Program Bersepadu Sekolah Sihat

27
ISI KANDUNGAN BIL ISI 1.0 Pendahuluan 2.0 Laporan hasil daripada dapatan pemantauan dan penilaian yang dijalankan. “Keberkesanan Program Gotong-Royong Ria Dalam Mempertingkatkan Taraf Kesihatan Murid “. 2.1 Rumusan hasil dapatan penilaian. 2.2 Kelebihan/kekuatan dan kekurangan/kelemahan. 2.3 Cadangan/penambahbaikan. 3.0 Kesimpulan “Pandangan Analitikal Tentang Keberkesanan Program Gotong-Royong Ria”. 4.0 Persembahan Slaid Power Point 5.0 Bibliografi

Transcript of Program Bersepadu Sekolah Sihat

Page 1: Program Bersepadu Sekolah Sihat

ISI KANDUNGAN

BIL ISI

1.0 Pendahuluan

2.0 Laporan hasil daripada dapatan pemantauan dan penilaian yang

dijalankan.

“Keberkesanan Program Gotong-Royong Ria Dalam Mempertingkatkan

Taraf Kesihatan Murid “.

2.1 Rumusan hasil dapatan penilaian.

2.2 Kelebihan/kekuatan dan kekurangan/kelemahan.

2.3 Cadangan/penambahbaikan.

3.0 Kesimpulan

“Pandangan Analitikal Tentang Keberkesanan Program Gotong-Royong

Ria”.

4.0 Persembahan Slaid Power Point

5.0 Bibliografi

Page 2: Program Bersepadu Sekolah Sihat

1.0 PENDAHULUAN

Wee Eng Hoe (1995) didalam bukunya menyatakan bahawa terdapat dua faktor yang

mempengaruhi kesihatan komuniti iaitu yang pertama ialah faktor sifat komuniti dan yang kedua

pula ialah faktor persekitaran. Anggapan bahawa pengawasan kesihatan murid-murid sekolah

adalah tanggungjawab sekolah semata-mata mencerminkan satu pemikiran yang sempit dan

ketinggalan zaman. Sebenarnya sekolah dan ibu bapa memikul tugas ini bersama sebagai

pasangan dalam pendidikan (partners in education) kanak-kanak, khasnya dalam bidang

kesihatan.

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh

tiga tahun PBSS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khususnya telah mengalami

banyak perubahan dari aspek kesihatan dan trend penyakit. Pada tahun 1996, Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM0 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah

melaksanakan projek “ Health Promoting School “ di enam buah negeri iiatu Johor, Kedah,

Melaka dan Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep “HPS” yang

diperkenalkan oleh pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Berteraskan Ottawa Charter.

Persidangan “HPS” yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian

Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS

sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).

Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan

Teng Boon Tong (1994) telah menggariskan tiga objektif hidup sihat di sekolah iaitu yang

pertama mewujudkan satu suasana yang sihat dan boleh mendorong ke arah pembelajaran.

Objektif kedua pula ialah menjadikan pengalaman hidup sihat di sekolah sebagai satu alat

pendidikan kesihatan yang langsung. Menurut beliau lagi, objektif ketiga ialah bagi memelihara

taraf kesihatan yang optimum dengan menegaskan tingkah laku yang sihat. Melalui PIBG,

sekolah telah menyedarkan ibu bapa tentang betapa pentingnya membantu usaha sekolah dalam

mengawasi perkembangan kesihatan kanak-kanak mereka dan tidak membiarkannya sahaja.

Page 3: Program Bersepadu Sekolah Sihat

Menyedari hakikat ini, pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Bakap Indah telah sebulat suara

untuk bersetuju mengadakan Program Gotong-royong Ria bersempena dengan sambutan Hari

Alam Sekitar. Program Gotong-royong Ria yang melibatkan murid-murid, guru-guru serta ibu

bapa ini telah dirancang dengan teliti oleh pihak sekolah serta ibu bapa pada mesyuarat PIBG

yang lalu. Dengan kerjasama itu, kedua-dua pihak sekolah dan juga ibu bapa dapat memenuhi

keperluan jasmani, social dan emosi kanak-kanak berlandaskan konsep peranan pelengkap

(complementary role). Kesedaran ibu bapa tentang tanggungjawab mereka dalam membantu

kanak-kanak mencapai kesihatan yang optimum akan dapat meringankan tugas guru-guru.

