PPSEV

16
PENGENALAN Kimpalan Arka Logam gas atau Gas Metal Arc Welding (GMAW) dikenali juga sebagai Kimpalan Arka Logam Gas Lengai atau Metal Arc Welding (MIG) Kimpalan MIG digunakan secara meluas dalam industri kerana mudah dikendalikan serta boleh mengimpal berbagai jenis logam dan berbagai ketebalan logam. Kimpalan MIG banyak digunakan dalam industri pembuatan, industri automotif termasuk industri aeronautik. selain keluli karbon, kimpalan MIG juga boleh digunakan untuk mengimpal aluminium dan keluli kalis karat (Stainless steel). Elektrod kimpalan MIG dibekalkan dalam bentuk gelungan dawai berbeza dengan elektrod kimpalan yang lain yang dibekalkan secara batang atau rod. Gambar foto: Mesin Kimpalan MIG PRINSIP ASAS KIMPALAN MIG Dalam kimpalan MIG, arka elektrik terbentuk apabila hujung dawai elektrod bersentuhan dengan logam asas. Arka menghasikan haba yang akan meleburkan logam asas dan hujung elektrod. Leburan elektrod san logam asas bercampur membentk kolam leburan dan sebati apabila sejuk untuk menghasilkan kumai kimpalan. Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan berterusan (dalam bentuk gelungan) melalui unit suapan dawai. Bekalan gas lengai melindungi arka dan kolam leburan daripada udara atmosfera. MESIN KIMPALAN DAN AKSESORI Antara bahagian dan fungsi bahagian mesin kimpalan:- PANEL KAWALAN Panel kawalan menempatkan tombol pelaras untuk melaras keluaran dawai elektrod dan gas pelindung. Pelaras arus dan voltan juga terdapat pada panel kawalan.

Transcript of PPSEV

Page 1: PPSEV

PENGENALAN     Kimpalan Arka Logam gas atau Gas Metal Arc Welding (GMAW) dikenali juga sebagai Kimpalan Arka Logam Gas Lengai atau Metal Arc Welding (MIG) Kimpalan MIG digunakan secara meluas dalam industri kerana mudah dikendalikan serta boleh mengimpal berbagai jenis logam dan berbagai ketebalan logam. Kimpalan MIG banyak digunakan dalam industri pembuatan, industri automotif termasuk industri aeronautik. selain keluli karbon, kimpalan MIG juga boleh digunakan untuk mengimpal aluminium dan keluli kalis karat (Stainless steel). Elektrod kimpalan MIG dibekalkan dalam bentuk  gelungan dawai berbeza dengan elektrod kimpalan yang lain yang dibekalkan secara batang atau rod.

Gambar foto: Mesin Kimpalan MIG

PRINSIP ASAS KIMPALAN  MIG     Dalam kimpalan MIG, arka elektrik terbentuk apabila hujung dawai elektrod bersentuhan dengan logam asas.  Arka menghasikan haba yang akan meleburkan logam asas dan hujung elektrod.  Leburan elektrod san logam asas bercampur membentk kolam leburan dan sebati apabila sejuk untuk menghasilkan kumai kimpalan. Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan berterusan (dalam bentuk gelungan) melalui unit suapan dawai.  Bekalan gas lengai melindungi arka dan kolam leburan daripada udara atmosfera.

MESIN KIMPALAN DAN AKSESORIAntara bahagian dan fungsi bahagian mesin kimpalan:-

PANEL KAWALANPanel kawalan menempatkan tombol pelaras untuk melaras keluaran dawai elektrod dan gas pelindung.  Pelaras arus dan voltan juga terdapat pada panel kawalan.

Page 2: PPSEV

Gambar foto: Panel kawalan mesin kimpalan MIG

PEMEGANG SUMPITAN (GUN) Pemegang sumpitan atau "gun" berfungsi menghantar dawai elektrod, gas pelindung dan arus ke kawasan kimpalan. Terdapat suis untuk memula dan memutuskan arka, memutuskan bekalan gas pelindung dan elektrod kimpalan. 

Gambar foto : Pemegang sumpitan Kimpalan MIG (gun)

MUNCUNG KIMPALAN Muncung sumpitan menetapkan dawai elektrod dan gas lengai ke kawasan kimpalan. Ia diperbuat dari keluli kalis karat dan boleh ditanggalkan dari sumpitan. 

