PROGRAM KAUNSELING BIL TAHAP PENGAJIAN...
-
Upload
vuongkhuong -
Category
Documents
-
view
232 -
download
2
Transcript of PROGRAM KAUNSELING BIL TAHAP PENGAJIAN...
PROGRAM KAUNSELING
1
KAUNSELING
BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
1. Foundation/ Matrikulasi/ Asasi
Sains
(Kaunseling)
1. Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran; atau
2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran
; atau 3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 5 mata
pelajaran; atau 4. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
2. Sijil
(Kaunseling)
(Tahap 3)
1. Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran; atau
2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 1 mata pelajaran;
atau 3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 1 mata
pelajaran; atau 4. Lulus SKM tahap 2 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM; atau
5. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
PROGRAM KAUNSELING
2
KAUNSELING
BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
3. Diploma
(Kaunseling)
(Tahap 4)
1. Lulus SPM / SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran; atau
2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran
;atau 3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 3 mata
pelajaran; atau
4. Lulus SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran; dan
melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
5. Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan
lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran; dan
melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
6. Lulus sijil (tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.0; atau
PROGRAM KAUNSELING
3
KAUNSELING
BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran; atau
8. Lulus STAM (pangkat maqbul); atau
9. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
4. Ijazah Sarjana Muda
(Kaunseling)
(Tahap 6)
1. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 2 mata pelajaran; atau
2. Lulus STAM (pangkat jayyid); atau
3. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 5 mata pelajaran;
atau 4. Lulus Matrikulasi/ Foundation/ Asasi dari mana-mana IPTA/ IPTS/ Institusi yang
dibenarkan menawarkan program foundation dengan mendapat PNGK 2.00; atau
5. Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
6. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
PROGRAM KAUNSELING
4
KAUNSELING
BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
5. Postgraduate Certificate/
Diploma
(Kaunseling)
(Tahap 7)
1. Ijazah sarjana muda bidang berkaitan dengan PNGK 2.5 ke atas; atau 2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
6. Ijazah Sarjana
(Kaunseling)
(Tahap 7)
Ijazah Sarjana secara Mod Campuran dan Penyelidikan
1. Ijazah sarjana muda dengan PNGK minimum 2.75 atau yang setara dengannya, seperti yang diterima oleh Senat PPT; atau
2. Ijazah sarjana muda atau yang setara dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75, boleh diterima masuk bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
3. Ijazah sarjana muda atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan.
Ijazah Sarjana secara Kerja Kursus 1. Ijazah sarjana muda dengan PNGK minimum 2.50 atau yang setara dengannya,
seperti yang diterima oleh Senat PPT; atau
2. Ijazah sarjana muda atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK
PROGRAM KAUNSELING
5
KAUNSELING
BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan.
7. Ijazah Kedoktoran (Semua
bidang Komunikasi/ Media,
Kaunseling, Kemanusian,
Psikologi, Pendidikan)
(Kaunseling)
(Tahap 8)
Ijazah Kedoktoran (PhD) secara Kerja Kursus & Mod Campuran dan Penyelidikan 1. Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh senat PPT; atau
2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengan ijazah sarjana yang diterima
oleh senat PPT. Ijazah Kedoktoran (PhD) secara Hasil Kerja Diterbitkan Pemohon wajib mempunyai penerbitan yang menyumbang kepada kesarjanaan ilmu dalam bidang dan diakui oleh kalangan akademik. Permohonan formal wajib dikemukakan ke Pejabat Pendaftar dan mesti merangkumi:
i. minimum lima penerbitan yang sejajar dengan tema kepakaran; ii. ringkasan eksekutif penerbitan yang menunjukkan sumbangan pemohon kepada
ilmu dalam bidang berkenaan; dan iii. senarai kesarjanaan hasil kerja diterbitkan.
Nota: Satu Jawatankuasa Pemilihan wajib ditubuhkan untuk menyemak permohonan formal PhD secara hasil kerja diterbitkan dan mengesyorkan kepada Senat untuk kemasukan calon. Untuk calon antarabangsa, syarat kecekapan bahasa wajib ditentukan oleh Senat PPT.
PROGRAM KAUNSELING
6
KAUNSELING
BIL TAHAP PENGAJIAN (MQF) SYARAT KELAYAKAN MASUK
Nota:
i. Tiada kemasukan terus daripada tahap ijazah sarjana muda ke tahap ijazah kedoktoran.
ii. Calon yang mendaftar untuk program tahap ijazah sarjana dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.67 pada tahap ijazah sarjana muda boleh memohon untuk menukar pendaftaran pengajian ke program ijazah kedoktoran, tertakluk kepada ketetapan berikut: a) telah menunjukkan kompetensi dan kebolehan dalam menjalankan
penyelidikan pada tahap ijazah kedoktoran b) mendapat kelulusan daripada Senat PPT.