Tepat pada pukul lapan pagi, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa sudah berkumpul di

Dewan Polaris Sekolah Kebangsaan Bakap Indah. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang,

dan pongkes. Peralatan ini digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut. Kami

sebagai guru-guru sangat menitikberatkan aspek keselamatan murid-murid semasa pelaksanaan

apa-apa sahaja program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Sebelum aktiviti bermula, Guru Besar, Puan Noor Fazilah telah menyampaikan ucapan

ringkas dan taklimat mengenai aktiviti gotong-royong. Kemudian, murid-murid telah diberi

taklimat dan motivasi oleh guru bimbingan dan kaunseling, Encik Abdul Latib mengenai

pentingnya menjaga kebersihan. Selepas itu, Ustaz Khairul Sani pula menyampaikan tazkirah

yang berkaitan dengan amalan menjaga kebersihan.

Saya telah diberi mandat untuk melakukan pemantauan aktiviti Gotong-Royong Ria ini. saya

menjadilkan peluang ini sebagai batu loncatan bagi saya untuk lebih memantapkan diri bagi

menghadapi cabaran semasa guru sejajar dengan tema hari guru 2013, 1 agenda 1 aspirasi. Oleh

yang demikian, saya telah mengambil kira beberapa aspek penting semasa menjalankan

pemantauan dan seterusnya penilaian.

Page 4: Program Bersepadu Sekolah Sihat

1.1 CARTA ORGANISASI

AJK INDUK GOTONG-ROYONG

Penasihat : Pn. Noor Farizah binti Abdul Rahman

Pengerusi : En. Zainudin bin Husin

Timbalan Pengerusi :En. Mohd Shukri b. Awang Yahya

Setiausaha : En. Mohd Khairul Sani b. Che Ani

Bendahari : En Yusoff b. Awang

AJK :

i. En. Abd Latif bin Mohd Shukor

ii. En. Mohd Azizi bin Abdul Halim

iii. En. Shahrum bin Ibrahim

iv. Pn. Nor Azirah binti Wan

v. Pn. Roslida binti Md Noh

vi. Pn. Rusniwati binti Sadry

vii. Cik Nur Salsabila binti Darani

JAWATANKUASA PELAKSANA GOTONG-ROYONG

PENASIHAT : Pn. Noor Farizah binti Abdul Rahman

PENGERUSI : En. Zainudin bin Husin

TIMBALAN PENGERUSI : En. Mohd Shukri b. Awang Yahya

SETIAUSAHA : En. Mohd Khairul Sani b. Che Ani

BENDAHARI : En Yusoff b. Awang

Page 5: Program Bersepadu Sekolah Sihat

Ahli Jawatankuasa :

SAMBUTAN

Pn. Rosnani binti Dahaman (K)Cik Haryati binti Ismail

PROTOKOL

En. Hairudin b. Mohd Isa (K)Pn Nor Azlina bt. AhmadPn. Ayu Khuzaini bt. Mohd Yusof

HADIAH

Pn. Nor Azirah binti Wan (K)Pn. Nazimah Sal binti Bidin

DOKUMENTASI

En. Mohd Najib b. Abd Samad (K)En. Mazlan bin MansorPn. Hasnoonie binti Ismail

SIARAYA

En. Hj Samsuddin bin OthmanEn. Mohd Fauzi bin Hashim (waris)

KEBERSIHAN & KAWASAN SEKOLAH

En. Zainudin bin Husin (K)Pn. Zira binti DeramanPn. Rosni bt. Hamzah (waris)

MAKANAN & MINUMAN

Pn Izan Azahirah bt. Othman (K)Pn. Renuga a/p KonapalanPn. Norhazilah binti Arbain (waris)

PERALATAN

En. Yusoff bin AwangEn. Khairul Sani bin Che Ani

Page 6: Program Bersepadu Sekolah Sihat

1.2 CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS

1.2.1 Kawasan Padang Sekolah

Kawasan padang sekolah merupakan tempat untuk murid sekolah beriadah dan berekreasi.

Padang permainan menyediakan tempat untuk warga taman perumahan mengisi masa lapang

pada hari Sabtu dan Ahad ataupun cuti-cuti awam. Mereka tidak perlu bersusah payah pergi ke

tempat lain untuk menjalankan aktiviti Hari Keluarga. Mereka boleh menjalankan aktiviti Hari

Keluarga di taman rekreasi bersama-sama keluarga dan seterusnya mengeratkan hubungan antara

satu sama lain.

