Proposal

12

Click here to load reader

description

Proposal

Transcript of Proposal

Page 1: Proposal

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji Penggunaan Blok Nombor Meningkatkan Ingatan

Murid Lembam Bagi Tajuk ‘Nombor Bulat’. Responden kajian terdiri daripada tiga (3) orang

murid pendidikan khas kategori lembam dari kelas KSSR 1 di Sekolah Kebangsaan Seri

Budiman II, Kuala Terengganu, Terengganu. Masalah yang dikenalpasti ialah mengenal dan

mengingati nombor bulat 1 hingga 10.Kaedah kajian yang dijalankan ialah analisis dokumen

(lembaran kerja murid), pemerhatian berstruktur dan temubual.Data dikumpulkan daripada

lembaran kerja murid bagi mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid-murid

mengenal nombor.Hasil analisis data selepas penggunaan Blok Nombor di dalam pengajaran

selama empat (4) minggu mendapati terdapat peningkatan markah berdasarkan lembaran

kerja murid.Hasil keputusan kajian menunjukkan penggunaan Blok Nombor berkesan dalam

meningkatkan ingatan murid lembam mengingati nombor bulat.Beberapa cadangan kajian

lanjutan dikemukakan di akhir penulisan laporan. Dalam kajian pada masa akan datang

diharapkan pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan melalui Penggunaan Blok Nombor di dalam

pengajaran di dalam bidang Pendidikan Khas.

Kata Kunci :Kajian tindakan, Blok Nombor, Ingatan, Murid Lembam

PENGENALAN

Huraian Sukatan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah

(2004) subjek Matematik merupakan salah satu subjek bagi komponen akademik

berfungsi.Matematik diajar mengikut susunan yang merangkumi tiga bidang iaitu Nombor,

Bentuk dan Perkaitan.

Mengenal nombor merupakan asas dalam perkembangan pembelajaran Matematik sebelum

murid boleh mempelajari konsep-konsep lain di dalam subjek Matematik ini dan seterusnya

mereka dapat membuat perkaitan dan mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Oleh

itu, murid- murid perlu melalui proses mengenal nombor terlebih dahulu. Semasa di

peringkat inilah, murid-murid akan memperoleh kemahiran mengenal dan mengecam

persamaan dan perbezaan nombor.

Menurut Messe (2001), keupayaan intelektual bagi kanak-kanak lembam yang ditempatkan

di kelas pendidikan khas menunjukkan mereka berada di tahap sederhana atau melebihi tahap

sederhana ini iaitu IQ mereka berada di bawah 70-75 di dalam skor ujian saringan

kecerdasan. Kanak-kanak bermasalah lembam mengalami kepayahan memberi perhatian,

mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

Page 2: Proposal

Melihat dari aspek penguasaan kemahiran Matematik, kanak-kanak lembam memperlihatkan

kesukaran seperti mengingat makna kepada simbol-simbol yang digunakan atau

menyelesaikan permasalahan Matematik.

Menurut Gibson dan Lewin (1975) menyatakan bahawa proses mengenal nombor atau huruf

dapat dipelajari dengan mengenali ciri- ciri spatial yang tertentu dari mengenal simbol-

simbol nombor dan bentuk huruf. Justeru itu, peranan guru amat penting dalam membantu

murid- murid lembam pada peringkat awal pembelajaran matematik untuk memperkenalkan

nombor- nombor secara visual dengan menggunakan teknik pengajaran dan berbantukan alat

bantu mengajar yang sesuai.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Bagi praktikum fasa ketiga, pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman

II, Kuala Terengganu.Pengkaji diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Matematik di

kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) bagi kelas Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) 1 sebanyak empat masa seminggu.Terdapat perbezaan

jurang kognitif antara murid- murid di dalam kelas ini.Terdapat tiga murid lemah dalam

pelajaran dan bersifat pasif serta tidak memberikan tumpuan dalam P&P. Murid yang

dikenalpasti lemah ini ialah ketiga-tiganya dari kategori lembam. Murid-murid ini juga susah

untuk mengingati satu- satu perkara yang baru dan banyak dalam masa yang sama. Bukan itu

sahaja, murid di dalam kelas ini juga lemah dari aspek motor halus.Mereka tidak boleh

menulis dengan baik.

