SEM 1 TITAS
-
Upload
ndbz-cahayadya -
Category
Documents
-
view
348 -
download
6
Transcript of SEM 1 TITAS
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
1/21
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
2/21
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
3/21
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
4/21
orang Islam Yunan. Mereka ini merupakan orang Islam tempatan yang dipanggil Han
Hui (Cina Islam).
Tidak ketinggalan juga seorang lagi tokoh Cina Islam yang terkenal yang muncul
pada zaman ini ialah Laksamana Cheng Ho ( Muh ammad Ma Ho ) yang berasaldaripada Yunan. Beliau telah dilantik menjadi Laksamana laut Dinasti Ming pada zaman
pemerintahan Maharaja Yung Lo. Cheng Ho telah memimpin sebuah armada yang
sangat besar diiringi oleh 62 buah kapal besar, 225 buah tongkang serta 27 550 orang
bala tentera, telah belayar ke kawasan Asia Tenggara dan Asia Selatan pada tahun
1405 M untuk menunjukkan tentang kebesaran dan kekuasaan Dinasti Ming. Dalam
pelayarannya itu, beliau telah singgah di beberapa buah pelabuhan di Champa, Jawa,
Srijaya dan Kalikut. Beliau kembali semula ke China pada tahun 1407 M.
Setelah itu, beliau telah mengadakan tujuh lagi siri pelayaran keluar dari China
iaitu ke kawasan Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika Timur (tahun
1407- 1424M). Dalam pelayaran kali keempatnya (1413-1415M), beliau telah singgah di
Melaka dan bertemu dengan Megat Iskandar Syah yang merupakan Sultan Melaka
kedua. Dalam perjalanan pulang, Megat Iskandar Syah telah mengikuti beliau ke
negara China untuk menghadap Maharaja Yung Lo. Para pedagang yang turut belayar
bersama Cheng Ho kebanyakannya adalah orang Islam termasuklah Laksamana Muda
Heo Shien, dua orang jurucatat, Ma Huan dan Fei Hsin serta seorang jurubahasa arab
iaitu Al-Hassan.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
5/21
[Type text]
5
LATAR BELAKANG LAKSAMANA CHENG HO
Ch eng Ho (Hanzi tradisional: , Hanzi sederhana: ,
Hanyu Pinyin: Zhng H , Wade-Giles: Ch eng Ho ; nama asli:
Hanyu Pinyin: Ma Sanbao ; nama Arab: Haji Ma h m u d
Sh ams ,nama Islam Muh ammad Ma Ho ) (1371 - 1433M),
adalah seorang pelaut dan penjelajah Tiongkok terkenal yang
melakukan beberapa penjelajahan antara tahun 1405 hingga
1433.
Cheng Ho juga dikenali sebagai Kasim (abdi) San Bao. Nama tersebut dalam
dialek Fujian biasanya diucapkan sebagai San Po, Sam Poo, atau Sam Po. Sumber lain
ada menyebutkan bahawa Ma He (nama kecil Cheng Ho) lahir pada tahun Hong Wu
keempat (1371 M). Walaupun tiada banyak catatan yang dapat menggambarkan zaman
kanak-kanak Laksamana Cheng Ho, namun dapat diketahui bahawa beliau dilahirkan
sekitar tahun 1371 di propinsi Yunan. Ada juga artikel yang telah menyebut mengenai
beliau secara lebih spesifik (beliau telah dilahirkan di Hodai, sebuah kampung di
Daerah Bao San).
Beliau merupakan anak kedua kepada pasangan Ma Hazhi (ayahnya) dan Wen
(ibunya). Ayahnya, Ma Hazhi, telah menunaikan haji yang merupakan rukun Islam yang
kelima. Menurut Hembing Wijayakusuma, nama Haz h i dalam bahasa Mandarin adalah
merujuk kepada perkataan 'haji'.