Setiap pagi, murid-murid Sekolah Kebangsaan Bakap Indah akan menjalankan subjek

Pendidikan Jasmani di padang sekolah. Padang sekolah menjadi lokasi utama mereka bersenam

di samping dataran perhimpunan dan gelanggang sepak takraw. Dengan bimbingan guru ,mereka

selalunya membuat senaman secara berkumpulan atau berjalan-jalan sambil menghirup udara

pagi yang segar dan nyaman. Guru-guru Pendidikan Jasmani terutamanya guru praktikum suka

melatih " Tai Ci " bersama-sama dan muzik latihan dapat didengari dari jauh. Padang sekolah

merupakan kesukaan murid-murid kerana tempatnya yang luas dan menyeronokkan. Mereka

suka aktiviti yang ergas dan aktif berbanding denga terperap di daalm bilik darjah menghadap

buku teks dan papan putih.Secara tidak langsung murid-murid menjadi lebih berdikari dan ceria.

Untuk murid-murid yang mengalami tekanan dan ketegangan, padang sekolah ialah tempat

yang terbaik untuk melepaskan tekanan. Pada waktu petang, murid-murid Sekolah Kebangsaan

Bakap Indah boleh datang ke sekolah untuk membuat senaman, joging, berjalan dan lain-lain

aktiviti di padang permainan untuk melepaskan tekanan. Senaman dapat menjadikan kita sihat

dan dengan badan yang sihat, barulah kita dapat belajar dan bekerja dengan lebih efektif. Udara

yang segar juga dapat menyegarkan pemikiran kita dan mengurangkan tekanan yang dialami.

Pada hari-hari yang istimewa, taman rekreasi menjadi tempat untuk menyambut perayaan

tertentu. Misalnya pada Hari Sukan Tahunan Sekolah dan Hari Kebangsaan iaitu 31hb Ogos

setiap tahun, murid-murid ibu bapa dan guru-guru SK Bakap Indah akan berkumpul untuk

meraikan Hari Kebangsaan. Secara tidak langsung, hubungan silaturahim dapat dipupuk dan

semangat perpaduan dapat disemai dalam warga sekolah dan juga komuniti..

Page 7: Program Bersepadu Sekolah Sihat

GAMBAR KAWASAN PADANG

Bagi

Program

Gotong Royong Ria, pihak sekolah serta PIBG mengambil keputusan untuk menumpukan dua

kawasan utama untuk dibersihkan ditambah keceriaan iaitu kawasan padang sekolah dan juga

bilik guru. Berikut merupakan beberapa grafik gan]mbar yang sempat saya rakamkan sebelum

kami menjalankan Program Gotong-royong Ria di kawasan sekolah.

SAMPAH TIDAK DIBUANG DI TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH

SAMPAH DIGANTUNG PADA PAGAR SEKOLAH

Page 8: Program Bersepadu Sekolah Sihat

1.2.2 Bilik Guru

Bilik guru merupakan salah satu

tempat yang penting dalam sesebuah

sekolah. Hal ini demikian kerana bilik

guru merupakan lokasi guru-guru

melaksanakan aktiviti pentadbiran. Oleh

yang demikian, kebersihan keceriaan bilik

guru haruslah berada dalam keadaan sentiasa terbaik

kerana ianya melambangkan imej guru. Guru yang professional haruslah emerlang dan holistic

dalam semua aspek termasuklah aspek kebersihan dan keceriaan. Oleh yang demikian, guru yang

bersih menjadi ikutan dan contoh tauladan yang baik kepada murid-murid.

Kawasan kedua yang menjadi kawasan utama gotong royong bagi Program Gotong-

royong Ria Sekolah Kebangsaan Bakap Indah ialah bilik guru. Di bawah ini merupakan beberapa

gambar keadaan dalam bilik guru sebelum kami melaksanakan gotong-royong.

