Proposal Adi
-
Upload
amirulhadimohamad -
Category
Documents
-
view
250 -
download
0
description
Transcript of Proposal Adi
PENGGUNAAN KAMUS SUKAN BERGAMBAR DI DALAM PEMBELAJARAN &
PENGAJARAN DI DALAM KELASH
PENDAHULUAN
Sukan dan permainan merupakan satu subjek penting dalam kurikulum
pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun sukatan
pelajaran Sukan & Permainan di bawah tajuk matapelajaran Pendidikan
Jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata
signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang
menekankan pengetahuan tentang pengunaan alatan dan taknikal dalam
sesuatu sukan.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani sebenarnya adalah suatu kaedah yang telah lama
digunakan. tetapi, oleh kerana perkembangan teknologi dan kemunculan
peralatan-peralatan baru yang lebih canggih, ia semakin dilupakan.
Walaupun kaedah pengajaran menggunakan alat bantu mengajar ini
semakin dilupakan, namun, masih ramai guru menyedari hakikat bahawa
penggunaan kaedah ini merupakan satu daripada cara pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan kefahaman dan minat
murid terhadap sesuatu mata pelajaran termasuklah Pendidikan Jasmani.
Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam
menentukan kejayaan program pembelajaran,menimbulkan
rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu
1
dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu
mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya
daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah
Abdul Hamid(1981 : 2), alat bantu mestilah dianggap sebagai satu
bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk
menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan
sebaliknya.
Justeru, disini dapat dilihat bahawa, penggunaan alat bantu
mengajar atau bahan bantu mengajar akan membantu dalam
mendapatkan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan diminati murid.
2
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sepanjang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bechah Durian
yang terletak didalam kawasan desa daerah Pasir Mas. Saya telah
diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5
Pintar. Bilangan murid di dalam kelas ini adalah seramai 25 orang yang
terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Kelas
5 Pintar merupakan kelas yang kedua terbaik dan merupakan kelas target
bagi membentuk pasukan pelapis sukan,permainan dan olahraga sekolah
untuk tahun 2014. Walaupun prestasi kemahiran sukan mereka
memberangsangkan, penglibatan mereka dalam akedemik sangat kurang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam pembelajaran.
Saya mengajar Pendidikan Jasmani dan menjadi jurulatih bagi acara
sukan dan permainan di sekolah tersebut. Antara permainan yang diajar oleh
3
saya ialah bola tampar, bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan bola
baling. Bagi murid Tahun 5 Pintar, saya menggunakan masa Pendidikan
Jasmani untuk mengajar kemahiran sukan dan permainan untuk dijadikan
pelapis pada masa akan datang.
Kini saya mengajar sukan dan permainan di bawah tunjang kemahiran di
kelas yang terbaik yang pernah saya ajar sebelum ini . Mereka merupakan
kelas harapan semua guru yang mengajar di situ untuk menjadikan pasukan
pada tahun ini sehingga tahun hadapan sebagai johan keseluruhan pada
peringkat zon Tendong didalam daerah Pasir Mas.
Namun begitu saya tidak berpuas hati dengan pengetahuan sedia ada
yang dimiliki oleh pelajar kelas ini. Semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani
dijalankan, saya dapat melihat kekeliruan pada air muka murid tahun 5
Pintar berkenaan apa yang diajarkan. Situasi ini dapat dilihat dengan lebih
jelas apabila saya menyebut beberapa kemahiran asas sukan dan permainan
serta pemakaian sukan samada didalam istilah bahasa Ingeris mahupun
bahasa Melayu yang terlibat semasa melakukan aktiviti-aktiviti permainan.
Murid-murid ini kebingungan apabila saya meminta mereka menyebut
beberapa nama pemakaian tambahan ketika bersukan dan posisi pemain
didalam sesuatu permainan yang sepatutnya sudah mereka ketahui dalam
pelajaran lepas bersama guru Pendidikan Jasmani. Ketika saya meminta
4
mereka menunjukkan pakaian tambahan yang menjadi pelindung ketika
bersukan dan kemahiran asas yang terlibat dalam sukan bola tampar
tersebut, mereka menjawab bahawa mereka tidak tahu dan tidak pernah
belajar mengenainya.
Berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan beberapa orang murid,
saya dapati mereka jarang didedahkan dengan dunia sukan luar dan
rancangan televisyen yang menayangkan info sukan seperti Astro
Arena,Nadi Arena, ESPN, World Sports dan sebagainya. Ini kerana
majoritinya adalah anak-anak didalam golongan penduduk kampung yang
miskin yang tidak mampu membeli rangkaian televisyen swasta dan
kemudahan untuk akses kepada dunia luar yang terhad.
Masalah ini menjadi semakin ketara apabila setiap kali saya meminta
mereka menyebut kembali pengetahuan asas yang merangkumi pakaian
sukan,posisi pemain dan kemahiran asas dalam permainan bola tampar
yang telah dipelajari pada pembelajaran lepas, mereka masih tidak dapat
mengingati nama istilah tersebut apatah lagi menyebutnya. Hal ini
menimbulkan perasaan hairan dalam diri saya kerana, sudah kerap kali saya
5
menyebut dan mengajar istilah yang sama, tetapi setiap kali ditanya, murid-
murid masih tidak tahu menyebut dan menamakannya. Justeru, saya
mencari punca permasalahan ini dan dengan bantuan daripada pensyarah
serta guru pembimbing, akhirnya, saya berjaya juga menemukan induknya.
Masalah ketidakfahaman ini berpunca daripada kaedah pengajaran yang
saya gunakan ketika menjalanakan sesi pembelajaran. Saya kerap
menggunakan pengajaran secara konvensional, iaitu, guru memberi
penerangan kepada murid secara satu hala. Selain daripada kaedah yang
membosankan ini, saya juga mendapati, ia tidak efektif dalam memberikan
kefahaman kepada murid terutamanya dalam pemahaman istilah-istilah
dalam Pendidikan Jasmani yang jarang digunakan dalam kehidupan seharian.
Justeru, tidak hairanlah jika murid-murid tidak dapat memahami,
mengetahui, menyebut serta menunjukkan nama dan kedudukan posisi
pemain tersebut dengan betul sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
bersama saya.
SOROTAN LITERATUR
6
Kaedah pengajaran
Penggunaan ruang dan alatan yang tidak mencukupi serta satu-satu
kemahiran yang perlu dikuasai pelajar merupakan punca mengapa murid
malas dan bosan terhadap apa yang dipelajari. Howard (1987) menyatakan
bahawa pelajar memilikinya pada tahap umur tertentu dan kecenderungan
pada pelajar yang tidak disedari oleh guru. Keadaan ini berlaku akibat
sumber yang salah dan penerangan yang tidak jelas serta kabur. Sikap guru
yang lebih mementingkan kepuasan diri sendiri dan tekanan untuk
menghabiskan sukatan tanpa mempedulikan penguasaan murid terhadap
tajuk, merupakan masalah kepada pelajar untuk menerima kemahiran baru.
Maka, berlakulah kebosanan di kalangan pelajar, yang perlu dikikis oleh
guru.
Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar
Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah faktor terpenting dalam menentukan
kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan
pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan
pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM)
bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses
7
pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) ,
bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu
mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut.
Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan
murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama
oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk “ cone of
experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek
semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga
sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru
kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti
turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.Dewasa ini
pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran dan perkembangan teknologi
memerlukan beberapa BBM yang baru dan juga yang lama, digunakan
untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya
mengambil tempat seorang guru. Menurut Kamarudin Husin(1989),tugas
pengajar adalah untuk memberitahu atau menyampai satu himpunan
maklumat atau fakta kepada murid-murid. Tujuan BBM juga untuk
mempengaruhi dan menghibur.
BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.
Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam,
8
kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat,
mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat
dialami oleh murid-murid. Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat
bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat
pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981)
membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan
elektronik.
Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 )
mengkelaskannya kepada dua iaitu “ software” dan “ hardware”
Ngui Kuen Sang (1981: 35 )
“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun
pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM
dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan
penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.”
Atan Long ( 1982: 174 )
“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh
disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau
dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya
dinamakan BBM.”
Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)
9
“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang
mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah
bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan
daya penghargaan.”