Cheng Ho merupakan seorang hamba abdi Muslim yang menjadi orang
kepercayaan Kaisar Yongle dari Tiongkok (berkuasa tahun 1403-1424) iaitu kaisar ketiga dari Dinasti Ming. Ketika pasukan Ming menakhluk Yunan, Ch eng Ho telah
ditangkap dan kemudiannya dijadikan orang kasim (abdi). Beliau adalah salah seorang
daripada s u ku Hu i, suku bangsa yang secara fizikalnya adalah mirip suku Han, namun
beragama Islam.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
6/21
CHENG HO SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG TAAT PADA AGAMA ISLAM
Sebagai kaum Hui, Cheng Ho telah memeluk agama Islam sejak lahir lagi. Datuk
dan bapanya telah lama menunaikan fardu haji di Mekah. Mereka amat mengetahui
keadaan di luar negara dan suka menjelajah di seluruh pelosok dunia.
Bulan Ramadhan pula merupakan bulan yang sangat
ditunggu-tunggu oleh Cheng Ho. Pada tanggal 7 Desember
1411, setelah pelayarannya yang ketiga, pejabat di istana
Beijing telah memberi kesempatan pada beliau untuk
singgah ke kampong beliau di Kunyang, untuk menziarahi
makam almarhum ayah beliau. Ketika Ramadhan tiba,Cheng Ho memilih untuk berpuasa di kampong beliau yang
sentiasa meriah dalam menyambut bulan berpuasa.
Sepanjang beliau di kampung, beliau sibuk dengan kegiatan
keagamaan sehinggalah ke saat Aidilfitri menjelang tiba.
Setiap kali berlayar, ramai anak-anak kapal beragama Islam yang turut serta. Sebelum
turun ke laut, mereka akan melaksanakan solat berjemaah beramai-ramai. Beberapa
tokoh Muslim yang pernah mengikuti Cheng Ho berlayar ialah Ma Huan, Guo Chongli,
Fei Xin, Hassan, Sha'ban, dan Pu Heri.
Ma Huan dan Guo Chongli yang fasih berbahasa Arab dan Parsi bertugas sebagai
penterjemah. Hassan pula yang merupakan pemimpin Masjid Tang Shi di Xian (Provinsi
Shan Xi), berperang dalam mempereratkan hubungan diplomasi antara Tiongkok
dengan negara-negara Islam. Hassan juga bertugas memimpin kegiatan-kegiatan
keagamaan dalam rombongan ekspedisi, misalnya melaksanakan penguburan jenazahdi lautan atau memimpin solat hajat ketika armadanya diserang badai.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
7/21
[Type text]
7
Kemakmuran masjid juga tak pernah dilupakan Cheng Ho. Pada tahun 1413,
beliau telah mengubah dan menaiktaraf Masjid Q inging (tim ur l a u t Kab u paten Xian ).
Pada tahun 1430, beliau memugar Masjid S an S an di Nanjing yang rosak kerana
terbakar. Pemugaran masjid ini telah mendapat bantuan langsung dari kaisar di sana.
Beberapa sejarahwan meyakini bahawa wira sejati ini telah menunaikan ibadah haji.
Sememangnya tidak ada catatan sejarah yang membuktikan kesahihan itu namun,
perlaksanaan haji kemungkinan dilakukan ketika ekspedisi terakhir beliau (1431-1433)
kerana pada saat itu rombongan beliau telah singgah di Jeddah.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
8/21
EKSPEDISI PELAYARAN LAKSAMANA CHENG HO
Bandar Nanjing terletak di pinggir Su ngai Yangtze , sungai yang terbesar di China.
Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing
pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 b u a h bengke l pemb u at
kapa l di luar bandar Nanjing dan tu kang-t u kang kapa l y ang te r baik di seluruh China
telah berpusat di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal tukang-tukang kapal
tersebut merupakan taraf yang tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada
ketika itu.
Ketika Ch eng Ho berumur 12 tahun, Yunan yang dikuasai Dinasti Yu an telahdirampas oleh Dinasti Ming . Para pemuda ditawan lalu dibawa ke Nanjing untuk
dijadikan hamba abdi di istana. Cheng Ho juga tidak terkecuali dan diabdikan kepada
Raja Zhu Di di Istana Beiping (kini Beijing).