Page 3: PPSEV

Gambar foto : Muncung  kimpalan MIG

Terdapat dua jenis muncung sumpitan iaitu muncung sumpitan penyejukkan udara dan muncung sumpitan penyejukkan air.Muncung sumpitan penyejukkan udara digunakan untuk melakukan kerja ringan dengan arus kurang daripada 200 ampere, manakala muncung sumpitan penyejukkan air digunakan untuk kerja-kerja berat dengan arus yang digunakan melebihi 300 ampere. Terdapat dua jenis mekanisma suapan dawai digunakan dalam muncung sumpitan iaitu jenis tolak dan jenis tarik. Semasa mengimpal, penelitian hendaklah dibuat pada bahagian muncung sumpitan terutama bahagian orifis, nozel dan cip yang mungkin terdapat percikan yang melekat sehingga memenuhi nozel yang akan menganggu kelancaran proses mengimpal.

Gambar foto: Spray dan gel anti lekatan percikan lampau

Semburan gel anti lekatan kepada bahagian muncung sumpitan akan menyebabkan lekatan percikan mudah ditanggalkan.

UNIT SUAPAN DAWAI ELEKTRODMotor dalam unit suapan dawai secara automatik menghulur dawai elektrod dari gulungan dawai kepada muncung sumpitan arka. Pelbagai kelajuan keluaran

Page 4: PPSEV

dawai boleh dibuat  dengan melaras suis pada panel kawalan.Terdapat dua suapan dawai yang dibina dalam punca kuasa atau sebagai satu unit yang berasingan dari mesin kimpalan. Unit berasingan sesuai digunakan  untuk mengimpal di kawasan yang luas.

Gambar foto : Unit suapan dawai berasingan

SILINDER DAN GAS LENGAIGas lengai yang digunakan dalam kimpalan MIG ialah gas argon, gas helium, gas campuran argon dan helium serta gas karbon dioksida. 

PELARASAN PANEL KAWALAN, PENGATUR dan METER ALIR SERTA KENDALIANYA                                                                                      Pengaliran gas lengai dari silinder ke kawasan kimpalan dilaras oleh panel kawalan, pengatur dan meter alir.Gas lengai terus mengalir keluar untuk  Melindungi kawasan kawah leburan Kimpalan walaupun suis pemetik pada muncung sumpitan telah di "OFF" apabila proses kimpalan berhenti. Jangka masa keluaran gas ini dilaras pada panel  kawalan mesin kimpalan MIG.  Pengatur silinder gas lengai mengandungi tolok tekanan yang menunjukkan tekanan gas.  

Page 5: PPSEV

Gambar foto: Pengatur dan meter alir

Pelarasan tombol pada pengatur ini akan menentukan tekanan gas yang keluar dari silinder. Kadar pengaliran gas ke kawasan kimpalan diukur dalam unit liter per minit.  Kadar keluaran ini dilaras dengan memutarkan tombol pelaras pada meter alir.  Bebola akan terapung dalam tiub kaca bermeter untuk menunjukkan kadar aliran gas yang keluar.

MODUL 03 : MENGIMPAL KIMPALAN GAS

0 comments16:17 Posted by Hafifi Giat Mara Labels: Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan

7.1 Definasi Kimpalan Gas

Kimpalan gas didefinasikan sebagai satu proses penyambungan logam dengan kaedah memanaskan kedua-dua bahagian logam yang hendak disambung sehingga cair dan bercantum menjadi satu.

7.2 Kimpalan Gas Tekanan Rendah Dan Kimpalan Gas Tekanan Tinggi

7.2.1 Terdapat dua jenis kimpalan gas iaitu:Kimpalan gas tekanan rendah Kimpalan gas tekanan tinggi. 

Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan kurang dari 1.0 psi atau 1.0 Bar

Kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-15 Bar.

7.3 Kegunaan kimpalan gas dalam industri

Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi

Page 6: PPSEV

daripada 1.0mm sehingga 3.0mm. Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak.

7.4 Gas Dua jenis gas yang biasa digunakan dalam kerja kimpalan gas adalah oksigen(O ) dan asetilina (C H ). Campuran kedua-dua gas menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahanapi yang lainnya. Suhunya boleh mencapai sehingga 3316C.

7.5 Gas Oksigen 

Gas oksigen tidak mempunyai warna , rasa dan bau. Ia juga merupakan sejenis gas yang dapat memebantu dalam proses pembakaran dan juga merupakan gas aktif yang boleh bertindakbalas ke atas logam yang menyebabkan pengoksidanan berlaku ke atas logam berkenaan. Contohnya, pengkaratan ke atas keluli.

