PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI...

10
Disediakan Disemak Diluluskan Urus Setia SPKP ...................................................... Normah Dolah Ketua Penolong Pendaftar Kanan / Ketua Jaminan Kualiti ..................................................... Prof. Dr. Che Hassan Che Haron Pengarah CRIM Tarikh : 05/04/2013 Tarikh : 08/04/2013 Tarikh : 08/04/2013 No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa 01 00 15/4/2013 GARIS PANDUAN PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07

Transcript of PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI...

Page 1: PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/UKM-SPKP-CRIM-PK0… · Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) ... 1/2009 pada 6

Disediakan Disemak Diluluskan

Urus Setia SPKP

......................................................

Normah Dolah Ketua Penolong Pendaftar Kanan

/ Ketua Jaminan Kualiti

..................................................... Prof. Dr. Che Hassan Che Haron

Pengarah CRIM

Tarikh : 05/04/2013 Tarikh : 08/04/2013 Tarikh : 08/04/2013

No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

01 00 15/4/2013

GARIS PANDUAN PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP)

UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07

SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL

SPKP UKM

Page 2: PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/UKM-SPKP-CRIM-PK0… · Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) ... 1/2009 pada 6

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07 : GARIS PANDUAN PERMOHONAN

DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP)

DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL.

PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN

KANDUNGAN

PERKARA Muka surat

1.0 LATAR BELAKANG 3

2.0 TAKRIFAN INSTRUMEN PENYELIDIKAN GUNASAMA 3

3.0 MATLAMAT DANA 4

4.0 SYARAT PERMOHONAN 4

5.0 PROSEDUR PERMOHONAN 5

6.0 PENILAIAN 6

7.0 PEMAKLUMAN KEPUTUSAN PERMOHONAN 6

8.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 7

9.0 CARTA ALIR

SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL

SPKP UKM

Page 3: PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/UKM-SPKP-CRIM-PK0… · Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) ... 1/2009 pada 6

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07 : GARIS PANDUAN PERMOHONAN

DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP)

Page 3 of 10

1.0. Latar Belakang

Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) telah diperkenalkan pada

tahun 2007. Tiada garis panduan yang jelas ketika pengagihan peruntukan 2007

ini dibuat kepada fakulti/institut/pusat kerana tiada persediaan yang mantap dari

universiti di samping kekangan masa. Pada tahun 2008, pihak pengurusan atasan

universiti telah bersetuju tidak memperuntukan dana PIP di dalam agihan Dana

Universiti Penyelidikan kerana sejumlah peruntukan yang besar telah dimasukan

ke dalam dana pembangunan RMK-9. Oleh yang demikian, tiada pembelian

peralatan penyelidikan gunasama dilakukan pada tahun 2008 walaupun pihak

CRIM telah memproses sebilangan permohonan.

Walau bagaimanapun untuk tahun 2009, ahli MPU dalam mesyuarat MPU Bil

1/2009 pada 6 Januari 2009 telah meluluskan kertas Dasar Agihan Dana

Universiti Penyelidikan 2009 di mana salah satu agihan yang terkandung dalam

kertas Dasar Agihan Dana UP 2009 adalah peruntukan instrumentasi penyelidikan

(gunasama) atau lebih dikenali sebagai Dana Pembangunan Instrumentasi

Penyelidikan atau ringkasnya PIP.

2.0 Takrifan Instrumen Penyelidikan Gunasama

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘instrumen’ membawa maksud ‘alat,

peralatan, alatan atau cara’.

Seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Instrumentasi Bil.

8(1/2009), maka istilah ‘instrumen’ ini telah ditakrif semula untuk menjadikannya

lebih luwes dengan mengambil kira maksud instrumen dari konteks aliran sains

sosial dan tidak hanya memberi tumpuan kepada aliran sains dan teknologi

semata-mata. Justeru, takrifan Instrumen Penyelidikan Gunasama ditakrifkan

sebagai instrumen yang boleh digunakan oleh penyelidik-penyelidik atau kumpulan

penyelidikan dari berbilang fakulti/institut/pusat atau berbilang nic yang

SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL

SPKP UKM

Page 4: PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/UKM-SPKP-CRIM-PK0… · Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) ... 1/2009 pada 6

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07 : GARIS PANDUAN PERMOHONAN

DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP)

Page 4 of 10

merangkumi pelbagai latar bidang penyelidikan seperti sains sosial, kejuruteraan,

sains dan teknologi. Sehubungan itu, Instrumen gunasama seharusnya boleh

dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik dari sekurang-kurangnya 2

fakulti/institut/pusat atau 2 nic penyelidikan yang berlainan.

3.0 Matlamat Dana

Matlamat utama Dana PIP adalah untuk mengembang dan mengukuhkan aktiviti

penyelidikan melalui kemudahan instrumentasi penyelidikan yang disediakan.

Output daripada dana yang diperuntukan ini seharusnya menyumbang kepada

pencapaian KPI universiti penyelidikan. Selain itu, peruntukan ini juga bertujuan

untuk memantapkan sistem ‘Makmal Perkhidmatan Penyelidikan’ (MPP) bagi

menyediakan perkhidmatan berpusat kepada penyelidik-penyelidik baik di dalam

mahupun di luar UKM.