1.3 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BOTOL AIR DAN PLASTIK DIBUANG MERATA

PLASTIK SAMPAH TIDAK DIGUNAKAN DENGAN BAIK

SAMPAH DILETAK MERATAPLASTIK DAN KERTAS DIBUANG DI BAWAH MEJA

KOTAK DAN BARANG YANG TIDAK MAHU DIGUNAKAN LAGI

Page 9: Program Bersepadu Sekolah Sihat

BIL KAWASAN KETUA

1. Kawasan Padang Sekolah Pn Nurul Syuhada binti Alias

2. Bilik Guru En Shahrum bin Ibrahim

1.4 AGIHAN TUGAS MENGIKUT KELAS

BIL KAWASAN/KELAS Guru dan Kumpulan Terlibat

1. Kawasan Padang Sekolah Pn Nurul Syuhada binti Alias

Pelajar tahun 4G, 4C, 5G dan 5C

(80 orang)

20 orang wakil PIBG

2. Bilik Guru En Shahrum bin Ibrahim

Pelajar tahun 6G dan 6C (30

orang)

10 orang wakil PIBG

1.5 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

Page 10: Program Bersepadu Sekolah Sihat

8.00 pagi Ketibaan ibu bapa/penjaga sekolah

8.15 pagi Ucapan YDP

8.20 pagi Ucapan Guru Besar

8.25 pagi Taklimat agihan tugas

8.30 pagi Gotong-royong bermula

10.00 pagi REHAT

10.45 pagi Aktiviti diteruskan

11.45 pagi Hadirin berkumpul dan menyimpan alatan

12.30 pagi Makan tengah hari dan majlis bersurai

1.6 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan diperolehi daripada :

i. PIBG = RM 2000.00

ii. Kantin Sekolah = RM 300.00

iii. Kelab Guru = RM 300.00

Jumlah Keseluruhan = RM 2600.

1.7 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN (RM)

Page 11: Program Bersepadu Sekolah Sihat

1. Jamuan makan dan Minum untuk

makan tengah hari

i. Makan = Nasi ayam

ii. Minum = sirap

RM 2.50 X 750

RM 0.50 X 750

RM 1875

RM 375

Jumlah Perbelanjaan Jamuan RM 2250

2. Peralatan

i. Barang hiasan (pokok kecil

dan pelekat kertas dinding )

ii. Tin Cat

iii. Berus Cat

iv. Penggarit

v. Plastik beg sampah

vi. Berus Sabut

vii. Sabun Pencuci

viii. Berus Longkang

ix. Pencedok Longkang

RM 60.00 X 1

RM 20.00 X 3

RM 5.00 X 20

RM 6.00 X 40

RM 2.00 X 10

RM 2.50 X 10

RM 10.00 X 5

RM 6.00 X 5

RM 8.00 X 5

RM 60.00

RM 60.00

RM 100.00

RM 240.00

RM 20.00

RM 25.00

RM 50.00

RM 30.00

RM 40.00

Jumlah Perbelanjaan Peralatan RM 625.00

3. Hadiah dan Cenderahati

Cenderahati RM 10.00 X 1 RM 10.00

Jumlah Perbelanjaan Cenderahati RM 10.00

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan RM 2885.00

2.0 KEBERKESANAN PROGRAM GOTONG-ROYONG RIA DALAM MEMPERTINGKATKAN PRODUKTIVITI KOKURIKULUM MURID.

Page 12: Program Bersepadu Sekolah Sihat

2.1 RUMUSAN HASIL DAPATAN

Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong, kami dibahagi-bahagi kepada beberapa

kumpuian kecil. Hal ini adalah bagi melicinkan perjalanan program. Antara aktiviti yang

dijalankan termasuklah mencuci longkang di tepi padang, membersihkan sampah, menyapu,

mengelap tingkap bilik guru, memotong rumput dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan kecil

ini memudahkan kerja-kerja gotong-royong dijalankan dengan lebih teratur. Pada masa yang

sama, guru-guru wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di pekarangan sekolah.

Pelbagai jenis juadah seperti nasi ayam dan air sirap disediakan. Kami semua bersatu hati

menjayakan program gotong-royong ini.

Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas telah

berkumpul semula di kantin untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih

tetapi semangat kerjasama, . kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara guru-guru,

ibu bapa dan murid-murid yang terlibat menjayakan Program Gotong-royong Ria.

Dalam pada itu, saya telah menjalankan pemantauan dan penilaian berpandukan Borang

Penilaian Untuk Anugerah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).

Bagi Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K),

terdapat beberapa item yang perlu dititikberatkan. Item pertama ialah penubuhan

jawatankuasa. Saya mendapati SK Bakap Indah layak mendapat markah penuh 1 markah

bagi item ini. Manakala item kedua pula ialah ada aktiviti ke arah program 3K.