7.5.1 Penghasilan Gas Oksigen

Gas oksigen boleh dihasil melalui beberapa kaedah, iaitu:i) Kaedah penyulingan udara.(pemeringkatan udara)ii) Kaedah elektrolisis

Kaedah penyulingan udara adalah satu kaedah yang dilakukan secara komersial. Ianya dilakukan melalui proses pengasingan oksigen daripada udara yang dipanggil proses penyulingan udara cair yang termampat pada ketekanan 206 bar (3000psi) iaitu pada suhu -160 C. Seterus tekanan akan akan di kurangkan sedikit demi sedikit dimana oksigen dalam bentuk cair akan bertukar menjadi gas lalu ditabungkan. Begitulah bagi gas-gas yang lainnya akan bertukar menjadi gas apabila tekanan dikurangkan dan ditabungkan untuk kegunaan yang lain.

Kaedah elektrolisis adalah satu proses penghasilan gas oksigen yang diperolehi melalui arus elektrik di dalam air. Proses ini sangat mahal dan tidak ekonomi untuk dikomersialkan.

Gas oksigen akan disimpan dalam silinder keluli yang berwarna hitam dan lebih tinggi daripada silinder asetilina. Ianya tidak bersambung dan berupaya menahan tekanan setinggi 3360 psi. Boleh didapati dalam tiga saiz.

Contoh 7.1Apakah perbezaan antara kimpal an tekanan tinggi dan kimpalan tekanan rendah?

Penyelesaian:

Page 7: PPSEV

- Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan kurang dari 1.0 psi atau 1.0 Bar- Kimpalan tekanan rendah menggunakan badan sumpitan jenis ‘injector’- Kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-15 Bar.- Menggunakan badan sumpitan api jenis tekanan seimbang.

7.6 Jenis-Jenis Gas Bahan Bakar 

7.6.1 Gas Asetilina:

Gas asetilina adalah bahanapi yang tidak mempunyai warna tetapi mempunyai bau yang kuat dan mudah terbakar .Ia adalah gas yang tidak stabil dan perlu disimpan dalam keadaan yang tetap. Titik kritikal bagi gas asetilina ialah pada tekanan 28 psi pada suhu 70F.

Penghasilan gas asetilina:

Gas asetilina dapat dihasilkan dengan mencampurkan kalsium karbida dan air. Terdapat dua jenis janakuasa yang menghasikan gas asetilina, iaitu:i) janakuasa tekanan rendah .ii) janakuasa tekanan tinggi

Gas asetilina disimpan dalam silinder keluli berwarna maroon yang diisikan dengan bahan berliang sepenuhnya yang terdiri daripada habuk kayu balsa, arang kayu,simen,dan bahan-bahan telap yang lain.Bahan-bahan telap yang dimuatkan ke dalam silinder asetilina adalah berfungsi untuk menyerap seberapa banyak cairan aseton. Aseton ini pula akan berfungsi untuk menyerap gas asetilana sebanyak 25 kali ganda isipadunya sendiri.

Contoh 7.2Namakan dua jenis janakuasa dalam penghasilan gas asetilina.

Penyelesaian:Dua jenis janakuasa gas asetilina ialah:- Janakuasa tekanan tinggi (karbida kepada air – melebihi 20 meter padu )- Janakuasa tekanan rendah.( air kepada karbida – kurang dari 20 meter padu )

7.6.2 Gas Bahanapi Yang Lain-Lain

Selain daripada asetilina terdapat juga gas-gas bahanapi yang lain yang mana campuran gas ini bersama oksigen akan menghasilkan suhu yang agak tinggi.

Page 8: PPSEV

Berikut adalah perbandingan suhu-suhu bagi campuran antara dua gas.

i) oksi-asetilina 3100 C - 3500 Cii) udara-asetilina 2300 C - 2500 Ciii) oksi-hidrogen 2200 C - 2382 C1v) oksi-gas arang batu 1982 C - 2182 C

sumber

MODUL 03 : MENGIMPAL KIMPALAN GAS

0 comments16:06 Posted by Hafifi Giat Mara Labels: Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan

3.0 Pengenalan

Kimpalan ialah mencantum dua kepingan logam sama ada dengan melebur atau tidak melebur dengan menggunakan haba. Kimpalan yang digunakan melebihi takat suhu lebur dan logam itu melebur dikenali kimpalan lebur. Kimpalan yang tidak melebihi takat suhu lebur, tetapi menghampiri hingga logam itu mula berfungsi sebagai plastik disebut kimpalan tidak lebur. Keluli lembut melebur pada suhu 1400C. Logam yang mempunyai takat lebur rendah boleh dikimpal dan dilebur pada suhu yang lebih rendah. Berikut adalah contoh suhu takat lebur nagi setiap keluli. Keluli 327C, aluminium 850C hingga 1000C, loyang 900C-1020C,gangsa 960C, perak 960C dan kuprum 1080C

Kimpalan Gas merupakan kimpalan yang menghasilkan tautan di mana bahan dipanaskan dengan menggunakan nyala api gas bahan api oksi dengan atau tanpa penggunaan tekanan atau dengan tanpa logam pengisi.

3.1 peralatan untuk kimpalan gas

3.1.1 Penyumpit GasMerupakan alat yang digunakan untuk mengeluarkan nyalaan oksi-asetilena dalam keadaan terkawal. Campuran oksi-asetilena dinyalakan di bahagian hujung sumpitan kimpalan gas itu. Penyumpit gas mempunyai dua injap yang berfungsi untuk mengawal kedua2 jenis gas (Oksigen dan Asetilena). Saiz hujung penyumpit bergantung pada garispusat lubang saluran gas. Hujung penyumpit gas ini perlu dibersihkan apabila hendak menggunakannya.

3.1.2 Regulator

Ia merupakan alat kawalan pengaliran gas yang keuar dari selinder atau paip manifold. Alat ini berfungsi menentukn tekanan isipadu gas yang diperlukan bagi sesuatu proses kimpalan. Regulator menerima gas pada tekanan tinggi dan

Page 9: PPSEV

mengurangkan tekakanan untuk tekanan kerja yang boleh dikawal. 

Prinsip asas kendalian bermula dari satu pegas yang diketatkan pada skru pelaras. Apabila skru pelaras diputarkan mengikut arah jam bahagian hujung batang skru menolak gegedang yang dihubungkan dengan satu sauran masuk ke tempat kerja. Injap salur gas yang terkeluar ke tempat kerja terbuka dan melepaskan pengaliran gas yang terkawal. 

3.1.3 Gas OksigenGas oksigen adalah sejenis gas yang tidak mempunyai warna, rasa, dan bau. Gas oksigen ini banyak membantu proses pembakaran dan mudah sebati dengan benda-benda yang peka kepada oksigen serta berupaya mengaratkan keluli. Ia juga unsur sangat penting kepada manusia dan benda-benda hidup. Udara mengandungi 21% isipadu oksigen. Ia kerap digunakan di hospital untuk tujuan perubatan. Selain itu juga digunakan oleh para penyelam untuk tujuan pernafasan di dalam air serta tujuan mengimpal. Dalam kerja kimpalan gas ia lebih dikenali dengan alatan yang bernama Selinder Oksigen.

3.1.4 Selinder OksigenIa diperbuat daaripada keluli bermutu tinggi ata tidak berkelim dan diuji kekuatan tekanan Udara 3360psi.. Ia juga diperlengkapi dengan injap pengumpar tekanan tinggi.Terdapat tiga saiz :-i. Besar - 6905 liter oksigen - digunakan di institusi pengajian tinggi dan dibengkel-bengkel kimpalan.ii. Sederhana - 3452 liter oksigen iii. Kecil 2264 liter oksigen

3.1.5 Gas AsetilenaGas bahan api (asetilena) = kalsium karbida + air Mempunyai bau tersendiri tidak berwarna dan peka kepada api (terbakar serta merta).. Lebih rendah drp. selinder Oksigen dan diameter lebih besar.. Di perbuat drp.keluli bermulu tinggi dan dilengkapi dengan wheel valve. . Undang-undang keselamatan asetilena tidak boleh digunakan pada tekanan Ibh. Drp 6.7 kg. per meter persegi. ( meletup)• Selinder ini di isikan dgn serpihan-serpihan habuk-habuk seperti asbestos, simen, arang kayu dll. yg. dikcnali sebagai jisim telap. Kemudian, dikimpal & dlbakar hingga jisim telap itu cukup kering dan terbentuk liang-liang bg. membolehkan cecair aseton diserap ke dim. jisim telap.• 1 isipadu cecair aseton boleh menyerap 25 isipadu asetilena.• Bahagian tapak - dilengkapi dgn safety device ( palam keselamatan) yang merupakan satu pasak yang mengandungi pateri khas yg segera lebur pd suhu Ibh drp 100 °C penting menjauhkan nyalaan api dr terkena selinder asetilena• Selinder ini mengandungi aseton yang mudah. mengalir jika dibaringkan. Ia harus sentiasa didirikan.• Gas asetilena mengandungi racun. Jika terhidu akan menyebabkan pening