Sepanjang sesi P&P, murid kelihatan kelihatan bersemangat di awal pengajaran.Semasa

pengkaji memberikan penerangan, hanya sebahagian murid sahaja kelihatan berminat untuk

mendengar. Begitu juga tumpuan, hanya sebahagian sahaja yang benar-benar memberikan

tumpuan terhadap apa yang pengkaji ingin sampaikan. Namun, semasa menjawab lembaran

kerja yang diedarkan, sebahagian besar murid didapati menghadapi kesukaran untuk

melengkapkannya. Situasi yang sama kerap berulang pada pengajaran yang seterusnya.

Situasi ini mendorong pengkaji mencari punca dan strategi P&P yang boleh dijalankan bagi

mengatasi masalah ini. Berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji, masalah utama yang

dihadapi oleh murid-murid ini sukar mengingati apa yang dipelajari dalam masa yang lama.

Di samping itu mereka jua gemar bermain sesama sendiri.Apabila rakan mereka memberikan

respon, mereka tidak menghiraukannya. Situasi ini menyebabkan gangguan semasa P&P dan

murid lain tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.

Sorotan dari masalah ini, pengkaji ingin menggunakan bahan bantu mengajar yang terdiri

daripada bahan maujud berbentuk tiga dimensi (3D). Bahan bantu mengajar berbentuk 3D ini

Page 3: Proposal

diserapkan di dalam aktiviti permainan untuk meningkatkan tumpuan dan minat murid untuk

belajar di samping meransang deria murid.

Berkesinambungan dengan kaedah ‘Belajar Sambil Bermain’ di mana pengkaji menggunakan

Blok Nombor yang digunakan di dalam aktiviti yang pelbagai, pengkaji juga ingin

menerapkan terapi bermain kepada murid pendidikan khas ini.Terapi bermain digunakan bagi

membantu murid memahami dunia dan memberi peluang untuk meneroka identiti masing-

masing. Oleh itu, permainan menggunakan Blok Nombor akan menjadi satu aktiviti terapi

bagi murid-murid pendidikan khas ini. Hal ini disebabkan, dengan menggunakan strategi ini,

guru akan membekalkan murid dengan Blok Nombor dan murid akan merasa dan meneroka

bentuk dan tekstur Blok Nombor itu sendiri dengan peraturan-peraturan permainan yang telah

ditetapkan. Oleh itu, penggunaan Blok Nombor ini akan menjadi satu terapi di mana dapat

meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi murid selain membantu murid menumpukan

perhatian semasa pengajaran.Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah ‘Siapa Saya’,

‘Ketinting Nombor’ dan ‘Kotak Beracun’.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan mengenal nombor di kalangan

murid bermasalah pembelajaran kategori lembam. Berdasarkan kemampuan murid serta

kekangan masa, pengkaji akan memfokuskan kajian ini bagi meningkatkan ingatan murid

mengenal nombor 1 hingga 5 sahaja. Oleh itu, bagi meningkatkan ingatan serta penglibatan

murid di dalam mempelajari nombor 1 hingga 5, pengkaji menggunakan Blok Nombor.

Diharapkan kajian ini akan dapat membantu guru-guru pendidikan khas yang berdepan

dengan masalah yang sama. Pengkaji juga ingin meningkatkan penglibatan murid di dalam

pembelajaran.Hal ini disebabkan pengkaji mendapati masalah murid tidak memberikan

tumpuan di dalam P&P merupakan salah satu punca murid tidak minat dengan subjek

Matematik dan juga tidak dapat mengingat nombor dengan baik. Oleh itu, pengkaji akan

merangka permainan di dimana dapat mengaplikasikan penggunaan Blok Nombor di dalam

aktiviti yang lebih menarik dan berkesan. METODOLOGI Kajian ini telah dijalankan

terhadap 3 orang murid yang terdiri daripadamurid perempuan yang dipilih sebagai

responden kajian ini.Responden berumur dalam lingkungan umur 7-12 tahun.Semua

responden terdiri daripada murid bermasalah lembam. Murid- murid ini sukar mengingati

sesuatu perkara yang banyak dalam tempoh yang lama. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji

memungut data dengan menggunakan beberapa kaedah seperti analisis dokumen,

pemerhatian dan temubual.manakala instrumen yang digunakan adalah lembaran kerja dan

rekod pemerhatian kekerapan peristiwa. Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan model kajian

