Proposal

download Proposal

of 29

Transcript of Proposal

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Klorin adalah unsur kimia dengan nombor atom 17 dan simbol Cl. Ia adalah satu halogen, dijumpai di dalam jadual berkala dalam kumpulan 17. Sebagai ion klorida, yang mana ia merupakan sebahagian daripada garam biasa dan sebatian lain. Secara semulajadi ianya sangat diperlukan dalam pelbagai bentuk hidupan, termasuk manusia. Sebagai gas klorin, ia berwarna kuning kehijauan, manakala baunya sangat menyesakkan dan bersifat sangat beracun. Dalam bentuk cecair dan pepejal pula, ia merupakan agen pengoksidaan, pelunturan, dan nyahjangkitan yang sangat efektif. Secara semula jadi, klorin hanya dijumpai dalam bentuk ion klorida. Klorin adalah bahan kimia yang penting untuk beberapa proses penulenan air, nyahjangkitan dan pelunturan. Klorin sebagai agen disinfeksi dalam air minuman telah digunakan secara meluas sejak ia berjaya dipraktikkan dalam bekalan air minuman di Jersey City pada 1908. Kebanyakan loji rawatan air di Malaysia menggunakan klorin sebagai agen disinfeksi untuk membunuh patogen dan bahan pencemar yang membahayakan para pengguna. Selain itu, klorin juga bertimdak dengan menghalang sebarang petumbuhan alga di dalam tangki rawatan. Oleh kerana klorin merupakan agen disinfeksi yang kuat, ia boleh bertindak balas dengan komponen-komponen kimia seperti mangan, ferum, dan hidrogen sulfida di dalam air. Kebanyakan loji rawatan air akan mengekalkan baki klorin sebanyak 0.2 mg/l dalam sistem pengagihan sebelum sampai kepada pengguna. Jumlah baki klorin ini adalah penting bagi memastikan air yang dibekalkan dan sampai kepada pengguna adalah selamat dari sebarang kehadiran mikroorganisma bersifat patogenik dan bahan pencemar yang lain. Kehadiran baki klorin juga dapat mengekalkan paras piawai kualiti air dari segi warna, bau, dan rasa. Bekalan air terawat, atau air paip, adalah sumber air utama di banyak kawasan, terutamanya di kawasan perbandaran. Bekalan air kepada pengguna akan melalui pelbagai 1

proses sebelum sampai kepada pengguna. Kehadiran baki klorin adalah bertujuan untuk memastikan, tiada sebarang pencemaran, perubahan, atau berlakunya penurunan kualiti air yang dibekalkan. Apabila bekalan air ini sampai kepada pengguna, pengguna dapat menggunakan air ini secara terus sebagai sumber air minuman tanpa perlu dirawat lagi. Justeru itu, secara langsung, penggunaan air berklorin sebagai sumber air minuman berlaku secara berleluasa di seluruh kawasan liputan bekalan air terawat. Pemantauan dan kesedaran pengguna sendiri tentang bahaya pengambilan air berklorin adalah kurang, dan ini menyumbang kepada kes permasalahan kesihatan di kalangan penduduk kawasan perbandaran.

1.2

Permasalahan

Klorin sebagai agen disinfeksi dalam air minuman telah digunakan secara meluas sejak ia berjaya dipraktikkan dalam bekalan air minuman di Jersey City pada 1908. Begitu juga yang berlaku di kebanyakan loji rawatan air di Malayisa menggunakan klorin sebagai agen disinfeksi untuk membunuh patogen dan bahan pencemar yang membahayakan para pengguna. penggunaan klorin sebagai disinfektan juga murah dan berkesan (Lim Fang Yee dan Md. Pauzi Abdullah 2008). Selama ini, air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama adalah merupakan salah satu penyebab barah yang utama. Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan. Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan. Sebagai bukti, Akademi Sains Nasional menganggarkan 200-1000 manusia mati setiap tahun di Amerika Syarikat akibat daripada kanser yang berpunca daripada air berklorin (Raloff, 2001). Selain itu, bahan kimia beracun ini boleh menyebabkan sekurang-kurangnya tiga jenis barah iaitu barah pundi kencing, rektum dan payudara, selain pelbagai masalah kesihatan serius yang lain. Jabatan Kualiti Alam Sekitar Amerika Syarikat (2008) baru- baru ini menerbitkan sebuah laporan yang menyatakan bahawa risiko kanser adalah 93% lebih tinggi kepada pengguna-pengguna air yang berklorin dari mereka yang meminum air tanpa klorin. Di samping menjadi penyebab barah yang utama, gas klorin telah digunakan sepanjang Perang Dunia Pertama sebagai senjata kimia. Ia menyerang dengan merosakkan sistem pernafasan pihak musuh. Kerana sifat mengkakis klorin, ianya membakar paru-paru 2

