Prakata modul membaca dan menulis

2
PRAKATA Modul Kemahiran Membaca dan Menulis Bagi Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Penan (KEDAP) ini dibina bagi membolehkan tenaga pengajar membantu ibu bapa murid Orang Asli dan Penan menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M) serta kemahiran literasi fungsian. Cadangan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran disusun mengikut 5 tema fungsian iaitu Kekeluargaan, Kesihatan, Sivik dan Alam Sekitar, Ekonomi dan Keselamatan. Setiap tema mengandungi model pengajaran dan pembelajaran yang meliputi 3 Fasa iaitu Fasa Tambat, Teroka dan Taksir (Model 3T). Model 3T ini mempunyai keluwesan dimana cadangan aktiviti boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian latar belakang setempat peserta kelas dewasa. Kemahiran 2M diberi penegasan dalam Fasa Teroka dimana peserta kelas dewasa dapat mengenal huruf vokal dan konsonan, menguasai kemahiran awal membaca dan awal tulisan, menguasai suku kata dan membina dan menulis perkataan dan seterusnya membaca perkataan dan menulis ayat mudah melalui aktiviti yang mempunyai hubungkait dengan pengalaman harian dan pengetahuan sedia ada mereka. Bagi membantu penguasaan dan pencapaian 2M oleh peserta, tenaga pengajar perlu memberi penekanan kepada proses dan bukannya kandungan. Persekitaran yang kondusif dan cara serta bimbingan yang positif akan membantu peserta menguasai kemahiran 2M dan mempraktikkan amalan literasi fungsian dalam kehidupan harian mereka. Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan modul ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. (HAJI ALI BIN AB. GHANI AMN) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Transcript of Prakata modul membaca dan menulis

Page 1: Prakata modul membaca dan menulis

PRAKATA

Modul Kemahiran Membaca dan Menulis Bagi Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli

dan Penan (KEDAP) ini dibina bagi membolehkan tenaga pengajar membantu ibu bapa

murid Orang Asli dan Penan menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M) serta

kemahiran literasi fungsian. Cadangan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran disusun

mengikut 5 tema fungsian iaitu Kekeluargaan, Kesihatan, Sivik dan Alam Sekitar,

Ekonomi dan Keselamatan. Setiap tema mengandungi model pengajaran dan

pembelajaran yang meliputi 3 Fasa iaitu Fasa Tambat, Teroka dan Taksir (Model 3T).

Model 3T ini mempunyai keluwesan dimana cadangan aktiviti boleh diubahsuai

mengikut keperluan dan kesesuaian latar belakang setempat peserta kelas dewasa.

Kemahiran 2M diberi penegasan dalam Fasa Teroka dimana peserta kelas dewasa

dapat mengenal huruf vokal dan konsonan, menguasai kemahiran awal membaca dan

awal tulisan, menguasai suku kata dan membina dan menulis perkataan dan seterusnya

membaca perkataan dan menulis ayat mudah melalui aktiviti yang mempunyai

hubungkait dengan pengalaman harian dan pengetahuan sedia ada mereka.

Bagi membantu penguasaan dan pencapaian 2M oleh peserta, tenaga pengajar perlu

memberi penekanan kepada proses dan bukannya kandungan. Persekitaran yang

kondusif dan cara serta bimbingan yang positif akan membantu peserta menguasai

kemahiran 2M dan mempraktikkan amalan literasi fungsian dalam kehidupan harian

mereka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan modul ini. Semoga ianya

dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

(HAJI ALI BIN AB. GHANI AMN)PengarahBahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran Malaysia

Page 2: Prakata modul membaca dan menulis