Program pemantapan akademik pmr khb2012

5
LAPORAN PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK PMR MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TOPIK TINGKATAN SATU BAHAGIAN TERAS (PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL/EKONOMI RUMAH TANGGA) TAHUN 2012 DI SEDIAKAN OLEH: PUAN ROHANA BINTI JANTAN GURU CEMERLANG MATA PELAJARAN KHB SMK DATO’ HAJI TALIB KARIM 78000 ALOR GAJAH, MELAKA - 1 - PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK KHB (KT/ERT) Created by:RJ/GC-.KHB/SMKDHTK/MEI/2012

Transcript of Program pemantapan akademik pmr khb2012

Page 1: Program pemantapan akademik pmr khb2012

LAPORAN

PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK PMR MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

TOPIK TINGKATAN SATU BAHAGIAN TERAS(PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL/EKONOMI RUMAH TANGGA)

TAHUN 2012

DI SEDIAKAN OLEH:

PUAN ROHANA BINTI JANTANGURU CEMERLANG

MATA PELAJARAN KHBSMK DATO’ HAJI TALIB KARIM78000 ALOR GAJAH, MELAKA

- 1 -PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK KHB (KT/ERT)

Created by:RJ/GC-.KHB/SMKDHTK/MEI/2012

Page 2: Program pemantapan akademik pmr khb2012

26hb. MEI, 2012PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK PMR

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TOPIK TINGKATAN SATU BAHAGIAN TERAS

(PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL/EKONOMI RUMAH TANGGA)TAHUN 2012

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di SMK Dato Haji Talib Karim terdiri dari dua pilihan iaitu Kemahiran Teknikal dan Kemahiran Ekonomi Rumah Tangga. Pelajar-pelajar diberi pilihan untuk memilih pilihan yang mereka minati. Dalam usaha untuk membantu pelajar-pelajar ini mengingati semula apa yang telah dipelajari semasa tingkatan 1 (2010), maka program ini telah dirancang untuk dilaksanakan semasa cuti sekolah pertengahan semester. Ini betujuan untuk mengisi masa lapang yang ada serta tidak mengganggu proses p&p guru-guru yang lain khususnya guru-guru KHB yang ingin menghabiskan silibus tingkatan 3. Program yang penuh bermakna ini akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh GC KHB bersama Ketua Panitia KHB SMK Dato Haji Talib Karim agar semua pelajar mendapat manfaatnya.

Setiap usaha yang murni pasti ada kejayaan. Oleh yang demikian diharap setiap pelajar akan menggunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin. Insyaalah setiap usaha dan pengorbanan yang dilakukan pasti Allah menjanjikan kejayaan. ”Tidak akan berubah nasib seseorang itu, kecuali dia ingin berubah”.

2.0 MATLAMAT

Memberi peluang kepada semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PMR pada tahun 2012 mengikuti program yang telah dirancang ini dalam usaha menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada, mengulangkaji topik-topik semasa tingkatan satu, mengetahui teknik menjawab soalan dengan cara yang betul, mengadakan sessi perbincangan antara guru dan pelajar serta mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

3.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

• Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada serta menguasai topik-topik teras tingkatan 1.

• Untuk melatih pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.• Untuk mengeratkan silaturahim diantara guru-guru KHB dan pelajar-pelajar

SMKDHTK.

- 2 -PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK KHB (KT/ERT)

Created by:RJ/GC-.KHB/SMKDHTK/MEI/2012

Page 3: Program pemantapan akademik pmr khb2012

4.0 SASARAN Sasaran bagi program ini ialah:

• Semua pelajar-pelajar dari tingkatan 3 yang akan mengambil PMR tahun 2012 bagi mata pelajaran KHB pilihan KT/ERT.

5.0 PENGANJUR PROGRAM

Program ini telah dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDHTK. Manakala perlaksanaan program ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh:

• Guru Cemerlang KHB, SMK Dato Haji Talib Karim.• Ketua Panitia KHB, SMK Dato Haji Talib Karim.

6.0 JAWATAN KUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Saminah binti Jantan (Pengetua)Pengerusi : Tn. Hj. Abd. Gafar bin Suboh (GPK 1)Naib Pengerusi : Encik Mazlan bin Hashim (GKMP Unit T&V)Penyelaras : Puan Nik Maslina Nik Mahmood (Guru UBK)Setiausaha : Pn. Rohana binti Jantan (GC KH)

AJK:

• Fasilitator/ Penyediaan Set Soalan : Puan Rohana JantanEncik Haszlan Abd. Rashid.

• Persiapan Tempat/Siaraya:Encik Haszlan Abd. Rashid.

• Jamuan:Puan Rohana binti Jantan.

7.0 HARI / TARIKH / TEMPAT

Hari : Sabtu Tarikh : 26hb. Mei, 2012Masa : 8.00 – 10.00 pagiTempat : Dewan Besar, SMKDHTK.

8.0 TAKWIM PERLAKSANAAN PROGRAM- 3 -

PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK KHB (KT/ERT)Created by:RJ/GC-.KHB/SMKDHTK/MEI/2012

Page 4: Program pemantapan akademik pmr khb2012

• Aktiviti : Pelajar membuat ulangkaji 2 set soalan teras KHB PMR 2012

• Jadual perlaksanaan program adalah seperti di dalam jadual dibawah:

Sesi/ Masa Topik Soalan Guru BertugasSesi 18.00-9.00 am

• Pengurusan dan Organisasi Bengkel.

• Jahitan• Tanaman Hiasan.

Set 1(60

soalan)

Puan Rohana binti Jantan

Sesi 29.00-10.00 am

• Reka Bentuk & Teknologi.• Kerja Paip• Elektrik

Set 2(60

soalan)Encik Haszlan Abd Rashid

** Set soalan rujuk pada lampiran.

9.0 PENUTUP

Dengan semangat kerjasama yang jitu, komitmen yang positif serta minat dan kesungguhan dari guru dan pelajar-pelajar yang bergabung tenaga untuk menjayakan program ini diharap akan dapat mencapai sasaran serta objektif yang telah gariskan. Dengan penyertaan pelajar-pelajar di dalam program ini juga diharap dapat membantu pelajar-pelajar dalam membuat persiapan diri sebelum tibanya hari peperiksaan, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar dan menguasai semua topik mata pelajaran teras tingkatan 1 KHB bagi kedua-dua aliran, seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar bagi mata pelajaran KHB di sekolah ini. Dengan usaha berterusan ini sudah pasti akan melonjakkan peratus keputusan peperiksaan bagi matapelajaran KHB, PMR 2012 nanti. Insyaalah.

Di sediakan Oleh: Di sahkan Oleh:

......................................................... ..............................................Puan Rohana binti JantanGuru CemerlangUnit Panitia KHB 2012 SMK Dato Haji Talib Karim

- 4 -PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK KHB (KT/ERT)

Created by:RJ/GC-.KHB/SMKDHTK/MEI/2012

Page 5: Program pemantapan akademik pmr khb2012

LAMPIRAN

SET SOALAN 1

TOPIK: PENGURUSAN & ORGANISASI BENGKEL

JAHITANTANAMAN HIASAN

SET SOALAN 2

TOPIK:REKABENTUK & TEKNOLOGI

ELEKTRIKKERJA PAIP

- 5 -PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK KHB (KT/ERT)

Created by:RJ/GC-.KHB/SMKDHTK/MEI/2012