PROGRAM BIJAK LINUS 2014.doc
-
Upload
adriana-wilson -
Category
Documents
-
view
229 -
download
2
Transcript of PROGRAM BIJAK LINUS 2014.doc
PROGRAM BIJAK MEMBACA 2014
1.0 Pendahuluan
Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan
perhatian semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan,
para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan
menulis tidak diberi perhatian baik para pendidik mahu pun ibu bapa. Justeru, wujud
sedikit kepincangan dalam menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru
dan ibu bapa. Oleh yang demikian, Program Bijak Membaca ini dirancang dan
dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran
membaca dan menulis.
2.0 Rasional
Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam
kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, program ini dapat memberi tumpuan
yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya dijalankan dalam kumpulan
kecil.
3.0 Matlamat
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran
membaca dan mengira dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan
seterusnya. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid tegar LINUS.
4.0 Objektif
Membantu murid menguasai kemahiran bacaan.
Mensifarkan murid-murid tegar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian saringan LINUS 2.
Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam Literasi.
5.0 Kumpulan Sasaran
Murid-murid tahun satu ( LINUS biasa dan LINUS tegar)
6.0 Tempat dan Masa
Bilik Pemulihan – murid-murid tegar LINUS.
Bilik Tahun 1 Kreatif
Bilik Tahun 1 Inovatif
Bilik 2 Kreatif
Bilik 2 Dinamik
Bilik 3 kreatif
Hari: Khamis
Masa : 11.50- 12.20
7.0 Jawatan kuasa Induk Program Bijak LINUS 2014
Pengerusi : Puan Hajah Zaiton Hj Usman
Timbalan Pengerusi : Puan Dorin Lasius.( PK 1 )
Naib Pengerusi : Puan Odette Ong ( PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Puan Grace Yong ( PK Ko-ku)
Setiausaha : Puan Adriana Patrick
Bendahari : Puan Azlina Anjun
8.0 Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti
Puan Norziah Bt Ramli – Guru Pemulihan
Puan Debra Emilda Berahim – Guru Pemulihan Khas LINUS
Puan Adriana Patrick – Guru Tahun 1 Inovatif
Puan Naja Baro – Guru Tahun 1 Kreatif/1 Dinamik
Puan Rimah Abdul Jalil - Guru Tahun 2 Kreatif
Encik Ravichandran- Guru Tahun 2 Dinamik
Cik Azlina Anjun-Guru Tahun 3 Kreatif
9.0 Perbelanjaan Program
Penggunaan kertas untuk fotostat bahan ditanggung oleh pihak sekolah.
10.0 Penutup dan Rumusan
Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua
jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang dicitakan. Diharapkan
bilangan murid-murid yang tegar dapat dikurangkan dan jumlah memasuki kumpulan
Arus Perdana semakin bertambah.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
( PUAN ADRIANA PATRICK ) ( PUAN HAJAH ZAITON HJ USMAN )
Setiausaha Program Bijak LINUS
Sekolah Kebangsaan Bahang Penampang.
___________________________
SK BAHANG PENAMPANGPETI SURAT 712,
89507, KOTA KINABALU, SABAH
___________________________
KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK MEMBACA
2014