Projek Sce3108 Ppg 2013_2

4
Lampiran 02 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : Program Pensiswazahan Guru (PPG) NAMA GURU PELATIH : TAJUK KURSUS : MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS RENDAH SEMESTER : 4 TARIKH MULA : 24 Mac 2013 TARIKH HANTAR : 23 April 2012 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menyatakan tujuan perancangan mengajar dan aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan mengajar. 2. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan, semester dan mingguan. 3. Menulis objektif dan hasil pembelajaran untuk satu pelajaran sains tertentu. 4. Merancang dan menyediakan satu rancangan pengajaran harian untuk pelajaran sains. 5. Melatih kemahiran mengajar tertentu melalui pengajaran mikro. 6. Mengendalikan pengajaran makro untuk tajuk-tajuk tertentu dalam kurikulum sains sekolah rendah. Kerja kursus ini akan menilai hasil pembelajaran 3,4 dan 5 sahaja. Objektif Kerja Kursus: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. mengumpul maklumat tentang model-model pengajaran yang berlainan; 2. membanding dan membeza ciri-ciri semua model pengajaran tersebut; 3. menulis rancangan pelajaran harian dengan menggunakan model pengajaran tertentu; 4. mempraktikkan kemahiran pengajaran mikro yang spesifik; 5. melaksanakan tugas secara kolaborasi dan reflektif. 1

description

PPG

Transcript of Projek Sce3108 Ppg 2013_2

Page 1: Projek Sce3108 Ppg 2013_2

Lampiran 02

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMANTUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM :Program Pensiswazahan Guru (PPG)

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS RENDAH

SEMESTER : 4

TARIKH MULA : 24 Mac 2013 TARIKH HANTAR : 23 April 2012

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menyatakan tujuan perancangan mengajar dan aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan mengajar. 2. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan, semester dan mingguan. 3. Menulis objektif dan hasil pembelajaran untuk satu pelajaran sains tertentu. 4. Merancang dan menyediakan satu rancangan pengajaran harian untuk pelajaran sains. 5. Melatih kemahiran mengajar tertentu melalui pengajaran mikro. 6. Mengendalikan pengajaran makro untuk tajuk-tajuk tertentu dalam kurikulum sains sekolah rendah.

Kerja kursus ini akan menilai hasil pembelajaran 3,4 dan 5 sahaja.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. mengumpul maklumat tentang model-model pengajaran yang berlainan; 2. membanding dan membeza ciri-ciri semua model pengajaran tersebut; 3. menulis rancangan pelajaran harian dengan menggunakan model pengajaran tertentu; 4. mempraktikkan kemahiran pengajaran mikro yang spesifik; 5. melaksanakan tugas secara kolaborasi dan reflektif.

TUGASAN

Tugasan 1 (Pengumpulan dan organisasi maklumat): (15%)

1. Kumpul maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber berkaitan model-model pengajaran berikut :

a) 5 Fasa Needham b) Kitar Pembelajaran 5E c) Pengajaran dan pembelajaran berasaskan inkuiri secara induktif dan deduktif d) Pengajaran PBL (Pembelajaran Berasaskan Masalah)

Lampirkan bahan-bahan rujukan sekurang-kurangnya daripada lima sumber yang berbeza. Senaraikan rujukan menggunakan gaya APA.

1

Page 2: Projek Sce3108 Ppg 2013_2

Lampiran 02

2. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, banding beza ciri-ciri model pengajaran di atas menggunakan pengurusan grafik yang sesuai.

Tugasan 2 (Penulisan Rancangan Pengajaran Harian): (40%)

1. Tulis dua set Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap dengan menggunakan mana-mana dua model pengajaran untuk pengajaran satu jam bagi satu topik sains yang dipilih berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Sertakan bahan/alat bantu mengajar dan juga lembaran kerja yang digunakan.

Tugasan 3 (Pengajaran mikro): (30%)

1. Berdasarkan RPH anda, pilih satu bahagian (5 – 10 minit) untuk melaksanakan mana-mana satu kemahiran pengajaran mikro.

Tuliskan ringkasan mengenai kemahiran pengajaran mikro yang anda pilih dan cara anda akan menyampaikan pengajaran tersebut dalam masa yang ditetapkan.

2. Sediakan Borang Maklum Balas untuk diisi oleh tiga orang rakan dan pensyarah pembimbing sebagai maklum balas terhadap pengajaran anda.

3. Jalankan pengajaran bagi bahagian yang dipilih terhadap rakan-rakan sekelas anda. Pengajaran anda akan dinilai berdasarkan Borang Maklum Balas yang anda sediakan.

Tugasan 4 (Penulisan Refleksi): (15%)

1. Tulis refleksi kendiri mengenai pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh semasa menyediakan RPH dan juga semasa menjalankan pengajaran mikro anda. Berdasarkan refleksi tersebut dan juga maklum balas rakan-rakan dan pensyarah, tuliskan ringkasan idea untuk menambah baik kemahiran pengajaran mikro anda.

Panduan Pelaksanaan Tugasan

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

a) Muka depan b) Font Arialc) Saiz font – 12d) Langkau 1.5 barise) Rujukan ditulis mengikut gaya APAf) Lampiran adalah wajibg) Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pelajar yang melakukan plagiat atau yang membenarkan hasil kerjanya diplagiat.

4. Tugasan ini perlu disiapkan dalam masa empat minggu.5. Tugasan ini membawa 100 markah dengan wajaran 50%.

Kriteria tugasan:1. Pengurusan grafik yang sesuai yang dapat menunjukkan konsep-konsep penting dan mengaitkan

konsep tersebut untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan.

2

Page 3: Projek Sce3108 Ppg 2013_2

Lampiran 02

2. RPH yang sesuai dengan model-model yang digunakan. RPH tersebut hendaklah lengkap dan terperinci, dengan mengambil kira kesesuaian dan ketepatan penulisan hasil pembelajaran, pemilihan strategi pengajaran, penilaian dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai, dan penerapan unsur-unsur kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

3. Bukti-bukti dan bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.4. Keseluruhan isi dan pengelolaan yang menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.5. Penulisan esei/laporan harus menunjukkan kefasihan berbahasa, laras bahasa yang sesuai serta

tiada kesilapan ejaan. Penulisan refleksi harus menunjukkan keupayaan pemikiran reflektif dan mencatat refleksi dengan kaedah penulisan refleksi yang bermutu.

6. Rujukan dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya lima rujukan dari pelbagai sumber)

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(RAHIMAWATI BT. ABDUL RAHIM) (HJH. A’INI FARIZA BT MUHAMAD YULAN)

Penyelaras Kursus SCE3108Jabatan SainsIPGK Darulaman

Ketua Jabatan,Jabatan SainsIPGK Darulaman

3