pratulisan & kaedah

download pratulisan & kaedah

of 11

Transcript of pratulisan & kaedah

  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    1/11

  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    2/11

    Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya

    supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

    Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan

    lain-lain.

    Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dengan tangan.

    Pendekatan

    Dalam pelaksanaan kemahiran pratulisan, pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga

    individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang

    dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

    a. Pendekatan secara kelas

    Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan

    meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih

    sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

    b. Pendekatan secara berkumpulan

    Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan

    strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid

    Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama

    atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul

    pengajaran yang disediakan.

    c. Pendekatan secara individu

    Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing

    untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga

    boleh digunakan jika perlu.

    Teknik

    Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang

    telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.

  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    3/11

    Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan

    perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif

    pengajaran guru.

    Antara teknik pengajaran untuk pratulisan yang dicadangkan ialah:

    o teknik latih tubi

    o teknik tunjuk cara

    Aktiviti kemahiran pratulisan

    1. Latihan menggerakkan jari murid-murid supaya mereka bersedia untuk menggunakan

    jari bagi memegang pensil.

    2. Latihan untuk memegang pensil atau alat tulis yang lain dengan betul.

    3. Latihan penggunaan otot-otot tapak tangan contohnya membuat bentuk daripada

    plastisin, tanah liat atau tepung gandum yang telah dibancuh dengan air.

    4. Latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan (bagi tulisan Rumi) dan kanan ke kiri serta

    mengkordinasikan pergerakan mata dengan pergerakan tangan. Contohnya latihan

    membentuk garisan-garisan berikut:

    Menyambungkan titik

    _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

    _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

    Mencari arah

    5. Latihan penggunaan alat menulis dan mata secara serta-merta.

    6. Latihan membuat rajah dan garisan melintang dan menegak di udara.

    7. Latihan menampal gambar dan rajah.

    8. Latihan melakar bentuk manusia dan binatang dan mewarnakan bentuk yang dilakarkan.

  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    4/11

    http://myschoolnet.ppk.kpm.my/inovatif/bimo/strategi.htm

    Boneka

    Sejarah ringkas seni boneka

    Sejak awal zaman, manusia sudah mengadakan oertunjukkan sama ada untuk memuja

    tuhannya atau untuk menghiburkan diri atau kaum ahli-ahli masyarakat atau suku kaum

    masing-masing. Kadangkala, mereka berlakon, kadangkala mereka mamainkan boneka

    dengan menggerakkan dan menghidupkan objek-objek seperti kayu dan tanah liat untuk

    menjelaskan cerita mereka. Objek-objek ini diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Dengan

    peredaran masa, tangan dan kaki yang bergerak akhirnya dijadikan ciri penting boneka, kerana

    yang bergerak seolah-olah hidup. Begitulah permulaan seni boneka yang wujud sekarang.

    Tinggalan boneka awal itu telah ditemmui di dalam makam-makam tamadun silam di

    Negara-negara China, India, Mesir dan Greece. Boneka Yunani kuno banyak persamaanya

    dengan boneka-boneka yang masih digunakan di Sicily dan di Belgium. Batang besi dilekatkan

    di kepala boneka, dan tangan dan kakinya dikendalikan dengan tali ataupun lidi.

    Boneka mudah diangkut. Apabila orang Yunani kuno berpindah atau menggembara dari

    satu tempat ke tempat, mereka turut membawa boneka mereka. Dengan itu, boneka mereka

    terkenal di Negara-negara lain, seperti di Itali. Orang Rumawi diketahui menggunakan kedua-

    http://myschoolnet.ppk.kpm.my/inovatif/bimo/strategi.htmhttp://myschoolnet.ppk.kpm.my/inovatif/bimo/strategi.htm
  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    5/11

    dua anak-anakan dan boneka sarung tangan. Apabila Empayar Rom runtuh dan tempat-tempat

    hiburan mereka ditutup, juruboneka kehilangan pekerjaan lalu menyertai kumpulan acrobat,

    penjugel dan penyanyi kembara yang merantau ke serata Eropah untuk mengadakan

    pertunjukkan di dalam kota dan di pasar.

    Gereja Kristian, pada zaman awalnya, mendapati permainan bonekka suatu kaedah

    yang baik untuk menampilkan cerita-cerita di dalam kitab Injil kepada orang yang tidak tahu

    membaca dan menulis.

    Di Itali pada abad kelima belas, boneka digunakan dalam Commedia dellArte,

    sekumpulan cerita tentang sepasukan badut bertopeng, termasuk yang kita kenali sebagai

    Harlequin, Scaramuch dan Punch. Badut-badut ini mempunyai sifat yang tersendiri. Mereka

    memainkan peranan mengikut jalan cerita yang sudah dipersetujui tetapi dengan dialog yang

    diubah suai sesuka hati, sama seperti yang masih dilakukan oleh pengendali Punch dan Judy.

