Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN...

14

Click here to load reader

description

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR: SATU KAJIAN LAPANGAN

Transcript of Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN...

Page 1: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR: SATU KAJIAN LAPANGAN

Oleh :Oleh :Nurul Natasha Binti Gladdy Peter,Nurul Natasha Binti Gladdy Peter,

PISMK-OUM-KPM,PISMK-OUM-KPM,Institut Perguruan Sarawak, Institut Perguruan Sarawak,

Miri.Miri.

Page 2: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

1.0 Pengenalan 1.0 Pengenalan

Tulisan ilmiah ini dijalankan ke atas pelajar Tahun 4 untuk Tulisan ilmiah ini dijalankan ke atas pelajar Tahun 4 untuk melihat kepada kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada melihat kepada kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada

Pendekatan Konstruktivisme dalam pengajaran dan Pendekatan Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.pembelajaran berpusatkan pelajar.

1.11.1 Soalan Kajian Soalan Kajian

• Apakah konsep pendekatan, konsep konstruktivisme dan konsep pendekatan konstruktivisme?

• Apakah kekuatan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar?

• Apakah kelemahan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar?

Page 3: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

1.2 Kepentingan Kajian

•Membantu pelbagai pihak mendalami dan memahami pendekatan konstruktivisme melalui kajian yang dibuat dan tulisan ilmiah ini.•Menambahkan lagi bahan-bahan rujukan mengenai pendekatan dan bahan-bahan pedagogi dalam Bahasa Melayu

•Masa yang terhad untuk menjalankan kajian iaitu selama 6 minggu sahaja(praktikum fasa 2)•Bahan rujukan berkaitan dengan tajuk penyelidikan iaitu Kekuatan dan Kelemahan Pendekatan Konstruktivisme sangat terhad.

1.3 Batasan Kajian

Page 4: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

2.0 TINJAUAN LITERATUR2.1 Pendekatan Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan tentang cara manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa setiap individu membina pengetahuan dan bukan hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. (McBrien & Brandt, 1997)

2.2 Pengajaran Berpusatkan Pelajar2.2 Pengajaran Berpusatkan Pelajar Merupakan pengajaran yang memberi peluang untukMerupakan pengajaran yang memberi peluang untuk para pelajar meluahkan idea melalui interaksi denganpara pelajar meluahkan idea melalui interaksi dengan guru dan rakan-rakan. Kajian telah menunjukkanguru dan rakan-rakan. Kajian telah menunjukkan bahawa interaksi antara pelajar dengan pengajar danbahawa interaksi antara pelajar dengan pengajar dan juga pelajar dengan pelajar dapat menyumbang secarajuga pelajar dengan pelajar dapat menyumbang secara signifikan kepada pembelajaran dan kepuasan pelajarsignifikan kepada pembelajaran dan kepuasan pelajar (Newberry, 2003;Sher, 2004).(Newberry, 2003;Sher, 2004).

Page 5: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

• Satu kajian lapangan melalui penggunaan instrumen pemerhatian. Kajian dijalankan ke atas tiga buah kelas Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Miri dengan menggunakan borang pemerhatian yang diisi oleh tiga orang guru yang terpilih untuk memerhatikan sesi pengajaran dan pembelajaran di ketiga-tiga kelas Tahun 4 tersebut.

Page 6: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

3.2 INSTRUMEN KAJIAN

3.2.1 Pemerhatian• Borang pemerhatian diberikan kepada tiga orang guru

pelatih yang sama-sama menjalankan latihan praktikum dengan pengkaji di Sk Agama (MIS) Miri.

• Pemerhatian ini dijalankan oleh pemerhati-pemerhati ini di tiga buah kelas Tahun 4 yang berlainan tetapi menggunakan alat bantu mengajar yang sama, guru yang sama dan kaedah yang sama untuk mengajarnya.

• Tujuan penggunaan alat bantu mengajar, guru dan kaedah pengajaran yang sama ini adalah untuk dijadikan pemalar dalam kajian ini.

• Manakala kelas yang berlainan pula dijadikan pembolehubah dalam kajian ini.

Page 7: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

• Borang-borang diberikan kepada pemerhati sebelum pengajaran dibuat oleh pengkaji dan dikutip semula setelah sesi pengajaran selesai.

• Tiga orang pemerhati diminta untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pendekatan konstruktivisme dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berfokuskan pelajar berdasarkan elemen-elemen pemerhatian yang disertakan dalam borang pemerhatian tersebut.

• Sesi pengajaran dan pembelajaran itu akan dijalankan oleh pengkaji sendiri manakala pemerhati tersebut akan membuat pemerhatian mereka di belakang kelas.

• Hasil pemerhatian mereka akan dikumpul dan dianalisis oleh pengkaji untuk mengesan kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan manakah yang kerap dicatat oleh pemerhati sebagai data kajian. Data kajian pemerhatian tersebut pula akan dibandingkan dengan hasil dapatan kajian internet dan perpustakaan sebagai bahan sokongan atau bahan bukti kajian.

Page 8: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

4.0 Dapatan Kajian(Melalui Kaedah Pemerhatian)1.Kelas 4BKekuatan• Guru berjaya mengaplikasikan Pendekatan Konstruktivisme

dalam bilik darjah kerana pelajar-pelajar berjaya membina sendiri pengetahuan berkenaan dengan ciri-ciri negeri yang terdapat di Malaysia. Ini dapat dibuktikan apabila pelajar berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh guru mereka.