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa
BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu yang pertama bahan-
bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem
jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring
hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
Kategori kedua ialah bahan yang tidak menggunakan media bukan
elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam,
papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan
sebagainya. Manakala, bagi kategori yang ketiga ialah bahan bercorak
pengalaman saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud
(realia) dan sebagainya
Secara amnya, murid merasakan bahawa pengajaran guru lebih
menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui
penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan
lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et.al,
1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting
tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar iaitu dapat merangsang minat
10
yang tinggi di kalangan murid dan minat merupakan satu faktor yang
penting dalam pembelajaran mereka. Kedua, penggunaan bahan bantu
mengajar menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman
dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas
lisan daripada muridnya. Ketiga, ia membekalkan satu dasar untuk
perkembangan pembelajaran murid-murid dan oleh itu menjadikan
pembelajaran mereka lebih kekal. Keempat, bahan bantu mengajar
menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya
melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran murid-murid lebih
mendalam dan pelbagai. Bahan bantu mengajar juga akan menolong dalam
kefahaman, oleh itu ia akan mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata. Disamping itu, dengan menggunakan bahan bantu
mengajar ini, ia menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan
demikian merangsangkan kegiatan seorang murid dan yang terakhir ia
mendorong murid untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan
bacaan sukarela.
Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang
masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran
pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis
pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria.
Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan
11
segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad
kepada buku-buku teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan
sebagainya.
Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar
Drahman, 1997 m.s.18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran
dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti proses
pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran,
pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat, membantu mencapai
objektif pengajaran dan
pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.
Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan
hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu media pengajaran dapat
membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan
pelajaran. Disamping itu, ia dapat membantu pengajar mengubah teknik
dan kaedah pengajaran. Penggunaan media pengajaran juga dapat
menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan dan dengan
mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang
12
berterusan kepada pelajar. Media pengajaran juga akan menjimatkan masa
pengajar dan mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajan.
FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN
Fokus kajian (Analisis masalah)
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran di atas, walaupun murid
mempunyai kemahiran yang baik tetapi mereka mempunyai masalah
komunikasi dengan jurulatih apabila bercakap mengenai istilah alatan sukan,
kemahiran asas yang perlu dikuasai dan nama posisi pemain yang
digunakan. Saya mendapati bahawa murid-murid tahun 5 Pintar menghadapi
masalah dalam memperolehi kefahaman terhadap mata pelajaran
Pendidikan Jasmani terutama apabila guru menyebut beberapa pengetahuan
asas kesukanan yang istilahnya jarang didengar oleh mereka. Hal ini
mungkin berlaku disebabkan murid-murid tidak pernah didedahkan dengan
istilah-istilah ini sama ada dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
mahupun Bahasa Inggeris.
Berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan beberapa orang
murid, saya dapati mereka jarang didedahkan dengan dunia sukan luar dan
rancangan televisyen yang menayangkan info sukan seperti Astro
Arena,Nadi Arena, ESPN, World Sports dan sebagainya. Ini kerana
majoritinya adalah anak-anak didalam golongan penduduk kampung yang
13
miskin yang tidak mampu membeli rangkaian televisyen swasta dan
kemudahan untuk akses kepada dunia luar yang te rhad. Murid-murid sudah
terbiasa dengan istilah senang dalam pembelajaran. Justeru, apabila
munculnya istilah yang sedikit sukar, mereka akan mengambil masa untuk
mengingatinya.
Sesuatu pembelajaran baru akan menjadi seronok apabila murid
memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Tetapi, ia akan menjadi
sebaliknya apabila guru tidak dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan dan berkesan. Hal ini akan mendorong diri murid
untuk kurang memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat memahami isi pembelajaran
pada hari tersebut. Masalah kurang tumpuan ini turut dihadapi oleh murid
tahun 5 Pintar. Semasa sesi pengajaran dijalankan, terutama apabila guru
membuat penerangan mengenai otot, murid akan berbual sesama sendiri
dan tidak memberi perhatian tentang penjelasan yang dibuat oleh guru. Hal
ini menyebabkan mereka tidak dapat menyebut nama pengetahuan asas
sukan dan permainan dengan baik walaupun setelah beberapa kali diulang.
Masalah ini berlanjutan pada setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani yang melibatkan pengajaran kemahiran sukan berlaku.
14
Fokus Kajian (Tujuan)
Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan
kepada murid-murid mengenai pengetahuan asas di dalam sukan dan
permainan yang merangkumi aspek pemakaian, kemahiran asas dan posisi
pemain pada permainan bola tampar.