Di depan Zhu Di, Kasim San Bao berhasil menunjukkan kehebatan dan
keberanian beliau. Contohnya pada saat beliau memimpin anak buahnya dalam
serangan tentera melawan Kaisa r Zhu Yu nwen (Dinasti Ming). Cheng Ho adalah
hamba abdi yang berfizikal tinggi, besar dan bermuka lebar tampak begitu gagah dalam
menewaskan lawan-lawannya. Akhirnya Zhu Di berhasil merampas takhta Kaisar.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
9/21
[Type text]
9
Ketika Kaisar mencadangkan majlis pengembalian kejayaan Tiongkok yang
merosot akibat kejatuhan Dinasti Mongol (1368), Cheng Ho menawarkan diri untuk
mengadakan muhibbah ke pelbagai penjuru negara. Kaisar terkejut sekaligus terharu
mendengar permintaan Cheng Ho yang berani itu.
Maka berangkatlah a r mada Tiongkok di bawah
Laksamana Ch eng Ho (1405). Armada ini terdiri
daripada 27 000 anak buah kapal dan 307 buah
(armada) kapal laut. . Kapal " Baoc hu an " yang
digunakan dalam pelayaran Cheng Ho telah dibina di
Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar yangbersaiz terbesar.
Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan di atas titah Maharaja Zhu Di, maka
kapal-kapal tersebut bukan sahaja berukuran besar, tetapi juga diperlengkapi dengan
kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, seb u a h batang kem u di sepanjang 11 .7
mete r daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapakbengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Berdasarkan panjang batang kemudi
tersebut, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang terbesar telah mencatat lebih
seribu tan ini merupakan kapa l y ang pa ling te r besa r di d u nia pada ketika itu.
Armada tersebut terdiri daripada kapal besar dan kecil, dari kapal bertiang layar
tiga sehinggalah kapal bertiang layar sembilan. Kapal terbesar panjangnya sekitar 400
kaki atau 120 meter dan lebar sekitar 160 kaki atau 50 meter. Rangka layar kapal pula
terdiri dari bambu Tiongkok. Selama berlayar, mereka membawa bermacam-macambekalan termasuklah binatang seperti sapi, ayam dan kambing yang kemudian
disembelih untuk dimakan oleh para anak buah kapal disepanjang perjalanan. Selain
itu, beliau juga membawa begitu banyak bambu Tiongkok sebagai suku cadang rangka
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
10/21
tiang kapal dan tidak ketinggalan juga membawa kain Sutera untuk dijual di Negara
yang mereka singgahi.
Terlebih dahulu, armada Cheng Ho menunaikan solat di sebuah masjid tua di kota
Quanzhou (Provinsi Fujian). Pelayaran pertama ini mampu mencapai wilayah AsiaTenggara (Semenanjung Malaya, Sumatera, dan Jawa). Pada tahun 1407-1409,
armada Cheng Ho berangkat sekali lagi untuk ekspedisi buat kali yang kedua.
Ekspedisi ketiga pula dilakukan sekitar tahun 1409-1411 M. Ketiga-tiga ekspedisi
tersebut menjangkau sehingga ke negara India dan Sri Lanka.
Pada tahun 1413 sehingga tahun 1415, Laksamana Cheng Ho kembali
melaksanakan ekspedisi penjelajahannya. Pada kali ini persinggahan beliau telah
sampai ke Aden, Te lu k P e r sia, dan Mogadis hu (Afr ika Tim ur ). Penjelajahan inidiulang kembali pada ekspedisi kelima (1417-1419) dan keenam (1421-1422).
Ekspedisi terakhir beliau (1431-1433) telah berhasil mencapai La u t Me r a h .
Pelayaran Laksamana Cheng Ho yang luar biasa itu telah Berjaya menghasilkan
buku Zh eng He's Navigation Map yang mampu mengubah peta navigasi dunia
sehingga abad ke-15. Dalam buku ini terdapat 24 peta navigasi mengenai arah
pelayaran, jarak di lautan, dan pelbagai jenis pelabuhan. Jalur perdagangan Cina juga
berubah, tidak sekadar tertumpu pada 'Jalur Sutera' antara Beijing-Bukhara.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
11/21
[Type text]
11
Ketika mengharungi samudera, Cheng Ho mampu menguruskan organisasi
armada dengan rapi. Kapal-kapalnya terdiri daripada kapal pusaka (induk), kapal
berkuda (mengangkut barang-barang dan kuda), kapal penempur, kapal pembekal
bahan makanan, dan kapal duduk (kapal komando) serta kapal-kapal pembantu. Anak-
anak kapalnya ada yang bertugas di bahagian komando, teknikal navigasi, military dan
logistik.
Semasa kurun antara tahun 1405 hingga tahun 1433, Armada Cheng Ho pernah
singgah di kepulauan Nusantara sebanyak tujuh kali. Ketika beliau berkunjung di
Samudera Pasai, beliau menghadiahkan loceng r aksasa Cak r ado beliau kepada
Sul tan Ace h . Loceng tersebut kini tersimpan di Muse u m Banda Ace h . Daerah lain di
Sumatera yang telah dikunjungi oleh beliau adalah P a lembang dan Bangka.
Seterusnya Laksamana Cheng Ho juga telah singgah di P e lab uh an B intang Mas yang
kini dikenali sebagai Tanj u ng Pr iok . Pada tahun 1415, beliau telah mendarat di Mua r a
J ati (C ir ebon ). Beberapa cenderamata khas dari Tiongkok telah dipersembahkan
kepada Sultan Cirebon. Salah satu antara hadiah tersebut ialah seb u a h pi r ing
be r tul iskan Ay at Kur si yang saat ini masih tersimpan baik di Kr aton Kasep uh an
C ir ebon.
Ketika menyusuri Laut Jawa, Wang J ing h ong yang merupakan orang kedua
dalam armada mengalami sakit keras. Sejurus kemudian, sauh segera dilemparkan di
pantai S imongan, S ema r ang . Mereka telah tinggal di dalam sebuah gua dan
sebahagiannya lagi membuat perkampungan kecil di luar gua. Wang yang kini dikenali
dengan sebutan Kiai Juru m u di Dampo Awang , akhirnya menetap dan menjadi bakal
penduduk tetap warga Tionghoa di sana. Wang juga telah mengabadikan Cheng Ho
dengan mengukir sebuah patung (disebut Mba h L edaka r Jur agan Dampo Awang
S am P o Kong ), serta membangunkan kuil Sam Po Kong atau Gedung Batu.
Cheng Ho dan armada beliau juga pernah sampai ke Tu ban (J atim). Cheng Ho telah
mengajar akan tatacara pertanian, penternakan, pertukangan, dan perikanan kepada
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
12/21
warga pribumi di sana. Hal yang sama juga dilakukan oleh Cheng Ho sewaktu beliau
singgah di Gr esik dan Sur aba ya . Pada hari Jumaat pula, Cheng Ho telah mendapat
penghormatan untuk menyampaikan khutbah di hadapan warga (masyarakat) Surabaya
yang jumlahnya mencapai ratusan orang. Selepas itu, kunjungan diteruskan ke
Mojoke r to (pada ketika itu Mojokerto menjadi pusat Kerajaan Majapahit). Di sana,
Raja Majapa h it dan Wik r amawa r d h ana , mengadakan pertemuan dengan rombongan
kaisar Tiongkok.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
13/21
[Type text]
13
Kep ul angan
Dalam ekspedisi ini, Cheng Ho telah membawa pulang pelbagai penghargaan
dan utusan lebih daripada 30 kerajaan (termasuklah Raja Alagonakkara dari Sri Lanka),
yang datang ke Tiongkok untuk meminta maaf kepada kaisar Tiongkok.
Ketika Cheng Ho pulang pula, beliau membawa banyak barang-barang berharga
iaitu kulit dan getah pohon Kemenyan, batu permata (ruby, emerald dan lain-lain)
bahkan juga beberapa orang Afrika, India dan Arab sebagai bukti perjalanannya. Selain
itu, beliau juga membawa pulang beberapa binatang asli Afrika termasuk sepasang
jerapah iaitu hadiah dari salah satu Raja Afrika. Akan tetapi, sayangnya salah satu
jerapah mati ketika beliau dalam perjalanan pulang.
