Presentation Ctu10

26
PREPARED BY: MUHAMMAD IQBAL BIN MOHD NASIR MUHAMMAD SHAHIZAN BIN RAMLEE PREPARE FOR: USTAZ ADIB SHUJAA’ ISU-ISU PERKAHWINAN DALAM ISLAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS CAWANGAN KEDAH

Transcript of Presentation Ctu10

Page 1: Presentation Ctu10

PREPARED BY:MUHAMMAD IQBAL BIN MOHD NASIRMUHAMMAD SHAHIZAN BIN RAMLEE

PREPARE FOR:USTAZ ADIB SHUJAA’

ISU-ISU PERKAHWINAN DALAM ISLAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAMPUS CAWANGAN KEDAH

Page 2: Presentation Ctu10

PERKAHwINAN

Definisi :

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.W.T. Menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina

Page 3: Presentation Ctu10

HUKUM PENERANGAN

wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik hajikerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat

Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin

Hu

ku

m

PER

KA

Hw

INA

N

Page 4: Presentation Ctu10

Pemilihan calonCIRI-CIRI CALON SUAMI CIRI-CIRI CALON SUAMI

-beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t-bertanggungjawab terhadap semua benda-memiliki akhlak-akhlak yang terpuji-berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar-tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya-rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

-beriman & solehah-rupa paras yang cantik dan elok-memiliki akhlak-akhlak yang terpuji-menentukan mas kahwin yang rendah-wanita yang subur-masih dara-berasal dari keturunan yang baik-bukan keturunan terdekat

Page 5: Presentation Ctu10

PERempuan yANg HaraM diNIkahi

KETURUNANNYA (HARAM SELAMANYA)

SUSUAN PERSEMENDAAN

• -Ibu• -Nenek sebelah ibu

mahupun bapa• -Anak perempuan &

keturunannya• -Adik-beradik perempuan

seibu sebapa atau sebapa atau seibu

• -Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan

• -Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)

• -Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

• -Ibu susuan• -Nenek dari sebelah

ibu susuan• -Adik-beradik

perempuan susuan• -Anak perempuan

kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan

• -Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan

• -Ibu mentua dan ke atas

• -Ibu tiri• -Nenek tiri• -Menantu

perempuan• -Anak tiri

perempuan dan keturunannya

• -Adik ipar perempuan dan keturunannya

• -Emak saudara kepada isteri

Page 6: Presentation Ctu10

RuKun PERkahwinaN

1. Pengantin lelaki2. Pengantin perempuan3. wali4. Dua orang saksi5. Ijab dan kabul (akad

nikah)

Page 7: Presentation Ctu10

syaRAt..Bakal suami• Islam

• Lelaki yang tertentu• Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri

• Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut• Bukan dalam ihram haji atau umrah

• Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan

Bakal isteri• Islam

• Perempuan yang tertentu• Bukan perempuan mahram dengan bakal suami

• Bukan seorang khunsa• Bukan dalam ihram haji atau umrah

• Tidak dalam idah• Bukan isteri orang

Page 8: Presentation Ctu10

Syarat wali

Islam, bukan kafir dan tidak murtadLelaki dan bukannya perempuan

BalighDengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan

Bukan dalam ihram haji atau umrahTidak fasik

Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainyaMerdeka

Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Page 9: Presentation Ctu10

JeNIs-jeNis waLIWALI MUJBIR WALI AQRAB WALI AB’AD WALI HAKIM

•Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)

•Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali

•Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susuna tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

•Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

Page 10: Presentation Ctu10

saksi• Sekurang-kurangya dua orang• Islam,Berakal,Baligh,Lelaki

• Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul• Boleh mendengar, melihat dan bercakap

•Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)

• Merdeka

Ijab • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran

• Diucapkan oleh wali atau wakilnya• Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan

nikah muataah)• Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab

dilafazkan)

Page 11: Presentation Ctu10

Qabul

• Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab• Tiada perkataan sindiran

• Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)

• Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)

• Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)

• Menyebut nama bakal isteri

Page 12: Presentation Ctu10

cEraI…Di dalam islam penceraian merupakan sesuatu yang dilaknat oleh Islam tetapi

diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.

Penceraian boleh dilakukan dengan

cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak

Page 13: Presentation Ctu10

TAlaK…menurut bahasa bermaksud melepaskan

ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan

ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat

hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian

berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi

dibenarkan.

Page 14: Presentation Ctu10

Hukum Penjelasan

Wajib

a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagib) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga merekac) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baikd) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami

Haram

a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifasb) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhic) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanyad) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

Sunat a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinyab) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

Makruh Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama

Harus Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya

hukum TAlaK…

Page 15: Presentation Ctu10

Rukun TAlaK…

PERKARA SYARAT

SuamiBerakalBalighDengan kerelaan sendiri

IsteriAkad nikah sahBelum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya

Lafaz

Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannyaDengan sengaja dan bukan paksaaan

Page 16: Presentation Ctu10

Lafaz TAlaK…Talak sarih•Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.

Talak kinayah•Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.

Page 17: Presentation Ctu10

jeNis TAlaK…Talak raj’I

•Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.

Talak bain•Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.

Page 18: Presentation Ctu10

Talak bid’I

•Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya.

Talak sunni

•Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci

Page 19: Presentation Ctu10

Talak taklik

•Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.•Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.•Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”

Page 20: Presentation Ctu10

fasakh…

menurut bahasa ialah rosak atau putus.

Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah

disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan

syarak

Page 21: Presentation Ctu10

Cara melakukan fasakh…

o Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh

o Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka

o Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya

o Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan

dengan akad nikah yang baru.

Page 22: Presentation Ctu10

Rujuk..Menurut BAHASA rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut SYARAK, ia

membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang

diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz

rujuk.

Page 23: Presentation Ctu10

HUKUM PENJELASAN

WajibBagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain

Haram Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu

Makruh Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri

Harus Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama

hUKum Rujuk..

Page 24: Presentation Ctu10

RukUn Rujuk..PERKARA SYARAT

SuamiBerakalBalighDengan kerelaan sendiri

Isteri

Telah disetubuhiBerkeadaan talak raj’iBukan dengan talak tigaBukan cerai secara khulukMasih dalam idah

Lafaz

Ucapan yang jelas menyatakan rujukTiada disyaratkan dengan khiar atau pilihanDisegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyaratDengan sengaja dan bukan paksaan

Page 25: Presentation Ctu10

laFAz Rujuk..Lafaz sarih•Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk kembali awak” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”

Lafaz kinayah•Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.

Page 26: Presentation Ctu10

Tamat….

Terima kasih