Page 10: PPSEV

kepala iaitu disebabkan gangguan urat saraf.3.2 Cara-Cara Mengendalikan Peralatan Kimpalan Gas3.2.1 Membuang Habuk Pada Bahagian Cagaka) Pusingkan bahagiancagak ke sebelah kiri andab) Buka dan tutup (lakukan 1 hingga 2 kali) dengan cepat injap silinder.c) Pasangkan pemegang injap ke injap silinder oksigen.

3.2.2 Memasang Pengatur Oksigena) Periksa pengalas pengatur jika ada kerosakanb) Pasangkan pengatur pada silinder supaya liang keluar gas dan injap keselamatan tidak mengahadang bahu silinder.c) Ketatkan nat pengikat dengan sempurna dan cermat dengan perengkuh boleh laras.

3.2.3 Memasang Pengatur Asetilena

a) Periksa pengalas masuk cagak jika terdapat kerosakan.b) Jauhkan liang masuk gas pengatur kira-kira 20 mm dari apitan.c) Condongkan pengatur kira-kira 45 darjah.d) Ketatkan tuas pengetat dengan sempurna.

3.2.4 Melonggarkan Tuas Pelarasa) Longgarkan tuas laras sehingga ia dapat berpusing dengan mudah.

3.2.4 Membuka Injap Silinder

a) Jangan berdiri di hadapan pengatur.b) Pusing tuas injap kira-kira satu pusingan penuh secara perlahan-lahan.c) Periksa silinder dengan tolok tekanan tinggi.d) Tinggalkan tuas injap yang terpasang pada injap silinder.

3.2.5 Memeriksa Kebocoran Gas

a) Periksa kebocoran dengan menggunakan pemeriksa bocor atau air buih sabun,b) Periksa bahagian-bahagian berikut:I. Injap silinder.II. Cagak pengatur.III. Punca tuas pengatur.IV. Cagak tolok tekanan tinggi.

3.3 Proses Kimpalan Gas

Kimpalan gas adalah suatu proses kimpalan yang menghasilkan tautan bahan dipanaskan dengan menggunakan nyala api gas bahan api oksi dengan atau tanpa penggunaan tekanan atau dengan atau tanpa logam pengisi.

Selain mengimpal gas, bahan api digunakan untuk memotong , melakukan

Page 11: PPSEV

rawatan haba seperti pengerasan dan sepuh pindap, membengkok atau melurus.Terdapat tiga proses yang biasa dilakukan seperti Kimpalan oksi- asetilena, Kimpalan oksi – hidrogen, dan kimpalan tekanan gas.

3.4 Haba

Dalam proses kimpalan gas, haba yang digunakan biasanya daripada pembakaran campuran gas asetilena dan oksigen. Haba itu dikawal dan dihalakan kepada bahagian yang hendak disambungkan supaya bahagian-bahagian itu akan menjadi lebur dan disambungkan dengan rod penambah. Nyalaan pembakaran oksi-asetilena paling tinggi berbanding suhu kepanasan bahan api lain ialah (3316 C) dan amat sesuai untuk kerja mengimpal.

3.5 Suhu

Suhu-suhu kepanasan bagi nyalaan gas-gas bahan api dengan oksigen:a) Oksi-asetilena 3100 – 3500 Cb) Udara-asetilena 2300 – 2500 Cc) Oksi-hidrogen 2200 – 2382 Cd) Oksi-gas arang batu 1982 – 2182 C

3.6 Pelarasan Nyalaan Kimpalan Gas

3.6.1 Terdapat tiga jenis nyalaan utama iaitu :

Selain daripada itu , pelajar dinasihatkan untuk memakai pakainan perlindungan bagi tujuan keselamatan.

i. Menyalakan nyalaan

1. Buka injap asetilena kira-kira ½ putaran 2. Buka Injap oksigen kira-kira ¼ putaran3. Berjaga-jaga terhadap arah inhalan tersebut

1. Nyalakan dengan pemetik api khas

ii. Melaraskan nyalaan Buka injap asetilena lebih sedikit untuk mendapatkan teras nyalaan yang panjangBuka injap oksigen perlahan-lahan dan laraskan nyalaan dalam kenyalaan teras untuk mendapatkan nyalaan cuali .

