disedari dia dikatakan terlalu

    mudah mengikut perasaan sehinggakan tidak dapat berfikiran secara rasional.

    Dalam perwatakan Cik Aida juga, jelas ternyata dia mengalami emosi yang tidak

    stabil setelah membunuh rakannya. Kehidupannya sentiasa didampingi kegelisahan

    dan bercelaru kerana rungsing hal sebenar bahawa dialah sebenarnya pembunuh akan

    terbongkar. Selain dari emosi diatas, Cik Aida juga merupakan seorang yang pandai

    mencari helah. Hal sedemikian jelas dilihat semasa ingin mengelak dia disyaki olehpihak polis, dia terpaksa mencari helah dengan menipu dan berpura-pura tidak tahu

    mengenai kes pembunuhan tersebut.

    Diakhir penceritaan Cik Aida seorang yang mempunyai tahap Kompetensi

    Kecerdasan Emosi yang tinggi iaitu mudah mempunyai perasaan rasa bersalah iaitu

    mengakui kesalahan yang telah dilakukan olehnya. Cik Aida berasa bersalah kerana

    perbuatannya yang membunuh Cik Julia dan menipu pihak polis. Dia juga menangis

    kerana terlalu sedih rayuannya untuk meringankan hukuman sukar dipertimbangkan.Walubagaimanapun dia menerima dengan seadanya segala hukuman yang bakal

    diterima Sikap ini membantu kita untuk cuba menilai diri sendiri dan menyedarkan kita

    bahawa menyedari kesilapan diri sendiri.

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    13/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    13

    Inspektor Rahmat

    Berdasarkan dari sepanjang penceritaan dalam cerita, Inspektor Rahmat sentiasa

    menunjuk emosi yang positif dan mempunyai tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi

    yang tinggi. Hal jelas ternyata semasa dia mendapat panggilan dari pejabat, Walaupun

    dia kepenatan setelah menyelesaikan kes. Oleh hal kerana sebagai seorang polis perlu

    amanah dan bertanggungjawab beliau tetap sabar menerima dengan seadanya kes

    terbaru.

    Selain itu, Inspektor Rahmat menunjukkan seorang yang pandai mengawal

    emosi dalam sesuatu keadaan,. Perkara ini dapat dilihat sepanjang dalam kes soal

    siasat. Beliau mengguna bahasa-bahasa yang sopan dan nada-nada yang rendah

    bukannya sebagai seorang polis perlu sentiasa tegas. Beliau bertindak demikian kerana

    tidak ingin menimbulkan provokasi dan ketegangan antaranya dengan suspek.

    Berdasarkan secara kesuluruhan analisis penceritaan kerana Ingin nama,

    Inspektor Rahmat dikatakan mempunyai tahap Komepetensi Kecerdasan Emosi yang

    rendah iaitu mudah terkejut apabila menerima kenyataan yang berada di luar

    jangkaannya. Emosi ini digambarkan ketika beliau menerima berita yang menyatakan

    bahawa Cik Julia telah meninggal dunia. Perasaan ini juga menyebabkan beliau berasa

    sedih dan memecut kenderaan mengejar masa sehinggakan terpaksa mlanggat lampu

    isyarat. Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi yang rendah ini menunjukkan bahawa

    Inspektor Rahmat tidak berupaya menangani masalah dengan berfikir terlebih dahulu

    dan sebaliknya bertindak tanpa mementingkan keselamatan diri sendiri dan pengguna

    lain di jalan raya .

    Diakhir penceritaan, beliau menunjuk reaksi kekecewaan atas sikap seseorang

    individu yang sangup membunuh rakannya sendiri kerana atas sikap cemburu melihat

    kejayaan rakannya sendiri. Namun atas sifat cemburu yang melebih-lebih sehinggakan

    sanggup bertindak membunuhnya. Beliau tidak meyangka Cik Aida sanggup bertindak

    sedemikian rupa.

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    14/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    14

    Inspektor Galak

    Sepanjang perjalanan cerita, watak Inspektor Galak dapat dilihat sentiasa

    mempamerkan emosi yang positif. Beliau dapat dikategorikan sebagai seorang yang

    mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi, buktinya dapat dilihat sepanjang

    kariernya dalam penceritaan sebagai seorang polis yang tidak mengeluh apabila

    menerima sebarang tugasan atau amanah. Beliau sentiasa bekerja keras dalam

    menyelesaikan sesuatu kes. Contohnya setelah bekerja keras mencari dan menyiasat

    kes tersebut dapat diselaikan dengan cepat dan jayannya.

