Procedure Development

download Procedure Development

of 2

Transcript of Procedure Development

  • 8/8/2019 Procedure Development

    1/2

    LESEN & PERMIT PEMAJU PERUMAHAN SEMENANJUNG MALAYSIA

    Pemajuan perumahan di Semenanjung Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan

    dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

    Akta/Peraturan tersebut dikuatkuasakan bertujuan memastikan pemajuan perumahan dijalankan dengan secara

    teratur, terancang serta menjana industri perumahan secara adil dan sihat amnya dan menjaga kepentingan

    pembeli-pembeli rumah khasnya. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah

    dipertanggungjawabkan menguatkuasakan Akta dan Peraturan tersebut.

    Di bawah Akta/Peraturan tersebut pemaju perumahan yang membina dan menjual lebih daripada empat (4) unit

    rumah diwajibkan mempunyai lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan.

    Sebelum 1 Disember 2002, pengeluaran lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan hanya terpakai

    ke atas pemaju perumahan swasta sahaja. Koperasi dan Perbadanan Kemajuan Negeri yang terlibat dalam

    industri perumahan telah dikecualikan daripada mendapatkan lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan

    jualan. Hal ini kerana agensi-agensi tersebut mempunyai mekanisma sendiri untuk menjaga kepentingan pembeli

    rumah.

    Bagaimanapun bagi tujuan keseragaman dan mengelakkan penyalahgunaan pengecualian daripada

    Akta/Peraturan tersebut oleh koperasi dan Perbadanan Kemajuan Negeri iklan, maka mulai 1 Disember 2002

    semua projek perumahan yang dimajukan selepas tarikh tersebut diwajibkan mendapatkan lesen pemajuan

    perumahan dan permit jualan daripada KPKT.

    Selain itu, pindaan Akta 118 yang terbaru pada 12 April 2007 mewajibkan semua pemajuan perumahan yang

    dibina di atas apa-apa status tanah dan melibatkan penjualan lebih daripada 4 unit rumah kediaman memohon

    lesen dan permit iklan & jualan dengan Kementerian. Oleh itu, mana-mana pemajuan perumahan di atas tanah

    berstatus komersial sebelum ini seperti pangsapuri servis dan rumah kedai perlu dilesenkan di bawah Akta 118.

    Walau bagaimanapun pemaju perumahan tidak perlu mendapatkan lesen, permit iklan dan jualan dengan syarat

    berikut;-

    y Membina kurang daripada empat (4) unit rumah;y Membina lebih daripada empat unit rumah tetapi tidak membuat apa-apa penjualan;y Membina tetapi menjual rumah setelah mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) penuh. (Ini untuk

    menggalakkan Konsep Bina Kemudian Jual).

    y Lot-lot tanah persendirian / banglo (Pembeli membeli lot- lot tanah dan kemudiannya melantik kontraktorsendiri untuk membina rumah)

    Sehubungan dengan ini, Kementerian memastikan lesen pemaju perumahan serta permit iklan dan jualan hanya

    dikeluarkan kepada pemaju perumahan yang berkelayakan dan berkemampuan sahaja. Kriteria yang ditetapkan

    oleh Kementerian sebelum lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan dikeluarkan kepada pemaju

    perumahan ialah;-

    y jenis tanah telah ditukarkan kepada kategori bangunan dan syarat nyata kepada bagi tujuan kediamanatau kediaman dan perniagaan (mix development);

    y tanah pemajuan telah mempunyai kelulusan pecah sempadan;y telah mempunyai pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan; dany mempunyai modal yang mencukupi untuk menyiapkan projek.y Sokongan daripada Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa KPKT bagi pemaju-pemaju berlesen yang

    ingin memohon lesen dan permit iklan dan jualan baru untuk projek-projek perumahan baru

    Syarat-syarat ini ditetapkan bagi memastikan kepentingan pembeli dijaga.

    Di samping itu, mulai tahun 1991, bagi memastikan kepentingan pembeli terjamin, Kementerian telah

    mewajibkan semua pemaju perumahan berlesen membuka satu akaun pemajuan perumahan khusus bagi tiap-

    tiap satu projek di bank atau institusi kewangan. Ini bertujuan untuk memastikan pemaju perumahan berlesen

    tidak menyalahgunakan wang pembeli rumah. Di bawah peraturan ini semua kutipan wang daripada pembeli

    rumah dan semua pinjaman yang diperolehi oleh pemaju perumahan berlesen daripada bank atau institusi

    kewangan mesti dimasukkan ke dalam akaun ini. Semua pengeluaran wang daripada akaun ini dikawal oleh bank

    atau institusi kewangan berkenaan. Bagi memastikan perkara ini memanfaatkan pembeli, Kementerian hanya

    akan membenarkan pemaju perumahan menutupkan akaun ini apabila projek telah siap dan hakmilik berasingan

    atau hakmilik strata dikeluarkan.

  • 8/8/2019 Procedure Development

    2/2

    Di samping itu Kementerian turut mensyaratkan pemaju perumahan berlesen memuatkan maklumat penting

    seperti berikut dalam permit iklan dan jualan;-

    y Nombor lesen pemaju DAN tempoh sahlaku.y Nombor permit iklan & jualan DAN tempoh sahlaku.y Nama pemaju beserta alamat lengkap dan no. telefon.y Jenis Pegangan tanah (Kekal / Bebas, Pajakan, Rizab Melayu) DAN Bebanan (gadaian) tanah -

    (nyatakan nama institusi gadaian). Jika berstatus pajakan, tarikh tamat tempoh pajakan tanah dansekatan kepentingan hendaklah dicatatkan dengan jelas dalam draf iklan.

    y Perihalan (spesifikasi) rumah tempat tinggal termasuk mana-mana tempat letak kereta yangmerupakan petak aksesori bagi rumah tempat tinggal dalam sesuatu petak dan yang tidak menjadi

    sebahagian daripada harta bersama rumah itu.

    y Nama pemajuan perumahan (jika ada).y Tarikh pemajuan perumahan dijangka siap nyatakan bulan dan tahunnya.y Harga jualan minimum dan maksimum bagi setiap jenis rumah tempat tinggal.y Bilangan unit bagi setiap jenis rumah.y Nama Pihak Berkuasa (PBT) yang meluluskan pelan bangunan DAN nombor rujukannya.

    Semua butiran ini penting sebagai panduan kepada pembeli. Sekiranya pembeli meragui berkaitan dengan

    pemaju atau iklan sila hubungi Bahagian Pelesenan dan Khidmat Nasihat, Kementerian Perumahan dan

    Kerajaan Tempatan pada talian 03-20947033 03-20947033 atau fax no. 03-20923214 atau

    e-mel mailto:[email protected] atau layari laman Kementerian http://www.kpkt.gov.my/contact.

    Dengan panduan ini pembeli rumah hendaklah memastikan pemaju perumahan swasta mempunyai lesen, permit

    iklan dan jualan sebelum membeli rumah yang dihajati. Maklumat ini boleh disahkan melalui pengiklanan yang

    dibuat oleh pemaju perumahan melalui brosur, akhbar dan papan tanda. Pembeli boleh meminta brosur tersebut

    daripada pemaju secara percuma.