Present inovasi dan reka cipta

29
SMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK JALAN SIALANG, 84900 TANGKAK, JOHOR PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PROJEK INOVASI DAN REKA CIPTA SMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK DISEDIAKAN OLEH: Syaidin Bin Mohamed Suleiman Unit Kokurikulum SMA Lughatil Arabiah Tangkak Jalan Sialang, 84900 Tangkak, Ledang, Johor

Transcript of Present inovasi dan reka cipta

Page 1: Present inovasi dan reka cipta

SMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAKJALAN SIALANG, 84900 TANGKAK, JOHOR

PEMBENTANGAN KERTAS KERJAPROJEK INOVASI DAN REKA CIPTA

SMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK

DISEDIAKAN OLEH:Syaidin Bin Mohamed SuleimanUnit KokurikulumSMA Lughatil Arabiah TangkakJalan Sialang, 84900 Tangkak, Ledang, Johor

Page 2: Present inovasi dan reka cipta

WHAT IS INNOVATION??

Page 3: Present inovasi dan reka cipta

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dilaksanakan dalam aktiviti kelab/persatuan di sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kelab/persatuan, Pelaksanaan idea-idea ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian, perkhidmatan serta memberi faedah kepada warga sekolah dan komuniti setempat. Idea-idea

ini, boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem, prosedur, kaedah dan cara bekerja mahu pun pengenalan teknologi yang terkini.

DEFINISI INOVASI DARI ASPEK SEKOLAH

Page 4: Present inovasi dan reka cipta

SOMETHING LIKE THIS????

Page 5: Present inovasi dan reka cipta

Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilan

suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian

sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak

pengguna masa kini dan akan datang .Proses rekacipta berasaskan kepada

gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan

sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan

semula dalam bentuk prototaip atau model.Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai danmempunyai

nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti

grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen,

seramik, barangan logam halus,elektronik, reka bentuk

bangunan/landskap, ukiran dsb

DEFINISI REKA CIPTA

Page 6: Present inovasi dan reka cipta

Rajah 1.1: Masyarkat zaman batu mereka cipta alatan berburu dan bertani untuk kelangsungan hidup. 

Page 7: Present inovasi dan reka cipta

Rajah 1.2: Evolusi rekaan telefon yang terawal hingga yang terkini

Page 8: Present inovasi dan reka cipta

Rajah 1.4 (a): Daimler dengan kereta pertama menggunakan empat roda yang kini mengalami evolusi dalam reka cipta 

Page 9: Present inovasi dan reka cipta

Program Pertandingan Rekacipta dan Inovasi SMA Lughatil Arabiah Tangkak ini bertujuan

menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, belajar

cara mennyelesaikan masalah dengan pengaplikasian pelbagai

metod dan kaedah dalam sains dan teknologi yang menjurus

kepada ‘HOTS’. Hasilnya nanti diharapkan para pelajar dapat menjadikan budaya rekacipta

dan inovasi sebagai satu aspek dalam penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.

Program ini juga turut melibatkan semua guru dan

murid dalam menghasilkan produk reka cipta dan

inovasi.

2.0 RASIONAL

Page 10: Present inovasi dan reka cipta

Projek inovasi kelab/persatuan SMA Lughatul Arabiah ini merupakan sesuatu penghasilan projek berinovasi dalam kelab/persatuan sebagai kegiatan mingguan di sekolah-sekolah. Pelaksanaan sepenuhnya oleh murid secara maksimum dengan mendapat bantuan dari aspek pengurusan dan kewangan dari pihak sekolah secara minimum.

   

3.0 KONSEP

Page 11: Present inovasi dan reka cipta

Projek inovasi dan reka cipta ini adalah bermatlamat untuk

melahirkan pelajar yang berfikran kreatif dan inovatif

serta inventif yang mana dapat menyelesaikan sesuatu

masalah dengan menghasilkan idea yang kreatif sama ada

dalam bentuk produk mahupun proses. Dengan yang

demikian, mereka ini diharap dapat mengaplikasikan segala

teknologi yang terkini dengan bergerak seiring dengan kepesatan

teknologi semasa dan seterusnya dapat menyumbang kepada

pembangunan negara dengan menghasilkan sesuatu produk hasil

daripada inovasi dan rekacipta.

