Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee (Ph.D.) · sektor korporat selama 12 ½ tahun sebagai seorang...

3
1 Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee (Ph.D.) BIODATA Dr. Chang dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1962. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sedang belajar di universiti. Beliau merupakan Professor Madya di Pusat Komunikasi dan Masyarakat Digital, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM semenjak tahun 2013. Sebelum itu menjawat jawatan Pensyarah Kanan (2010-2013), Pensyarah (2008-2010). Sebelum menjadi ahli akademik, Dr Chang pernah berkhidmat di sektor korporat selama 12 ½ tahun sebagai seorang pengamal perhubungan awam di peringkat pengurusan kanan (1992-2005), dan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai Juruteknik Kapal Terbang (1982-1987) sebelum melanjut pengajian tinggi di UKM. Bidang kepakaran Dr Chang adalah Perhubungan Awam dan Pembingkaian Media. Beliau memperoleh ijazah: SmSa (Kepujian Komunikasi) UKM (1991); MBA (General Management) Bath, UK (1999); dan PhD (Mass Communication) UPM (2010). PENGIKTIRAFAN Selain daripada diundang sebagai penceramah pada peringkat antarabangsa atau kebangsaan, atas pengiktirafan sebagai pakar bidang, Dr Chang sentiasa dijemput oleh media. Rekod tiga tahun belakangan ini seperti berikut: TV1 (Bicara Khas RTM), 7 Disember 2018. Sayangi Malaysia (Melayu). TV1 (Nasional 8), 31 Mei 2018. Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 Akan Dibentang Di Parlimen Jun Ini (Melayu). Bernama News Channel (TV) (Keputusan PRU14), 9 Mei 2018. Keputusan Dan Analisis (Melayu). Pocketimes (Streaming TV) (Keputusan PRU14), 9 Mei 2018. Analisis Keputusan (Cina). Bernama Radio (Prognosis PRU14), 8 Mei 2018. Kempen Tamat, Media Sosial…? (Melayu). Pocketimes (Streaming TV) (“Da Jia Jiang”), 7 Mei 2018. Ramalan 509, Siapa Lebih Dipercayai? (Cina). TV3 (Mandat), 5 Mei 2018. Pengundi Cina Dan India (Melayu). TV1 (Respons PRU14), 3 Mei 2018. Nilai 1 Undi (Melayu). Sin Chew Daily (Suratkhabar), 13 April 2018. Jangan Meremehkan Kesan Tun Mahathir (Cina). Sin Chew Daily (Suratkhabar), 21 Januari 2018. Kegembiraan Mubibbah (Cina). Astro Awani (Dialog Pemikir Negara), 27 Ogos 2017. Negaraku Sehati Sejiwa: Patriotisme dan Negara Bangsa (Melayu). TV1 (Lanskap), 9 Jun 2017. Pengucapan dan Jenayah Kebencian (Melayu). Traxxfm (Radio) (Face to face), 1 June 2016. Unity: A challenging process (English). Traxxfm (Radio) (Face to face), 3 April 2015. Unity in diversity (English). Selain daripada itu, beliau juga diiktiraf oleh universiti dan telah menjadi Ahli Panel untuk Bicara Persada sebanyak dua kali, iaitu “PRU14: Malaysia Memilih” pada 14 April 2018, dan “MH17: Apa Selepas Ini” pada 18 September 2014. © Chang Peng Kee 2020. All rights reserved.

Transcript of Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee (Ph.D.) · sektor korporat selama 12 ½ tahun sebagai seorang...

Page 1: Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee (Ph.D.) · sektor korporat selama 12 ½ tahun sebagai seorang pengamal perhubungan awam di peringkat pengurusan kanan (1992-2005), dan bersama Tentera

1

Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee (Ph.D.)

BIODATA

Dr. Chang dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1962. Beliau telah berkahwin

dan dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sedang belajar di universiti.

Beliau merupakan Professor Madya di Pusat Komunikasi dan Masyarakat

Digital, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM semenjak tahun 2013.

Sebelum itu menjawat jawatan Pensyarah Kanan (2010-2013), Pensyarah

(2008-2010). Sebelum menjadi ahli akademik, Dr Chang pernah berkhidmat di

sektor korporat selama 12 ½ tahun sebagai seorang pengamal perhubungan

awam di peringkat pengurusan kanan (1992-2005), dan bersama Tentera Udara

Diraja Malaysia sebagai Juruteknik Kapal Terbang (1982-1987) sebelum

melanjut pengajian tinggi di UKM.

Bidang kepakaran Dr Chang adalah Perhubungan Awam dan Pembingkaian

Media. Beliau memperoleh ijazah: SmSa (Kepujian – Komunikasi) UKM

(1991); MBA (General Management) Bath, UK (1999); dan PhD (Mass

Communication) UPM (2010).