Page 4: Proposal

yang disarankan oleh Kemmis dan MacTaggart (1988).berdasarkan model kajian ini, terdapat

empat langkah utama yang digunakan. langkah pertama ialah mereflek (Reflect), kedua ialah

merancang (Plan), ketiga ialah bertindak (Action) dan langkah yang terakhir adalah

memerhati (Observe).

Rajah 1 : Prosedur Kajian Tindakan Berpandukan Model Kajian Kemmis &

MacTaggart (1988) Untuk menjawab persoalan (i), pengkaji telah menganalisis dokumen

lembaran kerja murid bagi melihat peningkatan markah sebelum dan selepas intervensi

dijalankan.

i. Adakah penggunaan blok nombor 1-5 dapat meningkatkan ingatan dalam kalangan murid

lembam?

Jadual 1 menerangkan dengan lebih ringkas tentang peningkatan markah yang diperolehi oleh

responden sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

Rajah 2 :Perbandingan Markah Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Intervensi

Graf menunjukkan bahawa markah yang diperoleh oleh responden sebelum penggunaan Blok

Nombor.Data menunjukkan bahawa peratusan markah yang tertinggi di dalam lembaran kerja

ini ialah 60% yang diperolehi oleh responden 1.Peratusan markah yang paling rendah pula

diperolehi oleh responden 2 dan 3 iaitu sebanyak 40%.

Ketiga- tiga responden yang menunjukkan peningkatan markah melalui penggunaan Blok

Nombor.Responden 1 telah menunjukkan peningkatan markah sebanyak 20 % manakala

responden 2 telah menunjukkan peningkatan markah sebanyak 40%.Walaubagaimanapun,

responden 3 menunjukkan peningkatan markah sebanyak 20%.Hasil dapatan mendapati

bahawa purata markah bagi lembaran kerja responden sebelum intervensi dijalankan ialah

46.7%.Purata markah bagi lembaran kerja responden selepas intervensi ialah

73.3%.Peningkatan purata markah antara sebelum dan selepas intervensi pula adalah

sebanyak 26.6%. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang dijalankan oleh Hazwani

(2010) bagi melihat keberkesanan penggunaan bahan tiga dimensi (3D) sebagai bahan bantu

mengajar telah berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran Pendidikan

Seni. Penggunaan bahan 3D ini telah membantu murid meneroka bentuk sebenar binaan yang

ingin direka.Ini membuktikan bahawa penggunaan bahan 3D dapat membuka minda murid

dalam sesuatu konsep yang ingin diajar. Murid- murid akan lebih memahami sesuatu apabila

mendapat pengalaman konkrit.

Untuk menjawab persoalan (ii) pengkaji telah menganalisis pemerhatian menggunakan

instrumen lembaran kekerapan peristiwa dan juga analisis temubual dengan responden.

Page 5: Proposal

i. Adakah penggunaan blok nombor dapat meningkatkan penglibatan murid mempelajari

tajuk nombor bulat?

Aspek yang dilihat oleh pengkaji bagi mengukur penglibatan murid dalam mempelajari tajuk

nombor bulat ini adalah keinginan murid cuba menjawab soalan yang diajukan oleh guru

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pemerhatian ini juga, pengkaji telah

mengabaikan aspek betul salah dalam menjawab soalan yang diajukan. Bilangan soalan (n)

yang diajukan oleh guru ialah 5 soalan iaitu merangkumi nombor 1 hingga 5. Kekerapan

murid cuba untuk menjawab di dalam setiap pengajaran (p) sebelum dan selepas intervensi

dicatatkan di dalam Jadual 12. Berikut merupakan analisis data bagi pemerhatian yang

dijalankan.