4.0 MATLAMAT

Page 12: Present inovasi dan reka cipta

Objektif projek inovasi dan rekacipta ini adalah:

1. Berfikiran kreatif, inovatif dan iventif dalam penyelesaian

masalah

2. Peka terhadap masalah persekitaran semasa

3. Mempunyai daya cipta dalam menghasilkan sesuatu produk

4. Mempunyai keupayaan dan keinginan dalam menguasai

teknologi terkini

5. Memupuk budaya keusahawanan dan seterusnya

mengamalkan ciri-ciri keusahawanan.

6. Bersikap berani mencuba, tekun, rajin, sabar, tidak mudah

putus asa, budaya bersaing dan menyedari keagungan Tuhan.

5.0 OBJEKTIF

Page 13: Present inovasi dan reka cipta

6.0 TARIKH/HARI/MASA

Page 14: Present inovasi dan reka cipta

TEMPAT   BENGKEL KHB MAKMAL SAINS DATARAN ARAFAH PUSAT SUMBER MAKMAL KOMPUTER     KUMPULAN SASARAN   Semua pelajar tingkatan 1-5 SMA Lughatul Arabiah Tangkak.  

Page 15: Present inovasi dan reka cipta

1. Penubuhan jawatan kuasa induk dan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah, SMA Lughatil Arabiah Tangkak. 

2. Mengadakan mesyuarat bagi menentukan tema inovasi, tarikh, tempat, masa dan tugas untuk memastikan setiap projek yang dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan.

3. Menyediakan tugas dan peranan bagi setiap guru penasihat dan murid 

4. Menerangkan tatacara perlaksanaan/ garis panduan dengan penyediaan kertas cadangan projek.

5. Memberi taklimat proses perlaksanaan projek mengikut aliran yang betul.

6. Penyediaan bahan dan alatan penghasilan projek.

9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Page 16: Present inovasi dan reka cipta

10.0 PROSES PERLAKSANAAN PROJEK

Page 17: Present inovasi dan reka cipta

◦ JAWATAN KUASA INDUK PERINGKAT SEKOLAH   PENGERUSI : Ustaz Mohd Zunnurain Bin Hj Mohd Juman Pengetua TIMB. PENGERUSI : Ustazah Zalina Bt Hj Kahir GPK Kokurikulum Ustazah Mazlina Bt. Selamat GPK Hal Ehwal Murid NAIB PENGERUSI : Ustaz Irasha bin Idris Pen. Kanan Pentadbiran SETIAUSAHA : Ustazah Nurhayati Bt Mohd Safaruan PENOLONG SETIUSAHA : Ustaz Syaidin Bin Mohamed Suleiman BENDAHARI : Ustazah Normadiana Bt Ghazali

AHLI JAWATANKUASA : Ustaz Mohd Rasul Bin Amat, Ustaz Mohd Nazri Bin Abdul Latif Ustaz Mohd Rafaie Bin Kusnin Ustaz Borhan Bin Hj Abd Karim Ustazah Saridah Bt. Othman Ustazah Nursalina Bt Abdul Mutalib Ustazah Azlina Bt M. Kalam Ustazah Norliyana Bt Idris Ustazah Siti Safura Bt Ruslan Ustazah Wan Masitah Bt Wan Ahmad Ustazah Nurul Arfah Bt Abu Bakar Ustazah Noor Aziha Bt Iberahim

 

  11.0 CARTA ORGANISASI PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN

Page 18: Present inovasi dan reka cipta

◦ JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH

  PENASIHAT : Ustaz Mohd Zunnurain Bin Hj Mohd Juman Pengetua : Ustazah Zalina Bt Hj Kahir GPK Kokurikulum     GURU PEMBIMBING : Guru Penasihat Kelab dan Persatuan PENGERUSI : Murid TIMB PENGERUSI : Murid SETIAUSAHA : Murid BENDAHARI : Murid AHLI JAWATANKUASA : Murid        

JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH

Page 19: Present inovasi dan reka cipta

◦ PERANAN PENGETUA

Membincangkan pelaksanaan projek inovasi dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum dan jawatankuasa lain seperti JK Pemantauan dan Penilaian Kokurikulum.

Mempertimbang dan meluluskan permohonan melaksanakan projek.

Melantik jawatankuasa pelaksana di peringkat kelab dan persatuan.