PENGIKTIRAFAN

Selain daripada diundang sebagai penceramah pada peringkat antarabangsa

atau kebangsaan, atas pengiktirafan sebagai pakar bidang, Dr Chang sentiasa

dijemput oleh media. Rekod tiga tahun belakangan ini seperti berikut:

TV1 (Bicara Khas RTM), 7 Disember 2018. Sayangi Malaysia (Melayu).

TV1 (Nasional 8), 31 Mei 2018. Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 Akan

Dibentang Di Parlimen Jun Ini (Melayu).

Bernama News Channel (TV) (Keputusan PRU14), 9 Mei 2018.

Keputusan Dan Analisis (Melayu).

Pocketimes (Streaming TV) (Keputusan PRU14), 9 Mei 2018. Analisis

Keputusan (Cina).

Bernama Radio (Prognosis PRU14), 8 Mei 2018. Kempen Tamat, Media

Sosial…? (Melayu).

Pocketimes (Streaming TV) (“Da Jia Jiang”), 7 Mei 2018. Ramalan 509,

Siapa Lebih Dipercayai? (Cina).

TV3 (Mandat), 5 Mei 2018. Pengundi Cina Dan India (Melayu).

TV1 (Respons PRU14), 3 Mei 2018. Nilai 1 Undi (Melayu).

Sin Chew Daily (Suratkhabar), 13 April 2018. Jangan Meremehkan Kesan

Tun Mahathir (Cina).

Sin Chew Daily (Suratkhabar), 21 Januari 2018. Kegembiraan Mubibbah

(Cina).

Astro Awani (Dialog Pemikir Negara), 27 Ogos 2017. Negaraku Sehati

Sejiwa: Patriotisme dan Negara Bangsa (Melayu).

TV1 (Lanskap), 9 Jun 2017. Pengucapan dan Jenayah Kebencian

(Melayu).

Traxxfm (Radio) (Face to face), 1 June 2016. Unity: A challenging process

(English).

Traxxfm (Radio) (Face to face), 3 April 2015. Unity in diversity (English).

Selain daripada itu, beliau juga diiktiraf oleh universiti dan telah menjadi Ahli

Panel untuk Bicara Persada sebanyak dua kali, iaitu “PRU14: Malaysia

Memilih” pada 14 April 2018, dan “MH17: Apa Selepas Ini” pada 18

September 2014.

© Chang Peng Kee 2020. All rights reserved.

Page 2: Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee (Ph.D.) · sektor korporat selama 12 ½ tahun sebagai seorang pengamal perhubungan awam di peringkat pengurusan kanan (1992-2005), dan bersama Tentera

2

DANA DIPEROLEHI

Setelah menyertai UKM pada Ogos 2008, Dr Chang memperoleh dana pertama

pada awal 2009 dalam bentuk kajian tindakan dan seterusnya memenangi

hadiah Kertas Terbaik dalam Gugusan Sains Sosial. Selama 10 tahun dalam

perkhidmatan di UKM, beliau telah terlibat dalam 54 projek penyelidikan di

mana 16 projek sebagai ketua. Jumlah dana diperoleh sebanyak

RM5,506,829.68 seperti dalam rekod Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti

(SMPU).

KOLABORASI PENYELIDIKAN

Selain daripada dana RU, Dr Chang turut berkolaborasi dengan institusi

antarabangsa seperti University of Passau, Germany dan National Broadcast

and Telecommunication Commission, Thailand. . Beliau juga memperoleh

dana daripada industri yang merangkumi agensi kerajaan dan pihak swasta.

Antaranya, Sin Chew Daily, Majlis Profesor Negara, Kementerian Pendidikan

Tinggi Malaysia, dan lain-lain lagi.

PENYELIAAN

Dr Chang telah berjaya menghasilkan 12 orang graduan PhD, di mana 10

daripada UKM dan masing-masing seorang daripada UiTM dan UMS. Buat

masa ini, masih ada lapan calon PhD (termasuk seorang daripada IUMW) di

bawah seliaan beliau. Dr Chang juga telah menghasil 12 orang graduan sarjana

dan ramai lagi pada peringkat sarjanamuda. Beliau juga sedang menyelia

seorang sarjana dan tiga orang sarjanamuda.

JEMPUTAN PENCERAMAH

Menurut rekod Sistem Permohonan Persidangan (eMP) dan Sistem Pengurusan

Latihan (eSPEL), Dr Chang telah menerima 8 undangan dari industri, komuniti

atau agensi kerajaan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Di samping

itu, beliau juga pernah membentang kertas persidangan di peringkat

kebangsaan atau antarabangsa sebanyak 22 kali. Pada tahun lepas (Sepember

2017), beliau diundang sebagai Keynote Speaker untuk “The Belt and Road”

University Presidents’ Forum on Innovation and Entrepreneurship Education di

Xidian University, Xi’an, China.