Jadual 1 : Perbezaan Tumpuan

Sebelum dan Selepas Intervensi

SEBELUM INTERVENSI

SELEPAS INTERVENSI

RES

PON

DEN

P1

(n=5

)

P2

(n=5

)

P3

(n=5

)

P4

(n=5

)

JUM

LAH

(n=2

0)

P1

(n=5

)

P2

(n=5

)

P3

(n=5

)

P4

(n=5

)

JUM

LAH

(n=2

0)

R1 2 2 3 2 9 3 3 4 4 14

R2 1 2 2 3 8 3 2 4 3 12

R3 1 2 1 2 6 2 3 4 3 12

bagi kesemua minggu sebelum intervensi dijalankan ialah 7.67 kali.Puratakekerapan bagi

kesemua minggu selepas intervensi pula mencatatkan sebanyak 12.67 kali.Peningkatan purata

kekerapan menjawab soalan ini diukur melalui perbezaan antara purata kekerapan menjawab

soalan sebelum dan selepas intervensi.Perbezaan min ini mencatatkan sebanyak 5 kali.

Jika dilihat dari analisis data secara individu, responden 3 menunjukkan perubahan dari segi

pencapaian dalam ingatan mengenal nombor yang tidak setara dengan jika dibandingkan

dengan responden 1 dan responden 2 kerana berjaya mengingat nombor 1, 2 dan 3 sahaja.

Namun begitu, dari aspek penglibatan responden 3 telah menunjukkan peningkatan yang

sangat ketara di mana kekerapan mencuba menjawab soalan yang guru ajukan semasa sesi

P&P meningkat dari 6 kali ke 12 kali. Perbezaan perubahan tingkah laku dari aspek

penglibatan di dalam P&P dapat dilihat. Ini membuktikan bahawa walaupun kaedah yang

tidak dapat mengubah pencapaian responden 3 dalam ingatan mengenal nombor, namun

Page 6: Proposal

responden 3 sebenarnya telah berjaya dipulihkan untuk melibatkan diri dalam proses P&P

tidak seperti sebelum ini dengan kepelbagaian aktiviti yang telah dirancang oleh pengkaji.

Dapatan ini disokong jelas berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Lai (2003) yang

meninjau mengenai penggunaan bahan bantu mengajar dalam P&P matematik di sekolah

rendah mendapati lebih 95% responden berpendapat penggunaan bahan bantu mengajar amat

penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman murid terhadap

konsep matematik yang ingin diajar.

Temubual

Bagi mengukuhkan lagi dapatan melalui pemerhatian kekerapan murid cuba menjawab

soalan sepanjang P&P, pengkaji menggunakan instrumen temu bual. Berikut merupakan

analisis temubual yang telah dijalankan.

Jadual 2 : Transkrip temubual 1

Pengkaji

: Apa perasaan kamu dalam

pembelajaran hari ini?

Responden 1 : Kiter seronok belajor hari ni. Lepas ni

kiter belajor gini lagi ar cikgu

Responden 2 : Kiter suka, cikgu

Responden 3 : Seronok. Bila masa cikgu lagi?

Berdasarkan transkrip temubual 1, didapati murid berminat dengan pengajaran dan aktiviti

menggunakan Blok Nombor.Mereka menyatakan perasaan seronok dan suka apabila guru

meminta mereka ke kelas Pra PPKIBP untuk menjalani aktiviti.

Jadual 3 : Transkrip

Temubual 2 Pengkaji

: Adakah awak ingin

melakukan aktiviti ini lagi?

Responden 1 : Nak!

Responden 2 : Nak! Bila kita nak belajar

lagi?

