1
Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee (Ph.D.)
BIODATA
Dr. Chang dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1962. Beliau telah berkahwin
dan dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sedang belajar di universiti.
Beliau merupakan Professor Madya di Pusat Komunikasi dan Masyarakat
Digital, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM semenjak tahun 2013.
Sebelum itu menjawat jawatan Pensyarah Kanan (2010-2013), Pensyarah
(2008-2010). Sebelum menjadi ahli akademik, Dr Chang pernah berkhidmat di
sektor korporat selama 12 ½ tahun sebagai seorang pengamal perhubungan
awam di peringkat pengurusan kanan (1992-2005), dan bersama Tentera Udara
Diraja Malaysia sebagai Juruteknik Kapal Terbang (1982-1987) sebelum
melanjut pengajian tinggi di UKM.
Bidang kepakaran Dr Chang adalah Perhubungan Awam dan Pembingkaian
Media. Beliau memperoleh ijazah: SmSa (Kepujian – Komunikasi) UKM
(1991); MBA (General Management) Bath, UK (1999); dan PhD (Mass
Communication) UPM (2010).
PENGIKTIRAFAN
Selain daripada diundang sebagai penceramah pada peringkat antarabangsa
atau kebangsaan, atas pengiktirafan sebagai pakar bidang, Dr Chang sentiasa
dijemput oleh media. Rekod tiga tahun belakangan ini seperti berikut:
TV1 (Bicara Khas RTM), 7 Disember 2018. Sayangi Malaysia (Melayu).
TV1 (Nasional 8), 31 Mei 2018. Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 Akan
Dibentang Di Parlimen Jun Ini (Melayu).
Bernama News Channel (TV) (Keputusan PRU14), 9 Mei 2018.
Keputusan Dan Analisis (Melayu).
Pocketimes (Streaming TV) (Keputusan PRU14), 9 Mei 2018. Analisis
Keputusan (Cina).
Bernama Radio (Prognosis PRU14), 8 Mei 2018. Kempen Tamat, Media
Sosial…? (Melayu).
Pocketimes (Streaming TV) (“Da Jia Jiang”), 7 Mei 2018. Ramalan 509,
Siapa Lebih Dipercayai? (Cina).
TV3 (Mandat), 5 Mei 2018. Pengundi Cina Dan India (Melayu).
TV1 (Respons PRU14), 3 Mei 2018. Nilai 1 Undi (Melayu).
Sin Chew Daily (Suratkhabar), 13 April 2018. Jangan Meremehkan Kesan
Tun Mahathir (Cina).
Sin Chew Daily (Suratkhabar), 21 Januari 2018. Kegembiraan Mubibbah
(Cina).
Astro Awani (Dialog Pemikir Negara), 27 Ogos 2017. Negaraku Sehati
Sejiwa: Patriotisme dan Negara Bangsa (Melayu).
TV1 (Lanskap), 9 Jun 2017. Pengucapan dan Jenayah Kebencian
(Melayu).
Traxxfm (Radio) (Face to face), 1 June 2016. Unity: A challenging process
(English).
Traxxfm (Radio) (Face to face), 3 April 2015. Unity in diversity (English).
Selain daripada itu, beliau juga diiktiraf oleh universiti dan telah menjadi Ahli
Panel untuk Bicara Persada sebanyak dua kali, iaitu “PRU14: Malaysia
Memilih” pada 14 April 2018, dan “MH17: Apa Selepas Ini” pada 18
September 2014.
© Chang Peng Kee 2020. All rights reserved.
2
DANA DIPEROLEHI
Setelah menyertai UKM pada Ogos 2008, Dr Chang memperoleh dana pertama
pada awal 2009 dalam bentuk kajian tindakan dan seterusnya memenangi
hadiah Kertas Terbaik dalam Gugusan Sains Sosial. Selama 10 tahun dalam
perkhidmatan di UKM, beliau telah terlibat dalam 54 projek penyelidikan di
mana 16 projek sebagai ketua. Jumlah dana diperoleh sebanyak
RM5,506,829.68 seperti dalam rekod Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti
(SMPU).
KOLABORASI PENYELIDIKAN
Selain daripada dana RU, Dr Chang turut berkolaborasi dengan institusi
antarabangsa seperti University of Passau, Germany dan National Broadcast
and Telecommunication Commission, Thailand. . Beliau juga memperoleh
dana daripada industri yang merangkumi agensi kerajaan dan pihak swasta.
Antaranya, Sin Chew Daily, Majlis Profesor Negara, Kementerian Pendidikan
Tinggi Malaysia, dan lain-lain lagi.
PENYELIAAN
Dr Chang telah berjaya menghasilkan 12 orang graduan PhD, di mana 10
daripada UKM dan masing-masing seorang daripada UiTM dan UMS. Buat
masa ini, masih ada lapan calon PhD (termasuk seorang daripada IUMW) di
bawah seliaan beliau. Dr Chang juga telah menghasil 12 orang graduan sarjana
dan ramai lagi pada peringkat sarjanamuda. Beliau juga sedang menyelia
seorang sarjana dan tiga orang sarjanamuda.