• Pelajar seronok mengikuti pembelajaran secara konstruktivisme. Ini diakui oleh pemerhati-pemerhati kajian ketika mengisi jawapan untuk soalan nombor 1.

Kelemahan• Masalah disiplin berlaku iaitu ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran berjalan iaitu pelajar berbual kosong, bermain dan bercakap sesama sendiri.

• Pemerhati bersetuju bahawa hal ini berlaku disebabkan sikap guru yang mengendalikan kelas itu kurang memantau dan membuat pengawasan ke atas murid-murid semasa sesi perbincangan dalam kumpulan dijalankan

Page 9: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

4.0 Dapatan Kajian(Melalui Kaedah Pemerhatian) 2. Kelas 4CKekuatan• Pelajar seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.• Pelajar membuat perbincangan dengan menjana idea dalam

kumpulan bagi menyiapkan kerja kumpulan mereka.• Objektif pengajaran dan pembelajaran berjaya dicapai kerana

semua kumpulan berjaya menjawab soalan perbincangan yang diberikan kepada mereka

• Pelajar kelas 4B dan 4C boleh mengingat dan memahami apa yang dibentangkan oleh kawan mereka kerana pelajar dari kumpulan lain berjaya menyebut semula ciri-ciri negeri yang dibentangkan oleh rakan mereka. Ini menunjukkan mereka boleh mengingat dan memahami apa yang dibentangkan oleh kawan mereka dan hasil perbincangan mereka sendiri.

Kelemahan• Masalah disiplin berlaku di Kelas 4C dimana pelajar membuat

bising dan bercakap-cakap ketika sesi perbincangan dalam kumpulan sedang berjalan.

• Masalah berpunca dari guru yang tidak memantau serta menegah pelajar dari berbincang dengan terlalu bising ketika sesi perbincangan dibuat.

Page 10: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

4.0 Dapatan Kajian(Melalui Kaedah Pemerhatian) 3. Kelas 4D

Kekuatan

•Murid-murid kelas 4D seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sepertimana yang berlaku di kelas 4B dan 4C.

•Objektif pengajaran dan pembelajaran untuk kelas yang diperhatikan itu berjaya dicapai kerana semua kumpulan berjaya menjawab soalan tugasan yang diberikan oleh pengkaji ketika sesi pembentangan dijalankan.

•Para pelajar berjaya menjawab soalan yang diberikan guru kerana mereka berbincang dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan guru.

•Pelajar ternyata dapat mengingat semula dan faham apa yang mereka buat dan dibentangkan oleh rakan mereka yang lain kerana mereka dapat menyebut semula ciri-ciri negeri yang dibentangkan oleh rakan mereka.

Kelemahan

•Masalah disiplin yang sama tetap berlaku di kelas 4D iaitu pelajar berbual, bermain dan bising ketika aktiviti dalam kumpulan dibuat. Punca masalah adalah sikap guru yang tidak memantau serta mengawasi tingkahlaku pelajar semasa kerja kumpulan di buat.

Page 11: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

(a) Pendekatan Konstruktivisme mempunyai lebih banyak kekuatan berbanding kelemahannya.(b) Kekuatan dan Kelemahan Pendekatan Konstruktivisme adalah:

Kekuatan Kelemahan

Menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan untuk murid.

Pelajar cenderung untuk bermain dan bercakap sesama sendiri apabila kawalan kelas kurang dibuat oleh guru yang terlibat.

Menarik minat murid untuk belajar.

Membantu murid untuk ingat dan faham isi pelajaran.

Menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah dan tugasan yang diberikan guru.

Membantu guru dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Page 12: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

5.1 IMPLIKASI KAJIAN• Para guru perlu memantau keadaan kelas supaya

keberkesanan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dapat diperolehi seoptimum yang mungkin. Ini kerana, masalah disiplin yang menjadi kekangan utama dalam pelaksanaan pendekatan ini berlaku kerana kurangnya kawalan kelas dari guru.

• Perkara kedua yang terdapat melalui kajian ini adalah pendekatan ini berkesan untuk mencapai objektif pengajaran dan membentuk kefahaman di kalangan pelajar. Justeru, adalah digalakkan supaya lebih banyak kursus diadakan untuk mendedahkan para guru masa kini dengan pendekatan ini agar lebih ramai pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dibentuk dan dilahirkan menerusi pendekatan ini.

Page 13: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN

5.2 CADANGAN KAJIAN

(a) Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif berikutan masa yang terhad untuk menjalankan kajian. Justeru, pengkaji mencadangkan supaya kajian lanjutan dijalankan dengan menggunakan kajian berbentuk eksperimen untuk melihat dengan lebih nyata lagi perbezaan antara pelajar yang dihasilkan melalui pengajaran dan pembelajaran pendekatan konstruktivisme dengan pelajar yang dihasilkan dari pengajaran dan pembelajaran pendekatan selain dari pendekatan konstruktivisme.

(b) Kajian ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah. Oleh itu, pengkaji mencadangkan supaya kajian lanjutan dijalankan di kalangan pelajar sekolah menengah untuk melihat sama ada keputusan atau dapatan kajian sama dengan dapatan yang diperolehi dengan dapatan kajian yang telah pengkaji lakukan di sekolah rendah.

Page 14: Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR:  SATU KAJIAN LAPANGAN