Page 12: PPSEV

iii. Memadamkan Nyalaan1. Tutup injap asetilena perlahan-lahan2. Tutup injap oksigen perlahan-lahan.

iv. Akibat-akibat nyalaan yang berlainan(a) Nyalaan terpotong.(i) Tekanan oksigen yang finggi.(ii) Nyalaan terlalu besar.(iii) Kemancaran tersekat pada liang muncung sumpitan.

(b) Meletup pada nyalaan.(i) Pengekzosan gas campuran tidak sepenuhnya.(ii) Tekanan gas oksigen yang tinggi. (iii) Agihan asetilena tidak mencukupi. (iv) Muncung sumpitan dibesarkan atau dibentuk.

(c) Nyalaan belakang atau letup padam(i) Muncung sumpitan terlalu panas. (ii) Tekanan gas yang tidak cukup.(iii) Kemancaran tersekat pada liang muncung sumpitan(iv) Jarum injap yang berlainan

V. Cara-cara menggunakan jarum pencuci

Gunakan jarum pencuci mengikut garis pusat liang in muincung sumpitan

Lubang garis pusat dan nombor kimpalan (mm)

3.6.2 Mengendalikan Sumpitan Api Kimpalan

1. Bersihkan permukaan logam asas dengan berus dawai2. Gores garis-garis tandaan pada logam asas dengan pensel ’slate’3. Berikan sedikit ruang dengan mengalas antara batu-bata dan logam asas.

i. Menggayakan kedudukan

Page 13: PPSEV

1. Buka lilitan hos getah2. Pegang sumpitan kimpal dengan membuka sesiku 3. Letakkan tangan kiri diatas lutut

ii. Meletakkan sumpitan api

1. Nyala dan laraskan nyalaan pada nyalaan cuali2. Letakkan muncung sumpitan kimpalan dan selarikan dengan nyalaan kearah penanda garisan yang dibuat

iii. Mengangkat sumpitan api

1. Kekalkan muncumg sumpitan api kira-kira 45°2. Kekalkan jarak kira-kira 2-3 mm antara teras nyalaan dan benda kerja

iv. Mencairkan logam asas

1. Perhatikan proses pencairan.ketinggian teras nyalaan.2. Periksa arah teras nyalaan, sudut muncung kimpalan dan

V. Kedudukan teras nyalaan 

Kedudukan pengimpal adalah faktor penting untuk meng¬hasilkan kimpalan yang baik. Oleh itu, faktor yang lebih pen¬ting ialah kedudukall teras nyalaan. hni adalah komponen arahan teras nyalaan, sudut dan tinggi. Setkan dengan betul mengikut rajah di bawah. Bagaimanapun , nyalaan agak sukar dilihat dari pengimpal. Ia mernerlukan latihan yang rapi untuk memerhatikan keadaan ini.

3.6.3 Mengendalikan Sumpitan Api Kimpalan

i. Membuat kawah leburan

1. Buatkan kawah leburan pada garis-garis persilangan di garis-garis persilangan di garis penanda

Page 14: PPSEV

2. Jangan biarkan kawah mendidih dan elakkan percikan.

ii. Gerakkan sumpitan api 

1. Gerakkan teras nyalaan ke kiri dengan ketinggian yang sama2. Tentukan arah teras nyalaan, sudut dan ketinggian yang betul

iii. Ulangai langkah 1 dan 2

1. Gerakkan kelajuan yagn seimbang, sementara itu kawal lebar kawah yag seragam 2. Tambahkan kelajuan gerakkan sehingga sumpitan menghampiri penghujung bahan kerana penghujung bahan mudah terbakar

iv. Semakan

Semak perkara-perkara berikut :

1. Saiz bagi kesan lakuran2. Cengkung bagi kesan lakuran 3. Darjah pengoksidaan bagi kesan lakuran4. Lubang bagi kesan lakuran5. Lebar kumai6. Kelurusan kumai7. Kebakaran

v. Mengimpal Menggunakan "Filler Rod"

1. Mulakan kawah leburan pada kedudukan 5 mm dari tepi.2. Berhati-hati semasa melakukannya dan elakkan tepi logam daripada terbakar terus3. Setkan rod kimpalan kira-kira 45º4. Lakurkan rod kimpalan dan lebar endapan dan tetulang kumaii. Membentuk kumai

1. Gerakkan rod kimpalan keatas dan ke bawah2. Letakkan rod kimpalan di tengah-tengah kawah tersebut3. Jangan gerakkan hujung rod kimpalan bahagian nyalaan4. Teruskan menggerakkan sumpitan api sementara mengawal lebar kawah dengan seimbang.

