Prjnjian pangkor

21
SOALAN http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Transcript of Prjnjian pangkor

Page 1: Prjnjian pangkor

SOALAN

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 2: Prjnjian pangkor

Pengenalan

Seperti Negeri-negeri lain, kekacauan di Perak juga berlaku pada

tahun 1860-an dan 1870-an.

Di antara kekacauan2 itu ialah perebutan takhta dan pergaduhan

kongsi gelap Cina di Larut.

Pada mulanya, British tidak mengambil langkah untuk menamatkan

kekacauan2 tersebut kerana sebelum tahun 1874, British tidak

mengamalkan dasar campur tangan dalam hal2 Negeri2 Melayu.

Walau bagaimanapun, kekacauan2 berikut dijadikan alasan oleh

British untuk campur tangan di Perak selepas tahun 1874.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 3: Prjnjian pangkor

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani

pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri - negeri Selat Sir

Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang

berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar

yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya

Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor.

Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan

negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah

dan membuka peluang kepada campur tangan Inggeris secara rasmi

dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di

atas kapal HMS Pluto yang berlabuh diSelat Dinding, iaitu di

kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 4: Prjnjian pangkor

Sebab-sebab campur tangan British

1. Pergaduhan kongsi gelap Cina di Larut

• Pergaduhan antara dua kumpulan Ghee Hin (Org Kantonis) dan Hai San

(org Hakka).

• Kedua2 kumpulan tinggal dlm dua kws petempatan yg berasingan,

pembahagian sempadan kws masing2 tidak mutlak.

• Terdapat org Ghee Hin yg tinggal di kws Hai San dan sebaliknya.

• Ghee Hin dipimpin oleh Chin Ah Yam.

• Hai San dipimpin oleh Chung Keng Quee.

• Akibat ketiadaan pembahagian kws yg jelas, kedua2 kumpulan kongsi

gelap sering bersaing utk memperoleh kws bijih timah yg baik.

• Keadaan ini menimbulkan perselisihan dan permusuhan sehingga

mencetuskan Perang Larut tahun 1861 dan berlarutan sehingga tahun

1874

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 5: Prjnjian pangkor

2.Pewarisan takhta

• Kekacauan di Perak juga berlaku akibat perebutan

takhta dlm kalangan kerabat diraja menyebabkan

keadaan politik dlm negeri menjadi semakin kusut.

• Kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871,

menyebabkan termaktubnya perjanjian ini.

• Raja Abdullah, sbg raja muda sepatutnya dilantik

sbg sultan baru tetapi disebabkan baginda tidak

menghadiri upacara pengkebumian, Raja Ismail

telah dilantik sbg sultan oleh pembesar2 Perak.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 6: Prjnjian pangkor

• Raja Bendahara Ismail diangkat & ditabalkan krn mengikut

istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda sultan yg sah krn

baginda memiliki alat2 kebesaran diraja (Regalia).

• Baginda berkuasa & mempunyai pengikut yg ramai di Hulu Perak.

• Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta

bantuan Inggeris.

• Dlm masa yg sama, berlaku permusuhan kongsi gelap Cina yg

merebut lombong bijih timah.

• Raja Abdullah minta pertolongan utk menyelesaikan dua masalah

tersebut.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 7: Prjnjian pangkor

Perjanjian Pangkor, 1874. (Sumber: Arkib Negara Malaysia

http://sembangkuala.wordpress.com/tag/pangkor-treaty/

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 8: Prjnjian pangkor

Gambar yang dirakam pada tahun 1875 ini menunjukkan pentadbir dan pegawai British yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 1874. Sir William Jervois, yang duduk di tengah-tengah merupakan Gabenor baru menggantikan Gabenor Clarke. Berdiri dari kiri - Dr. Anderson; Kepten Innes; Mejar F. McNair; Lt. Henry Mc Callum; J.W.W Birch; W. Knaggs (memakai suit terang); Kepten Speedy; Frank Swettenham. (Sumber: Arkib Negara Malaysia)

http://sembangkuala.wordpress.com/tag/pangkor-treaty/

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 9: Prjnjian pangkor

Syarat-syarat Perjanjian Pangkor 1874

•Raja Abdullah, Sir Andrew Clarke & beberapa org2

besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail & Raja

Yusuf di Pulau Pangkor pd 20 Januari 1874

menghasilkan Perjanjian Pangkor.