    Pertunjukan Commedia dellArte mendapat sambutan hangat di Itali. Apabila juruboneka dan

    pelakonnya membawa pertunjukan itu ke seluruh Eropah, sambutannya adalah di luar

    jangkaan.

    Seni boneka mempunyai zaman gemilang dan zaman malapnya. Semasa Ratu

    Elizabeth memerintah England, Parlimen meluluskan satu akta yang menggolongkan pelakon

    dan juruboneka jalanan sebagai penjenayah kecuali mereka yang mempunyai lessen daripada

    kerajaan melalui penaung yang kaya. Halangan begini menyusahkan pelakon dan juruboneka

    untuk meneruskan kerjaya mereka.

    Pada tahun 1642, Oliver Cromwell telah mengharamkan teater pentas tetapi tidak teater

    boneka. Maka persembahan-persembahan boneka Berjaya menarik penonton yang ramai.

    Malahan, selama beberapa tahun, Cuma boneka yang terus menghidupkan seni teater

    Inggeris.

    Pada tahun 1660, Raja Charles II kembali ke England untuk menaiki tahtanya semula.Kepulangan beliau diiringi dengan penghibur dan juruboneka yang ramai. Tugas mereka ialah

    membantu rakyat merayakan peristiwa itu.

    Pada abad kelapan belas, seni boneka menjadi sanjungan golongan bangsawan.

    Banyak teater yang Berjaya bergerak maju di daerah West End, London, dan di Bath. Tetapi

  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    6/11

    menjelang akhir abad itu, golongan bangsawan mula jemu terhadap boneka. Sekali lahi,

    permaianan boneka menjadi kesenian milik rakyat jelata, lalu dimainkan di pesta-pesta dan di

    lorong-lorong.

    Persembahan yang diadakan di lorong-lorong menjadi sangat popular. Punchmen atau

    juruboneka menghabiskan hamper keseluruhan masa mereka di London atau di bandar-bandar

    peranginan di tepi pantai, untuk mengadakan pertunjukan bagi golongan pertengahan yang

    mula pergi bercuti pada waktu itu.

    Syarikat pertunjukan anak-anakan terus berhijrah dari bandar ke bandar, membawa

    kesemua kelengkapan termasuk pentas dan tempat duduk untuk beratus-ratus penonton

    dengan menggunakan pedati yang ditarik kuda. Kelengkapan ini dipasang semula di tapak

    pesta atau di padang awam sebelum pertunjukkan diadakan. Teater-teater ini dikendalikan oleh

    keluarga-keluarga yang menjaga rahsia kemahiran dan kepandaian masing-masing. Tiada

    sesiapa yang bukan ahli keluarga dibenarkan melihat cara boneka mereka dikendalikan.

    Apabila Perang Dunia Pertama meletus, boneka-boneka itu dibungkus dan disimpan di

    dalam stor dan bangsal di segenap ceruk negeri. Selepas itu, kebanyakannya dilupakan. Tetapi

    kini minat terhadap teater boneka di England telah bangkit semula. Di sana sini, muncul

    beberapa kumpulan teater yang menggunakan boneka-boneka tali, rod kayu, sarung tangan

    dan wayang untuk mengadakan pertunjukan mereka. Sesetengahnya telah membuka teater

    tetap di London, Norwish dan Birmingham. Begitulah sejarah ringkas bentuk teater yang paling

    awal di dunia.

    Seni boneka, sama publications and distributors sdn bhd, lyndie wright, 1994

  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    7/11

    Perkembangan boneka dari zaman ke zaman

    Pada zaman ini, (Masa 3000-2000 SM) boneka umumnya dibuat daripada tanah liat,

    tulang, ataupun patahan kayu, ataupun potongan kain. Bentuknya masih sangat sederhana dan

    memiliki fungsi ritual. Contohnya di Yunani dan Romawi kuno. Setiap anak perempuan harus

    memiliki boneka, kemudian membuatkan bajunya, dan wajib menyimpannya sampai menjelang

    pernikahan. Saat menjelang pernikahan, boneka itu wajib diletakkan di altar Artemis (untuk

    orang Yunani) ataupun altar Diana (untuk orang Romawi) untuk upacara keagamaan. Di Mesir

    kuno, boneka digunakan sebagai pengganti korban manusia.

    Pada zaman ini (Masa 600 SM) mula wujud boneka yang bajunya boleh diganti dan kaki

    serta tangannya boleh digerakkan. Fungsi boneka masih sama seperti pada zaman

    sebelumnya, iaitu untuk upacara ritual. Boneka merupakan gambaran humanis.

    Pada abad ke-5,ataupun abad pertengahan, bahan boneka mula diperbuat dari kayu.

