Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter...
-
Upload
hoangthuan -
Category
Documents
-
view
267 -
download
1
Transcript of Program Pengindahan dan Mengecat Bangunan Lama di Pekan … · mempunyai trek sepanjang 250 meter...
AS
PIR
AS
I...
KANDUNGAN
1. Malaysia Vision Valley (MVV)
2. MyHSR Kuala Lumpur –Singapura @ Seremban
3. Pelaburan Kilang Bertaraf Antarabangsa
4. Bandaraya Lembah Ilmu
5. Kemudahan Sukan Untuk Orang Awam
6. Sudut UJANG & Den Sayang Nilai
7. Lorong Seni @ Seremban
9. Dewan Dan Pusat Komuniti Rakyat
10. Pusat Cyber Rakyat & Pusat Internet 1 Malaysia
11. IGEM 2016 @ Kuala Lumpur Convention Centre
12. Program GoGreen Di Sekolah
13. Program ‘Make A Pledge And Plant A Tree’
14. Program Gotong Royong Penduduk
15. Festival Taman Tasik Seremban
16. Karnival Tahun Baru 2018 @ Dataran Nilai
Aspirasi Seremban
ISI
8. Program Pengindahan Bandar Seremban Dan Nilai
Ini merupakan satu risalah yang memaparkan hasrat dan pencapaian Majlis
Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai menjelang ke arah Majlis Bandaraya Seremban
Peta Mural Ujang & Lorong Seni
Aspirasi Ke Arah Pembangunan Negara Maju Yang Mampan 1. Malaysia Vision Valley (MVV)
Malaysia Vision Valley (MVV) merupakan projek pembangunan
ekonomi bersepadu baharu, meliputi beberapa kluster strategik
yang bertujuan untuk melengkapi pembangunan di Lembah klang,
khususnya di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ia dibangunkan secara
berfasa sehingga tahun 2045.
Pembangunan yang meliputi kawasan seluas 153,000
hektar di daerah SEREMBAN dan Port Dickson akan dibahagikan
kepada lima kluster strategik iaitu Central Business District, Nature
City, Edu-Tech Valley, Tourism and Wellness serta New Liveable
Township.
Aspirasi Infrastruktur Bertaraf Antarabangsa 2. MyHSR Kuala Lumpur –Singapura @ Seremban
Projek HSR merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara
dan dijangka akan membuka kira-kira 30,000 peluang pekerjaan dan
menjana ekonomi untuk Malaysia dan Singapura. Projek HSR yang
disasarkan bermula operasi pada 2026, akan mempunyai lapan stesen
iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, SEREMBAN, Ayer Keroh, Muar, Batu
Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.
Pusat perhentian yang berada di tengah-tengah jajaran Malaysia
Vision Valley (MVV) iaitu Perhentian MyHSR Seremban ini
menggabungkan elemen keindahan hijau, pembangunan futuristik dan
kemegahan warisan Istana Sri Menanti yang bertindak sebagai istana
kediaman dan pusat pemerintahan kerabat DiRaja Negeri Sembilan.
Terdapat kawasan Perindustrian yang terancang & sistematik di Bandar
Enstek & Bandar Sri Sendayan yang telah menjadi hub pelaburan industri
teknologi tinggi.
Dengan penyediaan Infrastruktur yang lengkap telah berjaya menarik
pelaburan yang tinggi daripada pihak syarikat dari luar negara bertaraf
global seperti Coca-Cola, Kellogs, Safran Landing Systems, Hino Motor,
Jowat Manufacturing dan Mission Foods.
Pelaburan dari syarikat bertaraf global dan juga syarikat tempatan ini
telah memberi impak dan imej yang yang baik kepada kawasan
perindustrian di Bandar Enstek dan Bandar Sri Sendayan.
Aspirasi Pelaburan Perniagaan & Industri Teknologi Tinggi 3. Pelaburan Kilang Bertaraf Antarabangsa
Kecemerlangan pendidikan telah menjadi agenda utama kerajaan Negeri
Sembilan dan ia akan terus dibangunkan pada masa hadapan sesuai
dengan harapan menjadikan negeri ini sebagai 'Lembah Ilmu' dan nadi
mengeluarkan modal insan keperluan negara.
Antara Institusi Pendidikan Awam yang berada di Seremban dan
Nilai adalah Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM), Politeknik Nilai, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kolej Tuanku
Kursiah, Institut Aminuddin Baki dan beberapa institut pendidikan swasta
yang lain.
Aspirasi Ke Arah Pendidikan Yang Cemerlang 4. Bandaraya Lembah Ilmu
Velodrom Nasional Malaysia dibina pada Januari 2015 di Nilai
mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu
jenis spruce dengan kapasiti 1,800 tempat duduk penonton serta
dilengkapi kemudahan seperti ruang pejabat, surau serta 20 fasiliti
untuk kegunaan orang kurang upaya (OKU). – kredit foto BERNAMA
(2017) dan Utusan (2018)
Bagi memenuhi keperluan komuniti, Pihak Majlis juga telah
mengambil inisiatif bagi membudayakan aktiviti riadah dan sukan
dengan menyediakan kemudahan gelanggang futsal di beberapa
kawasan perumahan yang strategik untuk kegunaan masyarakat
setempat. Majlis juga giat menaik taraf stadium yang sedia ada
seperti Stadium Tunku Abdul Rahman (STAR) dan Stadium Tertutup
Nilai setanding stadium bertaraf antarabangsa sebagai langkah untuk
menyemarakkan semangat kesukanan di setiap lapisan masyarakat
di Negeri Sembilan terutama di kawasan Seremban dan Nilai.
Aspirasi Ke Arah Kecemerlangan Sukan Negara 5. Kemudahan Sukan Untuk Orang Awam
Aspirasi Ke Arah Bandaraya Perlancongan 6. Sudut UJANG & Den Sayang Nilai
Tanggal 16hb. November 2015 telah berlangsung Majlis
Perlancaran Sudut Ujang di Terminal 1. Majlis perlancaran
tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Seremban (MPS), Y.Bhg. Dato’ Haji Abd Halim
Bin Haji Abd Latif. Ujang berserta pasukannya melakar mural
sepanjang 12 meter di Terminal 1 selama enam hari bermula
pada 26hb. Oktober 2015 dengan kerjasama dari pihak Majlis.
Mural Ujang ini menjadi tarikan baru di mana ia sedikit
sebanyak membantu meningkatkan industri perlancongan dan
menjadi nilai tambah kepada produk di Negeri Sembilan
khususnya di Seremban.
Sehubungan itu, satu lagi tarikan baru adalah struktur
slogan “Den Sayang Nilai” di mana ia telah dirasmikan pada
24hb. Februari 2018 dan menjadi tarikan unik kepada Dataran
Nilai yang menjadi lokasi tumpuan bagi aktiviti riadah dan
santai komuniti Nilai pada waktu petang dan hujung minggu. Ia
telah menjadi mercu tanda yang menarik dan unik kepada
pengunjung di Bandar Nilai.
Aspirasi Ke Arah Bandaraya Kreatif Dan Inovatif 7. Lorong Seni @ Seremban
Jika anda berkunjung ke bandar Seremban, salah satu tarikan yang patut
dikunjungi selain Mural Ujang adalah Lorong Seni. Lukisan mural seni
berelemen tiga dimensi (3D) atau dikenali sebagai “Diorama” terletak di
tengah-tengah bandar Seremban sekitar Jalan Dato Lee Fong Yee, Jalan
Tunku Hassan dan Jalan Dato Bandar Tunggal. Kerja-kerja mural ini
mengambil masa sebulan bermula pada 15hb. Nov 2015 untuk disiapkan oleh
pelukis tempatan yang mahir di dalam seni mural tiga dimensi ini.
Terdapat sembilan mural yang telah dihasilkan pada dinding belakang
tujuh premis perniagaan yang berkonsepkan sosio budaya tempatan warga
bandar Seremban yang berbilang kaum dijadikan sebagai tarikan para
pengunjung.
Kewujudan Lorong Seni yang semakin popular dan dikenali ramai itu
bukan sahaja dapat mencantikkan kawasan persekitaran malah menarik minat
pelancong luar untuk mengabadikan kenangan ketika berkunjung di bandar
Seremban.
Aspirasi Pemuliharaan Bandar & Bangunan Warisan 8. Program Pengindahan Bandar Seremban Dan Nilai
Pentadbiran Majlis telah mula melaksanakan
Program Pengindahan Dan Mengecat
Bangunan Warisan di Bandar Seremban
pada tahun 2014 yang melibatkan sebanyak
172 unit dengan kerjasama oleh Syarikat
AxzoNoble Dulux’s Sdn. Bhd. (ICI) dan majlis
perasmian disempurnakan oleh Y.bhg Dato’
Haji Abd Halim Bin Haji Abd Latif.
