Projek Kata Tugas
-
Upload
yolandac04 -
Category
Documents
-
view
51 -
download
9
description
Transcript of Projek Kata Tugas
Kata TugasKata Prafrasa
Kata Pascakata
DISEDIAKAN OLEH:
YOLANDA CHANDIE NICHOLASSITI HAJA DAUD
STEWART PADAN
Kata prafrasa dan kata pascafrasa sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan sesudah frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
Kata prafrasa iaitu perkataan yang hadir
sebelum frasa, mengandungi sembilan jenis:
1. Kata bantu2. Kata penguat3. Kata penegas4. Kata nafi5. Kata pemeri6. Kata sendi nama7. Kata arah8. Kata bilangan9. Kata adverba
1. Kata bantu
Kata bantu hadir sebelum frasa, ialah sejenis
perkataan yang bertugas membantu frasa
kerja,frasa adjektif, dan frasa sendi nama iaitu
menimbulkan makna tambahan dari segi aspek
waktu atau ragam.a) Kata bantu aspek
Suasana perbezaan masa,iaitu sama ada masa
lampau,masa kini,atau masa hadapan.
Contoh:
telah,sudah,baru,pernah,sedang,masih,akan,belu
m
b) Kata bantu ragam
• Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan
yang dilakukan.
• Contoh:
hendak,mahu,harus,mesti,boleh,dapat,enggan,pa
tut dan mungkin
Kata Penguat
• Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif.
• Berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.
• Tiga jenis kata penguat:a) Kata penguat hadapanb) Kata penguat belakangc) Kata penguat bebas
Kata penguat hadapan
• perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif.
• Contoh:a. terlalub. palingc. agakd. cukupe. makinf. kurang
Kata penguat belakang
• perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
• Contoh:a. sekalib. benarc. betuld. nian
Kata penguat bebas
• perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas,iaitu sama ada di hadapan atau belakang kata adjektif.
• Contoh: amat, sangat, sungguh
Kata Penegas
• Sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
• Dua jenis kata penegas :a. menegaskan hanya frasa prdikat atau
bahagiannya. Contoh, -kah, -tah, -lahb. menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu
frasa nama sebagai subjek atau frasa predikat. Contoh, juga,jua,pun,sahaja,lagi,memang
Kata nafi
• Kata nafi yang hadir sebelum frasa, menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu FN, FK, FA DAN FSN.
• Dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
• Kata nafi bukan menjadi unsur nafi FN dan FSN.
• CONTOH: Makanan itu bukan untuk saya.
• Kata nafi tidak ialah unsur bagi FK dan FA. Contoh: Saya tidak akan datang lagi.
• Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua mendukung maksud pertentangan maklumat.
Kata Pemeri• unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai
antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan dapat dilakukan dua cara, iaitu:
a. secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah
b. secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah
ialah• hadir di hadapan frasa nama contohnya:a. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku
itu ialah masalah moral negara.b. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang
tergolong dalam keluarga Austronesia.
adalah
• hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:
a. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.
b. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan.
KATA SENDI NAMA
STEWART PADAN
KATA SENDI di
• Menunjukkan tempat• Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan
masa
Contoh ayat: Jalir tinggal di Pakan.
KATA SENDI ke
• Menunjukkan tempat arah dan masa
Contoh ayat: 1. David hendak pergi ke Sabah pada bulan
hadapan.2. Cafeteria Rajang ini dibuka dari pukul 6.00
pagi hingga ke pukul 9.00 malam.
KATA SENDI dari
• Menunjukkan tempat dan masa
Contoh ayat: 1. Safawati berasal dari Kabong.2. Usun menunggu Safawati dari pukul tiga
petang tadi.
KATA SENDI daripada
• Tempat datangnya sesuatuAsal kejadian sesuatu bendaPerbandingan
Contoh ayat:1. Amri menerima surat daripada kekasihnya.2. Baju batik ini diperbuat daripada benang
sutera.
KATA SENDI kepada
• Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui.