JEMPUTAN PENCERAMAH
Menurut rekod Sistem Permohonan Persidangan (eMP) dan Sistem Pengurusan
Latihan (eSPEL), Dr Chang telah menerima 8 undangan dari industri, komuniti
atau agensi kerajaan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Di samping
itu, beliau juga pernah membentang kertas persidangan di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa sebanyak 22 kali. Pada tahun lepas (Sepember
2017), beliau diundang sebagai Keynote Speaker untuk “The Belt and Road”
University Presidents’ Forum on Innovation and Entrepreneurship Education di
Xidian University, Xi’an, China.
KURSUS DIAJAR
Kursus yang sedang dikendalikan oleh Dr Chang secara aktif merangkumi
peringkat pascasiswazah dan prasiswazah: SKKP6004 Metodologi
Penyelidikan Komunikasi, SKKP6123 Komunikasi Krisis, SKKP2014 Kaedah
Penyelidikan Komunikasi, SKKP2023 Statistik dan Analisis Data, LMCR3422
Persediaan Alam Pekerjaan, LMCR3442 Pengurusan Program Kerjaya,
LMCK1621 Etika dan Profesional.
JAWATAN PENTADBIRAN
Dr Chang sedang menyandang jawatan Pengarah UKM-Karier. Sebelum itu,
beliau pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah 1 UKM-Karier (2016-
2018), Timbalan Pengarah Alumni UKM (2012-2015) dan Ketua Program
Komunikasi dan Pengurusan Maklumat FSSK UKM (2011-2012).
© Chang Peng Kee 2020. All rights reserved.
3
PERKHIDMATAN KOMUNITI
Dr Chang juga aktif dalam perkhidmatan komuniti sebelum dan semasa
berkhidmat dalam UKM. Atas pengitirafan kepakaran, beliau dilantik sebagai
Setiausaha Kluster Perpaduan Nasional, Majlis Profesor Negara; Committee
Member of Educators’ Chapter, Institute of Public Relations Malaysia; Ahli
Jawatankuasa Etika & Penyelidikan, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia;
Pengerusi Daerah Kajang, Malaysian Crime Prevention Foundation. Beliau
juga pernah manjadi Ahli Pasukan Komunikasi Strategik, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia; Academic Director, Centre for Malaysian
Chinese Studies; Setiausaha Kehormat, Persatuan Alumni Chung Ling Wilayah
Tengah; Ahli Lembaga Pengelola, SJK(C) Serdang Baru 2.
PENERBITAN
Seperti tercatat dalam Sistem E-Repositori Penerbitan UKM (eRep), terdapat
113 penerbitan Dr Chang telah disahkan oleh Perpustakaan (PTSL) dalam
simpanan rekod. Dalam kalangannya, terdapat 57 penerbitan merupakan artikel
jurnal. Dalam pada itu, bilangan yang diklasifikasi WOS (SCI-EXPANDED,
SSCI, A&HCI) / SCOPUS / ERA: 37 artikel dengan bilangan dalam bidang: 22
artikel, dan 10 daripadanya berindeks Kepengarangan Utama. Dalam rekod
UKM Experts, Dr Chang mempunyai 71 Citations dengan h-Index: 5. Dalam
Google Scholar, rekod beliau adalah 278 Citations dengan h-Index: 8.
PEMERIKSA/PENILAI
Dr Chang penah menjadi pemeriksa tesis 6 PhD dan 5 Masters daripada
university tempatan seperti berikut: Universiti Malaya (UM), Universiti
Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS),
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), dan Infrastructural University Kuala
Lumpur (IUKL). Selain dari menjadi penilai untuk Jurnal Komunikasi (UKM),
beliau juga pernah menilai artikel Kajian Malaysia (USM), Pertanika Journal of
Social Sciences and Humanities (UPM), The SEARCH Journal (Taylor’s).
KEAHLIAN / AFILASI
Dr Chang merupakan Ahli Seumur Hidup Institute of Public Relations
Malaysia sebelum manjadi ahli akademik lagi. Keahlian professional beliau
termasuk International Communication Association (ICA), Malaysian Institute
of Management (MIM), Institute of Marketing Malaysia (IMM), Malaysian
Crime Prevention Foundation (MCPF), dan Centre for Malaysian Chinese
Studies. Untuk keahlian sosial pula, beliau adalah ahli Royal Selangor Club,
Kelab Tasik Putrajaya dan British Graduates Association Malaysia.
KURNIA
Dengan sumbangannya kepada komuniti semasa berkhidmat di korporat, Dr
Chang dikurniakan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TYT Negeri Pulau
Pinang pada 2003. Beliau mendapat pengiktirafan status pengamalannya dalam
perhubungan awam oleh Institute of Public Relations Malaysia sebagai
Accredited Public Relations Practitioner (APR) pada 2011; dan Fellowship In
Public Relations (FIPR) pada 2018. Dengan perkhidmatan yang baik kepada
UKM, beliau turut dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2014
dan 2015.
© Chang Peng Kee 2020. All rights reserved.
Top Related