EKSPEDISI PELAYARAN LAKSAMANA CHENG HO
Peta Kangnido (1402)
sebelum Pelayaran
Cheng Ho dan
diperkirakan ia memiliki
informasi geografi detail
pada sebagian besar Dunia Lama.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
14/21
P e la ya r an Wakt u D ae r a h y ang di lawati
Pelayaran
Pertama1405-1407
Champa, Jawa, Palembang, Malaka, Aru, Sumatra,
Lambri, Ceylon, Kollam, Cochin, Calicut
Pelayaran Kedua 1407-1408Champa, Jawa, Siam, Sumatra, Lambri, Calicut,
Cochin, Ceylon
Pelayaran Ketiga 1409-1411
Champa, Java, Malacca, Sumatra, Ceylon, Quilon,
Cochin, Calicut, Siam, Lambri, Kaya, Coimbatore,Puttanpur
Pelayaran ke-4 1413-1415
Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra,
Ceylon, Cochin, Calicut, Kayal, Pahang, Kelantan,
Aru, Lambri, Hormuz, Maladewa, Mogadishu,
Brawa, Malindi, Aden, Muscat, Dhufar
Pelayaran ke-5 1416-1419
Champa, Pahang, Java, Malacca, Sumatra, Lambri,
Ceylon, Sharwayn, Cochin, Calicut, Hormuz,
Maldives, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden
Pelayaran ke-6 1421-1422Hormuz, Afrika Timur, negara-negara di Jazirah
Arab
Pelayaran ke-7 1430-1433Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra,
Ceylon, Calicut, Hormuz... (17 politics in total)
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
15/21
[Type text]
15
Ke h ebatan Laksamana Ch eng Ho mengatasi pe la ya r B a r at
Pada tahun 1492, penjelajah bernama Christopher Columbus terkenal hebat
kerana berhasil menemui benua Amerika. Namun, tahukah anda bahawa ada
penjelajah dan pelayar yang jauh lebih hebat? Beliau adalah Laksamana Cheng Ho,seorang Tionghoa Muslim yang hidup sekitar 6 abad lalu.
Selama hidupnya, Cheng Ho atau Zheng He melakukan penjelajahan antara
benua selama tujuh kali berturut-turut dalam kurun waktu 28 tahun (1405-1433). Tak
kurang dari 30 negara di Asia, Timur Tengah, dan Afrika pernah disinggah oleh beliau.
Pelayaran Cheng Ho juga adalah lebih awal 87 tahun berbanding Columbus dan lebih
awal berbanding penjelajah dunia lain seperti Vasco da Gama yang berlayar dari
Portugis ke India pada tahun 1497. Ferdinand Magellan yang merintis pelayaran
mengelilingi bumi juga kalah akan perbezaan selama 114 tahun.
Ekspedisi Cheng Ho ke 'Samudera Barat' (sebutan untuk lautan sebelah Barat
Laut Tiongkok Selatan sampai Afrika Timur) adalah bersama armada raksasa. Pada
pelayaran pertama, beliau mengerahkan 62 kapal besar dan belasan kapal kecil yang
digerakkan oleh 27 800 ribu tentera. Pada pelayaran ketiga pula, beliau mengerahkan
kapal besar sebanyak 48 buah dan 27 ribu bala tentera. Sedangkan semasa pelayaranketujuh, terdiri 61 kapal besar dan seramai 27 550 orang tentera. Bila dijumlahkan
dengan kapal-kapal kecil, rata-rata pelayaran, beliau telah mengerahkan sebanyak 200
kapal. Sementara Columbus, ketika menemukan benua Amerika hanya mengerahkan 3
kapal dan tentera 88 orang.
Kapal yang dikerah oleh Cheng Ho disebut sebagai 'kapal pusaka' yang merupakan
kapal terbesar pada abad ke-15. Panjang kapal itu mencapai 444 zhang (138 m) dan
lebarnya 18 zhang (56 m) iaitu lima kali lebih besar daripada kapal Columbus dan
menurut sejarahwan, JV Mills berkata bahawa kapasiti kapal tersebut ialah 2500 ton.