Manakala di Nilai pula, Program
Pengindahan dan Mengecat Bangunan
Warisan di Pekan Nilai telah bermula pada
25hb. Oktober 2017 dengan kerjasama oleh
syarikat yang sama juga iaitu Syarikat
AxzoNoble Dulux’s Sdn. Bhd. (ICI) di mana
program ini dirasmikan oleh Senator YB
Datuk Chong Sin Woon .
Memenuhi tanggungjawab sosial dan juga keperluan rakyat, Majlis telah membina beberapa
Dewan dan Pusat Komuniti yang akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar.
Pembinaan Dewan-dewan dan Pusat Komuniti ini adalah bagi menyahut hasrat Kerajaan
Negeri untuk menyediakan kemudahan asas kepada aktiviti kemasyarakatan seperti majlis
perkahwinan, keramaian dan aktiviti riadah.
Antara beberapa Dewan dan Pusat Komuniti baru siap dibina adalah di kawasan
penempatan Sikamat, Senawang, Mantin, Batang Benar, Seremban Jaya dan Sendayan selain itu
Majlis telah merancang beberapa pembinaan Dewan dan Pusat Komuniti di kawasan lain di masa
hadapan.
Aspirasi Tanggungjawab Sosial Kepada Rakyat 9. Dewan Dan Pusat Komuniti Rakyat
Pusat Cyber Rakyat & Pusat Internet 1 Malaysia dibina untuk
memberikan kemudahan kepada para pelajar sekolah untuk
mendapatkan bahan dan maklumat dalam menyelesaikan tugasan
pembelajaran di sekolah. Pembelajaran pada hari ini tidak lagi
bergantung kepada buku teks sahaja tetapi perlu mendapatkan
maklumat secara meluas tanpa sempadan di hujung hari.
Antara beberapa Pusat Cyber Rakyat & Pusat Internet 1 Malaysia
yang baru siap di bina untuk kemudahan awam adalah di Rantau,
Mantin, Broga, Labu & Lenggeng.
Aspirasi Ke Arah Dunia Tanpa Sempadan 10. Pusat Cyber Rakyat & Pusat Internet 1 Malaysia
Pentadbiran Majlis telah turut serta menyertai
pameran International Greentech & Eco Product
Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) yang
merupakan anjuran tahunan oleh pihak
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
(KeTTHA) yang telah diadakan pada 05 – 08hb
Oktober 2016 bertempat di Kuala Lumpur
Convention Center.
Program ini adalah bertujuan untuk
meneruskan usaha dalam memacu pembangunan
industri teknologi hijau di negara ini dan menjadikan
Malaysia sebagai hab Teknologi Hijau di rantau
Asia. Penyertaan Pentadbiran Majlis dengan
pemain-pemain industri di sekitar Negeri Sembilan
adalah untuk mempamerkan projek atau inisiatif
pembangunan teknologi hijau yang telah atau
sedang dijalankan serta produk dan perkhidmatan
hijau yang ditawarkan di negeri masing-masing
sebagai usaha untuk merealisasikan Dasar
Teknologi Hijau.
Booth pameran Kerajaan Negeri Sembilan
yang diterajui oleh pihak Pentadbiran Majlis
bersama-sama dengan pihak agensi Kerajaan dan
juga pihak swasta yang lain telah mendapat tempat
kedua bagi kategori “Best State Booth Award” pada
pameran tersebut dan telah disampaikan oleh YB.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili,
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air.
Aspirasi Ke Arah Bandaraya Teknologi Hijau 11. IGEM 2016 @ Kuala Lumpur Convention Centre
Aspirasi Kesedaran Budaya Bumi Hijau 12. Program GoGreen Di Sekolah
Program Go Green merupakan salah satu program kerjasama
Corporate Social Responsibility (CSR) di antara Pihak Pentadbiran
Majlis bersama pihak Pemaju yang menjalankan pembangunan di
kawasan Majlis dan juga pihak sekolah yang dipilih oleh
Jawatankuasa Teknologi Hijau Majlis.