•Bahagian pertama perjanjian berkaitan perbalahan

antara kongsi gelap Cina.

•Kedua2 pihak diminta mengekalkan keamanan,

memansuhkan senjata & kubu2, menerima keputusan

dari sebuah Suruhanjaya Kerajaan yg ditubuhkan khas

utk menyelesaikan soal perlombongan bijih.

Page 10: Prjnjian pangkor

•Bahagian kedua ialah tentang Kesultanan Perak

1. Raja Abdullah diiktiraf sbg Sultan Perak yg sah

• Sultan Ismail diturunkan drpd takhta & diberi satu gelaran

baru Raja Muda, & diberikan pencen $1000 sebulan & diberi

satu kws jajahan kecil utk ditadbir.

2. Sultan bersedia menerima seorang Residen British sbg

penasihat.

• Nasihat Residen mesti diminta & dipatuhi dlm semua perkara

kecuali berkaitan agama Islam & adat istiadat Melayu.

• Bayaran gaji Residen akan dibiayai oleh Sultan Perak & sultan

akan menyediakan sebuah tempat tinggal kpd Residen.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 11: Prjnjian pangkor

3. Kutipan cukai tidak lagi dibuat oleh pembesar2 Melayu

tempatan, Residen British akan bertanggungjawab utk

mengutip & mengawal semua kutipan cukai & perbelanjaan

wang cukai.

4. Oleh krn pembesar2 Melayu tidak lg boleh mbuat kutipan

cukai, mereka akan diberi pencen bulanan oleh kerajaan

negeri.

5. Wilayah Dinding diserahkan kpd pentadbiran oleh pihak British

& menjadi wilayah takluk Negeri2 Selat.Wilayah Dinding

diambil alih oleh pihak British krn mahu menyelesaikan

masalah lanun yg mengambil perlindungan di dlm Hutan Bakau

& gua2 di sekitar kws Dinding.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 12: Prjnjian pangkor

Menandakan bermulanya penguasaan British secara langsung dalam

pentadbiran dan ekonomi di Perak.

Dengan kejayaan ini British terus mencari peluang untuk mengusai

negeri-negeri Melayu lain yang kaya untuk kepentingan ekonomi

mereka.

Masyarakat Cina bersetuju menghentikan pergaduhan dan

menerima pihak British menjadi orang tengah dalam urusan

perlombongan bijih timah.

Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 13: Prjnjian pangkor

Raja Abdullah diiktiraf Inggeris sbg sultan & Sir James W.W

Birch menjadi Residen pertama di Perak.

Menguasai kuasa pemungutan cukai melalui sistem pentadbiran yang diperkenalkan iaitu sistem residen.

Kuasa sultan dan pembesar dalam pemungutan cukai dikawal oleh sistem residen

Perjanjian Pangkor ini juga menjadi titik permulaan mereka untuk menguasai hasil ekonomi dan hasil bumi di Perak.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 14: Prjnjian pangkor

Perjanjian ini berjaya menamatkan huru-hara yg begitu lama di

Larut & membolehkan kegiatan melombong bijih timah diteruskan

tanpa gangguan.

Campur tgn British mengakibatkan sultan & pembesar Melayu

kehilangan kuasa secara beransur2 dlm pemerintahan negeri krn

mereka terikat utk bertindak atas nasihat & arahan Residen

British.

Pd mulanya, perkara ini tidak disedari tetapi lama-kelamaan tlh

menimbulkan perasaan tidak puas hati sultan & pembesar &

akhirnya membawa kpd kebangkitan scr kekerasan menentang

British.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 15: Prjnjian pangkor

Rasa tidak senang hati itulah membuka jalan

nekad utk org Melayu Perak bertindak tanpa

takut & gentar, mereka tlh berpakat

membunuh Birch pd thn 1875 di Pasir Salak.

Kejadian ini mengakibatkan berlaku beberapa

siri peperangan antara Melayu Perak &

Inggeris hingga 1876.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 16: Prjnjian pangkor

Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh

Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah

mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh

mengambil mudah dan memperbodohkan orang

Melayu.

Ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam

pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum

bunuh.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 17: Prjnjian pangkor

Antaranya Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum,

Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim

dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke Pulau

Seychelles.

Dengan berjaya membantutkan penentangan Melayu,

Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan

kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di

Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama Negeri

Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya dikenali

dengan Negeri2 Melayu Bersekutu.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 18: Prjnjian pangkor

•Campur tangan British di Perak secara merupakan titik

permulaan dan peluang kepada mereka untuk menguasai

Tanah Melayu.

•Melalui Perjanjian Pangkor terdapat banyak perubahan

yang berlaku dalam sistem pentadbiran ekonomi dan

sosial di Perak khususnya dan di negeri-negeri yg lain.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 19: Prjnjian pangkor

HMS PlutoDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Kapal Pluto menempa sejarah kerana menjadi lokasi di mana Perjanjian Pangkor ditandatangan pada 20 Januari 1874 .Kapal Pluto pada asalnya adalah sebuah kapal perang kecil (gunboat) milik Tentera Laut Diraja British yang dibina dalam tahun 1835 (mengikut . Kapal ini adalah sebuah kapal paddle steamer yang dilengkapkan dengan meriam dan dikelaskan sebagai Gun vessel oleh Tentera Laut DiRaja British. HMS Pluto dilancarkan pada 28 April 1831. Kapal ini mempunyai badan kapal (hull) diperbuat daripada kayu dan menggunakan sistem tujahan “paddle” (paddle steamer). HMS Pluto mempunyai berat penuh 365 ton.Semasa Perang Candu Pertama 1838-1842 kapal Pluto bersama-sama bertempur dengan pihak China. Dalam bulan April 1847, kapal Pluto bersama-sama HMS ESPIEGLE telah menawan kota di Sungai Canton yang enggan membenarkan kapal melalui pelabuhan itu.Dalam tahun 1860 , kapal Pluto menawan sebuah kapal pembawa hamba abdi bernama Orion di pantai benua Afrika dan menarik kapal tersebut ke Pulau St. Helena, di mana 808 orang hamba abdi yang menjadi tawanan dibebaskan.Dalam tahun 1861 , kapal ini diserahkan kepada Syarikat India Timur dan dihantar bertugas di Malaya untuk membuat rondaan anti pelanunan dan untuk menguatkuasakan diplomasi kapal perang (gunboat diplomacy) yang diamalkan oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat untuk memaksa negeri-negeri Melayu mengikut kehendak mereka.Kapal Pluto dengan muatan kosong 150 ton mempunyai 9 laras meriam dan digunakan sebagai kapal meriam peronda polis di perairan Selat Melaka antara Pulau Pinang dan Singapura . Kapal Pluto ditugaskan meronda dan menumpaskan kegiatan pelanunan di Selat Melaka dan membantu kapal-kapal Syarikat India Timur dan sekiranya perlu untuk menunda kapal-kapal tersebut ke Pulau Pinang ataupun Singapura .

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 20: Prjnjian pangkor

Sir Andrew Clarke, Governor of the Straits Settlements 1873-1875. (Source: Wikimedia)

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 21: Prjnjian pangkor

Sekian, terima kasih…

Disediakan oleh;1. Corina Sulat Ak Ungkut2. Nurhidayah Binti Ramli

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/