    Fungsi ritual boneka masih terasa pada zaman ini. Seperti di Meksiko, bonekanya banyak yang

    berbentuk keluarga suci dan digunakan untuk perayaan Natal. Di Indian Hopi, boneka menjadi

  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    8/11

    sebahagian dalam upacara kesuburan (memohon supaya diberikan kesuburan atau

    kemakmuran).

    Boneka modern mulai muncul di Eropah pada abad ke-14. Bentuknya sangat berbeza

    dengan boneka yang ada sebelumnya. Wajahnya cantik dan halus seperti manusia., serta

    berdada. Pada zaman ini boneka tidak lagi bersifat ritual, tetapi untuk kemashyuran. Untuk itu,

    boneka menggunakan baju atau gaun dan rambut yang benar benar mirip dengan

    kemashyuran pada zaman itu. Para bangsawan jarang menggunakan boneka untuk

    mempamerkannya sekaligus mempopularkan boneka di negara mereka . Ini seperti yang

    dilakukan Ratu Perancis, Isabeau of Bavaria, dihadapan Ratu Inggeris. Kenyataannya berkat

    boneka, kemashyuran Perancis menjadi lebih popular di luar negeri.

    Kalau pada zaman sebelumnya boneka dibuat untuk keperluan peribadi, mulai zaman ini

    (abad ke-15) boneka telah dikomersialkan. Dalam sejarah tercatat, pembuat boneka secara

    komersial pertama berada di Jerman. Kota-kota yang memproduksinya adalah Nuremberg,

    Augsburg, dan Sonneberg. Serentak dengan itu, persatuan pekerja pembuat boneka terbentuk

    sehingga terdapat peraturan yang teperinci dalam membuat dan memasarkan boneka.

    Penampilan boneka-boneka yang diproduksi di Jerman semasa itu umumnya seperti wanita

    Jerman sesunguhnya. Bahan seperti kayu, tanah liat dan potongan kain masih digunakan.

    Pada abad ke-16, bahan dan mutu boneka terus diperbaiki. Fabriknya pun tidak hanya

    di Jerman, tetapi juga di Inggeris. Perancis. Belanda, dan Italia. Tahun 1636, boneka yang

    rambutnya terbuat dari rambut wanita sebenar telah dicipta.

    Selain itu, pada zaman ini, (abad ke-17) boneka tidak saja berbentuk wanita angun,

    tetapi juga berbentuk lain seperti bayi dengan baju tidurnya atau pegawai kecil dengan kostum

    kelasinya. Penampilan boneka tidak lagi sekaku dulu. Bahannya saja tidak lagi memakai kayu

    atau tanah liat, tetapi soft leather (kulit lembut) dan lilin supaya kulitnya tampak seperti

    manusia. Lalu selain mata yang sudah boleh digerakkan, boneka pun sudah boleh

    mengeluarkan suara orang menangis dan berjalan.

    Pada abad ke-18 pula,tercipta boneka yang boleh berkata "Papa" dan "Mama" kalau

    ditekan. Ini terhasil daripada kotak suara mekanik oleh Johann Nepomuk Maelzel pada taun

    1827. Selain itu, bahan yang digunakan untuk membuat boneka semakin variatif. Selain lilin

    dan soft leather, terdapat juga karet, porselin, keramik sampai selluloid.

  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    9/11

    Perkembangan boneka semakin cepat pada abad ke-19. Para pembuat boneka saling

    bersaing kemampuan untuk membuat boneka yang terbaik. Oleh kerana itu, berbagai karakter

    boneka muncul di pasaran. Yang terkenal adalah "Kewpie" (1913), boneka anak kecil yang

    berpipi tembam dan berperut besar biuatan Rose O'Neill dari Amerika. Lalu, "Raggedy Ann"

    (1918), boneka kain buatan Johny gruelle yang mencerminkan kebaikan, keberanian, dan

    kejujuran, serta "Bye-Lo Babby" (1922), boneka bayi baru lahir yang bisa memejamkan mata

    saat tidur buatan Grace Putnam dari Jerman. Aneka ekspresi dan elemen wajah boneka pun

    semakin lengkap. Ada yang ditambah bulu mata, lesung pipi, mulutnya dibuka sehingga giginya

    terlihat, kukunya diwarnakan, terdapat juga boneka yang boleh makan dan minum.

    Pada masa kini, abad ke-20, boneka-boneka di pasaran kebanyakan terbuat dari plastik

    dan vinyl. Kelebihan boneka tidak hanya dalam ekspresi tetapi juga stail. Contohnya "Barbie'

    yang muncul tahun 1959 diciptakan oleh Ruth Handler. Boneka remaja tersebut memiliki

    aksesoris, baju dan perlengkapan yang bermacam-macam, dan rambutnya boleh dicuci, dibelai

    atau disisir sama seperti rambut manusia. Boneka moden ini berbeza dengan boneka modern

    yang muncul di Eropah. Fungsinya saja jauh berbeza. Kalau dulu menjadi boneka menjadi satu

    kemasyhuran , tetapi kini hanya sekadar mainan.

