P~rliss~ringkali ~k~fp~k
Transcript of P~rliss~ringkali ~k~fp~k
ama seperti pokok kelapa, pokok nipah dan
beberapa pokok lain lagi, pokok pi sang juga
menyumbang banyak jasakepada cmanusia
khususnya p~~duduk di Malaysia, ap~t~hla9idl ' negeri Perlis.
Boleh dikatakan setiap penduduk di negeri ini menanam
pokok pisang. Kalau tidak banyak pun, sekurang
kurangnya sepokok mesti ada. Bukan sahaja mereka
yang tinggal di kampung-kampung, malah para penghuni
di kawasan taman perumahan juga turut menanam pokok
pisang pada tanah lapang persekitaran taman.
Pokok pisang mempunyai pelbagai jenis. Ada pisang
emas, pisang awak, pisang bunga, pisang restali, pisang
mentalun, pisang kelat, pisang menggala, pisang raja,
pisang tanduk, pisang hutan, pisang ambon dan banyak
lagi nama-nama yang hanya lebih diketahui oleh pakar
pakar pisang sahaja. Biar apa nama sekalipun yang ada
pada pokok pisang, namun paling penting peranan
pokok tersebut kepada manusia memang banyak sekali.
Bermula dari akarnya, kegunaan akar pokok pisang
lebih kepada bidang perubatan. Masyarakat Melayu
khususnyadi P~rliss~ringkali mengambil .. ~k~fp~k<?k pisang untukdia.~an ; d"i atas batu asahan ' ~an diambiJ
airnya untuk disapu pada tempat gigitan lipan atau
serangga berbisa lain. Insya-Allah, dengan kesejukan
airnya dikatakan mampu mengurangkan sakit mangsa
mangsa sengatan atau gigitan.
Air asahan daripada akar pokok pisang juga dikatakan
boleh menyembuhkan penyakit cirit-birit khususnya di
kalangan bayi. Bagaimanapun tidak semua akar pokok
pisang boleh dijadikan ubat, sebaliknya ada jenis-jenis
tertentu sahaja yang benar-benar mujarab terutama akar
pisang kelat.
Pokok pi sang ditanam anaknya dengan asalnya panjang
batang anak pokok pisang kira-kira setengah meter,
hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja anak pokok
pisang tersebut membesar dan meninggi hingga akhirnya
mengeluarkan jantung dan buah.
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERllS I
I
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
JURN A L JAWATANKUA SA G E RAKAN M EMB A CA NEGERI PERLI S
Batang pokok pisang juga mempunyai kegunaan
untuk manusia. Suatu masa dahulu masyarakat
Islam di negeri ini menggunakan batang pisang
yang dikembar dua atau tiga sebagai tempat
mandi jenazah.
Para petani pula menggunakan batang pisang
sebagai salah satu alat untuk meratakan tanah
sawah mereka yang dibajak menggunakan alat
pembajak tradisional dan ditarik menggunakan
lembu atau kerbau. Semasa hendak meratakan
tanah sawah tersebut, para petani menggunakan
sejenis alat dipanggil penyisir yang bergigi buluh
tajam di bahagian bawahnya. Gigi buluh itulah
digunakan untuk dicucuk pada batang pisang dan
kemudian ditarik oleh lembu atau kerbau untuk
meratakan tanah sawah mereka sebelum ditabur
benih padi.
Semasa banjir atau bagi penduduk yang tinggal
berhampiran sungai, batang pisang digunakan
untuk dibuat rakit. Empat atau lima batang pisang
dikembarkan dengan menggunakan buluh sebagai
'paku' pengembar dan diikat pula dengan akar tali
untuk dijadikan rakit tersebut.
Kulit batang pisang yang sejuk seringkali digunakan
sebagai tempat menyimpan sesuatu supaya tahan
lama. Oi antara kegunaan penyejuk kulit batang
pisang ialah bagi menyimpan daun sireh, pekasam
ikan atau udang dan bunga-bungaan supaya tidak
cepat kering.
Jika dikoyak pada kulit batang pisang itu pula, boleh
mendapatkan tali seperti benang. Masyarakat zaman dahulu
menjadikan tal i kulit batang pisang sebagai benang jahitan,
atau benang tali kail pancing sementara kanak-kanak
menjadikannya sebagai tali layang-Iayang yang disambung
sambung menjadi panjang.
Oaun pisang juga banyak kegunaannya kepada man usia. Pada
masa lalu, masyarakat tempatan menggunakan daun pisang
sebagai payung ketika hujan. Ini disebabkan daun pisang tidak
telus air sama seperti daun keladi. Penggunaannya mudah
sahaja. Memadai dengan memotong pada bahagian pangkal
pelepahnya, dan terus dijadikan payung dengan memegang
bahagian hujung pelepah tersebut sebagai 'kaki' payung.
Pal ing banyak penggunaan daun pisang dari dahulu hingga
sekarang ialah sebagai pembalut makanan. Oaun pisang
digunakan untuk membalut pulut udang, pulut panggang,
lepat pisang, lepat manis, lepat liat dan banyak lagi jenis
jenis makanan tradisiona l Melayu.
Pada masa dahulu, kanak-kanak sekolah juga menggunakan
batang pelepah pi sang sebagai pengecop membuat reka
bentuk bunga pada lukisan mereka. Ini disebabkan bahagian
dalam batang pelepah tersebut mempunyai corak-corak
menarik dan boleh dihasilkan lukisan menarik kepada mereka
yang kreatif menghasilkannya.
Sebelum berbuah, pokok pisang mengeluarkan jantung.
Jantung pisang juga digunakan oleh manusia untuk dijadikan
ulam. Ada yang memakannya secara mentah dan ada yang
merebusnya sebelum dijadikan ulam yang dicecah dengan air
asam atau sambal.
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLlS
Di samping dijadikan ulam, jantung pisang juga
digunakan sebagai bahan campuran untuk masakan
kari. Seringkali jantung pisang dicampur dengan tulang
ikan kering, tulang daging atau telur untuk masakan
tersebut. Masakan itu bukan sahaja untuk makanan
sekeluarga, malah selalu juga dimasak untuk hidangan
di majlis-majlis kenduri perkahwinan atau berkhatan.
Penggunaan buah pisang tidak usah dinyatakan lagi.
Semua kita sedia mengetahui tentang penggunaan buah
pisang tersebut. Selain untuk dimakan mentah buahnya,
buah pisang juga digunakan untuk masakan goreng
pisang, cucur kodok, lepat pisang, kerepek pisang,
serawa pisang, dan sesetengah jenis pisang yang belum
masak boleh digunakan untuk masakan kari.
Masyarakat Melayu zaman
dahulu, malah hingga sekarang
terutama mereka yang tinggal
di kampung-kampung suka
menanam pokok pisang bukan
sahaja kerana penjagaannya
mudah, malah himpunan
pokok-pokok pisang yang
banyak ditanam di sekeliling
rumah juga boleh membantu
menahan tiupan angin kencang
yang mengancam keselamatan
rumah.
Demikianlah banyaknya penggunaan pokok pisang
tersebut kerana walaupun batangnya lembut dan
mudah sahaja ditebang, tetapi jasanya yang begitu
besar kepada manusia, sudah semestinyalah ia wajar
dijagai sepanjang masa. Justeru tidak hairanlah kenapa
sekarang banyak di antara mereka yang berkemampuan
modal mewujudkan tanaman pokok pisang sebagai
ladang komersial yang juga boleh menambah rezeki.
" " ' .' PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS . '
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis