Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang Perak fileKelip-kelip nama saintifiknya...

4
Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang Perak Rabu, 12 Jun 2013 12:38 Oleh Saiful bahri Kamaruddin Foto Izwan Azman KUALA SEPETANG, PERAK, 9 Jun 2013 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan negeri Perak mencatat satu kejayaan besar dalam usaha melindungi alam sekitar apabila berjaya melaksanakan fasa awal projek penanaman pokok bakau untuk memelihara habitat kelip-kelip atau kunang-kunang di Kampung Dew di sini. Kerajaan Perak secara rasminya mengumumkan kejayaan projek kelip-kelip itu di sini hari ini sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2013. UKM dan masyarakat setempat digesa meneruskan projek itu untuk membiakkan kelip-kelip di situ dan Kerajaan Perak berharap habitat kelip-kelip di Kampung Dew akan diwartakan tidak lama lagi sebagai kawasan dilindungi. Pengumuman itu dibuat oleh Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Puan Norlee Ashikin Mohd Radzi ketika merasmikan projek itu di jeti Kampung Dew dari mana bot yang membawa pelawat boleh melihat tapak pembiakan kelip-kelip di tepi Sungai Sepetang. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Prof Dato' Dr Rahmah Mohamed; Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Shahrim Ahmad; Ketua Projek, Prof Madya Dr Norela Sulaiman; pegawai pelancongan negeri dan ketua-ketua kampung. Masyarakat kampung telah mengambil bahagian dalam projek ini untuk menanam pokok bakau berhampiran Sungai Sepetang. Dianggarkan 90% daripada pokok bakau yang ditanam dalam makmal UKM telah berjaya dipindahkan ke tapak. 1 / 4

Transcript of Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang Perak fileKelip-kelip nama saintifiknya...

Page 1: Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang Perak fileKelip-kelip nama saintifiknya (lampyridae) adalah keluarga serangga kumbang dalam order coleoptera. Ia adalah kumbang

Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang PerakRabu, 12 Jun 2013 12:38

Oleh Saiful bahri KamaruddinFoto Izwan Azman

KUALA SEPETANG, PERAK, 9 Jun 2013 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan negeriPerak mencatat satu kejayaan besar dalam usaha melindungi alam sekitar apabila berjayamelaksanakan fasa awal projek penanaman pokok bakau untuk memelihara habitat kelip-kelipatau kunang-kunang di Kampung Dew di sini.

Kerajaan Perak secara rasminya mengumumkan kejayaan projek kelip-kelip itu di sini hari inisempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2013.

UKM dan masyarakat setempat digesa meneruskan projek itu untuk membiakkan kelip-kelip disitu dan Kerajaan Perak berharap habitat kelip-kelip di Kampung Dew akan diwartakan tidaklama lagi sebagai kawasan dilindungi.

Pengumuman itu dibuat oleh Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, PuanNorlee Ashikin Mohd Radzi ketika merasmikan projek itu di jeti Kampung Dew dari mana botyang membawa pelawat boleh melihat tapak pembiakan kelip-kelip di tepi Sungai Sepetang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM, ProfDato' Dr Rahmah Mohamed; Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Shahrim Ahmad;Ketua Projek, Prof Madya Dr Norela Sulaiman; pegawai pelancongan negeri dan ketua-ketuakampung.

Masyarakat kampung telah mengambil bahagian dalam projek ini untuk menanam pokok bakauberhampiran Sungai Sepetang. Dianggarkan 90% daripada pokok bakau yang ditanam dalammakmal UKM telah berjaya dipindahkan ke tapak.

1 / 4

Page 2: Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang Perak fileKelip-kelip nama saintifiknya (lampyridae) adalah keluarga serangga kumbang dalam order coleoptera. Ia adalah kumbang

Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang PerakRabu, 12 Jun 2013 12:38

Tetamu kemudiannya dibawa melihat tempat pembiakan dengan bot.

Kelip-kelip Kampung Dew hinggap pada satu spesies pokok bakau, Pokok Berembang(sonneratia caseoraris). Sekitar seratus pokok Berembang telah ditanam lebih awal dalamusaha untuk membantu memulihara kunang-kunang itu.