Program ini melibatkan beberapa aktiviti-aktiviti bersifat
Teknologi Hijau yang telah dijalankan di kawasan sekolah pada
tarikh dan masa yang ditetapkan. Program Go Green ini secara
tidak langsung dapat memberikan kesedaran serta galakkan
kepada golongan sasaran akan kebaikan dan tanggungjawab dalam
penjagaan alam sekitar melalui aktiviti penanaman pokok atau
rumput yang juga merupakan satu kaedah untuk memulihara alam
sekitar dan sumber semulajadi.
Sepanjang program dijalankan pelbagai aktiviti
dan pengisian telah diadakan dan diantaranya
adalah:
1. Aktiviti penanaman rumput atau pokok
sumbangan pihak Pemaju
2. Pertandingan Mewarna bagi Tahun 1 –6
3. Pertandingan rekabentuk Model ( BEBAS )
dari bahan-bahan terpakai/terbuang
4. Pameran oleh Agensi Kerajaan / Jabatan
Majlis / Pemaju
5. Booth Jualan oleh Pengusaha Industri
Teknologi Hijau
Pihak Pentdabiran Majlis dengan kerjasama Malaysia Institute
of Planner (MIP) telah mengadakan MAKE A PLEDGE AND
PLANT A TREE di Taman Awam Nilai pada 18 November 2017.
Program ini telah di sertai seramai lebih 300 peserta bagi
menjayakan penanaman pokok sebanyak 250 batang dengan
pelbagai jenis.
Program ini melibatkan 22 penyumbang pokok yang
terdiri daripada Pemaju, Perunding dan Individu.
Program yang sama juga diteruskan ke sekolah-sekolah
di bawah Projek Landskap Dan Keceriaan Sekolah anjuran
Pihak Pentadbiran Majlis & Sekolah-sekolah sekitar.
Aspirasi Ke Arah Pemuliharaan Alam Semulajadi 13. Program ‘Make A Pledge And Plant A Tree’
Pihak Pentdabiran Majlis memberi komitmen tinggi kepada program
gotong royong yang diadakan setiap minggu dengan kerjasama
persatuan penduduk taman perumahan bagi memupuk budaya
persekitaran bersih dan sihat di kawasan perumahan.
Membudayakan aktiviti gotong royong di kalangan masyarakat
pada hujung minggu dengan secara langsung mengeratkan ikatan
ukhwah di kalangan komuniti.
Aspirasi Ke Arah Bandaraya Zon Bersih Dan Sihat 14. Program Gotong Royong Penduduk
Tahun 2015 dan 2016 telah menyaksikan kejayaan
Pentadbiran Majlis di dalam penglibatan bersama
masyarakat setempat dan luar di mana dengan
julung kalinya Pihak Pentadbiran Majlis telah
mengadakan program bersama masyarakat iaitu
Festival Taman Tasik Seremban.
Festival Taman Tasik ini diadakan bertujuan
untuk mendekati masyarakat tempatan dan luar
agar tiada jurang diantara rakyat dengan kerajaan
tempatan.
Antara program pengisian dan aktiviti yang
telah diadakan adalah seperti Pertandingan
Memancing, Pertandingan Auto Show, Pertandingan
Mewarna, Pertandingan Model Kanak-kanak,
Pertandingan Kucing dan macam-macam lagi.
Aspirasi Penglibatan Kemasyarakatan 15. Festival Taman Tasik Seremban
Karnival Tahun Baru & Malam Ambang 2018 anjuran Pihak
Pentadbiran Majlis dengan kerjasama 9 syarikat pemaju perumahan
pada 31 Disember 2017, yang diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
Pelbagai aktiviti santai bersama ribuan warga Nilai sepanjang
hari diadakan sepanjang Majlis ini berlangsung di Dataran Nilai seperti
senamrobik, cabutan nombor bertuah, permainan air kanak-kanak dan
macam-macam lagi. Selebriti-selebriti tempatan juga turut menyerikan
karnival ini seperti kehadiran penyanyi Dato’ Hattan serta Siti Nordiana.
Aspirasi Ke Arah Seremban Yang Gemilang 16. Karnival Tahun Baru 2018 @ Dataran Nilai
Kami warga
Majlis Perbandaran Seremban & Majlis Perbandaran Nilai
Ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada
Y.A.B DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Serta semua yang telah bersama-sama di dalam
menyumbangkan idea dan tenaga bagi membantu kami di dalam
merealisasikan aspirasi-aspirasi yang ingin dicapai.