Page 15: PPSEV

5. Condongkan atau jauhkan sedikit muncung sumpitan apabila logam asas kira-kira hendak terbakar terus

3.6.4 Sambungan Tindih (Lap Joint)

i. Mengimpal Titik

- Kepitkan kedua-dua kepingan keluli dengan ragum tangan dan ambil 25 mm basian tindih- Kimpal dua titik kedudukan di tepi kepingan tersebut

ii. Kimpalan Kumai

a) Arahkan tengah-tengah teras nyalaan ke titik 1 – 2 mm kehadapan punca 

4.0 Rumusan Kimpalan adalah salah satu cara untuk menyambungkan 2 keping logam dan biasanya melalui proses pemanasan. ‘Manufactures’ menggunakan kaedah ini untuk membuat berbagai-bagai jenis bahan antaranya kereta, peralatan rumah, dan perabot. Sektor pembinaan pula menggunakannya dalam membuat bangunan, menyambungkan bahagian-bahagian tertentu dan sebagainya.

Subjek kimpalan dan fabrikasi logam ini bertujuan membekalkan kami dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai jenis kerja kimpalan. Sepanjang tempoh dalam menyiapkan projek, sangat penting untuk mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja kimpalan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan tangan dan mesin. Kemahiran yang dipelajari termasuk proses mengimpal dengan menggunakan gas oksi-asetelina, proses penyediaan bahan dan sambungan serta mengimpal plat dan Melalui mata pelajaran ini kami dapat memahami perajalanan dalam industri yang terlibat dengan kerja kimpalan dan industri-industri yang terlibat sama.

Projek dalam fabrikasi logam telah dapat kami siapkan mengikut tempoh masa yang diberi. Sepanjang masa membuat kerja-kerja ini,kami telah belajar untuk membaca plan, membentuk, memasang kepingan logam dengan cara mengimpal, merivet, memotong, melipat, dan cara-cara lain mengikut piawaian industri masa kini. Kami juga telah diajar mengenai asas logam, mengukur, memotong, mengikir. Sepanjang itu juga, kami melihat untuk perlu lebih kreatif dalam menentukan langkah-lagkah kerja agar tidak tersilap dan kerja-kerja dapat disiapkan dengan mudah. Banyak juga proses-proses yang melibatkan penggunaan peralatan tangan dan mesin pelbagai bagi memudahkan kemahiran

Page 16: PPSEV

merancang dan mereka bentuk kerja-kerja.Dalam melakukan aktiviti ini kita dapat mempelajari mempelajari teknik-teknik yang betul dalam mengendalikan mesin-mesin kimpalan di bengkel. Pendedahan meluas oleh instrutor berpengalaman seperti En. Iskandar adalah sangat terperinci memudahkan bagi kami melakukan aktiviti ini sendiri dengan mudah. Walaubagaimanapun, kekurangan peralatan menyebabkan pelajar terpaksa bergilir-gilir mengunakan alat kimpalan, menyebabkan tidak banyak aktiviti dapat dijalankan. Pendedahan yang di berikan dapat membantu kami untuk lebih berkeyakinan semasa berdepan pelajar pada masa depan kerana subjek ini boleh dikategorikan sebagai subjek yang agak sukar dan mempunyai banyak risiko yang mungkin terjadi.Kemahiran-kemahiran yang kami dapat dari pengajaran yang diberi sangat memuaskan. Dari sebelum ini, kami tidak berani untuk memegang sekalipun peralatan-peralatan kimpalan sehinggalah kami mampu menyiapkan tugasan yang diberi dengan yakin dan jayanya. Subjek ini telah banyak memberi kami kemahiran dan ilmu melalui latihan teori dan amali untuk kerja-kerja mengimpal, menyambung logam menggunakan pelbagai proses, kemahiran merancang dan mereka bentuk kerja-kerja kimpalan. Dalam pembelajaran ini juga kami memandang serius faktor keselamatan diri dan alatan kerja. Kerja mengimpal ini adalah suatu kerja yang berisiko tinggi kerana melibatkan penggunaan alatan-alatan yang berkuasa tinggi yang boleh mendatangkan kecederaan serius.Secara keseluruhannya, banyak boleh diperkatakan sepanjang tempoh sesi pembelajaran untuk subjek kimpalan dan fabrikasi logam ini. Bagaimana suatu kerja yang sukar dapat kami miliki kemahirannya seperti mengimpal arka dan gas. Pada pandangan kami sebelum ini, kerja ini adalah sangat merbahaya tetapi sebaliknya jika selagi kita mematuhi peraturan yang ditetapkan.