KURSUS DIAJAR

Kursus yang sedang dikendalikan oleh Dr Chang secara aktif merangkumi

peringkat pascasiswazah dan prasiswazah: SKKP6004 Metodologi

Penyelidikan Komunikasi, SKKP6123 Komunikasi Krisis, SKKP2014 Kaedah

Penyelidikan Komunikasi, SKKP2023 Statistik dan Analisis Data, LMCR3422

Persediaan Alam Pekerjaan, LMCR3442 Pengurusan Program Kerjaya,

LMCK1621 Etika dan Profesional.

JAWATAN PENTADBIRAN

Dr Chang sedang menyandang jawatan Pengarah UKM-Karier. Sebelum itu,

beliau pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah 1 UKM-Karier (2016-

2018), Timbalan Pengarah Alumni UKM (2012-2015) dan Ketua Program

Komunikasi dan Pengurusan Maklumat FSSK UKM (2011-2012).

© Chang Peng Kee 2020. All rights reserved.

Page 3: Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee (Ph.D.) · sektor korporat selama 12 ½ tahun sebagai seorang pengamal perhubungan awam di peringkat pengurusan kanan (1992-2005), dan bersama Tentera

3

PERKHIDMATAN KOMUNITI

Dr Chang juga aktif dalam perkhidmatan komuniti sebelum dan semasa

berkhidmat dalam UKM. Atas pengitirafan kepakaran, beliau dilantik sebagai

Setiausaha Kluster Perpaduan Nasional, Majlis Profesor Negara; Committee

Member of Educators’ Chapter, Institute of Public Relations Malaysia; Ahli

Jawatankuasa Etika & Penyelidikan, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia;

Pengerusi Daerah Kajang, Malaysian Crime Prevention Foundation. Beliau

juga pernah manjadi Ahli Pasukan Komunikasi Strategik, Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia; Academic Director, Centre for Malaysian

Chinese Studies; Setiausaha Kehormat, Persatuan Alumni Chung Ling Wilayah

Tengah; Ahli Lembaga Pengelola, SJK(C) Serdang Baru 2.

PENERBITAN

Seperti tercatat dalam Sistem E-Repositori Penerbitan UKM (eRep), terdapat

113 penerbitan Dr Chang telah disahkan oleh Perpustakaan (PTSL) dalam

simpanan rekod. Dalam kalangannya, terdapat 57 penerbitan merupakan artikel

jurnal. Dalam pada itu, bilangan yang diklasifikasi WOS (SCI-EXPANDED,

SSCI, A&HCI) / SCOPUS / ERA: 37 artikel dengan bilangan dalam bidang: 22

artikel, dan 10 daripadanya berindeks Kepengarangan Utama. Dalam rekod

UKM Experts, Dr Chang mempunyai 71 Citations dengan h-Index: 5. Dalam

Google Scholar, rekod beliau adalah 278 Citations dengan h-Index: 8.

PEMERIKSA/PENILAI

Dr Chang penah menjadi pemeriksa tesis 6 PhD dan 5 Masters daripada

university tempatan seperti berikut: Universiti Malaya (UM), Universiti

Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),

Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS),

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), dan Infrastructural University Kuala

Lumpur (IUKL). Selain dari menjadi penilai untuk Jurnal Komunikasi (UKM),

beliau juga pernah menilai artikel Kajian Malaysia (USM), Pertanika Journal of

Social Sciences and Humanities (UPM), The SEARCH Journal (Taylor’s).

KEAHLIAN / AFILASI

Dr Chang merupakan Ahli Seumur Hidup Institute of Public Relations

Malaysia sebelum manjadi ahli akademik lagi. Keahlian professional beliau

termasuk International Communication Association (ICA), Malaysian Institute

of Management (MIM), Institute of Marketing Malaysia (IMM), Malaysian

Crime Prevention Foundation (MCPF), dan Centre for Malaysian Chinese

Studies. Untuk keahlian sosial pula, beliau adalah ahli Royal Selangor Club,

Kelab Tasik Putrajaya dan British Graduates Association Malaysia.

KURNIA

Dengan sumbangannya kepada komuniti semasa berkhidmat di korporat, Dr

Chang dikurniakan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TYT Negeri Pulau

Pinang pada 2003. Beliau mendapat pengiktirafan status pengamalannya dalam

perhubungan awam oleh Institute of Public Relations Malaysia sebagai

Accredited Public Relations Practitioner (APR) pada 2011; dan Fellowship In

Public Relations (FIPR) pada 2018. Dengan perkhidmatan yang baik kepada

UKM, beliau turut dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2014

dan 2015.

© Chang Peng Kee 2020. All rights reserved.