Pra Nombor Percubaan

4
DIPLOMA PROFESIONAL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TUGASAN NAMA : 1. NOR NURULHAYATI BINTI ARIS (DPAK 22-20) 2. ZALILA BINTI ISMAIL (DPAK 22-36) PENSYARAH : PROF. MADYA DR.NORAINI BT IDRIS MODUL : UEC 2013

Transcript of Pra Nombor Percubaan

Page 1: Pra Nombor Percubaan

DIPLOMA PROFESIONAL

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TUGASAN

NAMA : 1. NOR NURULHAYATI BINTI ARIS (DPAK 22-20)

2. ZALILA BINTI ISMAIL (DPAK 22-36) PENSYARAH : PROF. MADYA DR.NORAINI BT IDRIS

MODUL : UEC 2013

: MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK

TAJUK : AKTVITI PRA NOMBOR - PERCUBAAN

Page 2: Pra Nombor Percubaan

TARIKH HANTAR : 7 NOVEMBER 2009

AKTIVITI PRA NOMBOR - PERCUBAAN

UMUR KANAK-KANAK : 5 tahun

TAJUK : Warna dan Bentuk

OBJEKTIF :

1. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal warna, bentuk, dan dapat mengira

jumlah ‘kuih’ yang di hasilkan.

2. Mengenal tekstur doh.

3. Memupuk sifat tolak ansur dan berkongsi.

BAHAN :

1. Doh (tepung gandum, air, garam, pewarna, vanilla)

2. Penyukat, besin, apron, dulang, prada, dan acuan biskut pelbagai

bentuk.

SET PENGENALAN : ALA TOM-TOM BAK

LANGKAH -LANGKAH PENGAJARAN:

1. Pelajar diminta duduk dalam kumpulan di atas tikar. Selepas itu, saya

menerangkan aktiviti yang bakal dilakukan . Kemudian, saya menunjukkan

cara-cara membuat ‘kuih’ terlebih dahulu.

1

Page 3: Pra Nombor Percubaan

2. Setiap pelajar di beri beberapa biji doh kecil yang berwarna-warni dan acuan

biskut pelbagai bentuk.

3. Kemudian, pelajar di beri peluang untuk melakukan aktiviti itu bersendirian di

dalam kumpulan disamping mendapat bantuan dan tunjuk ajar.

4. Selain itu, saya harus memerhati dan memberi sokongan serta pujian kepada

mereka agar suasana pembelajaran tidak membosankan dan mereka lebih

bersemangat dan yakin.

5. Setelah berapa minit berlalu, mereka dapat menghasil biskut sendiri dan

ketika itu saya akan mengadakan sesi soal jawab dengan mereka.

Apakah warna biskut tersebut?

Apakah bentuk biskut tersebut?

Berapakah jumlah biskut yang mereka hasilkan?

6. Semasa sesi soal jawab berlangsung kita dapat melihat sejauh mana

pemahaman mereka tentang subjek matematik. Ada dikalangan pelajar yang

memberi jawapan yang betul dan ada yang salah. Oleh itu, saya memainkan

peranan yang penting untuk menjelaskan konsep sebenar matematik agar

mereka bersemangat untuk mempelajarinya.

PENUTUP:

Melalui kaedah pembelajaran ini dapat memberi pengalaman baru dan menarik

2

Page 4: Pra Nombor Percubaan

perhatian kanak-kanak tentang matematik. Suasana pembelajaran juga berjalan

dengan penuh ceria dan tidak membosankan. Wujud kerjasama yang erat dan

persefahaman antara murid dan guru. Disamping itu, guru dapat melihat

keupayaan murid terhadap penerimaan mereka dalam subjek matematik.

3