Contoh ayat:1. Surat jemputan itu ditujukan kepada Khairol.
KATA SENDI pada
• Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
• Keterangan waktu.
Contoh ayat:1. Lukisan itu digantung pada dinding.2. Hujan turun dengan lebat pada pagi
semalam.
KATA SENDI untuk dan bagi
• Menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan
Contoh ayat:1. Hari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi
tabung kewangan sekolah
KATA SENDI demi
• Menunjukkan maksud tujuan
Contoh ayat:1. Kita mesti sanggup berkorban demi negara
yang kita cintai.
KATA SENDI tentang
• Maksud perkara atau hal yang dilakukan
Contoh ayat:1. Encik Ahmad memberitahu
pelajarnya tentang latihan bola sepak yang akan diadakan pada hari Selasa.
KATA SENDI seperti, bagai, umpama dan laksana
• Digunakan untuk membawa maksudperbandingan atau makna persamaan dengan yang lain.
Contoh ayat:1.Pemuda itu berlagak seperti/
umpama/ laksana/bagai orang berada.2. Suaranya
merdu seperti/umpama/ laksana/bagai buluh perindu.
KATA SENDI nama dengan
• Maksud bersama-sama
Contoh ayat:1. Ayah pergi ke pasar dengan adik.
KATA SENDI nama sejak
• Menunjukkan waktu / masa
Contoh ayat:1. Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja
KATA SENDI nama terhadap
• Merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu.
Contoh ayat:1. Setiap pemuda mestilah menanam rasa
hormat terhadap orang yang lebih tua.
KATA SENDI nama akan
• Menunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap“
Contoh ayat:1. Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.
KATA SENDI nama oleh
• Maksud sebab
Contoh ayat:1. Murid-murid yang ponteng sekolah itu
berjaya ditangkap oleh guru disiplin.
KATA SENDI nama hingga dan sampai
• Maksud had masa
Contoh ayat:1. Amin bekerja dari pagi hingga petang.2. Dia bekerja sampai pagi.
KATA SENDI nama dalam dan antara
• Sendi nama "di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk menunjukkan arah / tempat.
Contoh ayat: 1. Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.2. Daniel masuk ke dalam rumahnya
TUTORIAL 19
Disediakan oleh:Siti Haja Daud
• KATA ARAH• KATA BILANGAN• KATA ADVERBA• KATA PENEKAN• KATA PEMBENDA
TUTORIAL 19
KATA ARAH
• Sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan
KONSEP
• atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara, dan sebagainya.
CONTOH
TUTORIAL 19
KATA ARAH
CONTOH AYAT
Atas Buku itu ada di atas meja.
Antara Rumah Ahmad terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi.
Bawah Mereka bersembunyi di bawah rumah.
Tepi Petani itu berjalan ke tepi danau.
Belakang Kami mendirikan khemah di belakang rumah.
Tengah Mereka menuju ke tengah padang.
Dalam Tetamu itu berada di dalam dewan.
Luar Pekerja –pekerja itu datang dari luar negeri.
Sisi Anak fatimah sentiasa berada di sisinya.
TUTORIAL 19
Penjuru Orang tua itu duduk bersila di penjuru rumah.
Sudut Dari sudut pandangan mereka, perkara itu wajar.
Segi Mereka membuat pilihan dari segi kefasihan bertutur.
Selatan Penduduknya agak banyak di selatan negara itu.
Samping Anak raja itu bersemayam di samping ayahandanya.
Timur Pergolakan berlaku lagi di timur negeri itu.
Barat Di barat negara kecil itu tanahnya subur.
Hadapan Kita jangan berjalan di hadapan orang tua.
Utara Aizat menaiki kereta api untuk ke utara Semenanjung Malaysia.
TUTORIAL 19
KATA BILANGAN• Kata bilangan ialah sejumlah
perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.
• Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri maknanya.
