Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2021. 1. 29. · Pantun Alam...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 201 Nama : _____________________________

Transcript of Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2021. 1. 29. · Pantun Alam...

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

    Pemahaman

    Modul PT3

    SM 201

    Nama : _____________________________

  • Analisis Puisi

    Genre PuisiTradisional

    PantunSyair

    ModenSajak

    Tema

    Persoalan

    BentukTerikat

    Rima akhir Pantun : ab / abab

    Rima akhir Syair : aaaa

    BebasRima akhir Sajak : abcdef

    Unsur Bahasa

    Pengulangan

    Pengulangan baris Repitisi

    Pengulangan Kata

    Ulang kata depan Anafora

    Ulang kata belakang Responsi

    Ulang kata tengah Epifora

    SinkopeSingkatan : ku, mu, nak

    Inversiterbalik : akan kuambil

    PerlambanganBunga : wanita

    Personifikasibersifat manusia

    HiperbolaMelebih-lebihkan

    Unsur bunyi Pengulangan abjad

    Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi

    Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

    Nada

    Romantiscinta, kasih sayang

    Melankoliksedih

    Protesmembantah

    Sinismenyindir / mengejek

    Nilai

    Pengajaran

    Analisis Puisi

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pemahaman Petikan

    Aiman merupakan murid Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan

    Tanjong Kuala. Dia agak lemah dalam pcelajaran. Dia ketinggalan dalam mata

    pelajaran Bahasa Inggeris, Maternmatik, dan Sains. Ayah dan ibu Aiman selalu

    menasihatinya agar rajin berusaha seperti kata peribahasa "belakang parang

    kalau diasah lagikan tajam'

    Aiman menyedari kelemahannya dan berazam untuk memperbaiki

    kelemahan itu. Dia bertekad akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Ayah

    dan ibu Aiman juga sentiasa memberikan dorongan kepada Aiman di samping

    membelikan buku-buku rujukan untuk Aiman. Aiman semakin bersemangat

    untuk belajar. Dia mengetahui bahawa ilmu itu sangat penting.

    Aiman membuat jadual belajar dan belajar mengikut jadual. Aiman juga

    telah mengikuti kelas-kelas tambahan di sekolah dan di pusat tuisyen.

    Kelemahanya dalam pelajaran sudah dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.

    Hal ini terbukti apabila dia mendapat markah yang agak tinggi dalam ujian

    bulanan.

    Aiman semakin bersemangat untuk meningkatkan prestasinya dalam

    pelajaran. Dia mengikuti segala nasihat guru-gurunya dan mencatat segala nota

    yang diberikan. Aiman juga semakin rajin mengulang kaji pelajaran sama ada

    seeara bersendirian atau secara berkumpulan.Dia bertanya tentang pelajaran

    kepada rakan-rakan yang pintar sepeni Aqif dan Airil. Keyakinan yang tinggi

    membuatkan Aiman semakin dapat meningkatkan prestasi akademiknva.

    Dalam peperiksaan akhir tahun Arman akhimta memperoleh keputusan

    yang cemerlang. Dia merupakan antara sepuluh orang murid yang dalam di

    sekolahnya. Ayah dan ibu Aiman sangat gembira kerana Aiman mahu

    mendengar nasihat mereka agar belajar dengan bersungguh-sungguh kerana

    kejayaan itu tidak datang bergolek.

    1. Apakah kelemahan Aiman?

    A Sangat lemah dalam semua mata pelapnm

    B Amat lemah dalam beberapa mala pelajaran

    Program Bahasa Melayu Edubest SM201 - Pemahaman Petikan & Antologi 1

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • E Sukar untuk membaiki kelemahan diri

    D Sedih kerana ketinggalan dalam pelajaran

    2. Semua yang berikut ialah cara-cara Aiman mengatasi masalahnya, kecuali

    A belajar seeara berkumpulan.

    B belajar mengikut jadual yang disusun.

    E berkawan dengan rakan yang pintar sahaja.

    D mengikuti kelas tambahan di pusat tuisyen.

    3. Apakah maksud rangkai kata memperoleh keputusan yang cemerlang?

    A Meningkatkan pencapaian

    B Mencapai kejayaan yang gemilang

    E Mendengar keputusan yang sangat baik

    D Mendapat markah yang memberangsangkan

    4. Pada pendapat anda. apakah pengajaran yang dapat dibuat berkaitan dengan

    cerita di atas ? (KBAT)

    A Kita harus mematuhi nasihat ibu bapa dan guru-guru.

    B Kejayaan akan dapat dicapai dengan usaha yang gigih.

    E Kecemerlangan dalam pelajaran amat membanggakan.

    D Peranan ibu bapa sangat penting bagi menjamin kejayaan anak-anak.

    ( /8)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM201 - Pemahaman Petikan & Antologi 2

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pemahaman Puisi Tradisional - Pantun

    Pantun Alam Remaja (10 markah)

    1 Elok rupanya kumbang jati,

    Dibawa itik pulang petang;

    Tidak terkatakan besar hati,

    Melihat ibu sudah pulang.

    2 Dibawa itik pulang petang,

    Dapat di rumput bilang-bilang;

    Melihat ibu sudah pulang,

    Hati cemas menjadi hilang.

    3 Ayam kinantan terbang mengekas,

    Hinggap di ranting bilang-bilang;

    Melihat bonda pulang lekas,

    Hatiku besar bukan kepalang.

    4 Kita menari keluar bilik,

    Sebarang tari kita tarikan;

    Kita menyanyi adik-beradik,

    Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

    5 Hanyut batang berlilit kumpai,

    Terdampar di ujung Tanjung Jati;

    Bonda pulang bapa pun sampai,

    Kita semua berbesar hati.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM201 - Pemahaman Petikan & Antologi 3

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 6 Ramai orang bersorak-sorak,

    Menepuk gendang dengan rebana;

    Alang besarnya hati awak,

    Mendapat baju dengan celana.

    7 Mahulah kami hendak melapun,

    Lapun dibawa orang menjaja;

    Jangan marah kami berpantun,

    Budak kecil biasa manja.

    (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,

    Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

    Maksud Pantun – “Pantun Alam Remaja”

    Rangkap 1

    Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke

    rumah.

    Rangkap 2

    Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila

    melihat ibu pulang ke rumah.

    Rangkap 3

    Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.

    Rangkap 4

    Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

    Rangkap 5

    Program Bahasa Melayu Edubest SM201 - Pemahaman Petikan & Antologi 4

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling

    menggembirakan bagi anak-anak.

    Rangkap 6

    Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa

    gembira.

    Rangkap 7

    Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana

    anak-anak yang masih kecil biasanya manja.

    Tema

    Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa

    mereka ke rumah.

    Persoalan

    (a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan

    kepada anak-anak.

    (b) Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di

    rumah.

    (c) Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyambut kepulangan

    ibu bapa mereka pulang bekerja.

    (d) Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat mengeratkan

    hubungan antara adik-beradik,

    (e) Pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati anak-

    anak.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM201 - Pemahaman Petikan & Antologi 5

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Bentuk

    (a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.

    (b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya,

    • rangkap 1: empat baris,

    • rangkap 2: empat baris,

    • rangkap 3: empat baris,

    • rangkap 4: empat baris,

    • rangkap 5: empat baris,

    • rangkap 6: empat baris,

    • rangkap 7: empat baris.

    (c) Ada pembayang dan maksudnya.

    (d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah

    kata. Contohnya,

    Kita menyanyi adik-beradik (3 patah kata)

    Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah kata)

    (e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku

    kata. Contohnya,

    Elok rupanya kumbang jati (9 patah kata)

    Mendapat baju dengan celana (10 patah kata)

    (f) Pantun ini berbentuk terikat.

    Unsur Bunyi

    (a) Asonansi. Contohnya,

    • Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a);

    • Menepuk gendang dengan rebana (perulangan vokal e);

    • Hinggap di ranting bilang-bilang (perulangan vokal i);

    • Melihat ibu sudah pulang (perulangan vokal u).

    (b) Aliterasi. Contohnya,

    Program Bahasa Melayu Edubest SM201 - Pemahaman Petikan & Antologi 6

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • • Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b);

    • Dibawa itik pulang petang (perulangan konsonan p).

    (c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,

    • rangkap 1: abab;

    • rangkap 2: aaaa;

    • rangkap 3: abab;

    • rangkap 4: abab;

    • rangkap 5: abab;

    • rangkap 6: abab;

    • rangkap 7: abab.

    Gaya Bahasa

    (a) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan;

    Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

    (b) Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak.

    (c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, kumbang jati; itik; rumput; ayam

    kinantan; ranting; dan kumpai.

    (d) Peribahasa. Contohnya, besar hati.

    (e) Repetisi. Contohnya,

    • kita (rangkap 4, baris 1,2,3, dan 4)

    • hati (rangkap 1, baris 3; rangkap 2, baris 4; rangkap 3, baris 4, rangkap 5,

    baris 4; rangkap 6, baris 3)

    • pulang (rangkap 1, baris 2 dan 4; rangkap 2, baris 1 dan 3; rangkap 3,

    baris 3; rangkap 5, baris 3)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM201 - Pemahaman Petikan & Antologi 7

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Nilai

    (a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak

    menjamin kebahagiaan keluarga.

    (b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga

    keselamatan anak-anak.

    (c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat

    menggembirakan hati penerima.

    (d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu

    bergurau senda merupakan sikap yang terpuji.

    (e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu

    diamalkan dalam kalangan anggota keluarga.

    Pengajaran

    (a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan

    keluarga.

    (b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.

    (c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota

    keluarga.

    (d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika

    berlaku kesilapan sewaktu bergurau senda.

    (e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga

    kita hingga dewasa.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM201 - Pemahaman Petikan & Antologi 8

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pemahaman :

    (i) Mengapakah anak-anak sentiasa menunggu kepulangan ibu bapa mereka?

    [3 markah]

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    (ii) Pelbagai unsur gaya bahasa digunakan dalam Pantun Alam Remaja.

    Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam pantun tersebut berserta

    contoh yang sesuai.

    [3 markah]

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    (iii) Setiap insan mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Pada pendapat

    anda, bagaimanakah cara untuk mewujudkan keluarga yang bahagia?

    (KBAT)

    [4 markah]

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    ( /10)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM201 - Pemahaman Petikan & Antologi 9

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pelan Lokasi

    @ Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my