Pemuliharaannya penting kerana ia adalah sebahagian daripada penyumbang besar kepadaalam sekitar hutan tanah lembap dan habitat alam semesta yang lain. Ulat kelip-kelip adalahpemangsa dan makan siput kecil yang menjadi haiwan perosak di tepi sungai.

Kelip-kelip nama saintifiknya (lampyridae) adalah keluarga serangga kumbang dalam ordercoleoptera.  Ia adalah kumbang bersayap dan biasanya digelar kelip-kelip kerana kelihatanbercahaya atau (bioluminescence) pada perutnya untuk menarik rakan-rakan atau mangsa.Hanya yang jantan boleh terbang manakala kelip-kelip betina menunggu di atas tanah.

Ia menghasilkan "cahaya sejuk", dengan frekuensi inframerah atau ultraungu. Ia adalah cahayakimia yang dihasilkan daripada bahagian bawah perut yang boleh kelihatan kuning, hijau, ataumerah pucat.

Kira-kira 2,000 spesies kunang-kunang ditemui di kawasan iklim sederhana dan tropika.Mereka hidup di paya bakau atau becak dan kawasan hutan di mana larva atau ulatnya bolehmendapat sumber makanan dengan mudah.

Norlee berkata Kampung Dew adalah salah satu daripada tiga kawasan yang paling penting

2 / 4

Page 3: Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang Perak fileKelip-kelip nama saintifiknya (lampyridae) adalah keluarga serangga kumbang dalam order coleoptera. Ia adalah kumbang

Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang PerakRabu, 12 Jun 2013 12:38

untuk perlindungan kelip-kelip di dunia. Yang lain adalah di Kuala Selangor dan Great SmokyMountain National Park di Tennessee, Amerika Syarikat.

Beliau berkata jika kawasan itu digazetkan sebagai kawasan perlindungan, tindakan bolehdiambil terhadap sesiapa yang mengancam kelip-kelip.

Prof Rahmah pula mencadangkan penyelidikan susulan dibuat untuk mengenal pasti kenapakelip-kelip menyala secara bersama dan kadang kala menyala secara berirama.

Fenomena ini mungkin kerana kelip-kelip yang menyala secara bersama memberi isyarattertentu atau menjalankan pengawanan.

Dr Norela pula berkata kelip-kelip biasanya menyala bersama jika dalam kumpulan besar. Iamungkin berkaitan sifat pemakanan serangga itu, interaksi sosial dan ketinggian kawasan. Iaboleh hidup selama 30 hari tanpa makan. Kelip jantan mati selepas pengawanan manakalayang betina mati selepas bertelur.

Beliau menerangkan kelip-kelip sangat penting sebagai penunjuk penghidupan ataubio-indicator yang baik yang dapat memberi penunjuk kualiti alam sekitar apabila iklim berubahseperti pemanasan global. Ia mudah dilihat pada waktu malam.

Dari segi sosio-ekonomi pula, kelip-kelip penting kerana ia boleh menjadi tarikan pelancong kenegara ini. Sebab itu kelip-kelip perlu dilindungi. Apabila kelip-kelip diwartakan sebagai haiwanlindungan, kawasan paya juga dilindungi.

Kg Dew juga terkenal dengan udang karang air tawarnya. Ia hidup dalam air tenang Sungai

3 / 4

Page 4: Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang Perak fileKelip-kelip nama saintifiknya (lampyridae) adalah keluarga serangga kumbang dalam order coleoptera. Ia adalah kumbang

Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang PerakRabu, 12 Jun 2013 12:38

Sepetang yang mengalir di kampung itu. Udang sudah lama menjadi sumber pendapatan orangkampung di situ.

Walaubagaimanapun, eko-pelancongan masih belum menjadi sumber pendapatan yangpenting. Dr Norela percaya kelip-kelip di hutan bakau di situ akan membawa satu era baruuntuk kemajuan ekonomi Kg Dew.

Kampung Dew, yang terletak di sebelah barat Kamunting, Taiping sepanjang jalanraya lama,pada asasnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang juga terkenal dengan industri arangpada suatu ketika dahulu.

4 / 4