Print

6
950302-08-5812 PENGENALAN Rasionalnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti punca-punca pencemaran udara yang dihasilkan oleh asap Kilang Tepung Eng Heap Seng di Permatang Janggus, Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang serta langkah- langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah pencemaran udara ini berterusan. Pencemaran udara berlaku apabila terdapat bendasing udara dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan harta benda. Merujuk kepada peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978, bendasing udara termasuklah asap, jelaga, habuk, abu (termasuklah abu berterbangan), arang, hancuran, kumin pejal daripada apa-apa jenis termasuklah kumin-kumin, gas-gas, wap- wap, kabus, bau dan bahan radioaktif yang terpancar dari pembakaran bahan api dan bahan-bahan yang seumpamanya atau dari penggunaan elektrik sebagai punca pemanas, atau dari sintisis, resolusi atau apa-apa pemulihan dan apa-apa bahan lain yang mungkin ditetapkan oleh Menteri sebagai bahan-bahan yang boleh menjejaskan kesihatan manusia atau kehidupan alam sekeliling. Perkins, 1972 telah mendefinisikan pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan-bahan pencemar di dalam atmosfera. Contohnya, debu, asap, gas-gas, wap dan sebagainya dengan kuantiti, ciri-ciri serta jangka masa

Transcript of Print

Page 1: Print

950302-08-5812

PENGENALAN

Rasionalnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti punca-punca

pencemaran udara yang dihasilkan oleh asap Kilang Tepung Eng Heap Seng di Permatang

Janggus, Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang serta langkah-langkah yang perlu

dilakukan bagi mengatasi masalah pencemaran udara ini berterusan.

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat bendasing udara dalam kepekatan yang

mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan harta benda.

Merujuk kepada peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978, bendasing

udara termasuklah asap, jelaga, habuk, abu (termasuklah abu berterbangan), arang, hancuran,

kumin pejal daripada apa-apa jenis termasuklah kumin-kumin, gas-gas, wap-wap, kabus, bau

dan bahan radioaktif yang terpancar dari pembakaran bahan api dan bahan-bahan yang

seumpamanya atau dari penggunaan elektrik sebagai punca pemanas, atau dari sintisis,

resolusi atau apa-apa pemulihan dan apa-apa bahan lain yang mungkin ditetapkan oleh

Menteri sebagai bahan-bahan yang boleh menjejaskan kesihatan manusia atau kehidupan

alam sekeliling.

Perkins, 1972 telah mendefinisikan pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau

lebih bahan-bahan pencemar di dalam atmosfera. Contohnya, debu, asap, gas-gas, wap dan

sebagainya dengan kuantiti, ciri-ciri serta jangka masa tertentu dan sebagainya yang boleh

menyebabkan kecederaan dan kerosakan kepada manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan

harta benda dan tanpa munasabah mengganggu keselesaan dan ketenteraman kehidupan dan

harta benda.

Menurut jaringan Wikipedia Ensiklopedia Bebas , pencemaran udara merupakan satu

keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi

yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup

lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar

udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,kloroflorokarbon, bau-bauan, logam

toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke

udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung

berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon,jerebu, hujan asid dan

Page 2: Print

950302-08-5812

pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan,

keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. Pencemaran udara diklasifikasikan

kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer

ialah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil daripada

pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan

industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang

tidak terkawal. Pencemaran udara sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas

sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.

Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kesan-kesan yang

terjadi akibat daripada pelepasan asap Kilang Tepung Eng Heap Seng kepada manusia,

tumbuh-tumbuhan, haiwan dan harta benda serta langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi

mengurangkan masalah pencemaran udara ini.

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas

seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan

melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu

mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Bahan tercemar

seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan

tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi

paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan

lain juga menghalang penglihatan mata manusia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh

pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan

oleh kemalangan kenderaan.

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran

daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini juga akan

menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan

ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan

mengganggu keseimbangan ekosistem.

Page 3: Print

950302-08-5812

Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini

disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada

sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

Kesan kepada harta benda bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran

udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan

sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus. Hakisan

logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di

dalam udara.

Menurut pendapat seorang responden yang hanya dikenali sebagai Suhaina Abu

Asim, 30, dia yang tidak tahan dengan masalah itu memberitahu debu yang berterbangan

sentiasa memasuki rumah serta masalah habuk menyebabkan kanak-kanak di sekitar kawasan

ini mengalami masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan masalah kulit. Seorang lagi

penduduk, Nur Aimi Rosli, 30, memberitahu, dia terpaksa membersihkan kawasan dalam dan

luar kediaman rumahnya setiap hari akibat debu-debu yang berterbangan dari kilang tersebut.

Mengikut kamus pelajar, udara bermaksud campuran berbagai-bagai gas yang

terdapat di muka bumi. Selain itu ia juga membawa erti ruang muka bumi yang berisi hawa,

angkasa. Mengikut kamus dewan edisi ketiga pula, udara ialah campuran pelbagai jenis gas

yang terdapat di atas muka bumi. Selain itu ia menunjukkan ruang di atas bumi yang berisi,

hawa, angkasa atau awang-awang.

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah pengasing

elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan

melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan

tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang

digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair supaya

bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana

bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera

melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan

kapal terbang mampu menampal ozon.

Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam

sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk

Page 4: Print

mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad untuk menjaga alam sekitar

supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan datang. Akhir kata, hargailah alam

sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita memusnahkannya.