Prinsip Umum Pengajaran Sains Untuk Murid Bermasalah Pembelajaran

2
Prinsip Umum Pengajaran Sains Untuk Murid Bermasalah Pembelajaran Pengajaran sains untuk murid bermasalah pembelajaran merangkumi empat prinsip umum iaitu: •mudah ke sukar •konkrit ke abstrak •umum ke spesifik •sedikit ke banyak Apabila menggunakan prinsip pengajaran daripada mudah ke sukar, guru terlebih dahulu akan memulakan pengajaran dengan mendedahkan perkara-perkara yang asas. Jika murid telah menguasai konsep-konsep asas, barulah guru mengajar konsep yang lebih sukar. Dalam prinsip konkrit ke abstrak pula, guru lebih banyak menggunakan bahan/objek di sekelilingnya untuk memulakan pengajaran. Bahan-bahan ini terdiri daripada bongkah, kubus, model, dll. Dengan ini, murid boleh menyentuh,menggerakkan dan memanipulasikan objek- objek tersebut. Objek-objek sebeginilah yang akan digunakan oleh guru apabila mengajar satu-satu konsep. Jika konsep telah dikuasai, barulah guru mengajar secara abstrak di mana murid perlu membuat gambaran tersendiri apabila satu-satu perkara dijelaskan. Prinsip pengajaran ini adalah selaras dengan peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal seperti yang dikemukakan oleh Piaget dalam Teori Peringkat Perkembangan Kognitif. Merujuk kepada prinsip pengajaran daripada umum ke spesifik, guru akan memperkenalkan sesuatu topik secara umum terlebih dahulu dan seterusnya barulah mengemukakan contoh-contoh yang spesifik. Sebagai contoh, guru hendak mengajar topik ”Bahagian-bahagian Badan”, maka guru akan memperkenalkan topik ini dahulu. Selepas itu, guru akan memberi contoh-contoh seperti kepala, telinga dan kaki. Prinsip ini lebih dikenali sebagai pengajaran deduktif sepertimana yang dikemukakan oleh David Ausubel. Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut: Langkah 1: Guru menyampaikan kenyataan umum Langkah 2: Guru memperjelaskan istilah-istilah penting Langkah 3: Guru menyediakan contoh-contoh Langkah 4: Pelajar mengkaji contoh-contoh spesifik

Transcript of Prinsip Umum Pengajaran Sains Untuk Murid Bermasalah Pembelajaran

Page 1: Prinsip Umum Pengajaran Sains Untuk Murid Bermasalah Pembelajaran

Prinsip Umum Pengajaran Sains Untuk Murid Bermasalah Pembelajaran

Pengajaran sains untuk murid bermasalah pembelajaran merangkumi empat prinsip umum iaitu:•mudah ke sukar •konkrit ke abstrak•umum ke spesifik•sedikit ke banyak

Apabila menggunakan prinsip pengajaran daripada mudah ke sukar, guru terlebih dahulu akan memulakan pengajaran dengan mendedahkan perkara-perkara yang asas. Jika murid telah menguasai konsep-konsep asas, barulah guru mengajar konsep yang lebih sukar.

Dalam prinsip konkrit ke abstrak pula, guru lebih banyak menggunakan bahan/objek di sekelilingnya untuk memulakan pengajaran. Bahan-bahan ini terdiri daripada bongkah, kubus, model, dll. Dengan ini, murid boleh menyentuh,menggerakkan dan memanipulasikan objek-objek tersebut. Objek-objek sebeginilah yang akan digunakan oleh guru apabila mengajar satu-satu konsep. Jika konsep telah dikuasai, barulah guru mengajar secara abstrak di mana murid perlu membuat gambaran tersendiri apabila satu-satu perkara dijelaskan. Prinsip pengajaran ini adalah selaras dengan peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal seperti yang dikemukakan oleh Piaget dalam Teori Peringkat Perkembangan Kognitif.

Merujuk kepada prinsip pengajaran daripada umum ke spesifik, guru akan memperkenalkan sesuatu topik secara umum terlebih dahulu dan seterusnya barulah mengemukakan contoh-contoh yang spesifik. Sebagai contoh, guru hendak mengajar topik ”Bahagian-bahagian Badan”, maka guru akan memperkenalkan topik ini dahulu. Selepas itu, guru akan memberi contoh-contoh seperti kepala, telinga dan kaki. Prinsip ini lebih dikenali sebagai pengajaran deduktif sepertimana yang dikemukakan oleh David Ausubel. Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:

Langkah 1: Guru menyampaikan kenyataan umum Langkah 2: Guru memperjelaskan istilah-istilah penting Langkah 3: Guru menyediakan contoh-contoh Langkah 4: Pelajar mengkaji contoh-contoh spesifik

Prinsip pengajaran dari sedikit ke banyak melibatkan pengajaran konsep yang sedikit terlebih dahulu, barulah diajar konsep-konsep yang lebih banyak. Contohnya, guru mungkin memulakan pelajaran dengan tajuk ”Benda Hidup”. Dari tajuk ini, beliau pula akan mengajar tentang tumbuhan dan haiwan. Seterusnya, beliau akan mengajar pula tentang tumbuhan berdaun dan tanpa daun. Akhirnya, akan diajar pula tentang haiwan berkaki dan tidak berkaki. Dengan menggunakan prinsip pengajaran sebegini, murid tidak mudah keliru dengan konsep yang disampaikan oleh guru. Lagipun konsep akan mudah dikuasai apabila ianya disampaikan dengan cara yang sistematik. Prinsip pengajaran yang digunakan oleh guru banyak bergantung kepada latar belakang murid yang diajar. Oleh itu, guru perlu memastikan prinsip yang digunakan bersesuaian dengan kumpulan murid yang diajar.