dan tisu-tisu badan lain apabila disedut, telah menyebabkan jumlah kematian yang tinggi pada waktu itu (Smil dan Vaclav 2004). Apabila perang telah berakhir, penggunaan klorin telah diselewengkan untuk keracunan kuman-kuman dalam air minum kita. Bekalan air segala seluruh negara adalah berklorin. Gabungan klorin dan lemak binatang mengakibatkan aterosklerosi, serangan jantung dan kematian (Walker dan Price, 2008). Menurut Schwartz (2000), terdapat pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita. Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air oksigen, air beralkali di samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang berfungsi meningkatkan kualiti bekalan air minuman. Sebagai pengguna, kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk mandian sel-sel di dalam tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. Air yang rendah kualitinya tidak dapat memberi tenaga kepada tubuh, sehingga menjadikan seseorang itu berasa lemah, hilang semangat, mengantuk lembab dan malas. Namun, hanya segelintir yang sedar akan masalah ini dan masih terdapat lagi manusia yang mengamalkan pengambilan air berklorin sebagai bekalan minuman. Justeru, berdasarkan permasalahan yang dikemukan menjurus kepada perlaksanaan kajian ini dengan harapan para pelajar di Universiti Kolej MAHSA, Kampus Jalan Universiti menyedari kesan pengambilan air minuman berklorin kepada kesihatan. 1.3 Rasional Kajian

Disinfeksi merupakan proses yang paling penting dalam proses rawatan air mentah kerana proses ini berupaya membasmi penyakit yang disebabkan oleh mikroorganik patogen (White, G. C. 1992). Sebarang bentuk proses disinfeksi adalah perlu untuk menyingkirkan mikroorganisma yang boleh membahayakan. Klorin digunakan secara meluas sebagai disinfektan kerana ianya murah dan berkesan. Hampir semua loji rawatan air di Malaysia menggunakan klorin dalam proses disinfeksinya (Wan, K. J., Ki, D. K., Jong, I. d. dan Yong. C. 2005). Berdasarkan kenyataan yang dikemukan, kajian ini dijalankan kerana penggunaan klorin semakin berleluasa di negara ini. Begitu juga di Universiti Kolej MAHSA, Kampus Jalan Universiti yang menggunakan air terawat sebagai bekalan air untuk pelajar-pelajar mereka yang menetap di sini. Selain itu, kesan bahaya daripada pengambilan air berklorin sebagai minuman mewujudkan masalah kepada kesihatan yang amat membimbangkan khususnya kepada para pelajar Universiti Kolej MAHSA, Kampus Jalan Universiti. 3

Di samping itu, kajian ini adalah untuk memberikan kesedaran 100% kepada pelajar tentang bahaya air minuman berklorin ini kepada kesihatan yang boleh mengganggu sistem normal dalam tubuh badan walaupun dalam jangka masa panjang. Tambahan pula, perlaksanaan kajian ini menghasilkan cadangan atau alternatif berkesan bagi mengatasi masalah penggunaan air berklorin kepada para perlajar Universiti Kolej MAHSA, Kampus Jalan Universiti.

1.4

Tujuan Kajian

Universiti Kolej MAHSA, Kampus Jalan Universiti dibekalkan air terawat sebagai bekalan air untuk para pelajar yang menetap di sini. Hal ini, 100% pelajar di sini terdedah dengan air berklorin yang mereka gunakan sebagai air minuman. Namun, para pelajar juga dibekalkan dengan mesin air R.O (reverse osmosis) berbayar dan premis yang menjual air mineral. Maka, boleh disimpulkan para pelajar mempunyai pilihan untuk memilih salah satu daripadanya sebagai sumber minuman. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran pelajar Universiti Kolej MAHSA, Kampus Jalan Universiti tentang apa itu klorin, penggunaannya serta akan kesan bahaya air minuman berklorin. Selain itu, penyelidik juga mahu melihat pengamalan para pelajar di kolej ini dalam pengambilan air minuman sama ada daripada air paip atau air mineral.

1.5

Hipotesis Kajian

Hipotesis awal yang dapat penyelidik simpulkan ialah pelajar Universiti Kolej MAHSA, Kampus Jalan Universiti sedar akan bahaya pengambilan air minuman berklorin. Perkara ini boleh dilihat melalui keputusan purata indeks keseluruhan soalan yang berkaitan dengan pengetahuan dan kesedaran responden terhadap bahaya kesan klorin dalam air minum dan pengambilan klorin dengan kadar yang lebih dalam air minum boleh menyebabkan maut. Selain itu, hipotesis kedua penyelidik ialah 90% pelajar membuat pilihan untuk menggunakan air RO (reverse osmosis) dan air mineral sebagai air minuman mereka. Perkara ini dapat dilihat melalai kekerapan responden menjawab skala 3 (setuju) dan skala 4 (sangat setuju) pada soalan yang memperihalkan tentang pengamalan mereka dalam memilih sumber air minum dari air R.O atau air mineral.

4

1.6

Kerangka Teoritis/ Model

Kerangka teoritis dibuat setelah mengenalpasti matlamat, objektif, skop, dan kaedah kajian dibuat. Pendedahan dan kesedaran pelajar terhadap bahaya pengambilan air minuman berklorin akan ditekankan sebagai sasaran kajian. Kaeadah-kaedah kajian dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan responden untuk memberikan kerjasama.

