Presentation Congkak

21
CONGKAK RIDZWAN AMIR

description

congkak ppt

Transcript of Presentation Congkak

Page 2: Presentation Congkak

Isi kandungan

1. Latar belakang2. Asas permainan3. Peraturan permainan 4. Cara membuat congkak5. Rujukan

Page 3: Presentation Congkak

LATAR BELAKANG

Page 4: Presentation Congkak

• Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.

• Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Page 5: Presentation Congkak

• Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.

• Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.

• Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Page 6: Presentation Congkak

ASAS PERMAINAN

Page 7: Presentation Congkak

• Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

• Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak.

• Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.

Page 8: Presentation Congkak

• Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak.

• Buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong.

Page 9: Presentation Congkak

• Selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu.

• Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Page 10: Presentation Congkak

• Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai “bom".

Page 11: Presentation Congkak

PERATURAN PERMAINAN

Page 12: Presentation Congkak

• Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

• Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh mengebom kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

Page 13: Presentation Congkak

• Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Page 14: Presentation Congkak

• Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

• Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Page 15: Presentation Congkak

CARA MEMBUAT CONGKAK

Page 16: Presentation Congkak

• Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

• Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.

Page 17: Presentation Congkak

• Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.

• Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.

• Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.

• Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.

Page 18: Presentation Congkak

• Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

• Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

• Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah.

Page 19: Presentation Congkak

RUJUKAN

Page 20: Presentation Congkak

• Congkak (dalam bahasa B. Inggeris). ThinkQuest Library. Dicapai pada 18 April 2008.

• Congkak, a game of wits (dalam bahasa B. Inggeris). Brunei Darussalam Newsletter. Brunei Darussalam Information Department (9 Februari 2008). Dicapai pada 18 April 2008.

• Permainan Tradisional : Congkak. Malaysiana. Perpustakaan Negara Malaysia (2000). Dicapai pada 18 April 2008.

• Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/CongkakKategori: Permainan tradisional

Page 21: Presentation Congkak

SEKIAN…

DARI IWE N BAWE