Strategi p&p Berpusatkan Murid

19
Pelaksanaan pembelajaran berpusatkan murid

description

PJ

Transcript of Strategi p&p Berpusatkan Murid

  • Pelaksanaan pembelajaran berpusatkan murid

  • Kaedah KoperatifKaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:saling bergantung antara satu sama lain secara positif,saling berinteraksi secara bersemuka,akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,kemahiran koperatifpemprosesan kumpulan

  • Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikanJigsaw, TGT (teams-games-tournaments)STAD (Students Teams- Achievement Division)Belajar Bersama (Learning together)Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads)Meja Bulat (Round Table)

  • Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

  • Pendekatan kumpulanPelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik.Tanggungjawab guru adalah:mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan memastikan penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan.

  • Teknik perbincanganPerbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah.Ciri-ciri:Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik.Guru akan membuat rumusan bersama pelajar pada akhir sesi perbincangan.Pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik/masalahDilaksanakan di bawah kawalan guru.Sesuai untuk semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah.Tujuan:Menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009).

  • Penyelesaian masalahPenyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. Tujuan: Membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis.

  • Kaedah simulasiSimulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri:Ia merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar dapat belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya.

  • Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan,Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi, Tujuan :Membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan.

  • Kaedah strategi main sambil belajarStrategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa,

  • Kaedah strategi main sambil belajarPermainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak, Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna. Teknik ini dapat merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokan bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.

  • Kaedah projekProjek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Tujuan: Memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek, ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti,

  • Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar.Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi, Projek haruslah sesuai dengan objektif pelajaran.

  • Kaedah lawatanLawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah, Tujuan: Meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung menggalakkan penggunaan pelbagai deria Ini membawa kesan kepada pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.Ia juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah.