PPPM GEOGRAFI Tingkatan 3

download PPPM GEOGRAFI Tingkatan 3

of 6

description

ok

Transcript of PPPM GEOGRAFI Tingkatan 3

  • PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI

    TINGKATAN 3

  • GEOGRAFI TINGKATAN 3

    2

    MATLAMAT KURIKULUM GEOGRAFI

    Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan

    hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur

    dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.

    OBJEKTIF KURIKULUM GEOGRAFI

    Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid: 1. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, dan jarak dalam organisasi ruangan. 2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif. 3. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek

    geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab. 4. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang

    wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain 5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan

    dan kelainannya dengan negara Malaysia. 6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara

    satu negara dengan negara lain. 7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta penting menguruskan alam dan sumber

    dengan bertanggungjawab dan bijaksana. 8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik. 9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional. 10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka

    terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

  • GEOGRAFI TINGKATAN 3

    3

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1

    Mengetahui konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi.

    2

    Mengetahui dan memahami konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .

    3

    Memahami dan mengaplikasikan konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .

    4

    Mengaplikasikan pengetahuan geografi dan kemahiran geografi untuk menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat geografi.

    5

    Menggabungjalin pengetahuan dan kemahiran geografi untuk membuat penilaian / kesimpulan yang rasional dan boleh menganalisis impak kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta mengamalkan penjagaannya secara bijaksana.

    6

    Mengkaji dengan mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data dan maklumat

    geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

  • GEOGRAFI TINGKATAN 3

    4

    TEMA BAND DESKRIPTOR

    KEMAHIRAN GEOGRAFI

    1

    Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul:

    Rujukan Grid

    Bearing

    2

    Menjelaskan asas kemahiran geografi yang berkaitan dengan rujukan grid, bearing

    dan jarak dengan betul.

    3

    Mengaplikasi kemahiran geografi untuk menentukan bearing , mengukur jarak,

    mengira keluasan dan membina graf serta carta dengan tepat.

    4

    Mentafsir peta lakar yang berasaskan peta topografi, bahan grafik dengan tepat

    berdasarkan maklumat dari data, graf, carta pai dan rajah.

    5

    Mempersembahkan maklumat geografi daripada pelbagai sumber yang releven dan dapat membuat interpretasi berdasarkan maklumat tersebut melalui kajian geografi tempatan.

    6

    Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas untuk kesejahteraan persekitaran dengan menggunakan kemahiran geogarafi yang sesuai.

  • GEOGRAFI TINGKATAN 3

    5

    TEMA BAND DESKRIPTOR

    SUMBER

    1

    Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama dengan betul.

    Boleh diperbaharui

    Tidak boleh diperbaharui

    2

    Menanda dan menamakan lokasi taburan mineral dan hutan di atas peta Malaysia

    dengan tepat.

    3

    Menghuraikan jenis-jenis tenaga gantian dengan memberi contoh yang tepat.

    4

    Menghubungkaitkan kepentingan penerokaan pelbagai sumber dengan memberi

    contoh yang sesuai terhadap pembangunan negara Malaysia.

    5

    Mengkaji dan menilai dengan jelas kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar di Malaysia.

    6

    Mencadangkan langkah-langkah pengurusan sumber yang berkesan untuk mengekalkan penggunaannya pada masa depan.

  • GEOGRAFI TINGKATAN 3

    6

    TEMA BAND DESKRIPTOR

    KEGIATAN EKONOMI

    1 Menyatakan jenis-jenis kegiatan ekonomi utama di Malaysia dengan betul

    2

    Menerangkan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi dengan tepat.

    3 Menanda dan menamakan lokasi kegiatan ekonomi utama di Malaysia dengan tepat.

    4

    Menghuraikan faktor dan kepentingan kegiatan ekonomi yang tepat terhadap

    pembangunan Malaysia.

    5

    Menjalankan dan menyediakan mengenai kajian kes / laporan yang lengkap mengenai

    kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan sekitar pelajar.

    6

    Mencadangkan langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang kreatif dan inovatif serta boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan kajian.