Presentation

15
PENGGUNAAN KAEDAH TANGGA PETAK BAGI MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB MELIBATKAN NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN SATU DIGIT OLEH: SUZELAWATI BINTI JAMEL PPG MATEMATIK

description

ok

Transcript of Presentation

Page 1: Presentation

PENGGUNAAN KAEDAH TANGGA PETAK BAGI MEMBANTU MENINGKATKAN

PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB MELIBATKAN NOMBOR TIGA DIGIT

DENGAN SATU DIGIT

OLEH:SUZELAWATI BINTI JAMEL

PPG MATEMATIK

Page 2: Presentation

PENGENALAN Fokus kajian: Topik pendaraban iaitu

kemahiran mendarab nombor hingga tiga dengan satu digit.

Kemahiran mendarab ini adalah penting untuk dikuasai kerana penggunaan pendaraban ini juga akan digunakan dalam topik-topik lain dalam Matematik.

Page 3: Presentation

Agnes Voo Tun Chuan dalam Ringkasan Jurnal oleh Dragonizer (2005): Murid-murid tidak memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis

Masidar dan Samsiah (2001): Murid yang melakukan kesilapan pendaraban agak sukar menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

TINJAUAN LITERATUR

Page 4: Presentation

Kajian ini berfokus kepada peningkatan penguasaan kemahiran mendarab nombor hingga tiga digit dengan satu digit menggunakan Kaedah Tangga Petak

Meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik

FOKUS KAJIAN

Page 5: Presentation

Menentukan peningkatan penguasaan murid dalam operasi darab melibatkan nombor tiga digit dengan satu digit

Menentukan peningkatan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran darab melibatkan nombor tiga digit dengan satu digit menggunakan Kaedah Tangga Petak

OBJEKTIF KAJIAN

Page 6: Presentation

Adakah Kaedah Tangga Petak dapat meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab melibatkan nombor tiga digit dengan satu digit ?

Adakah Kaedah Tangga Petak dapat meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran darab melibatkan nombor tiga digit dengan satu digit ?

PERSOALAN KAJIAN

Page 7: Presentation

Murid Tahun 3 Intelek seramai 12 orang murid yang terdiri daripada 6 orang perempuan dan 6 orang lelaki dari Sekolah Kebangsaan Batu Tiningkang, Tenom

KUMPULAN SASARAN

Page 8: Presentation

Sesi intervensi dijalankan selama 2 minggu iaitu pada 23 Mac, 25 Mac, 30 Mac dan 02 April 2015

Soalan intervensi adalah berbeza pada setiap sesi

Pelaksanaan intervensi

INTERVENSI

Page 9: Presentation

CARA PENGUMPULAN DATA

Merancang (Sediakan Pelan)

Bertindak (Laksanakan kaedah

tangga petak)

Memerhati (Keputusan yang terhasil)

Mereflek (Ada

peningkatan/Tiada)

Berdasarkan model Kemmis & Mc Taggart, 1988

Page 10: Presentation

Data yang diperolehi daripada ujian pra dan pos, borang pemerhatian serta borang soal selidik dianalisis menggunakan pendekatan peratusan dan min secara deskriptif

Min (x) = Jumlah skor / Bil. responden

ANALISIS & INTEPRETASI DATA

Page 11: Presentation

Berdasarkan Jadual 1, min skor ujian pos adalah lebih tinggi (82.5%) jika dibandingkan dengan min skor ujian pra (41.67%). Hal ini menunjukkan terdapat peningkatan min skor ujian iaitu sebanyak 40.83%

DAPATAN KAJIAN

Page 12: Presentation

 Murid

Markah Ujian Markah Ujian Perubahan Markah (-

/ +)Pra Pos

  (%) Gred (%) Gred

A 20 D 90 A 70

B 30 D 90 A 60

C 30 D 100 A 70

D 0 E 50 C 50

E 10 E 30 D 20

F 0 E 60 B 60

G 10 E 90 A 80

H 90 A 100 A 10

I 80 A 100 A 20

J 50 C 80 A 30

K 80 A 100 A 20

L 100 A 100 A 0

Min 41.67   82.50   40.83

Jadual 1: Taburan Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Page 13: Presentation

Hasil soal selidik mendapati bahawa nilai min yang tertinggi ialah 5.00 iaitu berada pada tahap minat yang tinggi

Hasil pemerhatian pula menunjukkan peningkatan min daripada 15.97% kepada 34.19% iaitu menunjukkan perubahan positif pada sikap

DAPATAN KAJIAN

Page 14: Presentation

Setelah Kaedah Tangga Petak diperkenalkan, hampir semua murid mendengar arahan dan penerangan guru berbanding sebelum kaedah tersebut diperkenalkan.

Malah bilangan murid yang menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran dan berusaha menyiapkan tugasan yang diberi selepas Kaedah Tangga Petak diperkenalkan adalah 83.33%.

RUMUSAN & REFLEKSI

Page 15: Presentation

SEKIANTERIMA KASIH