Program Gotong Royong

14
SEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHNSON 71760 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN RABU 3 APRIL 2013 MASA 2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG TEMPAT SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHNSON ANJURAN KADET REMAJA SEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHNSON KUMPULAN SASARAN 5 PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU

description

kl

Transcript of Program Gotong Royong

SEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHNSON71760 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU SURAU

RABU3 APRIL 2013

MASA2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG

TEMPATSURAU SEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHNSON

ANJURANKADET REMAJA SEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHNSON

KUMPULAN SASARANGURU-GURU DAN AHLI KADET REMAJA SEKOLAH

PendahuluanSekolah L.B Johnson dibawah unit uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah akan mengadakan program gotong royong membersihkan Surau Sekolah. Murid-murid bersama-sama guru akan membersihkan kawasan surau sekolah bagi menceriakan Surau dan mempertingkat kebersihan sebagai tempat melakukan aktiviti keagamaan bagi keselesaan warga sekolah khasnya kepada murid-murid.Program gotong royong dilaksanakan bagi memupuk semangat cintakan surau sekolah sama ada dikalangan guru tau murid khususnya warga sekolah.Pada masa yang sama juga ianya dapat mewujudkan menimbulkan kesedaran tentang betapa pentingnya keceriaan surau sekolah seterusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar. Gotong royong yang diadakan ini melibatkan kerja-kerja pembersihan seperti mengemas kawasan dalam surau dan juga kawasan luar surau. Bagi meicinkan perjalanan gotong royong ini, setiap orang yang terlibata akan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan yang telah diagihkan. Antara tugasan yang diagihkan dalam aktiviti gotong royong ini termasuklah membersihkan tingkap, mengemas telekong,membersihkan lantai, mengelap kipas dan juga mebersihkan longkang diluar surau.

1.0 Rasional1.1 membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan surau1.2 Memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti dalam suasana yang ceria,selesa,bersih dan harmoni sewaktu menjalankan aktiviti.1.3 Menanam rasa cintakan kebersihan bersesuaian dengan tuntutan agama.1.4 Menyemai perasaan sayangkan surau dengan keinginan untuk beribadah terutamanya kepada murid tahun enam waktu menunggu kelas tambahan bermula.

2.0 Objektif 2.1 Merapatkan silaturrahim diantara guru dan murid sekolah Kebangsaan L.B Johnson.2.2 Memberi peluang kepada murid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum2.3 Memberi pendedahan kepada guru membimbing, mengurus, memanduMemimpin dan sebagainya.2.4 mendidik murid dengan amalan menjaga kebersihan tempat untuk melakukan ibadah

3.0 Matlamat Program3.1 Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dalam menyediakan suasana surau yang lebih ceria, selesa serta perasaan seronok untuk ke surau dalam menimba ilmu duwaktu pagi dan petang.3.2 Mewujudkan surau yang ceria sbagai tempat menuntut ilmu terutamanya fardu ain.3.3 Sebagai salah satu program tahunan yang dijalankan unit beruniform Tunas kadet Remaja Sekolah.3.4 Sebagai memenuhi matlamat akitiviti kokurikulum Unit beruniform Tunas kadet Remaja Sekolah

4.0 Pelaksanaan 4.1 Tarikh : 3 April 2013 4.2 Tempat : Surau Sekolah Kebangsaan L.B Johnson 4.3 Masa : 2.30 5.00

JAWATANKUASA PENGELOLAPROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHNSON

PENASIHAT : Tn. Haji Isahak bin Manap (Guru besar )PENGERUSI : Pn. Siti Hawa bt Abdullah (GPK Kokurikulum)NAIB PENGERUSI 1 : En Rohaimi bin IshakNAIB PENGERUSI 2 : Pn Nor Fazilah Bt BakiPENYELARAS : Pn Kartini bt YaacobSETIAUSAHA : En Mokhtar Bin NordinBENDAHARI : Pn. Noraziran bt Mohammad AJK Membersih kawasan luar surau AJK Kawasan dalam surau1. Pn. Mas Idayu Saleh (Guru) 1. Pn. Norhayati Mamat (Guru)2. Danial Harith B Azmi (murid) 2. Nur Shahirah Bt Ali(murid) 3. Mohamad Shahrul B Ali (murid) 3. Ayu Athirah Bt Zahri(murid)4. Zulhelmi B Samad(murid) 4. Nur Atikah Bt Idris(murid)5. Ahmad Naeim B Azhar(murid) 5. Nor Hanis Izzati Bt Kamal(murid) AJK Membersih Tingkap AJK Membersih Tandas Surau1. Pn. Delvinder (Guru) 1. Pn Siti Fairus (guru)2. Siti Fatimah Bt Ahmad(murid) 2. Danesh a/l Panjavarnam(murid)3. Nur Adriana Fitrin B Salleh (murid) 3. Aidif B Shamin(murid)4. Nurul Hasnanisya Bt Abdullah (murid) 4. Mohd Faid B Sulaiman(murid) 5. Syazana Bt Abdul Aziz (murid) 5. Zulfadzli B Rahman(murid)

AJK Peralatan Fotografi1. En. Muhd Hafiz 1. Pn. Siti Zaleh Bt Shariff2. En. Rohaimi Ishak 2. En Azam b Ismail