    Boneka

    Boneka (dari bahasa Portugisboneca) adalah sejenis mainan yang terdapat dalam

    pelbagai bentuk, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka dikatakan

    salah satu mainan yang paling tua, kerana boneka telah wujud sejak zaman Yunani, Romawi

    ataupun Mesirkuno. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeza

    sama sekali antara dahulu dan sekarang.

    Secara umumnya, boneka hanya dibuat sebagai mainan anak-anak, namun turut

    digunakan untuk fungsi-fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat

    ghaib ataupun mistik misalnya upacara-upacara ritual keagamaan pada zaman dulu,

    permainanjelangkung, sihirataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemui di

    makam-makam kuno atau tempat-tempat bersejarah maupun prasejarah.

    Boneka terbahagi kepada empat jenis utama:

    http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Portugishttp://id.wikipedia.org/wiki/Mainanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Manusiahttp://id.wikipedia.org/wiki/Hewanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Yunanihttp://id.wikipedia.org/wiki/Romawihttp://id.wikipedia.org/wiki/Mesirhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Ghaib&action=edithttp://id.wikipedia.org/wiki/Mistikhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Jelangkung&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Sihir&action=edithttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Portugishttp://id.wikipedia.org/wiki/Mainanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Manusiahttp://id.wikipedia.org/wiki/Hewanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Yunanihttp://id.wikipedia.org/wiki/Romawihttp://id.wikipedia.org/wiki/Mesirhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Ghaib&action=edithttp://id.wikipedia.org/wiki/Mistikhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Jelangkung&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Sihir&action=edit
  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    10/11

    1. boneka bertali atau anak-anakan

    boneka ini lembaga bersendi yang digerakkan dengan tali. Tali-tali diikatkan pada

    anak-anakan dan kayu kawalan (biasanya bersilang) yang dipegang oleh

    juruboneka. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk membuat anak-anakan- kulit,

    papan lapis, kayu, plastic atau kain- tatapi boneka bertali biasanya diperbuat

    daripada kayu.

    2. Boneka berbatang (rod)

    Kepala dan tangan ini dipasang pada hujung rod kayu atau batang yang dipegang

    oleh juruboneka untuk mengendalikannya. Badan boneka diperbuat daripada

    kain, sama ada berjahit atau berbungkus. Kaki dan tangan boleh diperbuat

    daripada kayu,plastic, kain atau papier mache. Boneka berbatang biasanya tidak

    mempunyai kaki.

    3. Boneka sarung tangan

    Kepala boneka sarung tangan boleh diperbuat daripada kayu, papier mache atau

    kain, dan tangannya daripada kayu atau kain sumbat. Kepala dan tangan

    dilekatkan pada badan kain yang dibentuk seperti guni, dan boneka ini dipakai

    bagaikan sarung tangan. Boneka ini juga biasanya tidak berkaki.

    4. Boneka wayang

    Boneka ini lembaga rata yang diperbuat daripada kadbod, plastik atau belulang

    yang disediakan khusus. Boneka wayang dimainkan di belakang layar lutsinar.

    Cuma baying lembaganya yang boleh dilihat oleh penonton.

    http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Boneka&action=edit

    Seni boneka, sama publications and distributors sdn bhd, lyndie wright, 1994

    Boneka sudip kayu

    http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Boneka&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Boneka&action=edit
  • 7/27/2019 pratulisan & kaedah

    11/11

    Bahan-bahan

    Sudip kayu, Cat serbuk atau tempera, Berus cat, Sebalang air, Piring, Kertas taip putih,

    Gunting, Dakwat india atau celup berasaskan air sejuk, Pita litup, Bulu ayam, Benang bulu

    atau benang sulaman

    Cara-cara

    1. Catkan muka pada bahagian belakang sudip kayu.

    2. Guntingkan lima atau enam bulatan daripada kertas taip untuk dijadikan kolar boneka.

    3. Tebukkan lubang pada pusat bulatan kertas dan cucukan kertas itu pada hulu sudip.

    4. Guntingkan kain belacu berbentuk bulatan bergaris pusat 45cm, untuk pakaian boneka.

    Warnakannya dengan dakwat india atau celup beradsaskan air. Leher boneka berada di

    tengah-tengah kain.

    5. Potongkan lubang kecil di pusat kain dan masukkan hulu sudip ke dalamnya. Lekatkan

    hulu itu di bahagian dalam kain dengan pita litup.

    6. Tampalkan bulu ayam atau benang bulu sebagai rambut. Anda juga boleh memakaikan

    topi pada boneka ini.