    Selain itu, beliau mempunyai kecekapan dalam bertindak sebelum menerima

    sebarang arahan. Hal ini jelas dapat dilihat semasa Inspektor Rahmat bertanya

    sudahkah menghubungi kenalan-kenalan mangsa. Dengan senang hatinya, beliau

    menyatakan perkara tersebut sudah ditanya terlebih dahulu sebelum datangnya

    Inspektor Rahmat ke pejabat. Beliau bertindak sedemikian kerana bagi mengelak

    berlakunya kekalutan pada masa akan datang. Bagi dirinya, bertindak terlebih awal

    akan mepercepatkan sebarang urusan.

    7.0 RUMUSAN

    Kecerdasan emosi merupakan sesuatu yang penting untuk setiap manusia. Seseorang

    yang memiliki kecerdasan emosi sama ada dari sudut kompetensi personal mahupun

    kempetensi sosial ini akan memberi manfaat sama ada secara individu atau secara

    berkelompok. Oleh sebab itu, tanpa pembelajaran kompetensi kecerdasan emosi dalam

    kehidupan seseorang individu itu, perkara-perkara negatif sentiasa akan mendorong

    dari belakang melakukannya. Berdasarkan contoh situasi di atas Cik Aida yang

    banyak menonjolkan jenis-jenis emosi berdasarkan tingkah laku dan ciri peribadinya.Tanpa adanya kecerdasan emosi, seseorang itu mampu bertindak dengan secara

    terburu dan tanpa berfikir panjang akan kesan yang bakal diterima

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    15/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    15

    8.0 REFLEKSI KESELURUHAN

    Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur kepada Ilahi kerana limpah kurnia-Nya saya

    berjaya menyiapkan kerja kursus Kompetensi Kecerdasan Emosi tepat pada masanya.

    Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan

    kepada Encik Kamarulzaman bin Mohd Kutty, iaitu pensyarah pembimbing bagi mata

    pelajaran Kompetensi Kecerdasan Emosi atas bimbingan beliau sepanjang saya

    melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima

    kasih kepada rakan rakan sepengajian kursus PSV/BI/BM (PPISMP) Semester 3 atas

    kerjasama serta tunjuk ajar dan maklumat yang dikongsikan bersama sepanjang

    melaksanakan tugasan ini.

    Tugasan ini banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih jelas tentang

    konsep dan kepentingan emosi dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, tugasan ini

    juga secara tidak langsung memberi pengetahuan tentang cara-cara mengurus emosi

    dalam menghadapi situasi yang mencabar. Pemahaman yang jelas tentang emosi amat

    penting kerana sebagai bakal pendidik, saya harus berupaya memiliki emosi yang

    positif ketika berhadapan dengan situasi atau masalah terutamanya dalam menangani

    karenah pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) dijalankan di

    sekolah agar tidak wujud sebarang kelalaian yang boleh mencemarkan nama bidang

    profesion perguruan kelak. Tugasan ini juga secara tidak langsung membantu

    mengeratkan hubungan antara pensyarah dengan para pelajar melalui perkongsian

    maklumat dan pendapat ketika proses perbincangan mengenai kerja kursus pendek ini.

    Akhir sekali, saya berharap melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mampu

    memperbaiki kelemahan saya dan meningkatkan mutu tugasan pada masa akan

    datang. Tugasan ini banyak memberikan pengetahuan dan pemahaman yang lebih

    jelas mengenai Kemahiran Berfikir dan kepentingannya dalam kehidupan kita yang

    bakal mendidik anak bangsa kelak agar profesion perguruan sentiasa disanjung tinggi

    oleh masyarakat tempatan dan di mata dunia. Sesungguhnya, keupayaan Kecerdasan

    Intelek (IQ) yang tinggi tidak menjamin kejayaan seseorang dalam bidang yang

    diceburi.

  • 8/4/2019 ppismp sem 3 kke

    16/16

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2011

    16

    9.0 BIBLIOGRAFI

    Buku

    A.J Michael, (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd,

    Kuala Lumpur

    Covey, S.R. (1989). The 7 Habits Of Highly Effective People. London: Simon and

    Schuster.

    Kamus Dewan. 2002. Dewan Bahasa Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

    Mok Soon Sang. (2010), Kompetensi Kecerdasan Emosi. Penerbitan Multimedia Sdn.

    Bhd, Selangor Darul Ehsan.

    Internet

    http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/jenis-emosi-atau-perasaan.html

    (dilayar pada 30 Julai 2011)

    http://www.eqcoach.net/emotional intelligence.html.

    (dilayari pada 30 Julai 2011)

    .

    http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/jenis-emosi-atau-perasaan.htmlhttp://rujuknota.blogspot.com/2009/06/jenis-emosi-atau-perasaan.htmlhttp://www.eqcoach.net/emotional%20intelligence.htmlhttp://www.eqcoach.net/emotional%20intelligence.htmlhttp://www.eqcoach.net/emotional%20intelligence.htmlhttp://rujuknota.blogspot.com/2009/06/jenis-emosi-atau-perasaan.html