Spesifikasi Tugas Program Gotong Royong Surau Sekolah

BilSpesifikasi TugasLokasiAlatanPerbelanjaan

1Membersihkan tingkap-Dalam surau-Sabun-Kain Rm 10

2Membersih longkangTandas Surau-Luar surau-Berus lantai-sabunRm 10

3Keceriaan Surau-Memasang langsir tingkap surau-Kain langsirRm

4 Jamuan guru dan murid-Kantin-Bihun goreng -Air SirapRm 3.00x

5Membersih sampah -Dalam dan luar surau-Beg Plastik sampahRm 10

Tentatif Program

MasaAktiviti

02.00Berkumpul di Tapak Perhimpunan

02.10Taklimat gotong royong dan pembahagian lokasi

02.30Gotong royong bermula

04.40Berkemas dan membersihkan alatan

05.00Rehat dan jamuan

Penutup:Program Gotong Royong adalah sempena memenuhi aktiviti tahunan kokurikulum Unit Beruniform Tunas Kadet remaja Sekolah dapat dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutamanya murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan L.B Johnson. Semoga program ini dapat membantu menceriakan surau sekolah agar mencapai slogan Surauku, rumahku.Disediakan oleh: Disemak Oleh:

.. .(Mokhtar B Nordin) (Siti Hawa bt Abdullah) Setiausaha GPK Kokurikulum SK LB Johnson

Disahkan Oleh:

.Isahak b. ManapGuru Besar SK LB JohnsonLAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIH SURAUSEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHSON

1.0 Pendahuluan

Pada 3 April 2013, satu Program gotong royong membersihkan suarau sekolah Kebangsaan L.B Johnson telah diadakan di bawah anjuran Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. Ianya merupakan salah satu Program yang terkandung dalam aktiviti tahunan Unit Beruniform TKRS. Program ini melibatkan kerjasama antara guru dan murid Badan Beruniform TKRS. Tujuan program ini dianjurkan bagi memupuk kesedaran dikalangan murid betapa pentignya epnjagaan kebersihan terutamanya di kawasan surau sebagai tempat menl\jalankan aktiviti yang berbentuk ibadat. Disamping ianya bertujuan memupuk serta menjalinkan kerjasama dikalangan guru dan murid.

2.0 Tujuan dan Objektif Tujuan serta objektif diadakan aktiviti gotong-royong ini menjadikan surau sekolah bersih, kemas, selamat bagi menjalankan aktivit yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran. Memupuk semangat cintakan kebersihan disamping dapt menghapuskan pembiakan nyamuk yang boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti demam denggi. Aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan memberi hasil serta manfaat seterusnya keselesaan kepada Pengguna surau. Kawasan surau yang bersih dapat memberi kelesaan dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.

3.0 Aktiviti2.00 Petang (Berhimpun di Dewan) Program dimulakan yang mana murid-murid serta guru-guru mula berkumpul di Dewan Perhimpunan untuk mendengar sesi taklimat sebelum bermulanya Program gotong royong. Murid- mruid adalah terdiri daripada ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah Kebangsaan L.B Johnson dibawah pimpinan guru-guru TKRS.

2.10 Petang (Sesi Taklimat) Murid-murid mendengar taklimat daripada cikgu Nur Fazilah Muhd Baki iaitu salah seorang guru TKRS. Beliau memberi penerangan terhadap aktiviti gototng royong yang melibatkan pembahagian kawasan kepada beberapa kumpulan murid yang diketua oleh guru-guru TKRS. Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan yang mana setiap kumpulan telah ditugaskan kepada tugasan tertentu seperti membersih kawasan dalam surau seperti membersih kipas, penyusunan peralatan surau ketempat yang dikahskan,melipat telekong serta sejadah. Adapun kumpulan murid yang terlibat di kawasan luar surau tertumpu kepada aktiviti membersih longkang, tandas surau, sampah sarap yang terdapat di sekitar surau.

2.30 Petang (Gotong royong) Program gotong bermla setelah selesai sesi taklimat dan murid murid serta guru-guru bergerak mengikut aktiviti yang telah dibahagikan. Sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid serta guru-guru memberikan kerjasama yang cukup memberangsang yang mana aktiviti berjalan dalam keadaan santai serta seronok. Guru-guru pula disamping menyelia murid, turut memberikan komitmen yang baik dengan turut bersama-sama murid membersihkan kawasan surau. Aspek keselamatan sentaisa dibawah kawalan guru sepanjang gotong royong berjalan. Aktiviti gotong royong berakhir lebih kurang pada jam 4.30 petang. Hasil kerjasama guru serta murid telah mewujudkan keadaan surau yang lebih bersih serta ceria.

4.40 PetangSetelah selesai aktiviti gotong royong, murid-murid dan guru turut bersama-sama mengemas peralatan di tempat yang dikhaskan.

5.00 PetangMurid-murid serta guru-guru bersama sama menikmati jamuan yang telah disediakan setelah selesai mengemas peralatan gotong-royong. Guru-guru mengucapkan terima kasih kepada murid atas kerjasama yang diberikan sepanjang akitiviti ini dijalankan.

GAMBAR GAMBAR SEPANJANGPROGRAM GOTONG-ROYONG SURAU12