Responden 3 : Nak! Nak!

murid mantap dalam mengenal nombor serta bilangannya.Simbol- simbol angka ini juga

sangat penting di dalam pengurusan kehidupan seharian mereka.Hal ini disebabkan

penggunaan nombor digunakan secara lazim di dalam kehidupan seharian kita seperti di

dalam alamat, no telefon, wang dan lain- lain lagi.

Penggunaan Blok Nombor mungkin boleh lagi diperluaskan penggunaannya di kalangan

murid pendidikan khas. Jika kajian ini lebih bertumpukan kepada murid kategori lembam,

mungkin kajian seterusnya penggunaan Blok Nombor ini akan membantu murid yang

menghadapi masalah yang sama tanpa mengira kategori.

Page 7: Proposal

Seorang guru pendidikan khas yang kreatif haruslah bijak mempelbagaikan kaedah

pengajarannya.Justeru itu adalah dicadangkan guru boleh mempelbagaikan lagi aktiviti

permainan menggunakan Blok Nombor di dalam kelas bagi menarik minat murid untuk

melibatkan diri seterusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan.Aktiviti yang dicadangkan pengkaji ialah jenis aktiviti yang dapat

melibatkan dan meransang deria murid seperti deria sentuhan, pandang, dengar dan rasa

secara maksimum.

Bagi mengatasi masalah ingatan yang singkat oleh kanak-kanak lembam, pengkaji

mencadangkan supaya guru- guru perlu kerap mengulang- mengulang pembelajaran yang lalu

kepada murid selain memperkenalkan perkara baru.Ini bagi mengukuhkan lagi ingatan lalu di

samping dapat menambah pengetahuan baru murid.

Dicadangkan juga agar tempoh kajian dipanjangkan pada masa akan datang. Ini adalah bagi

memastikan murid kategori lembam ini dapat menguasai dalam mengenal dan mengingat

kesemua nombor 1 -10.Sepertimana yang diketahui mencapai sesuatu objektif yang

melibatkan murid pendidikan khas bukanlah suatu perkara yang mudah.Masa yang panjang

diperlukan bagi membantu murid- murid ini menguasai sesuatu pelajaran.

SENARAI RUJUKAN

Wrutheran, S. (1999). Kesan Reakreasi Matematik Terhadap Sikap dan Pencapaian Dalam

Maematik di Kalangan Murid Tahun Lima. Jurnal Akademik, 109-116.

Abd Hadi, M. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Open

University Malaysia.

Ahmad, M. S. (2009). Mengurus Kanak-Kanak Susah Belajar. Kuala Lumpur: PTS

Profesional Publishing Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus

Dewan (Edisi Ketiga). Selangor: Percetakan Dewan Bahsa dan Pustaka.

Dr Rosadah, A. M. (2007). Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas. Kuala Lumpur:

Open University Malaysia.

Dr. Abdullah, Y. (2006). Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Open University

Malaysia.

Fauziah, M. J. (2005). Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah.

Jurnal Pendidikan, 1-8.

Hazwani, M. N. (2010). Keberkesanan Penggunaan Bahan 3 Dimensi Sebagai Bahan Bantu

Mengajar Dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Bagi Pelajar Tahun 3 . Tesis

tidak diterbitkan, Institu Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail.

Page 8: Proposal

Idrul, H. I. (2002). Penggunaan Sumber Berasaskan Teknik PQ4R: Keberkesanan Terhadap

Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 4. Bangi: Tesis tidak diterbitkan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Lee, G. M. (2011). Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Penguasaan Sifir Darab 6 hingga 8

Murid Tahun Tiga : Refleksi Pembelajaran Penggunaan Teknik Menganalisis Data. Jurnal

penyelidikan Tindakan IPGKBL, 24-35.

Linah, S. (2009). Belajar Sambil Bermail. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Pendidikan

IPGMKBL, 92-101.

Mok, S. S. (2002). Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan

Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Pardi, A. (2012). Pengantar Penylidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Puchong:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rohani, A. (2006). Bayi Cerdik. Batu Caves: PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Rosinah, E. (2012). Penyelidikan Tindakan; Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:

Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Sharifah Nor, P. (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi

Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 1, Bil 2, 1-15.