Projek Moral-assignment

11
PENGENALAN Agama berperanan besar dalam membentuk insan bermoral. Selain itu, agama juga berperanan dalam membentuk aliran pemikiran moral seseorang individu. Agama utama di Malaysia yang akan dikaitkan dengan pembentukan insan bermoral ialah Islam, Buddha dan Hindu. Ini sejajar dengan konsep masyarakat majmuk yang terdapat di negara ini. Sementara itu, aliran pemikiran moral individu yang dimaksudkan ialah pemikiran naturalis, pemikiran emotivis, pemikiran instuisionis dan pemikiran rasonalis. Isu yang akan dikupas bagi tugasan projek ini adalah kadar penceraian yang tinggi di Malaysia. Isu semasa ini kini menjadi ‘duri dalam daging’ yang perlu ditangani sewajarnya. Perceraian didefinisikan sebagai perpisahan di antara suami dengan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang. Penceraian menyebabkan seseorang bekas suami atau isteri itu boleh berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang lain. Menurut Dr. Asyraf Wajdi Dasuki (Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia), setiap bulan purata antara 2000 hingga 2500 kadar penceraian berlaku. Ini memperlihatkan angka yang sangat besar dan harus ditangani dengan segera. Menurut Diladellila di www.virtualfriends.net , penceraian di kalangan penganut agama Islam lebih tinggi berbanding penganut agama Buddha dan Hindu. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan adanya statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di akhbar Harian Metro pada 2012 . Statistik menunjukkan kadar perceraian di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Statistik ini amat membimbangkan kerana jumlah perceraian secara puratanya bagi tempoh sehari ialah 56 penceraian berbanding 359 perkahwinan yang berlangsung. Menurut Datuk Dr.

description

pendidikan moral elm 3101

Transcript of Projek Moral-assignment

PENGENALANAgama berperanan besar dalam membentuk insan bermoral. Selain itu, agama juga berperanan dalam membentuk aliran pemikiran moral seseorang individu. Agama utama di Malaysia yang akan dikaitkan dengan pembentukan insan bermoral ialah Islam, Buddha dan Hindu. Ini sejajar dengan konsep masyarakat majmuk yang terdapat di negara ini. Sementara itu, aliran pemikiran moral individu yang dimaksudkan ialah pemikiran naturalis, pemikiran emotivis, pemikiran instuisionis dan pemikiran rasonalis. Isu yang akan dikupas bagi tugasan projek ini adalah kadar penceraian yang tinggi di Malaysia. Isu semasa ini kini menjadi duri dalam daging yang perlu ditangani sewajarnya. Perceraian didefinisikan sebagai perpisahan di antara suami dengan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang. Penceraian menyebabkan seseorang bekas suami atau isteri itu boleh berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang lain. Menurut Dr. Asyraf Wajdi Dasuki (Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia), setiap bulan purata antara 2000 hingga 2500 kadar penceraian berlaku. Ini memperlihatkan angka yang sangat besar dan harus ditangani dengan segera. Menurut Diladellila di www.virtualfriends.net, penceraian di kalangan penganut agama Islam lebih tinggi berbanding penganut agama Buddha dan Hindu. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan adanya statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di akhbar Harian Metro pada 2012. Statistik menunjukkan kadar perceraian di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Statistik ini amat membimbangkan kerana jumlah perceraian secara puratanya bagi tempoh sehari ialah 56 penceraian berbanding 359 perkahwinan yang berlangsung. Menurut Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia berlaku dalam tempoh setiap 15 minit. Statistik penceraian dari Januari sehingga Jun 2013, mencatatkan sejumlah 22,162 kes manakala jumlah pasangan bercerai tahun 2012 adalah sebanyak 47,779 kes.Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abd Karim, kadar penceraian pasangan bukan Islam pula lebih rendah dengan 1,062 kes pada tahun 2012. Manakala hanya 141 kes dari Januari hingga 2013.Berdasarkan statistik penceraian yang dinyatakan terbukti bahawa kadar penceraian di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan. Bukan orang biasa sahaja yang terlibat dalam penceraian malah selebriti terkenal di Malaysia. Terkini, dilaporkan oleh akhbar Berita Harian dalam artikel bertarikh 9 Mac 2014 pelakon Shaharuddin Thamby bercerai dengan isterinya walaupun telah berkahwin sejak 1978 dan dikurniakan tiga orang anak. Terdapat juga desas desus yang mengatakan pelakon Sari Yanti telah bercerai dengan suaminya, Mohd. Eddy Casmady Che Hussin (Pancaindera, 9 Mac 2014).Perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci antara suami dan isteri. Bukan sahaja agama Islam memandang tinggi terhadap institusi perkahwinan. Malah agama lain juga mengiktiraf perkahwinan. Menurut ajaran Buddhisme, perkahwinan adalah suatu ikatan zahir dan batin antara seorang lelaki dan seorang wanita sebagai suami isteri dengan tujuan membentuk keluarga (rumah tangga) yang bahagia sesuai dengan Dhamma. Ajaran Buddha tidak menyatakan sokongan terhadap penceraian malah tidak juga membantahnya. Sekiranya suami isteri tidak lagi mempunyai persefahaman, mereka mempunyai kebebasan untuk berpisah. Perpisahan adalah lebih baik untuk mengelakkan kehidupan keluarga yang sengsara bagi jangka masa panjang. Namun berbeza pula dengan ajaran Hindu kerana Hinduisme menentang penceraian. Isteri tidak dibenarkan meminta cerai kerana kedudukan wanita lebih rendah berbanding lelaki. Penceraian tidak dibenarkan kecuali suami atau isteri tidak setia. Misalnya, di Bali penceraian merupakan langkah terakhir yang akan diambil apabila tiada lagi jalan untuk perdamaian. Sememangnya, agama sangat berperanan dalam membentuk insan bermoral serta aliran pemikiran moral seseorang individu melalui ajaran dan nilai yang terdapat padanya. Sekiranya ajaran dan nilai itu diamalkan sepenuhnya, sudah tentulah kadar penceraian di Malaysia dapat dikurangkan. Menurut ajaran Islam, penceraian diharuskan dalam sesetengah keadaan. Namun, semua penganut agama Islam disarankan untuk mempertahankan ikatan perkahwinan daripada hancur. Apabila umat Islam berkahwin, mereka berjanji untuk menerima pasangannya dengan nama Allah, memelihara diri daripada zina, menjaga kebajikan pasangan dan berusaha mempertahankan ikatan perkahwinan dengan sedaya upaya.

PERANAN AGAMA-AGAMA UTAMA DI MALAYSIA DALAM MEMBENTUK INSAN BERMORALPrinsip Rukun Negara yang pertama adalah Kepercayaan kepada Tuhan. Mengapa kepercayaan kepada Tuhan menjadi tunggak kepada Rukun Negara?. Jelaslah ia membuktikan agama itu penting dalam pembentukan insan bermoral. Sebagai contoh, agama Islam mengajarkan penganutnya agar membuat pertimbangan rasional selagi tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Ajaran Islam ini dalam masa yang sama dapat membentuk aliran pemikiran rasional dan bermoral. Contohnya, seorang guru melihat anak muridnya berpakaian lusuh ke sekolah. Pemikiran rasional guru ini menyatakan anak muridnya mungkin berpakaian sebegitu kerana tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian sekolah yang baru. Guru itu akan mula berempati, menyiasat keadaan anak muridnya dan bersedia untuk membantu.Mengikut ajaran Buddha terdapat Jalan Mulia Lapan Lapis. Jalan Mulia Lapan Lapis ini pula merangkumi Sila (kebaikan akhlak dan moral), Samadhi (Perkembangan Mental) dan Panna (Kebijaksanaan). Penganut agama Buddha perlu menitikberatkan panca sila. Panca sila mengandungi lima perkara utama yang menjadi asas kepada perbuatan seseorang. Lima perkara tersebut ialah larangan membunuh, bersifat jujur, larangan berzina, larangan meminum arak dan tidak mengkhianati antara satu sama lain. Ajaran Buddha ini dapat membentuk insan bermoral yang bersifat penyayang dan berbelas kasihan dengan adanya larangan terhadap penganutnya agar tidak membunuh makhluk hidup. Ajaran Buddha juga membentuk insan bermoral dengan menjaga aspek keturunan. Ini berlaku dengan adanya larangan terhadap penganutnya agar tidak melakukan hubungan sulit antara lelaki dan perempuan (berzina).Ajaran Hindu menganjurkan kepercayaan kepada hukum karma. Karma bermaksud perbuatan baik dibalas baik, perbuatan jahat dibalas jahat. Kepercayaan ini dapat membantu pembentukan insan bermoral. Manusia akan lebih takut berbuat dosa kerana dikhuatiri akan mendapat balasan yang jahat. Penganut agama Hindu dianjurkan untuk patuh kepada ajaran Veda. Upanishad merupakan salah satu bahagian di dalam veda. Terdapat nilai-nilai moral di dalam Upanishad. Antaranya ialah jangan inginkan benda yang dimiliki oleh orang lain. Nilai moral ini dapat membantu membentuk insan yang tidak melakukan kegiatan jenayah seperti ragut, rompak dan mencuri jika penganutnya mengamalkan nilai tersebut. Ajaran Hindu juga menyarankan penganutnya agar menghormati ibu bapa, guru dan tetamu. Jika penganutnya mengamalkan nilai ini, maka tiadalah lagi isu ibu bapa yang sudah tua dihantar ke rumah kebajikan orang tua kerana anak tidak mahu menjaga mereka. Nilai-nilai yang terdapat dalam ajaran Hindu sememangnya dapat membentuk insan bermoral.PERANAN AGAMA DALAM MEMBENTUK ALIRAN PEMIKIRAN MORAL INDIVIDUAliran pemikiran moral terbahagi kepada pemikiran naturalis, pemikiran emotivis, pemikiran intuisionis dan pemikiran rasionalis. Pemikiran naturalis adalah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Manusia dikatakan bersifat rasional secara semulajadi. Oleh itu, manusia yang berpemikiran naturalis akan mementingkan keluarga dan seharusnya kadar penceraian dapat dikurangkan. Aliran pemikiran ini juga tidak menerima kelakuan tidak bermoral seperti hubungan zina atau hubungan seks sebelum berkahwin. Ajaran agama Islam dan Buddha juga menegah zina. Ini dapat membantu pembentukan aliran pemikiran naturalis.Aliran pemikiran emotivis pula merujuk kepada pertimbangan moral yang dibuat mengikut emosi, sikap atau perasaan. Oleh itu, menurut aliran pemikiran ini sekiranya manusia berdendam dengan seseorang manusia lain maka, dia boleh berbuat sesuka hati kepada manusia tersebut. Contohnya membunuh. Pada keadaan ini, agama dapat memainkan peranan menegah perbuatan ini. Contohnya, ajaran Hindu menganjurkan penganutnya agar menghindari perasaan benci serta mementingkan diri sendiri. Ajaran Islam juga sama sekali menegah perbuatan membunuh. Perkara yang terkandung dalam Panca Sila atau asas moral agama Buddha juga melarang manusia daripada membunuh.Aliran pemikiran intuisionis merupakan pemikiran yang berlandaskan intuisi atau gerak hati. Individu yang berpemikiran intuisionis ini boleh mempercayai individu lain walaupun pertama kali bertemu. Ajaran agama Islam yang menyarankan penganutnya bersangka baik dengan manusia dapat membantu membentuk pemikiran intuisionis. Ajaran agama Buddha pula menyarankan agar penganutnya bersifat jujur. Kejujuran mengukuhkan aliran pemikiran intuisionis. Ajaran Hindu juga membantu pembentukan aliran pemikiran intuisionis. Manusia disarankan agar menghindari perasaan benci. Oleh itu, manusia yang mempunyai aliran pemikiran intuisionis boleh mempercayai manusia lain.Aliran pemikiran rasionalis pula mengatakan segala perlakuan manusia memerlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik. Jika manusia berpemikiran rasional mereka tidak akan melakukan sesuatu yang negatif seperti bunuh diri dan vandalisme. Ajaran agama dapat membantu pembentukan aliran pemikiran ini. Ajaran agama Islam mengamalkan prinsip memelihara nyawa. Oleh itu, penganutnya ditegah untuk membunuh diri. Membunuh orang lain juga tidak dibenarkan sama sekali. Nyawa adalah hak Tuhan. Oleh itu, manusia tidak berhak terhadap nyawanya sendiri.Sememangnya, agama berperanan dalam membentuk aliran pemikiran moral individu. Baik agama Islam, Buddha mahupun Hindu.PUNCA, IMPLIKASI DAN CARA MENGATASI KADAR PENCERAIAN TINGGIPenceraian bukan sahaja melibatkan penganut agama Islam malah agama Buddha dan Hindu. Namun, apa yang membimbangkan kadar penceraian penganut Islam lebih tinggi berbanding penganut agama lain. Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada penceraian. Antaranya ialah masalah kewangan yang kronik. Masalah kewangan yang kronik ini biasanya berpunca daripada penggunaan kad kredit yang tidak terkawal. Pada masa kini, penggunaan kad kredit seperti satu kemestian bagi memperlihatkan status dan gaya hidup moden. Menurut artikel terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) dengan kerjasama KPDNKK, jumlah individu yang muflis kerana hutang kad kredit pada tahun 2013 adalah 1873 orang. Apabila individu dibebani dengan masalah hutang, maka kemampuan dan kesanggupan individu itu untuk menanggung nafkah keluarga menjadi rendah. Apabila tidak mempunyai cukup wang, suami atau isteri akan berasa tidak tenang, berserabut dan akhirnya bertengkar dengan pasangan mereka. Menurut hadis Riwayat Muslim, Tidak dibenarkan bagi seorang Muslim untuk meninggalkan saudaranya (tidak mahu bercakap dengannya kerana benci) lebih tiga hari. Namun, berbeza pula dengan aliran pemikiran emotivis. Aliran pemikiran ini merujuk kepada sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Aliran pemikiran ini juga berpendapat, pertimbangan moral adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan. Oleh itu, pergaduhan suami isteri dibenarkan bagi menyatakan emosi dan ketidakpuasan hati mereka. Di sinilah peranan agama dalam membantu suami isteri membuat pertimbangan apabila berlaku pergaduhan. Berdasarkan ajaran Islam, para isteri perlu taat kepada suami. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya reda kepadanya, dia akan masuk syurga. Seharusnya, pasangan suami atau isteri bersedia untuk hidup senang serta susah bersama-sama sebagaimana diikrarkan ketika majlis akad nikah mereka. Sekiranya hubungan suami isteri semakin meruncing dan tidak dapat diselamatkan, maka jalan penceraian diambil sebagai alternatif terakhir. Apabila penceraian berlaku, hubungan kekeluargaan antara menantu dan mertua serta ipar duai mungkin terputus. Ini bertentangan dengan ajaran Islam. Firman Allah SWT Maka apakah kiranya, jika kamu sekalian berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim? Mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan dipekakkan telinga mereka dan dibutakan penglihatan mereka. (Surah Muhammad, ayat 22-23). Oleh itu, jelas terbukti Allah tidak menyukai orang yang memutuskan silaturahim. Oleh itu, penceraian haruslah dielakkan.Kadar penceraian di Malaysia yang tinggi juga disebabkan oleh masalah ego suami atau isteri. Senario pada masa kini adalah isteri lebih berkerjaya dan mempunyai pendapatan lebih berbanding suami. Ini merupakan salah satu punca yang menyebabkan ego isteri melebihi suami. Apabila terjadi pergaduhan, isteri tidak mahu beralah. Terdapat juga keadaan apabila suami ego dan berasakan dia sahaja yang betul. Ini bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. Menurut Dr Fauzi Deraman dalam artikel akhbar bertajuk Rasulullah model terbaik, Baginda menghormati pandangan semua pihak termasuklah wanita. Isteri Rasulullah, Ummu Salamah telah mencadangkan kepada Baginda supaya bercukur dahulu agar sahabat-sahabat Baginda bersetuju untuk mencukur rambut (bertahalul) apabila tidak dibenarkan menunaikan umrah oleh Quraisy Makkah. Akhirnya, sahabat-sahabat berebut-rebut untuk mengikut tindakan Rasulullah. Peristiwa ini berlaku ketika Perjanjian Hudaibiyah antara rombongan Islam dari Madinah dengan Musyrikkin Makkah. Musyrikkin Makkah tidak membenarkan umat Islam menunaikan umrah walaupun ketika itu mereka sudah berniat ihram. Suami atau isteri seharusnya mencontohi sikap Nabi Muhammad SAW. Sekiranya pandangan atau pendapat suami atau isteri diterima maka ruang untuk pergaduhan dapat dielakkan. Ini dapat membantu mengurangkan kebarangkalian pasangan suami isteri bercerai serta membentuk aliran pemikiran rasionalis. Jika mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW ini, manusia akan bertindak waras dan rasional apabila berhubungan dengan suami atau isteri.Masalah kecurangan juga boleh menyebabkan penceraian. Kecurangan boleh berlaku daripada pihak suami atau isteri. Masalah kecurangan bukan sahaja berlaku kepada pasangan biasa di Malaysia malah selebriti terkenal di luar negara. Contohnya menurut artikel di Berita Harian bertarikh 20 Mac 2014, rumah tangga Robin Thicke dan isteri dilaporkan di ambang kehancuran kerana sikapnya yang curang. Terdapat juga artikel di akhbar yang melaporkan penglibatan selebriti Malaysia dalam skandal kecurangan. Kontroversi yang melanda pelakon Hanez Suraya dapat dijadikan contoh. Menurut artikel di Berita Harian bertarikh 10 Mac 2014, Hanez Suraya dikatakan bercinta dengan Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami orang.Pada zaman kecanggihan teknologi maklumat ini, pelbagai medium dapat menjuruskan pasangan suami isteri ke dalam masalah kecurangan. Medium elektronik dan internet menggalakkan masalah ini membiak bagai cendawan selepas hujan. Terdapat laporan yang mengatakan media sosial Facebook mempunyai 1.23 bilion pengguna aktif bulanan sehingga akhir tahun 2013 (Berita Harian, 3 Februari 2014). Oleh itu, tidak hairanlah media seperti WhatsApp, Twitter, Facebook serta laman sosial lain membuka ruang ke arah kecurangan. Rakan baru, bekas teman wanita dan bekas teman lelaki sangat mudah dikesan dan dihubungi semula melalui medium tersebut. Bermula dengan bertanya khabar sehingga ke fasa yang lebih rapat. Akhirnya berlaku kecurangan. Apabila berlaku kecurangan, suami atau isteri yang tidak dapat menerima keadaan ini memfailkan penceraian. Kebiasaannya, isteri bertindak memfailkan penceraian kerana tidak rela dimadukan. Terdapat juga isteri yang bertindak mengugut bunuh diri jika suaminya berkahwin lain. Ajaran Buddha menasihati penganutnya agar mempunyai seorang isteri sahaja dan jangan bernafsu serta cuba memikat wanita lain. Ini kerana Buddha berpendapat salah satu punca utama kejatuhan lelaki adalah penglibatannya dengan wanita lain (kitab Parabhava Sutta). Buddha juga menasihatkan penganutnya agar menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan zina serta persetubuhan yang tidak sah. Ketagihan dan kelekaan terhadap medium seperti WhatsApp, Twitter dan Facebook juga menyebabkan suami atau isteri mengabaikan pasangan dan anak-anak. Masa banyak dihabiskan dengan melayari media sosial sehingga mengabaikan tanggung jawab terhadap keluarga. Apabila penceraian berlaku, anak-anak berasa tertekan. Anak-anak pula mula mengabaikan pelajaran dan mencari keseronokan bersama-sama rakan-rakan. Jika tersilap langkah, anak-anak akan terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti seks bebas sebelum kahwin, penagihan dadah dan pil khayal. Terdapat kajian menunjukkan anak yang lahir dari rumah tangga bahagia mempunyai kecenderungan kepada hubungan perkahwinan yang bahagia di kemudian hari. Manakala anak yang mempunyai ibu bapa tidak bahagia dan bercerai akan cenderung mengikut jejak langkah ibu bapanya (Berita Harian, 20 Mac 2014). Menurut pengkaji kekeluargaan Dr Patrick F Fagan, anak-anak yang datang daripada keluarga yang bercerai berai akan menjadi murung dan mudah berputus asa. Anak-anak ini juga kerap mengalami tekanan emosi, kesihatan badan tidak kuat dan tidak berminat dengan ilmu serta kerjaya.Penceraian juga boleh disebabkan oleh campur tangan ahli keluarga seperti mertua, ipar duai dan adik beradik. Kadang kala kerana campur tangan mereka suami isteri boleh bergaduh sehingga mengakibatkan penceraian. Seharusnya, ahli keluarga perlu mendamaikan suami isteri ini. Ini bertepatan dengan ajaran Hindu yang menyarankan agar manusia jangan mementingkan diri serta memikirkan kebajikan orang lain. Isu kahwin muda juga boleh menyebabkan penceraian. Individu antara umur 20-an dan awal 30-an dilaporkan mengalami perkahwinan singkat, maksimum 5 tahun. Penceraian berlaku kerana kurang mahir ilmu berumahtangga dan tidak matang. Walaupun kahwin muda bukan merupakan faktor utama namun, perkara ini harus dibendung dengan segera. Menurut ajaran Hindu, jangan sombong dan angkuh. Penganutnya juga disarankan agar jangan menganggap diri sangat baik dan pandai. Oleh itu, jika tidak mahir ilmu berumahtangga, belajarlah. Jangan kerana masalah yang boleh diselesaikan dengan mudah, pasangan suami isteri mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.