TUTORIAL 19
JENIS KATA BILANGAN
1. Menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardial
2. Menunjukkan bilangan tak tentu
3. Kata bilangan yang membawa maksud himpunan
4. Kata bilangan yang membawa maksud pisahan
5. Kata bilangan yang membawa maksud pecahan
TUTORIAL 19
MENUNJUKKAN JUMLAH YANG TENTU SIFATNYA DISEBUT
BILANGAN KARDIALDua Dua hari lagi saya akan berangkat ke Paris.
Dua puluh Harga baju itu dua puluh ringgit.
Tiga ratus Jam tangan itu bernilai tiga ratus ringgit.
Sepuluh ribu
Mas kahwin pernikahan Amirul dan Wani sebanyak sepuluh ribu ringgit.
Sejuta Penduduk di Kuching mencecah angka sejuta orang.
TUTORIAL 19
MENUNJUKKAN BILANGAN TAK TENTU
Segala Segala persiapan perkahwinan Wani telah dibuat.
Semua Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.
Para Projek itu melibatkan para guru sekolah rendah.
Beberapa Beberapa orang murid telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan badminton.
Banyak Banyak orang telah menyertai peraduan itu.
Sedikit Sedikit garam dibubuh ke dalam masakan ini.
TUTORIAL 19
Membawa maksud himpunan
Beratus-ratus
Beratus-ratus orang telah kehilangan rumah akibat kebakaran itu.
Ketiga-tiga Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan.
Berguni-guni
Berguni-guni beras telah diterbangkan ke kawasan kebuluran di Afrika.
TUTORIAL 19
Membawa maksud pisahan
Masing-masing
Masing-masing pelajar membawa makanannya sendiri.
Setiap Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan.
Tiap-tiap Kami bertolak pada pukul tujuh pagi tiap-tiap hari.
TUTORIAL 19
Membawa maksud pecahan
Setengah Setiap penduduk kampung itu mendapat setengah ekar tanah daripada kerajaan.
Sepertiga Mereka akan menerima sepertiga bahagian setiap seseorang.
Separuh Separuh hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim.
TUTORIAL 19
• Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.
Lima orang murid
Dua bilah pedang
Beberapa buah kereta
Sebatang jalan
TUTORIAL 19
KATA ADVERBA
Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.
Kata adverba dapat hadir di hadapan dan juga di belakang frasa.
TUTORIAL 19
BENTUK
KATA ADVERBA
Kata Adverba
Jati
Kata Adverba
yang Asalnya
Kata Adjektif
Kata Adverba
yang Asalnya
Kata Kerja
Kata Adverba Bentuk
Gandaan
TUTORIAL 19
a) KATA ADVERBA JATI
• Terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama, yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain
• Contohnya: esok, sering kali, sentiasa, serentak, begitu, lusa, tulat, kelak, sekarang, nyaris, acap kali dan sebagainya
TUTORIAL 19
CONTOH DALAM AYAT • Pelancong itu akan tiba esok dari Amsterdam.• Sejak peristiwa itu, dia sering kali sakit.• Pegawai itu sentiasa sahaja di sini.• Murid-murid tadika menjawab soalan gurunya
secara serentak.• Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu.
TUTORIAL 19
b) KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA ADJEKTIF
• Berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama
• Contohnya: berjalan laju, mengalir lesu, hampir terjatuh, sakit kuat, besar panjang, sering di pejabat dan sebagainya.
TUTORIAL 19
CONTOH DALAM AYAT• Penulis itu membayangkan air sungai itu
mengalir lesu.• Fatimah hampir terjatuh ketika menyidai kain
basuhannya.• Dia pulang apabila mendengar ibunya sakit
kuat.• Anak bongsu Pak Busu sudah besar panjang.• Guru Besar itu sering kali di pejabat.
TUTORIAL 19
c) KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA
• Berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama.
• Contohnya: berjalan mengiring, berenang menelentang, putih berseri, tinggi melangit, hutan menyendiri dan sebagainya.
