Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest Tahap SM4 Analisis Novel 1 Leftenan Adnan Wira BangsaNama : _____________________________

Transcript of Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang...

Page 1: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

Tahap SM4

Analisis Novel 1 “Leftenan Adnan Wira Bangsa”

Nama : _____________________________

Page 2: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada
Page 3: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada

Analisi Novel “Leftenan Adnan Wira Bangsa”

Tema

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa memaaparkan tema keberanian dan

keperwiraan seorang anak muda yang bernama Adnan bin Saidi dalam usahanya

mempertahankan negara ini daripada dijajah oleh orang asing.

Adnan sanggup berjuang bermati-matian sehingga ke titisan darah yang

terakhir demi mempertahankan bumi tercinta ini daripada ditakluki oleh tentera

Jepun. Keberanian yang tiada tolok bandingnya itu mendapat penghormaran dan

pujian banyak pihak.

Persoalan

1. Harapan seorang ayah terhadap anaknya.

Pak Saidi amat mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna

kepada agama, bangsa, dan tanah air. Lantaran itu, beliau sanggup memilih

sekolah aliran lnggeris untuk ketiga-tiga orang anaknya. Beliau sanggup

menerima cemuhan daripada orang kampungnya.

2. Minat dan keeenderungan seseorang sukar diubah.

Sejak kecil Adnan menanam minat untuk menjadi seorang askar. Walaupun

beliau diterima menjadi guru pelatih, tetapi minatnya dalam bidang ketenteraan

tidak pernah padam. Beliau menjalani temu duga di Port Dickson dan akhirnya

diterima sebagai seorang askar.

3. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan.

(a) Pak Saidi dan Mak Milah merelakan Adnan menjadi askar sebagai

menghormati cita-cita Adnan sejak kecil.

Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 1

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 4: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada

(b) Adnan terpaksa menghantar anak dan isterinya pulang ke kampung apabila

mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura.

Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada suarninya.

(c) Pak Saidi mendapat berita yang mengejutkan, iaitu anaknya Ahmad telah

meninggal dunia. Ahmad terkorban di medan perang setelah kapal yang

dinaikinya tenggelam diserang oleh tenrera Jepun,

4. Pandangan jauh seorang ketua keluarga.

(a) Pak Saidi berpandangan bahawa pelajaran di sekolah Melayu hanya setakat

sekolah rendah sahaja. Sekiranya bersekolah aliran lnggeris, anak-anaknya

berpeluang menyambung pelajaran ke sekolah menengah dan ke sekolah tinggi.

Mereka berpeluang menjawat jawatan yang tinggi.

(b) Bagi Pak Saidi, anak-anak perlu dilengkapi ilmu pengetahuan kerana mereka

bakal mentadbir negara ini pada masa akan datang.

5. Kebijaksanaan menggunakan taktik dalam peperangan.

(a) Pesawar pengintip gagal mengesan kedudukan kapal-kapal Jepun keruna

cuaea yang buruk. Peluang ini diambil oleh General Tomoyuki dengan

mengarahkan tenteranya bertukar arah laluan, iaitu belayar ke utara menuju

Teluk Siam.

(b) Tentera Jepun bijak mengatur strategi peperangan apabila mengarahkan

konvoinya berpecah kepada tiga pasukan bagi mengelirukan pihak musuh.

(c) Serangan darat tcntcra jcpun sukar dihalang kerana strategi pegawainya yang

bcrkemahiran tinggi dalam peperangan. Jeneral Yamashita mengarahkan kapal

terbang Jepun menyerang Lapangan Terbang Kuantan secara mengejut.

Akibatnya, banyak kemalangan dan kerosakan peralatan penerbangan dialami

oleh tentera British.

(d) Kebijaksaan Leftenan Adnan menghidu penyamaran askar Jepun yang

berlagak seperti tentera Sikh mendapat pujian daripada Jeneral A. E. Percival.

Kesemua tentera jepun yang menyamar itu berjaya dibunuh.

Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 2

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 5: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada

6. Sikap manusia yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan

diri sendiri.