5

1.6.1. Kerangka Teoritis Bagi Kajian Mengenai Kesedaran Penggunaan Air Minuman Berklorin dan Kesannya Terhadap Kesihatan Pelajar Universiti Kolej Mahsa, Kampus Jalan Universiti, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Rajah 1.1:

Senarai data-data yang diperlukan dari responden menggunakan kaedah borang kaji selidik

6

PENGUMPULANDATA PENGOLAHANDATA SOAL SELIDIK DATA PENYAJIAN RUMUSAN/CADANGAN ANALISIS DATA TAMAT KAJIAN PELAJAR

7

Rajah 1.2:

Carta aliran proses pengambilan data primer yang dilakukan di dalam kajian

8

1.8

Batasan kajian

Penyelidik menggunakan 100 orang responden yang terdiri daripada 50 orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan untuk kajian ini. Masalah yang dihadapi penyelidik ialah sikap di kalangan responden yang sedar dan tidak sedar akan objektif kajian ini dilaksanakan. Sikap lain responden yang menjadi halangan kepada penyelidik ialah tidak bertanya atau memberi maklum balas kepada penyelidik ketika menjawab borang soal selidik. Penyelidik tidak akan dapat tahu akan masalah mereka seperti responden tidak memahami soalan dan menjawabnya tanpa mengetahui tujuan kajian. Selain itu, akibat daripada perbezaan jadual kelas dan cuti bagi setiap jurusan yang terdapat di Universiti Kolej MAHSA Kampus Jalan Universiti menyukarkan lagi penyelidik untuk menjalankan kajian terutama dalam pengedaran borang soal selidik. Penyelidik hanya boleh mengedarkan borang soal selidik ini pada waktu luar kelas terutamanya pada waktu petang dan malam.

1.9

Sumbangan kajian

Perlaksanaan kajian ini menghasilkan sumbangan yang berguna dan berkesan kepada sasarannya. Penyelidik mempertengahkan isu penggunaan klorin dalam air minuman di kalangan pelajar dan juga masyarakat sekeliling. Hal ini, bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar Universiti Kolej MAHSA Kampus Jalan Universiti tentang bahaya air minuman berklorin. Selain itu, kajian ini juga menyedarkan serta meningkatkan lagi penggunaan air mineral, air R.O (reverse osmosis), air beroksigen dan lain-lain dalam kalangan pelajar serta mengurangkan amalan pengambilan air paip sebagai air minuman. Sumbangan yang paling utama dalam kajian ini ialah menyematkan kesedaran berpanjangan tentang bahaya pengambilan air berklorin sebagai air minuman dalam diri setiap pelajar. Di samping itu, pelajar-pelajar Universiti Kolej MAHSA ini akan memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat. Apabila pelajar-pelajar ini sudah mengetahui dan sedar akan kesan bahaya pengambilan air minuman berklorin, mereka akan menyebarkannya kepada masyarakat lain bagi mengelakkan isu ini terjebak. Masyarakat akan lantas mengambil cara pemulihan dalam mengatasi masalah sumber air minuman mereka. Antaranya ialah pemasangan penapis air pelbagai jenama yang disahkan selamat oleh Standards and

9

Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

1.10 i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Definisi Konsep Klorin Disinfeksi Air minum Air terawat Air mineral Air R.O (reverse osmosis) Kesan Kesihatan

10

BAB II

TINJAUAN LITERATUR / ULASAN PERPUSTAKAAN

2.1

Definisi Klorin

Menurut The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition (2009) Klorin ialah gas halogen berwarna hijau kekuningan, bersifat mengkakis, berupaya bergabung dengan unsur-unsur kimia lain terutamanya yang dihasilkan oleh elektrolisis Natrium Klorida dan digunakan secara meluas untuk menulenkan atau membersihkan air, sebagai agen disinfeksi dan peluntur dan dalam pembuatan sebatian penting termasuk kloroform dan Karbon Tetraklorida. Unsur kimia dengan nombor atom 17 dan bersimbol Cl dalam jadual berkala.

2.2

Kegunaan Klorin

Menurut Science Daily (2004), Klorin mempunyai pelbagai kegunaan. Antarnya sebagai disinfektan dan penulen, pembuatan plastik dan polimer, pelarut, agrokimia dan pembuatan ubatan, dan ianya tidak terdapat dalam produk terakhir. Klorin juga memainkan peranan dalam penghasilan produk komersial termasuklah peralatan kelengkapan rumah seperti peluntur. Klorin sangat berguna dalam kehidupan seharian pada zaman moden kini. Tambahan, menurut Smil dan Vaclav (2004), gas klorin telah digunakan sepanjang Perang Dunia Pertama sebagai senjata kimia. Ia menyerang dengan merosakkan sistem pernafasan pihak musuh. Kerana sifat mengkakis klorin, ianya membakar paru-paru dan tisutisu badan lain apabila disedut, telah menyebabkan jumlah kematian yang tinggi pada waktu itu. Klorin pertamanya digunakan dalam air minuman pada kurun ke-19 untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air seperti Tifoid, Kolera, Disentri dan Gastroenteritis, di mana telah membunuh manusia dengan jumlah yang ramai berbanding manusia yang mati dalam peperangan. World Health Organization menganggarkan lebih tiga ribu manusia mati setiap tahun akibat air minuman yang tercemar (library.thinkquest.org, 2000).

11

2.3

Kandungan Air Tidak Terawat

Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan yang merbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroogranisma dan bahan kimia dari semburan racun perosak. Setelah air ini memasuki pusat rawatan air, banyak bahan-bahan merbahaya berjaya dihapuskan. Satu bahan yang paling merbahaya sebenarnya telah ditambahkan ke dalam air minuman kita sebagai sebahagian daripada proses rawatan itu iaitu klorin (Jabatan Kualiti Alam Sekitar Amerika Syarikat, 2008). Tambahan pula, menurut T. Mayo (2010) karsinogen terkenal dijumpai dalam air minum sebagai satu akibat langsung amalan pengklorinan. Begitu juga dengan kepekatan sebatian organik dan pepejal terampai yang tinggi dalam air mentah sering menyebabkan permintaan klorin yang tinggi dan mengurangkan keberkesanan klorin sebagai disinfektan. Akibatnya, klorin yang lebih perlu didoskan untuk membunuh patogen dalam air (Hopkins, J. S., Hamilton, R.D. II, Sandifier, P.A., Browdy, C.L., Stokes, A.P., 1993).

2.4

Penggunaan Klorin Dalam Bekalan Air

Klorin semakin ditambah kandungannya dalam bekalan air ketika waktu banjir bagi mengelakkan infeksi kepada manusia sebagai langkah pencegahan wabak. Antara wabak yang merebak pada waktu banjir ialah penyakit bawaan air yang boleh membawa kematian (Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Laporan Bencana Banjir Besar, 2007). Selain itu, menurut Johari, M. A. (1994) di Malaysia hampir semua loji rawatan air menggunakan klorin dalam proses disinfeksinya kerana ianya murah dan berkesan membasmi penyakit yang disebabkan oleh mikroorganik patogen yang boleh membahayakan kesihatan manusia (penyakit bawaan air).

2.5

Bahaya Pengambilan Air Berklorin

Klorin adalah perosak dan pembunuh pada masa ini. Di samping ia menghalang epidemik atau sesuatu penyakit (penyakit bawaan air), namun pada masa yang sama ia menghasilkan epidemik yang lain. Dua dekad yang lepas selepas penggunaan pengklorinan air minuman pada 1904 telah bermula epidemik seperti masalah jantung, kanser dan strok (Price, 2008). Menurut gabungan tinjauan literature daripada Rook, J.J. (1974) dan Bellar, T. A., Lichtenberg J.J. dan Kroner, R. C. (1974) serta El-Dib, M. dan Ali, R. (1995) di sebalik 12

keberkesanan proses pengklorinan bagi membunuh patogen dalam air, pengklorinan didapati dapat menjanakan hasil sampingan seperi trihalometana (THM) yang merupakan sebatian halo-organik yang terbukti bersifat karsinogeik dan mutagenik. Penemuan saintifik ini telah menyebabkan isu THM menjadi satu perkara yang dibimbangkan dan perlu diberi penekanan dan perhatian pada peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Meminum air minuman berklorin berkaitan dengan satu kekerapan yang meningkatkan penyakit kanser kolon. Seorang ahli epidemiologi di Oak Ridge Associated Universities menyiapkan satu kajian terhadap mangsa-mangsa kanser kolon dan bukan pesakit-pesakit kanser telah membuat kesimpulan bahawa meminum air minuman berklorin selama 15 bertahun-tahun atau lebih mengakibatkan kondusif untuk satu kadar yang tinggi kanser kolon (Health Freedom News, 1987). Selain itu, menurut Dispatch dan Press (1987) kajian daripada Journal Cancer National Institute menyatakan meminum air berklorin untuk jangka masa yang panjang dilihat akan meningkatkan risiko seseorang menghidap barah pundi sebanyak 80%. Lebih kurang 45, 000 rakyat Amerika didiagnosiskan pada setiap tahun mengalami masalah barah pundi. Di samping itu, mereka juga menyatakan klorin sendiri bukanlah menjadi masalah utama. Ahli-ahli sains berpendapat punca sebenar kanser pundi kencing adalah disebabkan oleh satu bahan kimia yang membentuk sebagai hasil reaksi-reaksi antara klorin dan bahan pencemar semula jadi di dalam air (bahan organic seperti daun-daun dan ranting-ranting). Jabatan Kualiti Alam sekitar Amerika Syarikat (2008) menyatakan dalam laporannya, kanser payudara adalah terbaru dikesan mempunyai hubungkait dengan pengambilan air berklorin. Wanita dengan kanser payudara didapati mempunyai 50% hingga 60% lebih tinggi organoklorin (produk sampingan klorin) dalam tisu payudara mereka berbanding mereka yang tidak menghidapinya. Kanser payudara dikesan dalam setiap satu dari lapan wanita di Amerika Syarikat dan membunuh hampir kebanyakkan penghidap-penghidapnya. Selain itu, menurut Plewa, (2009) bahan sampingan disinfektan dalam air terhasil dengan tidak sengaja terhasil semasa penulenan air. Proses disinfeksi air dengan penggunaan klorin dan kloramin dan jenis disinfektan lain menjana satu kelas sebatian dalam air yang dipanggil bahan sampingan disinfektan atau disinfection by-product (DBPs). Disinfektan seterusnya bertindak dengan bahan organik di dalam air dan menjana seratus sebatian yang berbeza. Sebahagian daripadanya adalah bersifat toksik, sebahagian lain boleh menyebabkan kecacatan bayi, sebahagian lain adalah genotoksik di mana ianya merosakkan DNA, dan sebahagian lain juga adalah karsinogenik. 13

Tambahan pula, gabungan klorin dan lemak binatang mengakibatkan aterosklerosis, serangan jantung dan kematian adalah disebabkan klorin yang sentiasa ada dalam air minuman kita (Walker, 2008).

2.6

Pemilihan Sumber Air Minuman

Menurut Schwartz (2000), terdapat pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita. Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air oksigen, air beralkali di samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang berfungsi meningkatkan kualiti bekalan air minuman. Sebagai pengguna, kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk mandian selsel di dalam tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. PETALING JAYA, 7 Feb (Bernama), Setiausaha Agung Persatuan PenggunaPengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), S. Piarapakaran berkata tahap kesedaran mengenai jenis dan fungsi penapis air di kalangan para pengguna adalah sangat rendah. Sebagai contoh, katanya, dalam tinjauan itu mendapati hanya 66 daripada 1, 792 keluarga di seluruh negara mempunyai pengetahuan mengenai jenis dan fungsi penapis air. Katanya keadaan ini adalah serius dan memerlukan perhatian segera.

14

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Rekabentuk penyelidikan

Dalam kajian ini, rekabentuk penyelidikan yang digunakan adalah menggunakan kaedah soal selidik. Sasaran bilangan responden di kalangan pelajar adalah 100 orang, iaitu 50 orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan. Kaedah soal selidik ini dilaksanakan dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada responden. Sedikit penerangan tujuan kajian akan diberikan kepada responden bagi memudahkan lagi responden memahami tujuan kajian dan memberikan kerjasama. Kajian yang dijalankan adalah Kajian Keratan Rentas, dimana kajian ini adalah dalam tempoh perlaksanaan yang singkat. Kejadian masalah kesihatan dan faktor penyebab juga dikaji dan dianalisis pada masa yang sama. Pemilihan rekabentuk penyelidikan Kajian Keratan Rentas ini digunakan adalah kerana penentuan kaitan antara faktor penyebab dan kejadian masalah kesihatan tidak boleh dikaitkan secara langsung.

3.2

Pemilihan Kajian

Kajian ini dipilih kerana terdapat banyak kejadian masalah kesihatan yang melibatkan penggunaan air berklorin dari punca air paip sebagai air minuman. Para pelajar di Universiti Kolej MAHSA, Kampus Jalan Universiti, Petaling Jaya, adalah berisiko menghadapi masalah ini. Oleh kerana itu, pemilihan lokasi telah menjadikan kolej ini sebagai lokasi kajian. Di samping itu, para pelajar kolej ini juga, lebih berpengetahuan dalam bidang sains kesihatan. Jadi, maklumbalas dari responden di sini adalah boleh dijadikan sumber atau asas kajian, berdasarkan latar belakang pendidikan mereka yang berkaitan. Pengambilan air berklorin sebagai air minuman akan memberi kesan kepada sistem badan manusia kerana terjadinya kemasukan kimia asing di dalam badan. Sifat klorin adalah 15

mengkakis, dan ini amat bahaya pada sistem pencernaan dan perkumuhan dalam sistem tubuh badan. Di Universiti Kolej MAHSA, Kampus Jalan Universiti, Petaling Jaya, pelajar-pelajar kolej ini adalah 100% dibekalkan dengan air terawat iaitu air klorin sebagai sumber air mereka. Namun begitu, pihak kolej juga telah menyediakan kemudahan sistem air RO berbayar dan premis yang menjual air mineral sebagai pilihan kepada pelajar. Dalam hal ini, kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya pengambilan air berklorin adalah amat penting bagi menentukan pilihan pelajar sumber air mereka.

3.3

Instrumen penyelidikan

Penyelidik menggunakan borang soal selidik (Questionnaire) yang mengemukakan soalansoalan untuk dijawab oleh para responden. Questionnaire ialah siri soalan dan ditulis atau dicetak dan dihantar ke beberapa responden untuk mendapat beberapa data untuk tujuan kaji selidik dan pemerhatian atau laporan (Harper and Row, 1984). Sebelum questionnaire diedarkan kepada sasaran populasi, ianya disemak terdahulu oleh penyelia untuk mendapat sedikit pandangan dan pembetulan. Hal ini, memastikan soalan yang dikemukan penyelidik jelas dan mudah difahami dan memperoleh data yang diperlukan serta objektif kajian akan tercapai. 3.3.1 Bentuk Questionnare

Kandungan questionnaire dibuat berpandukan rujukan daridapa tinjauan literatur. Jenis questionnaire diambil untuk kajian metodologi ialah borang soal selidik jenis soalan berstruktur dan tindakbalas terhasil berdasarkan kefahaman para responden terhadap setiap isu dan kenyataan yang dikemukakan. Selain itu, penggunaan Skala Likert menggunakan pengukuran lima ordinal daripada sangat tidak setuju (1) kepada sangat setuju (5). Pengukuran ordinal dari 1 hingga 5 telah digunakan dalam turutan menaik untuk menunjukkan tahap persetujuan.

Skala ordinal dari 1 hingga 5 dalam turutan menaik 1 2 3 4 5

Peningkatan tahap persetujuan

16

Rajah 3.1: Pengukuran lima ordinal persetujuan mengikut Skala Likert

Setiap skala mewakili tahap yang berikut: 1 = Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Neutral 4 = Setuju 5 = Sangat Setuju

Borang kaji selidik yang dikemukan penyelidik terbahagi kepada empat bahagian di mana setiapa bahagian ini akan mewujudkan dengan jelas dalam mengenalpasti tindak balas serta mencapai objektif kajian. Bahagian pertama iaitu informasi sosio demografi yang mengambil informasi seperi umur, bangsa, tahap pendidikan, jantina dan jurusan para responden. Bahagian ini selalu digunakan dalam setiap kajian. Bahagian kedua iaitu mengenai tahap kesedaran para responden tentang isu yang dikemukakan penyelidik seperti tingkah laku responden terhadap pengambilan air minuman berklorin ini. Selain itu, mengenalpasti pengetahuan responden terhadap pengambilan air minuman berklorin yang merangkumi pengetahuan umum, khusus, sebab dan akibat yang dilihat daripada pemerhatian, pembacaan dan pengalaman. Bahagian ketiga, penyelidik mengemukakan isu yang berkaitan dengan sikap responden terhadap pengambilan air minuman berklorin seperti tanggungjawab, keprihatinan dan sikap ambil mudah responden.

17

Bahagian terakhir iaitu bahagian empat ialah mengemukakan isu yang melihat amalan responden dalam menangani pengambilan air minuman berklorin. Penyelidik mahu melihat sama ada responden memilih air berklorin atau air mineral sebagai sumber air minuman mereka. 3.3.2 Data sekunder

Kebanyakaannya sumber diambil daripada bahan bacaan seperti buku, majalah, jurnal, tesis kajian terdahulu dan sebagainya. Ini digunakan sebagai rujukan untuk memudahkan kajian dijalankan.

3.4

Populasi

Kajian ini adalah melibatkan seramai 100 orang responden dikalangan pelajar Universiti Kolej MAHSA, kampus Jalan Universiti, Petaling Jaya. Responden adalah dipilih secara rawak dan tidak ditentukan pemilihannya, kecuali jantina. Ini kerana, kajian ini memerlukan keseimbangan dari segi jantina dan tidak melibatkan data-data lain. Untuk latarbelakang pendidikan pula, kesemua responden adalah pelajar kolej ini. Jadi, sudah pasti mereka lebih mengetahui tentang perkara yang boleh mendatangkan bahaya kesihatan. Bagi maklumat penempatan pula, kesemua responden adalah peghuni di hostel kolej ini.

3.5

Prosedur penganalisaan data

Semua data-data terkumpul daripada questionnaire akan diolah dan dianalisis dalam dua cara dan kaedah, iaitu Analisa Frekuensi dan Purata Indeks. Analisa Frekuensi digunakan sebagai analisis asas untuk mendapatkan keputusan kajian dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Penyelidik menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 16.0, Microsoft Office Excel 2007 dan analisis purata indeks. 3.5.1 Purata Indeks

Purata Indeks diukur seperti berikut (Al-Hammad et al., 1996):Purata Indeks =

aixi xi

Di mana;

18

ai Xii

= kelas indeks; malar yang menyatakan pemberat bagi setiap i.

= pemboleh ubah yang menunjukkan frekuensi respon responden. = untuk skala 1, 2, 3, 4, 5

Berdasarkan nilai-nilai yang diandaikan yang dinyatakan sebelum ini; x1 = kekerapan atau frekuensi untuk Sangat Tidak Setuju dan bersamaan dengan a1 = 1 x2 = kekerapan atau frekuensi untuk Tidak Setuju dan bersamaan dengan a2 = 2 x3 = kekerapan atau frekuensi untuk Neutral dan bersamaan dengan a3 = 3 x4 = kekerapan atau frekuensi untuk Setuju dan bersamaan dengan a4 = 4 x5 = kekerapan atau frekuensi untuk Sangat Setuju dan bersamaan dengan a5 = 5 Berdasarkan frekuensi yang telah dianalisis, purata indeks akan diukur. Klasifikasi purata indeks kajian dikadar kepada lima tahap pencapaian, dimana (Abd Majid dan Mccaffer, 1997): Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Neutral Setuju Sangat Setuju = 1.00 purata indeks < 1.50 = 1.50 purata indeks < 2.50 = 2.50 purata indeks < 3.50 = 3.50 purata indeks < 4.50 = 4.50 purata indeks < 5.00

19

Oleh itu, sebarang respon pada tahap pencapaian seperti di atas boleh dikatakan mempunyai hubungkait dengan tahap kesedaran para responden terhadap isu kajian yang dikemukan. Ia boleh dianalisis seperti, sangat tidak setuju adalah dianggap sangat kurang tahap kesedaran, tidak setuju adalah dianggap kurang tahap kesedaran, neutral adalah dianggap sederhana tahap kesedaran, setuju adalah dianggap tinggi tahap kesedaran dan sangat setuju adalah dianggap sangat tinggi tahap kesedaran. Maka, tahap kesedaran responden terhadap bahaya pengambilan air minuman berklorin boleh ditentukan daripada tahap persetujuan mereka terhadap saoalan dalam questionnaire.

20

BAB IV

HASIL DAN PERBINCANGAN

4.1

PENGENALAN

100 set borang soalan selidik telah dikeluarkan dalam bentuk cetakan. Borang diedar dan dipulangkan kembali kepada penyelidik. Responden yang dipilih secara rawak adalah dalam kalangan pelajar Universiti Kolej MAHSA, Kampus Jalan Universiti. Borang diedar dan diminta menjawab bersama penyelidik bagi memastikan responden boleh memberikan maklum balas atau pertanyaan di situ juga. Semua data yang dikumpul daripada questionnaire telah dianalisa menggunakan kaedah Analisa Frekuensi sebagai analisis awal. Kaedah ini menunjukkan kekerapan dan peratusan. Kemudiannya, kekerapan akan dicatatkan dalam bentuk jadual dan carta pai. Dalam penghasilan keputusan, penyelidik menggunakan Microsoft Office Excel 2007 dan Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 16.0.

4.2

ANALISIS DATA SOSIO DEMOGRAFI

Seramai 100 orang responden telah melibatkan diri dalam kajian yang telah dijalankan ini. Dari segi jantina, seramai 50 orang responden terdiri daripada lelaki dan selebihnya ialah responden perempuan juga mencatatkan bilangan yang sama iaitu sebanyak 50 orang. Peratusan bilangan responden antara lelaki dan perempuan ialah 50.0% dan ini menunjukkan jumlah responden mengikut jantina ialah seimbang. Berikut adalah graf bar yang menunjukkan bilangan responden mengikut jantina lelaki dan perempuan yang terlibat dalam kajian ini. 21

Rajah 4.1:

Graf Bar Bilangan Responden Mengikut Jantina

Seterusnya, Rajah 5.2 menunjukkan graf bar bilangan responden mengikut umur. Mengikut graf sebanyak 81 (81%) orang responden berumur dari lingkungan 18-24 tahun, 13 (13%) orang responden berumur dari lingkungan 25-30 tahun dan 6 (6%) orang responden berumur dalam lingkungan 31-40 tahun. Berdasarkan kekerapan yang dicatat, keseluruhan responden berumur dalam lingkungan 18-24 tahun yang tertinggi melibatkan diri sebagai responden. Hal ini, kebanyakkan pelajar-pelajar berdaftar di kolej ini selepas Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Tingkatan Enam atau Matrikulasi.

22

Rajah 4.2:

Graf Bar Bilangan Responden Mengikut Umur

Rajah 4.3:

Carta Pai Bilangan Responden Mengikut Bangsa

Merujuk kepada Rajah 4.3, carta pai mencatatkan bilangan responden mengikut bangsa. Bangsa yang tertinggi terlibat sebagai responden kajian ini ialah Melayu dengan mencatat 73 (73%) orang responden. Seterusnya, kedua tertinggi ialah daripada bangsa Cina dengan mencatat 15 (15%) orang responden. Diikuti oleh bangsa India yang mencatatkan 9 23

(9%) orang responden dan selebihnya adalah daripada bangsa lain-lain yang mencatakan 3 (3%) orang responden.

Rajah 4.4:

Graf Bar Bilangan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Berdasarkan Rajah 4.4, graf bar menunjukkan bilangan responden mengikut tahap pendidikan. Data yang dicatat sebanyak 38 (38%) orang responden berada pada tahap Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)/ O-level. 62 (62%) orang responden berada pada tahap Diploma/ Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM)/ A-level dan ianya adalah jumlah tertinggi yang dicatatkan oleh responden. Manakala, tiada responden yang tercatat berada pada tahap Ijazah/ Master. Seterusnya, merujuk kepada Rajah 4.5, carta pai menunjukkan bilangan responden mengikut jabatan. Data mencatatkan Jabatan Kesihatan Persekitaran mempunyai responden tertinggi iaitu 34 (34%) orang. Kedua tertinggi ialah daripada Jabatan Jururawat yang mencatatkan seramai 14 (14%) orang responden. Diikuti dengan Jabatan Farmasi yang mencatatkan 13 (13%) orang responden dan Jabatan Teknologi Pergigian seramai 12 (12%) orang responden serta Jabatan Radiografi seramai 11 (11%) orang responden. Seramai 9 (9%) orang responden mencatatkan kekerapan pada Jabatan Fisioterapi dan 7 (7%) orang responden pada Jabatan Perubatan. Manakala tiada responden mencatatkan pada lain lain.

24

Rajah 4.5:

Graf Bilangan Responden Mengikut Jabatan

4.3

ANALISA DATA TAHAP KESEDARAN

25

KESIMPULAN

Berdasarkan pemerhatian awal yang dilakukan oleh penyelidik didapati, sikap pelajar Kolej Universiti MAHSA, Kampus Jalan Universiti dalam menangani masalah ini dipandu oleh pengetahuan tentang bahaya air minuman berklorin. Hal ini bermakna, kesedaran para pelajar tentang bahaya air minuman berklorin adalah bergantung kepada tahap pengetahuan mereka. Selain itu, penyelidik juga mendapati bahawa para pelajar memilih kemudahan sumber air yang lain seperti mesin air RO (reverse osmosis) berbayar dan air mineral sebagai air minuman mereka setiap hari. Oleh yang demikian, kajian ini berjaya menentukan bahawa para pelajar di Kolej Universiti MAHSA, Kampus Jalan Universiti sedar akan bahaya pengambilan air minuman berklorin dan kesannya kepada kesihatan mereka.

26

RUJUKAN

Bellar, T. A., Lichtenberg J. J. & Kroner, R. C. (1974). The Occurrence of Organohalogens on Chlorinated Drinking Waters. J. AWWA. 66: 703-706. Dierberg, F. F., Kiattisimkul, W. (1996). Issue, Impacts, and Implications of Shrimp Aquaculture in Thailand. Environ. Man. 20(5): 649-666. El-Dib, M. & Ali, R. (1995). THMs Formation During Chlorination of Raw Nile River Water. Egypt. J. Wat. Res.29: 375-378. Ellis, K.V. (1991) Water Disinfection: A review with some consideration of the requirements of the ThirdWorld. Crit. Rev. Environ. Control 20, 341-407. Health Freedom News, 1987 [email protected] Hopkins, J.S., Hamilton, R.D. II, Sandifier, P.A., Browdy, C.L., Stokes, A.P. (1993). Effects of Water Exchange Rate On Production, Water Quality, Effluent Characteristics and Nitrogen Budgets of Intensive Shrimp Ponds. J. World Aquacult. Soc. 24(3): 304-320. Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Laporan Bencana Banjir Besar Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Disember 2006 Februari 2007. Kleiner SM. Water: an essential but overlooked nutrient. Journal of the American Dietetic Association. 1999;99:200-206. Laporan Jabatan Kualiti Alam Sekita Amerika Syarikat, 2008 libary.thinkquest.org Morris RD. Drinking water and cancer. Environmental Health Perspectives. 1995;103 Supplement 8:225-231. Rook, J. J. (1974). Formation of Haloforms During Chlorination of Natural Water. Water Treat. Exam. 23: 234-243. Rook, J. J. (1976). Haloforms in Drinking Water. J. AWWA. 68: 168-172. Rubenowitz E, et al. Magnesium and calcium in drinking water and death from acute myocardial infarction in women. Epidemiology. 1999;10:31-36. 27

Science Daily, 2004 Shannon J, et al. Relationship of food groups and water intake to colon cancer risk. Cancer Epidemiological Biomarkers Preview. 1996;5:495-502. SK Sutphen: Waterborne Illness (accessed 22 October 2007). Stevens, A.A., Moore, L.A., Miltner, R.J. (1989) Formation and Control of Non Trihalomethane Disinfection By-products. J. AWWA, 81(8), 54-60. Sukiman, S. & Pauzi, A. (1993). Chemical Quality of Malaysian Drinking Water Sources. Drinking Water Quality: Microbiological and Public Health Aspects, UKM: 63-69. Sukiman, S. & Pauzi, A. (1993). Chemical Quality of Malaysian Drinking Water Sources. Drinking Water Quality: Microbiological and Public Health Aspects. UKM: 63-69. Wan, K. J., Ki, D. K., Jong, I. D. & Yong. C. (2005). Multi-route Trihalomethane Exposure in Households Using Municipal Tap Water Treated with Chlorine or Ozone-Chlorine. Sci. of the Tot. Environ. 339: 143-152. Wan, K. J., Ki, D. K., Jong, I. D. & Yong. C. (2005). Multi-route Trihalomethane Exposure in Households Using Municipal Tap Water Treated with Chlorine or Ozone-Chlorine. Sci. Of the Tot. Environ. 339: 143-152. White, G.C. (1992). Handbook of Chlorination and Alternative Disinfections. Ed. ke-3. New York: Van Nostrand Reinhold Publisher, Inc. www.water.gg www.who.com Yang CY, et al. Pancreatic cancer mortality and total hardness levels in Taiwan's drinking water. Journal of Toxicology and Environmental Health. 1999;56:361-369.

28

LAMPIRAN

29