Memandangkan Program Gorong royong Ria ini bertujuan untuk menyemai dan

memupuk amalan kebersihan, dan keceriaan , maka saya sangat bersetuju untuk

mengurniakan markah penuh 1 markah kepada SK Bakap Indah atas perhatian terhadap item

ini. seterusnya item ketiga yang saya ambilkira bagi penilaian PBSS ialah item menyertai

program 3K. SK Bakap Indah dengan kerjasama Persatuan PIBG telah bersama sama

berganding bahu untuk menjayakan program Gotong Royong Ria ini maka pihak SKBI

selayaknya mendapat markah penuh 1 markah untuk item ini juga. Dan item terakhir yang

saya nilai ialah item pendokumentasian.

Bagi program Gotong-Royong Ria ini, pihak SK Bakap Indah telah menubuhkan

jawatankuasa Dokumentasi untuk melicinkan hal-hal melibatkan rakaman aktiviti gotong

Page 13: Program Bersepadu Sekolah Sihat

royong dan penulisan jurnal serta laporan berkaitan proses pelaksanaan Program Gotong

Royong Ria sebelum, semasa dan selepas.

Jadi, secara kesimpulannya, bagi aspek 2.4 seperti yang dinyatakan dalam Borong

Penilaian Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), Sekolah Kebangsaan Bakap Indah

layak mendapat markah penuh 4 markah bagi aspek ini. selain itu juga, saya yakin Program

gotong royong Ria ini berupaya untuk meningkatkan produktiviti kokurikulum murid –murid

Sekolah Kebangsaan Bakap Indah memandangkan murid sihat lahir daripada persekitaran

yang bersih dan ceria.

2.2 KELEBIHAN /KEKUATAN DAN KEKURANGAN/KELEMAHAN

Page 14: Program Bersepadu Sekolah Sihat

Ternyata program yang dijalankan ini berjaya mencapai matlamat dan objektif asalnya

iaitu untuk membentuk sikap cintakan kebersihan dan memupuk sifat bertanggungjawab

serta kerjasama yang erat di kalangan guru-guru dan murid-murid. Hal ini terbukti apabila

saya menjalankan pemantauan sebelum dan selepas gotong-royong dijalankan, keasaan

kawasan sekolah jauh berbeza. Semastinya kawasan sekolah setelah selesainya gotong

royong lebih bersih dan lebih ceria terutamanya kawasan padang sekolah dan bilik guru.

Selain itu juga, murid-murid SK Bakap Indah dapat bersukan dan berekreasi dengan

kondusif dan selesa. Mereka bebas untuk melakukan pelbagai rekreasi sebagai contoh,

rekreasi aktif dan rekresi pasif. Jenis rekreasi aktif adalah seperti berjogging, ‘brisk walk’,

bermain bola, berbasikal dan lain-lain. Manakala jenis aktiviti rekreasi pasif adalah seperti

berjalan, bersiar, duduk berehat menikmati keindahan alam, berkelah dan lain-lain. Kawasan

padang Sekolah Kebangsaan Bakap Indah yang menyediakan kemudahan untuk aktiviti

pasif adalah seperti taman bunga, laluan pejalan kaki dan wakaf. Aktiviti rekreasi aktif dan

pasif ini dapat menggalakkan murid murid untuk bersukan dengan gembira sekali sejajar

dengan seruan kerajaan Malaysia untuk memartabatkan Program 1 Murid 1 Sukan.

Di samping itu, muri-murid Sekolah Kebangsaan Bakap Indah juga dapat menjalankan

aktiviti kokurikulum 1 Murid 1 Sukan dengan selesa . hal ini akan menaikkan semangat

mereka untuk menjalani latihan sukan sekaligus mendorong mereka untuk komiteh dalam

bersukan dan konsisten untuk turun ke padang sekolah untuk menjalani latiahn sukan.

Hal ini akan meningkatkan mutu prestasi kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bakap Indah

sekaligus menaikkan nama Sekkolah Kebangsaan Bakap Indah di peringkat Seberang Perani

Selatan dan juga Negeri Pulau Pinang.

2.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Page 15: Program Bersepadu Sekolah Sihat

Namun yang demikian, disebabkan oleh

kekurangan dana untuk membina taman rekreasi di

kawasan sekolah, maka Sekolah Kebangsaan Bakap

Indah hanya mempunyai prasarana taman rekreasi

yang terhad iaitu hanyalah Taman Polaris. Pada

pandangan peribadi saya sendiri, di samping kawasan

padang sekolah, taman rekreasi juga penting untuk

aktiviti riadah seperti laluan refleksologi, aktiviti

senamrobik dan juga jogging.