sumber

MODUL LATIHAN KURSUS TEKNOLOGI BAIKPULIH DAN MENGECAT KENDERAAN

0 comments06:17 Posted by Hafifi Giat Mara Labels: Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan

MODUL 01 : Mengurus Keselamatan Di Tempat KerjaMODUL 02 : Menggunakan Peralatan Dan Kelengkapan BengkelMODUL 03 : Mengimpal Kimpalan GasMODUL 04 : Mengimpal MigMODUL 05 : Membaikpulih Panel Badan Kenderaan (Kesan Karat)MODUL 06 : Membaikpulih Kerosakan Badan Kenderaan (Kemalangan)MODUL 07 : Menyediakan Permukaan PanelMODUL 08 : Menampal Dan Menggosok PuttyMODUL 09 : Melakukan Kerja-Kerja MengecatMODUL 10 : Melakukan Pembaikan Setempat (Touch-Up)MODUL 11 : Membuat Anggaran Kos

Page 17: PPSEV

Rahsia Teknik Mengecat

Imej Buka Dan Tutup Cat Yang Keluar Dari Muncung SprayGun

Terdapat 3 perkara penting yang mesti kita fahami dan ikuti sebelum mula mengecat kereta.Pertama sekali ialah membersihkan ruang dan setiap peralatan yang terlibat ketika mengecat,dan keduamembersihkan catdan yang ketigamembersihkan kereta dari minyak dan abuk.

Membersihkan ruang dan peralatan termasuklah diri kita atau spraygun,paip angin,filter angin dan komperesor.Ini adalah perkara utama kita perlu turuti tatakala kita mahu kerja profesional dan memiliki hasil kerja yang berbeza dan memuaskan.Andaikata perkara ini diabaikan,tidak kira samada kita pakar dalam mengecat kereta,hasilnya pasti kurang memuaskan.

Sebelum mula mengecat,prosedur ini boleh membantu anda;

1. Pastikan bahagian kereta yang dicat dan tidak cat sebaik-baiknya.(melihat masking dari terbuka atau berlaku kesilapan).

Page 18: PPSEV

2. Pastikan spraygun yang digunakan bebas dari sebarang kotoran kemudian masukkan cat yang yang dicampur kedalam tangki spraygun(cat dituras).

3. Cuba spraygan anda untuk melihat kemampuan angin yang dibekalkan oleh komperesor,kemudian tentukan jumlah angin, jumlah cat yang digunakan dan buka cat mengikut tombol pada spraygun.Pada peringkat ini adakalanya rumit bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan spraygun.

4. Mulakan mengecat mulai dibahagian yang susah dilihat seperti didalam kereta,dibahagian sudut dan parit pada badan kereta.Ini mengelak bahagian tersebut tidak terkena cat(underspray).Di dini kita kena kurangkan angin,cat dan buka cat mengikut tempat yang dicat.Ini mengelak cat berlebihan dan mengalir pada bahagian yang dicat.

5. Setelah peringkat ke-4 selasai,uji kembali spraygun anda kerana pada peringkat seterusnya anda mengecat bahagian penting.Pastikan angin cukup,jumlah cat yang keluar dari muncung spraygun dan buka cat.Mula mengecat 5-8 inci jauh dari muncung spraygun dan bahagian yang dicat..Lihat hasilnya.

* elakkan membuka masking sebaik selasai mengecat.* semoga anda berjaya.

cara-cara mengecat kereta

1. tampalkan masking paper pada permukaan mana-mana bahagian badan kenderaan

2. gosokkan badan kenderaan dengan menggunakan kertas pasir size360 pada badan kenderaan untuk mematikan warna pada permukaan tersebut.

3. kemudian,ketuk kan badan permukaan dengan finishing hammer pada bahagian yang melekuk atau mengembang.

4. seterusnya,tampal kan putty pada bahagian yang telah diketuk.

5. selepas itu,cuci badan kenderaan untuk dibersihkan.

6. kemudian,lap kan badan kenderaan dengan tag rag dicampurkan dengan thiner supaya badan kenderan tersebut menjadi bersih dan tiada debu atau kotoran degil untuk di spraykan.