TUTORIAL 19
CONTOH DALAM AYAT• Ketam ialah haiwan yang berjalan
mengiring.• Pemuda itu suka berenang
menelentang.• Kulit tuan puteri itu putih berseri.• Layang-layang itu tinggi melangit
apabila ditiup angin.• Orang tua itu sering ke hutan
menyendiri.
TUTORIAL 19
KATA ADVERBA BENTUK GANDAAN
• Perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.
• Tiga bentuk kata adverba berganda:- Kata Adverba penggandaan penuh.- Kata Adverba penggandaan separa.- Kata Adverba penggandaan
berentak.
TUTORIAL 19
i. KATA ADVERBA PENGGANDAAN PENUH
• Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya.
• Contoh: betul-betul, pura-pura, sedikit-sedikit, cepat-cepat, jarang-jarang, sama-sama, laju-laju, tinggi-tinggi, malam-malam dan diam-diam.
TUTORIAL 19
CONTOH DALAM AYAT
• Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama terpisah.
• Pemuda itu pura-pura baik sewaktu berhadapan dengan bakal mentuanya.
• Simpanlah duit sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
• Mereka itu berjalan cepat-cepat supaya tidak ketinggalan.
• Kebelakangan ini dia jarang-jarang ke rumah saya.
TUTORIAL 19
ii) KATA ADVERBA PENGGANDAAN SEPARA
• Terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya.
• Dua jenis penggandaan separa iaitu:- Penggandaan separa berawalan- Penggandaan separa berakhiran
TUTORIAL 19
ii) a. SEPARA BERAWALAN
• Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalannya.
• Contoh: bermalam-malam, terkedek-kedek, sepandai-pandai, teresak-esak, bersungguh-sungguh, setinggi-tinggi dan sebagainya.
TUTORIAL 19
CONTOH DALAM AYAT
• Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu.
• Sekawan itik berjalan terkedek-kedek menyeberang jalan.
• Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua.
• Kakak menangis teresak-esak apabila menerima berita buruk itu.
TUTORIAL 19
Terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang setelah menerima awalan se- boleh juga
menerima bentuk –nya.
• Contohnya: setinggi-tingginya, selama-lamanya, secepat-cepatnya, seikhlas-ikhlasnya, sebodoh-bodohnya, dan semahu-mahunya.
• Dia melompat setinggi-tingginya untuk melepasi kayu galang itu.
• Pahlawan yang terkoban itu dikenang selama-lamanya.
TUTORIAL 19
b. Separa berakhiran
• Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya.
• Contoh: gila-gilaan, kecil-kecilan, habis-habisan, mati-matian dan besar-besaran.
• Pasukan bola sepak negara bermain habis-habisan untuk mempertahankan kejuaraannya.
• Dalam bulan Ramadhan, ramai yang berniaga kecil-kecilan.
TUTORIAL 19
c) PENGGANDAAN BERENTAK
• Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.
• Contohnya: menangis sedu-sedan, berbunyi hingar-bingar, berlari susup-sasap berjalan mundar-mandir, lari lintang-pukang, berjalan huyung-hayang dan datang serta-merta.
TUTORIAL 19
CONTOH DALAM AYAT
• Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.
• Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari.
• Mereka berlari susup-sasap untuk menyembunyikan diri.
TUTORIAL 19
KATA PASCAKATA•KATA
PENEKAN•KATA
PEMBENDA
TUTORIAL 19
KATA PASCAK
ATADalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan.Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembendaContoh: sesungguhnya, nampaknya, lajunya dan datangnya
TUTORIAL 19
KATA PENEKAN
• Bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.
• Contoh dalam ayat:- Lapisan ozon sesungguhnya semakin
nipis.- Pokok durian itu nampaknya akan
berbuah lebat.- Bahawasanya pindaan perlembagaan itu
wajar dilakukan pada masa ini.
TUTORIAL 19
KATA PEMBENDA
• Bentuk menjadi sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya.
• Contoh dalam ayat:- Lajunya ialah 100 km sejam.- Bukan kepalang sakitnya.- Dia berhujah dengan lantangnya.- Datangnya secara mendadak.