4.0 Syarat Permohonan

4.1 Dana ini terbuka kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat seperti

berikut:

4.1.1 Peralatan yang dipohon mestilah peralatan yang boleh digunasama

oleh penyelidik dari 2 (DUA) atau lebih fakulti/institut/pusat (F?I?P)

atau dari sekurang-kurangnya 2 (DUA) atau lebih nic penyelidikan.

4.1.2 Setiap tuntutan/maklumat yang dinyatakan dalam permohonan

mesti diperkukuhkan dengan dokumen sokongan sebagai bukti (cth:

rekod buku log peralatan gunasama, LOI untuk gunasama dsbnya).

4.1.3 Permohonan peruntukan DANA PIP adalah untuk tujuan pembelian

instrumen penyelidikan semata-mata.

4.1.4 Pemohon dikehendaki membuat perincian terhadap peralatan yang

ingin dipohon sekiranya peralatan tersebut adalah berbentuk ‘system

package’.

SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL

SPKP UKM

Page 5: PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/UKM-SPKP-CRIM-PK0… · Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) ... 1/2009 pada 6

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07 : GARIS PANDUAN PERMOHONAN

DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP)

Page 5 of 10

4.1.5 F/I/P dikehendaki membuat ranking keutamaan kepada kesemua

permohonan yang diterima sebelum permohonan tersebut

dikemukakan ke CRIM.

4.2 Keutamaan permohonan akan diberikan kepada:

4.2.1 Permohonan dari makmal yang telah menyerlah dan dikenalpasti

sebagai makmal gunasama yang dimanfaatkan oleh ramai pihak dari

seluruh warga penyelidik universiti dan luar.

4.2.2 Permohonan yang dianggotai oleh kumpulan penyelidikan multi

disiplin/kumpulan/kelompok/nic/PTJ serta yang mempunyai rekod

prestasi yang baik berasaskan sumbangan KPI ke arah mencapai

taraf universiti penyelidikan.

4.2.3 Permohonan dari F/I/P yang belum pernah menerima sebarang

kemudahan instrumentasi turut dipertimbangkan.

5.0 Prosedur Permohonan

5.1 Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Peralatan Penyelidikan

Gunasama UKM Menggunakan Dana PIP (UKM-SPKP-CRIM-PK01-BO07) yang

boleh dimuat turun melalui laman sesawang CRIM di alamat:

http://research.ukm.my

5.2 Permohonan mestilah mendapat perakuan daripada fakulti/institut/pusat

dan disah oleh dekan/pengarah masing-masing.

5.3 Permohonan perlu dihantar melalui fakulti/institut/pusat. Permohonan yang

dihantar secara individu tidak akan dilayan.

5.4 Permohonan perlu dikemukakan kepada CRIM dalam tempoh yang

ditetapkan dan mematuhi jadual kerja yang ditetapkan oleh pihak CRIM.

SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL

SPKP UKM

Page 6: PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/UKM-SPKP-CRIM-PK0… · Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) ... 1/2009 pada 6

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07 : GARIS PANDUAN PERMOHONAN

DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP)

Page 6 of 10

6.0 Penilaian Permohonan

6.1 Semua permohonan perlu dihantar kepada fakulti/institut/pusat untuk

mendapatkan pengesahan/perakuan. Permohonan yang dihantar secara

individu dan tanpa melalui fakulti/institut/pusat secara automatik tidak akan

dinilai.

6.2 Permohonan yang dikemukakan oleh F/I/P kepada CRIM akan diproses,

dinilai dan diberi rating oleh JK Instrumentasi, UKM menggunakan rubrik yang

ditetapkan (Lampiran A dan Lampiran B). Penilaian permohonan turut

mengambil kira maklumat borang permohonan yang diisi dengan lengkap

seperti justifikasi pembelian dan pembuktian syarat guna sama serta

dokumen sokongan yang disertakan.

6.3 Jawatankuasa Instrumentasi yang dilantik akan memperakukan peralatan

penyelidikan yang layak dibeli menggunakan Dana PIP.

6.4 Perakuan daripada JK Penilaian akan dimajukan ke Jawatankuasa Kewangan

Dana Universiti Penyelidikan (JKKewDP) untuk tujuan kelulusan.

6.5 Semua keputusan adalah muktamad.

7.0 Pemakluman Keputusan Permohonan

7.1 Keputusan permohonan Dana PIP akan dimaklumkan kepada pemohon

selepas Mesyuarat JKKewDP.

