Proposal

9
Proposal 1. Tajuk Sejarah Penubuhan dan Perkembangan Kokurikulum SK Serengkam dari tahun 1981 sehingga 2000. 2. Pengenalan Kampung Serengkam terletak kira-kira 18 km dari Bandar Maran dan boleh dihubungi dengan dua jalan alternatif yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu jalan kampung yang diselenggara oleh Syarikat Roadcare Sdn. Berhad dan di bawah seliaan JKR Maran. Sepertimana kampung lain, Kampung Serengkam tidak pernah meminggirkan kepentingan pendidikan kepada masyarakatnya. Maka sebuah institusi pendidikan telah ditubuhkan di Kampung Serengkam iaitu SK Serengkam pada tahun 1964. Institusi pendidikan ini ditubuhkan supaya dapat

Transcript of Proposal

Page 1: Proposal

Proposal

1. Tajuk

Sejarah Penubuhan dan Perkembangan Kokurikulum SK Serengkam dari tahun 1981

sehingga 2000.

2. Pengenalan

Kampung Serengkam terletak kira-kira 18 km dari Bandar Maran dan boleh

dihubungi dengan dua jalan alternatif yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu

jalan kampung yang diselenggara oleh Syarikat Roadcare Sdn. Berhad dan di bawah

seliaan JKR Maran.

Sepertimana kampung lain, Kampung Serengkam tidak pernah meminggirkan

kepentingan pendidikan kepada masyarakatnya. Maka sebuah institusi pendidikan telah

ditubuhkan di Kampung Serengkam iaitu SK Serengkam pada tahun 1964. Institusi

pendidikan ini ditubuhkan supaya dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dalam

bidang akademik di Kampung Serengkam.

Selain akademik, SK Serengkam juga mementingkan bidang kokurikulum untuk

melahirkan para pelajar yang seimbang. Melalui bidang kokurikulum ini, bakat dalam

diri pelajar dapat dikenal pasti dan diperkembang serta dijadikan inspirasi kepada pelajar

lain untuk menceburi bidang kokurikulum.

Page 2: Proposal

Melalui penyertaan dalam aktiviti kokurikulum , secara tidak langsung pelajar

dapat menonjolkan nama sekolah apabila kemenangan dicapai oleh mereka.

3. Objektif

Tujuan kajian adalah untuk mengkaji sejarah ringkas penubuhan SK Serengkam .

Seterusnya, kajian ini dilakukan untuk mengkaji perkembangan kelab sukan dan permainan

di SK Serengkam dari tahun 1981 hingga 2000.

Di samping itu, kajian dilakukan untuk mengenal pasti perkembangan dan pencapaian

kelab dan persatuan SK Serengkam dari tahun 1981 sehingga 2000. Selain itu, kajian ini juga

bertujuan mengenal pasti perkembangan unit beruniform yang ditubuhkan di SK Serengkam .

Akhir sekali, kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti beberapa orang tokoh

kokurikulum di SK Serengkam.

4. Permasalahan Kajian

SK Serengkam ditubuhkan pada 1964. Sekolah ini dikategori sebagai sekolah luar

bandar kurang murid.

Antara kelab sukan dan 1permainan yang terawal ditubuhkan di SK Serengkam

ialah Kelab Bola Baling dan Kelab Bola Sepak. Kelab sukan ini merupakan kelab yang

ditubuhkan sejak SK Serengkam dibuka sehingga sekarang.

Terdapat pelbagai persatuan dan kelab yang ditubuhkan di sekolah berkenaan

antara tahun 1981 sehingga 2000 namun begitu Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan

Bahasa Inggeris lebih menonjol dalam pencapaiannya. Hal ini termasuklah menjuarai

pertandingan seperti bercerita dan berpidato.

Page 3: Proposal

Sejak tahun 1981, SK Serengkam hanya menubuhkan satu unit badan beruniform

sahaja iaitu unit beruniform Pengakap. Unit ini telah banyak menempa kejayaan dalam

kegiatan dan penyertaan aktiviti sehingga ke peringkat antarabangsa.

Perkembangan dan pencapaian kokurikulum di SK Serengkam telah menarik

minat saya untuk mengkaji cara sekolah tesebut melahirkan tokoh sukan bermula pada

tahun 1981 sehingga 2000. Kajian ini menumpukan perhatian kepada pencapaian yang

diperoleh oleh sekolah pada peringkat zon, daerah dan negeri.

5. Skop kajian

Skop kajian adalah menjurus kepada sejarah penubuhan dan perkembangan SK

Serengkam dalam bidang kokurikulum dari tahun 1981-2000. Perkembangan

kokurikulum ini adalah merangkumi unit badan uniform, persatuan dan kelab serta kelab

sukan dan permainan.

6. Sorotan kajian lepas

Dalam kajian ini, pengkaji telah merujuk buku yang ditulis oleh Ahmad

Khairuddin bin Ismail bertajuk Pengurusan Projek Berjaya . Buku ini menerangkan

tentang setiap frasa dalam sesuatu projek merupakan langkah utama ke arah usaha untuk

mencapai kejayaan. Dua proses utama pengurusan pemegang kepentingan dan

pengurusan risiko serta masalah mempunyai pengaruh yang besar dalam kejayaan.

Page 4: Proposal

Selain itu, pengkaji juga menggunakan tulisan Abdullah Sani Yahaya yang

bertajuk Mengurus Disiplin Pelajar . Tulisan ini memaparkan tentang disiplin

memainkan peranan penting ke arah pembentukan sahsiah pelajar tidak kira dalam

bidang akademik dan kokurikulum. Di sekolah , interaksi antara guru dan pelajar berlaku

di luar kelas dan dalam kelas.

7. Kaedah Kajian

Pengkaji telah menemu bual beberapa orang guru yang bertugas di SK

Serengkam. Pengkaji juga telah menemu bual Ketua Kampung Serengkam, En. Ghaffar

bin Barat.

Kaedah lapangan pula telah digunakan oleh pengkaji dengan mengunjungi SK

Serengkam dan membuat tinjauan serta pemerhatian di sekolah tersebut.

Melalui kaedah rujukan perpustakaan, pengkaji telah pergi ke perpustakaan SMK

Maran dan Perpustakaan Awam di Bandar Maran. Pengkaji melakukan penyelidikan

dengan mencari buku rujukan mengenai aktiviti kokurikulum sekolah.

8. Pembahagian struktur esei

8.1 Pengenalan

8.1.1 Latar belakang Kampung Serengkam

8.2 Isi

8.2.1 Sejarah ringkas penubuhan SK Serengkam .

Page 5: Proposal

8.2.2 Perkembangan unit beruniform yang ditubuhkan di SK Serengkam dari tahun

1981 sehingga 2000.

8.2.3 Perkembangan kelab sukan dan permainan di SK Serengkam dari tahun 1981

hingga 2000.

8.2.4 Perkembangan dan pencapaian kelab dan persatuan SK Serengkam dari tahun

1981 sehingga 2000.

8.2.5 Tokoh kokurikulum di SK Serengkam.

8.3 Kesimpulan

8.3.1 Kepentingan bidang kokurikulum dalam institusi pendidikan

9. Penutup

Kajian ini telah mendedahkan kepada penduduk tentang pentingnya pendidikan

kepada masyarakat. Pendidikan yang menyeluruh bukan sahaja diperoleh di dalam bilik

darjah sebaliknya melalui aktiviti luar bilik darjah. Oleh hal yang demikian, kerjasama

ibu bapa dan masyarakat amat diperlukan untuk memastikan setiap aktiviti kokurikulum

dapat dijalankan dengan lancar di SK Serengkam.

Page 6: Proposal

10. Bibiliografi

Sumber pertama

Aring bin Syafie, 54 tahun, No.40 , Kampung Serengkam, 26500, Maran, Pahang Darul

Makmur.

Ayuni binti Yusoff, 34 tahun, Rumah Guru SK Serengkam, Kampung Serengkam, 26500,

Maran, Pahang Darul Makmur.

Borhan bin Mat Said, 53 tahun, No.20, Perkampungan Cenderawasih, 26050, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

Sumber kedua

Buku

Abdullah Sani Yahaya. Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur : PTS Professional

Sdn. Bhd, 2005.

Ahmad Khairuddin Ismail. Pengurusan Projek Berjaya. Kuala Lumpur : Institut

Terjemahan Negara Malaysia, 2010.

Surat Khabar

Ira Zalis Ismail. “Enam Pelajar Terima Anugerah Tokoh Murid.” Utusan (Kuala

Lumpur), 15 Mei 2013.

Sumber Tertier

Internet

Hamdani, “ Sejarah Sekolah,” http://skts.edu.my/sejarah.htm

Jibashni Selva Ganabathy, “Definisi Unit Beruniform,”

http://www.scribe.com/doc/87534705/Definisi-Unit-Beruniform#scribe

Page 7: Proposal