Tutorial 6 Kata Adjektif Dan Kata Tugas

15
Kata Adjektif dan Kata Tugas Dibentangkan Oleh: NUR ZAKIRAH BINTI MOHD [email protected]

description

Morfologi

Transcript of Tutorial 6 Kata Adjektif Dan Kata Tugas

Golongan kata

Kata Adjektif dan Kata TugasDibentangkan Oleh:NUR ZAKIRAH BINTI [email protected] Kata Bahasa MelayuKata NamaKata KerjaKata AdjektifKata Tugas

Kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut: Ahmad sangat pandai bermain muzik. Pemuda itu baik sungguh. Buah cempedak itu enak sekali.Kenali Konsep

Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.

Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007)

Dua cara untuk mengenal pasti golongan kata adjektif:Kesamaan fungsi - menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama di dalam sesuatu ayat.Keserupaan bentuk berlainan dengan golongan kata yang lain kerana cirinya yang boleh didahului atau diikuti dengan kata penguat seperti amat, sungguh, terlalu dan sangat.

Perhatikan contoh-contoh berikut:Bil.Contoh AyatUnsur KeteranganKata AdjektifUnsur Keterangan

Kata BantuKata PenguatKata Penegas1.Adik saya tinggi.--tinggijuga2.Ali sangat pandai.-sangatpandai-3.Orang muda itu baik.--baik-4.Pendapatnya lain sekali.--lainsekali5.Anaknya masih kecil lagi.masih-kecillagi6.Malam ini gelap benar.--gelapbenar7.Reka bentuk rumah itu sangat lain.-sangatlain-8.Buah durian itu belum masak lagi.belum-masaklagi9.Hujan pagi ini amat lebat sekali.-amatlebatsekali10.Suaranya masih sungguh merdu.masihsungguhmerdu-JENIS KATA ADJEKTIF

Sifatan atau keadaan.Contoh: curiga, gopoh, lemahWarna. Contoh: biru, ungu, putihUkuran. Contoh: panjang, kerdil, nipisBentuk. Contoh: bulat, lonjong, lurus.Waktu. Contoh: baharu, lampau, silam.Jarak. Contoh: jauh, rapat, hampir.Cara. Contoh: deras, jelas, selalu.Perasaan. Contoh: rindu, kasih, segan.Pancaindera. Contoh: lazat, comel, lunak, semerbak, halusPEMBENTUKAN KATA ADJEKTIFKATA TUGASGolongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan). Golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan sebagainya.

Jenis Kata Tugas1. Kata hubung : dan, atau, tetapi 2. Kata seru : wah, amboi, cis 3. Kata tanya : apa, berapa, siapa 4. Kata perintah : sila, tolong, harap 5. Kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan 6. Kata bantu : akan, sudah, pernah 7. Kata penguat : sangat, amat, paling 8. Kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun 9. Kata nafi : tidak, bukan 10. Kata pemeri : ialah, adalah 11. Kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada 12. Kata pembenar : ya, betul, benar 13. Kata bilangan : dua, segala, banyak 14. Kata arah : atas, bawah, tepi 15. Kata adverb: selalu, sentiasa16. Kata penekan: sesungguhnya17. Kata Pembenda: sakitnya

KELOMPOK DASAR KATA TUGASKata Penyambung AyatKata PraklausaKata Prafrasa dan PascafrasaSekian, terima kasih atas perhatian anda.