7.2 Sekiranya lulus, surat kelulusan akan dikeluarkan beserta dokumen-

dokumen berikut untuk dilengkapkan dan dikembalikan semula kepada

CRIM:

7.2.1 Surat Pengakuan Penerimaan Dana Pembangunan Instrumen

Penyelidikan (PIP) (UKM-SPKP CRIM-PK01-L02)

7.2.2 Borang Permohonan Barang Import (Lampiran A)

7.2.3 Borang Tawaran Spesifikasi Teknikal (UKM-SPKP-BEN-PK02-BO06)

SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL

SPKP UKM

Page 7: PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/UKM-SPKP-CRIM-PK0… · Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) ... 1/2009 pada 6

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07 : GARIS PANDUAN PERMOHONAN

DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP)

Page 7 of 10

8.0 Peranan Dan Tanggungjawab

8.1 Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi CRIM

8.1.1 Memaklumkan pelawaan permohonan dana kepada F/I/P.

8.1.2 Menerima dan memproses permohonan yang dihantar dan di bawa

ke sesi penilaian.

8.1.3 Memaklumkan keputusan penilaian kepada F/I/P.

8.1.4 Membuat proses perolehan untuk instrumen yang diluluskan.

8.1.5 Membuat pemantauan terhadap laporan penggunaan instrumen

secara berkala.

8.2 Penerima Dana (Fakulti/Institut/Pusat)

8.2.1 Memastikan bahawa prosedur berkaitan dengan pembelian

instrumen dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

8.2.2 Memastikan pembelian instrumen yang dibuat tidak melebihi jumlah

peruntukan yang diluluskan

8.2.3 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dan

pentadbiran bagi instrumen yang diluluskan.

8.2.4 Membuat/menyediakan perancangan bajet tahunan untuk kos

pengoperasian dan penyelenggaraan. CRIM tidak akan menanggung

kos tersebut.

8.2.5 Memastikan instrumen yang diluluskan beroperasi dan diselia

dengan baik kerana instrumen tersebut merupakan aset universiti.

8.2.6 Memastikan bahawa instrumen yang dibeli dimanfaatkan sebagai

instrumen yang boleh digunasama oleh seluruh penyelidik UKM.

8.2.7 Memastikan instrumen yang dibeli dapat memberikan output yang

mampu memberi sumbangan kepada KPI universiti

8.2.8 Mengemukakan kepada CRIM laporan penggunaan peralatan

mengikut jadual yang telah ditetapkan. Peralatan yang terlibat

adalah seperti di bawah:

SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL

SPKP UKM

Page 8: PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/UKM-SPKP-CRIM-PK0… · Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) ... 1/2009 pada 6

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07 : GARIS PANDUAN PERMOHONAN

DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP)

Page 8 of 10

a. Peralatan yang diluluskan berharga lebih dari RM 200 ribu.

b. Peralatan yang berdaftar dengan Unit Aset Jabatan Bendahari.

8.2.9 Laporan tersebut perlu melaporkan status peralatan, rekod

penggunaan serta hasil penggunaan peralatan tersebut (cth:

bilangan kertas kerja yang dihasilkan yang melibatkan penggunaan

peralatan yang dibiaya, jumlah penjanaan kewangan yang diperolehi

dari penggunaan peralatan dsbnya. Format yang lebih terperinci akan

ditetapkan oleh pihak CRIM).

8.2.10 Memaklumkan kepada penyelaras alat berkenaan peranan dan

tanggungjawab penerima dana seperti yang dinyatakan di atas.

8.3 Pegawai Aset Fakulti/Institut/Pusat

8.3.1 Mendaftarkan aset/inventori menggunakan borang yang telah

ditetapkan.

i. Borang KEW.PA 2 dan KEW.PA 4 untuk aset

ii. Borang KEW.PA 3 dan KEW.PA 5 untuk inventori

8.3.2 Menghantar satu salinan borang yang telah dilengkap diisi kepada

CRIM untuk tujuan rekod.

SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL

SPKP UKM

Page 9: PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/UKM-SPKP-CRIM-PK0… · Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) ... 1/2009 pada 6

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07 : GARIS PANDUAN PERMOHONAN

DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP)

Page 9 of 10

9.0 CARTA ALIR

Ya

Ya

Tidak

Tidak

Mula

Hebahan pemakluman pembukaan dana dan

edarkan maklumat berkaitan

Terima dan semak permohonan

Lengkap? Penyelidik lengkapkan

permohonan

Hantar semula ke CRIM

Terima pemakluman agihan peruntukan dana

Asing dan rekod permohonan mengikut PTJ

Daftar instrument di dalam fail excel

Tamat

Maklum Keputusan

Penilaian kepada PTJ dan BKP

Menyediakan kod instrumen

Maklum kepada

penyelidik

Fail dan rekod

Adakan Bengkel Penilaian Permohonan

Adakan Mesyuarat JKKewDP

Lulus?

SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL

SPKP UKM

Page 10: PRMOHONAN DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/UKM-SPKP-CRIM-PK0… · Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) ... 1/2009 pada 6

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07 : GARIS PANDUAN PERMOHONAN

DANA PEMBANGUNAN INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN (PIP)

Page 10 of 10

-TAMAT-

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 UKM BANGI

SELANGOR

NO. TEL: 03-89213184/5102/5631/4679/4064/4455

NO. FAKS: 03-89254125

LAMAN SESAWANG: http://research.ukm.my

SALINAN DOKUMENTIDAK TERKAWAL

SPKP UKM