Memantau pelaksanaan projek dan peruntukan kewangan.

Menyemak dan mengesahkan penilaian penghasilan projek inovasi.

Menyelaras bantuan khidmat agensi luar, pihak swasta , dan komuniti setempat.

SENARAI BIDANG TUGAS/ PERANAN SECARA KHUSUS BAGI SETIAP PERINGKAT

Page 20: Present inovasi dan reka cipta

◦ PERANAN GURU/ GURU PENASIHAT   Memastikan pelajar memilih projek yang selaras dengan objektif Projek Inovasi.   Melantik dan memandu jawatankuasa menjalankan tugas.   Menguruskan permohonan kelulusan kewangan melaksanakan projek, kebenaran waris ,

kebenaran penglibatan pihak luar daripada pengurusan sekolah dan stakeholder.   Merancang dan memastikan strategi dan jadual operasi projek dengan kerjasama pelajar.   Memastikan jawatankuasa menguruskan kewangan dan harta benda/peralatan diurus

dengan baik.   Menentukan pelajar melaksanakan projek dengan berkesan.   Memastikan jawatankuasa menyediakan minit mesyuarat dan mendokumentasikan

laporan projek. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan di luar kawasan sekolah .   Bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan kehadiran ahli dan laporan

kewangan.   Memastikan aspek bimbingan , pengawasan disiplin dan keselamatan kepada ahli-ahli

dititikberatkan.   Penghargaan kepada pelajar dalam bentuk hadiah dan sijil.   Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan bantuan khidmat

terhadap pelaksanaan projek.  

Page 21: Present inovasi dan reka cipta

◦ PERANAN PELAJAR   Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut standard yang

ditetapkan.   Bertemu dengan guru pembimbing atau menghadiri sesi pembelajaran

mengikut jadual yang telah ditetapkan.   Membuat kajian awal dalam menentukan pemilihan tajuk, keaslian idea, hala

tuju projek yang mempunyai nilai komersial.   Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran

analitikal yang diperolehi sepanjang pengajian dan menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan semua.

  Melengkapkan borang-borang kemajuan murid dan dokumen-dokumen lain

sekiranya perlu.   Menyerahkan buku log potfolio projek kepada guru penasihat untuk semakan

dan pengesahan mengikut jadual yang telah ditetapkan.   Menyediakan laporan akhir projek berserta produk untuk proses penilaian.  

Page 22: Present inovasi dan reka cipta

Anggaran perbelanjaan adalah bergantung kepada pembahagian sama rata kepada semua kelab dan persatuan yang terlibat. Pembahagian perbelanjaan ini juga bergantung kepada idea inovasi yang akan dihasilkan oleh pelajar berdasarkan kertas kerja yang akan dibentangkan kepada penilai. Jumlah perbelanjaan secara umum untuk semua kelab dan persatuan yang terlibat dalam projek inovasi ini adalah RM 1746.00.

 

  ANGGARAN PERBELANJAAN

Page 23: Present inovasi dan reka cipta

Adalah dengan ini amatlah diharapkan semua pihak sama ada di peringkat

pelajar mahupun guru dapat bekerjasama dan berganding bahu

dalam menyiapkan projek inovasi yang telah dipertanggungjawabkan demi

melahirkan satu bangsa Malaysia yang kreatif, inovatif dan iventif dalam mencapai

Negara maju dan berpendapatan tinggi tahun 2020 kelak.

sekian, syukran, tqvm, gracias

PENUTUP

Page 24: Present inovasi dan reka cipta

CONTOH PROJEK PELAJAR- FLY TERMINATOR-SJK Chung Hua Miri

Page 25: Present inovasi dan reka cipta

BULB FIXER-SJK Chung Hua, Kuching 

Page 26: Present inovasi dan reka cipta

SMK Kangkar Pulai – Pelindung Jari Fleksibel

Page 27: Present inovasi dan reka cipta
Page 28: Present inovasi dan reka cipta
Page 29: Present inovasi dan reka cipta

1. NAK BENTUK BERAPA PASUKAN?

2. TAJUK PROJEK? BEBAS ATAU KITA FOKUS SATU TAJUK??

3. SIAPA YG JADI KETUA SETIAP PASUKAN?

4. BERAPA ORANG PELAJAR SETIAP PASUKAN??

PERBINCANGAN