Model kapal tersebut menjadi inspirasi penjelajah dan pelayar-pelayar Sepanyol
serta Portugal dan pelayar-pelayar di zaman moden di masa kini. Reka ciptanya hebat,
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
16/21
tahan terhadap serangan badai dan taufan serta dilengkapi dengan teknologi canggih
seperti kompas magnetik.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
17/21
[Type text]
17
APREASIASI MORAL DARIPADA SUMBANGAN LAKSAMANA CHENG HO
Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut telah meninggalkan warisan kebudayaan
dan kesenian kepada kita. Dewasa ini, ramai sasterawan telah menggubah drama,
novel, drama TV dan lain-lain bagi menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho
secara besar-besaran pada ketika itu dan memuji sumbangan-sumbangan yang telah
dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta
sumbangan-sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dengan
negara-negara di dunia.
Kehidupan Cheng Ho adalah dibawah kekuasaan Dinasti Ming. Namun, beliau
menonjolkan identitinya sebagai seorang Muslim dan dalam waktu yang sama, beliau
masih berpegang pada budaya tempat asalnya. Meskipun Cheng Ho beragama Islam
dan pernah membangunkan masjid, beliau turut membantu membangunkan kuil
sebagai warisan budaya dan agama bangsa beliau. Perlakuan dan tindakan beliau ini
menunjukkan perilaku toleransi yang luar biasa.
Menurut Dr. Leo Suryadinata dari Institut Kajian Masalah Asia Tenggara, ISEAS
(Universitas Nasional Singapura) ketika mengimbas kembali perilaku dan peranan
Cheng Ho yang mampu bersikap toleransi, beliau tertanya-tanya akan bagaimana
relevannya sikap Cheng Ho mengembangkan Islam sambil terus memupuk semangat
toleransi.
Sepanjang perjalanan beliau, Laksamana Cheng Ho sering memberikan hadiah
kepada daerah-daerah yang dikunjunginya (porselin, sutera dan barang lain). Sebagai
balasan, beliau juga mendapat hadiah-hadiah seperti Kuda belang Afrika dan Zirafah.
Selama berkunjung, Laksamana Cheng Ho dan armada yang diketuainya sangat
menghormati budaya masyarakat tempatan. Bahkan ketika di Ceylon, beliau telah
membina dan membangunkan monumen tiga agama iaitu Islam, Buddha dan Hindu.
Laksamana Cheng Ho dan armada beliau tidak mengutamakan peperangan
dalam menyelesaikan masalah. Sebaliknya, Laksamana Cheng Ho lebih menyukai
akan cara diplomasi dalam menyebarkan pengaruh Dinasti Ming. Walaupun begitu,
Laksamana Cheng Ho tetap mengerahkan armadanya sekiranya terdapat kekasaran
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
18/21
dan kencaman. Contohnya seperti ketika menumpas Bajak Laut di Ceylon, atau ketika
melawan armada tempatan di Arab dan Afrika kerana mereka mengancam
keselamatan armada beliau.
Antara kisah yang menunjukkan kem ul iaan h ati Laksamana Cheng Ho ialahketika beliau berusaha mendamaikan kerajaan Blambangan dan Majapa h it . Saat itu
Laksamana Cheng Ho yang sedang berlabuh di S ema r ang mengirimkan utusan
kehormatan Kaisar sebanyak 300 orang ke kerajaan Blambangan. Utusan ini sama
sekali tidak bersenjata. Namun Majapahit salah anggap kerana menganggap Kerajaan
Blambangan sedang meminta bantuan dari Kaisa r M ing sehingga membuat Majapahit
bertindak menyerang utusan beliau.
Laksamana Cheng Ho yang terkejut dengan serangan ini mengerahkan seluruharmadanya ke kerajaan Majapahit dan mengarahkan semua meriam kapal perangnya
ke daratan. Namun dalam dipengaruhi oleh emosi armadanya, Laksamana Cheng Ho
telah melakukan tindakan yang mengejutkan dengan berlayar di dalam kapal kecil
sambil ditemani beberapa pengawalnya menghadap Raja Majapahit dan bertanyakan
alasan dan sebab mengapa utusan beliau diserang oleh Raja Majapahit. Mereka
berbicara lalu baginda pun menyedari bahawa telah berlakunya salah faham akan
utusan yang dihantar oleh Cheng Ho ke kerajaan Blambangan. Masalah ini telah pun
dapat diselesaikan dengan damai tanpa kehilangan nyawa sesiapa. Sesungguhnya,
amat luar biasa perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho.