(a) Samad tidak mahu berpindah, sebaliknya mengatakan bahawa kedatangan

Jepun adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu, dan bukan untuk menjajah.

Sebaliknya, Inggeris dikatakan mahu menguatkan cengkaman penjajahannya.

(b) Semasa penduduk diarahkan meninggalkan rumah masing-masing, Samad

mengambil kesempatan mencuri barang-barang. Akhirnya, dia dapat ditangkap

oleh penduduk kampung.

(e) Maklumat tentang orang yang menjadi tali barut dan mengintip bagi pihak

tentera Jepun telah sampai ke pengetahuan Leftenan Adnan. Beliau segera

bertindak dengan menyerbu rumah tempat persembunyian tali barut Jepun itu.

Samad bersama-sama dengan tiga orang pengintip Jepun berjaya ditewaskan.

(d) Tentera Jepun dengan mudah mengetahui pergerakan tentera British kerana

Kapten Patrick Heenan, iaitu seorang pegawai tentera India telah menyalurkan

maklumat rahsia tentang pergerakan tentera British kepada Jepun.

7. Lunturnya semangat untuk berjuang,

Adnan amat kecewa apabila banyak tentera asing tidak berusaha nntuk

mempertahankan Semenanjung Tanah Melayu, malah mereka sanggup

menyerah diri daripada meneruskan perjuangan.

8. Perasaan dendam yang menebal.

(a) Kematian Leftenan Adrian masih belum memuaskan hati Jeneral Yamashita.

Hal ini demikian kerana, adiknya sendiri terkorban setelah ditikam dengan

bayonet oleh Leftenan Adnan.

(b) Jeneral Yamashita mengarahkan Leftenan Renya Mutuguchi pergi ke

Semenanjung Tanaah Melayu bagi menjejaki keluarga Leftenan Adnan kerana

menganggap keluarga Leftenan Adnan juga bertanggungjawab terhadap

kematian tentera Jepun.

Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 3

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada

Watak dan Perwatakan

Leftenan Adnan

1. Leftenan Adnan ialah watak utama dalam novel ini

2. Suami kepada Sophia, iaitu anak Pak Fakih.

3. Semasa zaman remajanya, beliau merupakan seorang anak yang rajin

membantu keluarganya dengan melakukan pelbagai pekerjaan.

4. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Mokhtar dan Zainudin.

5. Adnan berjaya menamatkan latihan ketenteraan selama setahun. Adnan telah

terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya diserapkan ke dalam pasukan

Askar Melayu.

6. Seorang yang rajin. Buktinya, Adnan banyak membantu ayahnya menoreh

getah, bersawah padi, dan memungut buah durian di dusun duriannyn.

7. Seorang yang memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi. Buktinya,

Adnan bcrcita-cita untuk menjadi seorang tentera kerana sayangnya kepada

negara. Untuk mencapai cita-citanya.Adnan menolak jawatan guru pelatih dan

memohon jawatan askar.

8. Seorang yang berani. Buktinya, Adnan berikrar tidak akan sekali-kali

menyerah kalah walaupun apa-apa pun yang terjadi dalam pertempuran

menentang tentera jepun, Setelah kehabisan peluru, beliau bertempur jarak

dekat dengan hanya bersenjatakan bayonet.

9. Seorang yang penyayang. Buktinya, Adnan membawa isteri dan anak-

anaknya berpindah mengikutnya ke Singapura. Beliau terpaksa menghantar

isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung demi keselamatan mereka apabila

terdengar ura-ura Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura.

10. Seorang yang bijak. Buktinya, Adnan telah menjuarai pertandingan pidato

dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di sekolahnya. Kebijaksanaan

LeftenanAdnan menghidu penyamaran askar Jepun yang berlagak seperti

tentera Sikh mendapat pujian daripada Jeneral A. E. Percival. Kesemua tentera

Jepun yang menyamar itu berjaya dibunuh.

Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 4

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 7: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada

11. Seorang yang amanah dan bertanggungjawab. Buktinya, beliau bekerja

keras bukan kerana pangkat tetapi baginya menjadi kewajipan seorang anggota

tentera untuk menjalankan tanggungjawab dan arnanah sebaik-baik mungkin.

12. Seorang yang rasional. Buktinya,Adnan tidak bertinju dangan Budin

seperti yang diharapkan oleh penyokong Budin. Adnan dan Budin sedar bahawa

tindakan tersebut tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mereka berdua.

13. Seorang yang kuat mempertahankan maruah diri. Buktinya, Adnan

mencekak leher baju Nordin apabila Nordin menghinanya.

14. Seorang yang merendah diri, Buktinya, Adnan menyatakan bahawa

dirinya tidaklah terlalu pandai berbahasa Inggeris tetapi menyatakan

kesanggupannya untuk membantu Mamat.

15. Seorang yang taat akan perintah agama. Buktinya, Leftenan Adnan

meminta pasukannya mengadakan sembahyang hajat pada waktu malam.

16. Seorang yang pintar. Buktinya, di sekolah, Adnan terkenal sebagai seorang

pelajar yang rajin dan pintar, Adnan amat discnangi oleh teman-teman dan

guru-gurunya.

17. Seorang yang berpendirian teguh. Buktinya,Jepun menghantar wakilnya

untuk meminta Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya agar menyerah kalah,

namun permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Leftenan Adnan.

Pak Said

1. Pak Saidi merupakan ayah kepada Leftenan Adnan.

2. Pak Saidi tinggal di kampung dan bekerja sebagai penoreh getah dan

nersawah padi.

3. Belian berkahwin dengan Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki.

4. Seorang yang rajin bekerja. Buktinya, setiap hari Pak Saidi menjalankan

rutin hariannya dengan tekun. Belian tidak suka berborak kosong dan

membuang masa di kedai kopi.

Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 5

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 8: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada

5. Seorang yang berwawasan dan berpandangan jauh. Buktinya, Pak Saidi

menghantar anak-anaknya belajar di sekolab aliran Inggeris kerana beliau sedar

anak-anaknya akan banyak memperoleh ilmu pengetahuan di sana.

6. Seorang yang berpendirian teguh. Buktinya, walaupun sebahagian orang

kampung tidak menyukai langkahnya menghantar anaknya ke sekolah aliran

Inggeris tetapi Pak Saidi tidak menghiraukannya.

7. Seorang yang banyak memberikan kata-kata nasihat. Buktinya, Pak Saidi

selalu menasihati anak-anaknya agar berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah

air.

8. Seorang yang rasional. Buktinya, Pak Saidi mampu menilai perkara yang

betul dengan yang salah. Beliau yakin tindakan menghantar anak-anaknya ke

sekolah aliran Inggeris merupakan langkah yang tepat.

9. Seorang yang prihatin. Buktinya, Pak Saidi sekeluarga pergi kc tempat

berlangsnngnya pertandingan pidato Bahasa Inggeris sebagai usaha untuk

memberikan sokongan semangat kepada Adnan.

10. Seorang yang berpengetahuan luas. Buktinya, Pak Saidi menjelaskan

kekagumannya terhadap tokoh-tokoh tanah air seperti Syed Syeikh al Hadi yang

banyak menulis tentang perkembangan tanah air dan menjadi pelopor semangat

kebangsaan Melayu.

11. Seorang yang tidak mengabaikan pelajaran agama anak-anaknya.

Buktinya, setiap malam beliau mengajar anak-anaknya mengaji Quran. Pak

Saidi mahukan anak-anaknya mendapat ilmu dunia dan ilmu akhirat secara

seimbang dan secukupnya.

12. Seorang yang berani. Pak Saidi sempat membunuh beberapa askar ]epun

yang mengiringinya hanya dengan menggunakan keris sebelum beliau ditembak

mati. Keberanian Pak Saidi mendapat pujian daripada penduduk Sungai Ramal.

Mereka menganggap Pak Saidi sebagai wira.

Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 6

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 9: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada
Page 10: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada
Page 11: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada
Page 12: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my