Justeru, saya mencadangkan agar pihak Sekolah Kebangsaan dengan kerjasama Persatuan

Ibu bapa dan Guru dapat menjalankan kutipan sumbangsih untuk membina satu taman rekreasi

bagi kemudahan semua warga sekolah dan komuniti SK Bakap Indah.

Taman Polaris Sekolah Kebangsaan Bakap Indah

3.0 PANDANGAN ANALITIKAL TENTANG KEBERKESANAN PROGRAM GOTONG-ROYONG RIA DALAM MEMPERTINGKATKAN PRODUKTIVITI KOKURIKULUM MURID .

Saya telah melaksanakan mandat yang diberikan oleh pihak sekolah untuk menjalankan

pemantauan dan penilaian Program Gotong-royong Ria ini dengan jayanya. Saya dapati bahawa

Program Gotong-royong Ria telah berkesan dalam mempertingkatkan produktiviti kokurikuluk

Page 16: Program Bersepadu Sekolah Sihat

murid Sekolah Kebangsaan Bakap Indah (SKBI). Bukan daripada aspek kokurikulum sahaja,

namun daripada semua aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial, Program Gotong-royong

Ria mampu menyatupadukan warga SKBI dengan komuniti luar melalui gandingan pihak

Persatuan PIBG dan jugan pihak pentadbir sekolah dalam menjayakan program ini.

Daripada sudut aspek jasmani, Program Gotong-royong Ria dilihat dapat melahirkan

warga sekolah yang sihat kerana dengan kerja gotong-royong yang dilaksanakan dengan

bertungkus lumus, masyarakat yang cergas dan sihat akan wujud. Selain itu juga, daripada aspek

rohani pula, jiwa dan hati yang tenang dan tenteram apabial dikelilingi persekitaran yang sihat.

Maka , kadar penyakit akan berkurangan dan SKBI akan mempunyai warga murid dan guru-guru

yang sihat dan sejahtera sentiadsa.

Bagi aspek intelek pula, minda yang bijak dan aktif akan lahir dengan sendirinya jika

persekitaran pembelajaran dan ruang bermain yang disediakan adalah selesa dan kondusif.

Sebagai kesannya, pencapaian akdemik Sekolah Kebangsaan Bakap Indah (SKBI) akan

melonjak naik dan nama SKBI akan harum mewangi di persada negeri.

Akhir sekali, daripada sudut aspek social pula, muri-murid dapat bergaul sesame mereka

dengan mesra dan silaturrahim dapat dieratkan melalui pertandingan-pertandingan kokurikulum

yang mereka ceburi. Murid dapat bersukan dengan ceria dan gembira serta dalam masa yang

sama menjalinkan hubungan yang erat dengan rakan-rakan.

Secara kesimpulannya, setelah menjalankan pemantauan dan penilaian secara terperinci,

saya dapati bahawa Program Gotong-royong Ria sangat berkesan dalam melahirkan warga SKBI

yang bukan sahaja proktif dalam bidang kokurikulum, malah cemerlang, gemilang dan terbilang

dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.

Page 17: Program Bersepadu Sekolah Sihat

4.0 PERSEMBAHAN SLAID POWER POINT

Page 18: Program Bersepadu Sekolah Sihat
Page 19: Program Bersepadu Sekolah Sihat
Page 20: Program Bersepadu Sekolah Sihat

5.0 BIBLIOGRAFI

RUJUKAN BUKU ILMIAH

Teng Boon Tong (1994). Siri Pendidikan Keguruan Longman Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Selangor.

Vasudevan T. Arasoo (1987). Aspek Saintifik Pelaziman Sukan dan Pendidikan Jasmani.

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Petaling Jaya, Selangor.

Weng Eee Hoe (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Edisi Kedua. Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Yusoff Ismail (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM. Penerbit

Fajar Bakti Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

RUJUKAN LAMAN SESAWANG

Website retrieved on 28th June 2013 from :

http://hemsementa.blogspot.com/2013/02/pemantauan-nazir-gotong-royong.html

http://skramuanchinabesar.blogspot.com/2013/01/pelancaran-program-bersepadu-sekolah.html

http://nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/nota-ringkas-pendidikan-kesihatan.html

http://www.slideshare.net/znas77/hbhe3203

http://ehwalmurid.blogspot.com/2012/03/jawatankuasa-kesihatan-sekolah-skop-dan.html