Terdapat satu pengajaran yang diperoleh melalui peristiwa ini iaitu tidak semua hal
dapat diselesaikan dengan kekasaran. Berdamai adalah salah satu langkah yang
terbaik boleh dilakukan bagi mengelakkan sebarang kehilangan nyawa yang sia-sia.
Laksamana Cheng Ho dalam tujuh pelayaran di lautan berhasil menyebarkan
bangsa China Muslim ke Melaka, Palembang, Surabaya dan daerah-daerah lain.
Seperti yang kita diketahui, Melaka telah menjadi pusat pendidikan Islam dan pusat
perdagangan dan pertemuan antara negara-negara lain. Walaupun begitu, Laksamana
Cheng Ho tidak mengutamakan perdagangan kerana beliau bukanlah seorang
pedagang.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
19/21
[Type text]
19
Misi beliau ialah untuk menunjukkan organisasi yang baik dan teknologi yang
maju kepada seluruh dunia. Ekspedisi beliau dan armada beliau telah memudahkan
pedagang-pedagang China untuk mencapai matlamat dan berdagang hingga ke
seluruh pelosok dunia. Seperti yang kita ketahui, orang China telah berjaya dan berhasil
menyebarkan agama mereka di seluruh dunia termasuk Indonesia.
Cheng Ho merupakan penjelajah dengan armada kapal terbanyak sepanjang
sejarah dunia yang pernah tercatat. Beliau juga memiliki kapal kayu terbesar dan
terbanyak sepanjang masa itu hinggalah ke saat ini. Selain itu, beliau juga adalah
pemimpin yang arif dan bijaksana. Dengan armada yang begitu banyak, Cheng Ho dan
para anak buahnya tidak pernah menjajah negara atau wilayah yang pernah mereka
singgah atau lawati.
Salah satu cara bagi menghormati para pahlawan adalah dengan meneladani
jiwa besar dan perjuangan mereka. Mereka berjuang sambil membawa misi-misi mulia
demi kepentingan ramai orang dan negara. Itulah sifat para pahlawan yang perlu kita
kagumi dan contohi.
Laksamana Cheng Ho mangkat saat usia beliau 62 tahun. Beliau bukan setakat
memberikan sumbangan dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara, tetapi juga
budaya, seni dan ilmu.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
20/21
RUJUKAN
http://permai1.tripod.com/chengho.html
http://www.karangkraf.com.my/e-majalah/I/default.asp?categories=I2
http://fastnote.wordpress.com/sumbangan-i-ching-dan-cheng-ho/
http://id.wikipedia.org/wiki/Cheng_Ho
http://idhamlim.blogspot.com/2009/06/laksamana-cheng-ho-pelayar-tersohor.html
http://yulian.firdaus.or.id/2005/06/24/cheng-ho-laksamana-agung-dari-china/
http://www.jualanbuku.com/2008/08/18/kisah-laksamana-cheng-ho-laksamana-agung-
dari-daratan-tiongkok/
http://www.oaseqalbu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=47
Sivachandralingam Sundara raja, Ayadurai letchumanan (2000). Tamadun Dunia
STPM , Penerbit Fajar Bakti Snd. Bhd. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS), Oxford Fajar Snd. Bhd. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Mahayudin Hj. Yahaya (1998). Tamadun Islam ,Penerbit Fajar Bakti Snd. Bhd. Shah
Alam, Selangor darul Ehsan.
Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad (1997). Tamadun Islam, Penerbit Universiti Putra
Malaysia. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Mustafa Haji Daud (2001). Tamadun Dunia STPM , Utusan Publications &
Distributors Snd. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.
-
8/8/2019 SEM 1 TITAS
21/21
[Type text]
21