Presentation pendekatan projek edu
-
Upload
siti-nooryahmilawatimah-yahaya -
Category
Documents
-
view
1.274 -
download
3
Transcript of Presentation pendekatan projek edu
PENDEKATAN PROJEK
Definisi:
• Satu kaedah pembelajaran yang
dijalankan dalam tempoh tertentu• Melibatkan kutipan maklumat,
analisis data, persediaan laporan.• Tugasan secara amali,• Penilaian dijalankan pada setiap
tahap proses sehingga hasilnya siap.• Guru sebagai pembimbing dan
perunding.
KONSEP
- Aktiviti yang dijalankan secara
individu/kumpulan untuk capai sesuatu
tujuan
- Mengambil masa yang panjang
- Pelajar memainkan peranan yang aktif
- Pelajar belajar melalui aktiviti- Perlukan penguasaan pengetahuan ,
kebolehan berfikir dan berketrampilan
PRINSIP
- Penggunaan kemahiran
- pemprosesan maklumat
- Murid aktif dalam p&p- Guru hanya sebagai pemudah
cara
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
1. Menyediakan perancangan yang baik untuk memastikan
kelancaran projek yang hendak dijalankan
2. Tujuan dan aktiviti projek ditentukan berdasarkan
kecenderungan pelajar
3. Memastikan keperluan dan alatan disediakan
4. Menentukan aktiviti manakah yang perlu bimbingan
guru dan yang manakah perlu dijalankan sendiri oleh pelajar
5. Menentukan cara bagaimanakah sesuatu hasil projek
dipersembahkan, dipamerkan, disimpan dan sebagainya.
TUJUAN PENDEKATAN PROJEK
1. Menggalakkan murid bekerjasama dan bertanggungjawab.
2. Memberi kebebasan kepada murid menunjukkan kreativiti
dan inovasi
3. Memberi peluang kepada murid menggunakan bahan
sumber yang terdapat dilar bilik darjah.
4. Memotivasikan murid
5. Memberi peluang kepada murid memainkan peranan
sebagai pemimpin.
6. Membenarkan murid menentukan peranan masing-masing.
7. Membenarkan murid yang sama minat dan kebolehan
bekerja pada kadar yang setaraf dengan kemampuan.
8. Memberi satu suasana pembelajaran untuk murid yang
kurang yakin dan mahu menunjukkan kebolehan mereka.
PERLAKSANAANRangka Kerja
1. Soalan 2. Perancangan 3. Mentaksir 4. Mengawas 5.Jadual pelaksanaan 6. Menilai 7. Soalan
MERANCANG AKTIVITI PEMBELAJARAN AWAL SAINS
Sebelum – Memperkenalkan aktiviti
Semasa - Menggalakkan pemikiran saintifik dan kemahiran proses sains
Selepas - Membincang, membuat refleksi
SEBELUM MERANCANG AKTIVITI-Tajuk dipilih oleh guru berdasarkan pengalaman murid, tahap kana-kanak.
- Bahan haruslah murah dan mudah diperolehi
- Rujuk kandungan KSPK, aktiviti yang sesuai dengan standard pembelajaran.
- Guru perlu fikirkan pendekatan dan strategi serta bahan yang perlu digunakan.
SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN- Guru menggalakkan kemahiran berfikir cthnya bertanyakan soalan, membuat pemerhatian, murid merekod.
- Guru memberi kelonggaran kepada murid supaya murid tidak merasa terkongkong, galakkan pemikiran kritis dan kreatif.
- Aktiviti berpusatkan murid, murid sepenuhnya dan murid mendominasikan pembelajaran
SELEPAS AKTIVITI DIJALANKAN- Guru mengadakan sesi pembincangan untuk ingat semula aktiviti dijalankan
- Aktiviti sumbang saran, sesi soal jawab.
- Seterusnya guru mengadakan sesi refleksi supaya murid dapat membuat perbincangan apa yang telah berlaku dalam aktiviti tadi serta menjelaskan kemusykilan mereka..
- Akhir sekali guru mengadakan sesi rumusan.