Profil Dan Latar Belakang Subjek

5
Profil dan Latar Belakang Subjek 1. Nama : Eiqbal Shaqban bin Hidayatullah 2. Jantina : Lelaki 3. Bangsa : Melayu 4. Agama : Islam 5. Tarikh Lahir : 22 oktorber 2004 6. Ketidakupay aan : Autisme 7. Bilangan adik- beradik : 1 orang 8. Nama Bapa : Ku Hidayatullah bin Ahmad 9. Pekerjaan Bapa : Pengurus 10 . Nama Ibu : Rosminag Azman binti Kamaruzaman 11 . Pekerjaan ibu : Suri rumah

description

VVV

Transcript of Profil Dan Latar Belakang Subjek

Page 1: Profil Dan Latar Belakang Subjek

Profil dan Latar Belakang Subjek

1. Nama : Eiqbal Shaqban bin Hidayatullah

2. Jantina : Lelaki

3. Bangsa : Melayu

4. Agama : Islam

5. Tarikh Lahir : 22 oktorber 2004

6. Ketidakupayaan : Autisme

7. Bilangan adik-

beradik

: 1 orang

8. Nama Bapa : Ku Hidayatullah bin Ahmad

9. Pekerjaan Bapa : Pengurus

10. Nama Ibu : Rosminag Azman binti Kamaruzaman

11. Pekerjaan ibu : Suri rumah

12. Alamat rumah : No.4 Taman seri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor

Page 2: Profil Dan Latar Belakang Subjek

Pengenalan Autistik

Autism Spectrum Disorder (ASD) ialah masalah yang berlaku semasa perkembangan

kanak-kanak. ASD terdiri daripada sekumpulan masalah dan Austistik ialah satu

daripadanya. Individuals With Disabilities Education Act (IDEA) mendefinisikan autistic

sebagai masalah perkembangan yang mengakibatkan masalah komunikasi lisan dan

bukan lisan serta interaksi sosial seseorang indvidu. Austistik mengganggu bahagian

perkembangan otak yang memberikan kesan kepada tingkah laku, Bahasa dan interaksi

sosial individu. Masalah ini menyukarkan keupayaan individu berkomunikasi dan

berhubung dengan orang lain.

Ciri-ciri masalah yang dihadapi oleh murid Eiqbal Shaqban bin Hidayatullah dalam

kelas

Semasa waktu Bahasa Melayu, Cikgu Siti Noharizah binti Othman telah

menggunakan teknik tunjuk ajar untuk membimbing murid Shaqban menulis huruf ‘a’

dan ‘b’. Murid Shaqban tidak bertentang mata dengan guru apabila cikgu Siti sedang

mengajar dia. Budak tersebut asyik memandang ke tempat lain seperti dinding kelas.

Sepanjang pemerhatian saya pada murid ini, saya mendapati Shaqzan

cenderung melakukan pergerakan yang berulang iaitu mengetuk pemadam atas meja.

Oleh sebab dia asyik mengetuk meja dan tidak membuat kerja yang diberikan, cikgu Siti

telah merampas pembaris itu. Selepas itu, Shaqzan terus menjerit dan merampas balik

pemadam tersebut dan mengulangi pergerakan tersebut. Ini selaras dengan ciri-ciri

kanak autistisk yang menunjukkan perasaan terlampau suka terhadap sesuatu objek

atau mainan dan tidak mahu dipisahkan darinya. (Haliza, 2009)

Murid Shaqzan merupakan kanak yang kurang berminat dalam sukan. Semasa

sesi waktu Pendidikan Jasmani (PJ), Shaqzan enggan melibatkan diri dalam aktiviti

sukan yang diadakan di sesebuah bilik darjah dan menyembunyikan diri di bahagian

sudut kelas. Sekiranya cikgu Siti menasihati dan memberi galakan kepada Shaqzan, dia

tetap duduk di sudut kelas dan enggan bercakap dengan cikgu. Tingkah laku

pengasingan diri merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri

daripada berkomunikasi dengan orang lain.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, Shaqzan telah menunjukkan

masalah kemahiran sosial dan komunikasi yang lemah. Shaqzan selalu menggunakan

Page 3: Profil Dan Latar Belakang Subjek

masa yang panjang atau lambat memberi jawapan kepada guru. Sekiranya Shaqzan

memberikan jawapan, nada suara yang dikeluarkan agar pelik. Contohnya, cikgu Siti

bertanya ‘Shaqzan, kamu faham tak?’ dan Shaqzan menjawab ‘ahhhh, faham!’ dalam

nada suara yang tinggi. Selain itu, Shaqzan juga akan mengulangkan perkataan yang

sama tetapi tidak faham maksudnya seperti ‘waooooorre’ dengan suka hatinya.

Sepanjang 4 kali pemerhatian budak Syaqzan tersebut, terdapat 1 peristiwa

berlaku di dalam kelas. Shaqzan tiba-tiba mengamuk di dalam kelas kerana

pemadamnya hilang dan sekiranya cikgu Siti menangkap dia, dia terus membalas

dengan memukul tangan cikgu. Selepas 5 minit, rakannya mengembalikan pemadam

kepadanya dan Shaqzan baru menyenangkan diri. Cikgu mendapat tahu pemadamnya

disembunyi oleh rakannya.

Selain itu, Shaqzan kadangkala akan meniru perkataan atau pembicaraan orang

lain dalam kelas. Sebagai contoh, apabila saya menyuruh Shaqzan ‘seyum’ semasa

mengambil gambar dalam kelas dan dia telah meniru dan mengulangi perkataan

‘seyum’ semasa makan sarapan pagi. Selepas 10-15 minit, tingkah laku tersebut telah

berhenti.