Fokus kajian (Objektif)
Pada akhir kajian ini, murid-murid akan dapat :
(a)Mengetahui nama-nama pakaian tambahan , kemahiran asas dan
posisi pemain permainan bola tamparr .
(b)Memudahkan komunikasi dua hala antara murid dengan guru.
(c) Menyebut nama-nama istilah sukan dengan sebutan yang betul.
(d)Menyatakan kedudukan posisi pemain di gelanggang dengan betul.
15
Fokus kajian (soalan kajian)
Berdasarkan kajian yang dibuat, beberapa soalan telah dikemukakan khusus
untuk menjawab objektif yang telah ditetapkan. Terdapat tiga persoalan
iaitu :
(a)Adakah penggunaan kamus bergambar dapat membantu murid
mengingati nama-nama pengetahuan asas di dalam sukan bola
tampar?
(b)Adakah penggunaan kamus bergambar dapat membantu
meningkatkan komunikasi dua hala antara murid dengan guru
dengan lebih berkesan?
16
(c) Adakah kamus bergambar dapat membantu murid menunjukkan
posisi pemain di dalam gelanggang yang dipelajari dengan betul?
Kepentingan kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan yang ingin
diterapkan oleh guru ke atas murid-murid tahun 5 Pintar. Melalui kajian ini,
guru berharap ia dapat meningkatkan pemahaman murid-murid mengenai
pengetahuan asas yang terlibat semasa menjalankan aktiviti kemahiran di
dalam sukan dan permainan bola tampar. Kajian ini juga akan dapat
membantu murid-murid lebih memahami penggunaan bahasa sukan yang
spesifik dalam pengajaran dan aktiviti Pendidikan Jasmani. Pemahaman
tentang penggunaan bahasa sukan ini penting untuk dipelajari oleh kanak-
kanak supaya mereka menyedari bahawa kehidupan seharian mereka
dikelilingi oleh dunia sukan dan permainan. Sekaligus memerlukan mereka
untuk mengenali laras bahasa sukan yang sebenar.
Disamping itu, melalui kajian ini juga, ia akan dapat membantu murid-
murid mengenali dan mengetahui pakaian dan kemahiran yang terlibat
dalam aktiviti semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kehidupan
seharian. Setelah mengenali dan mengetahui kemahiran yang terlibat,
mereka akan dapat mengetahui posisi pemain tersebut dengan tepat dalam
sesuatu sukan dan permainan. Pengetahuan ini mesti mereka perolehi
17
sebelum mereka menamatkan persekolahan kerana penggunaan ilmu ini
tidak terhad dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani semata-mata tetapi
juga merentasi kurikulum terutama dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
Definisi Istilah Utama
Kamus
18
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, istilah kamus didefinisikan sebagai buku
yang mengandungi kata-kata dan lain-lain(yang disusun menurut abjad)
dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain.
Kamus Bestari Bahasa Melayu keluaran Longman, istilah kamus
didefinisikan sebagai buku yang mengandungi kata-kata yang disusun
menurut abjad berserta dengan makna.
Gambar
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, istilah gambar didefinisikan sebagai :
1. lukisan, foto ; tukang (pandai) ~ orang yang kerjayanya mengambil
gambar, jurugambar. 2. Tiruan sesuatu benda yang dibuat dengan
menggunakan kamera, foto;.
Buku
Definisi buku menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah helaian kertas
berjilid yang berisi tulisan untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan
kosong untuk ditulis;
~kecil buku yang kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi
keterangan ringkas tentang sesuatu;
~kerja buku yang mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu hal
yang diaajarkan serta soalan-soalan yang perlu dijawab oleh pelajar;
Alat bantu mengajar / bahan bantu mengajar
19
Definisi alat menurut kamus dewan edisi keempat ialah barang apa yang
diperlukan atau digunakan untuk membuat, mengerjakan atau menghasilkan
sesuatu. Musa bin Sulaiman dalam jurnalnya yang bertajuk Fokus kepada
Inovasi Sumber Pengajaran dan pembelajaran berkata, bahan bantu
mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.
20
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Kumpulan Sasaran
Sekolah Kebangsaan Bechah Durian merupakan sekolah dibawah kategori
luar bandar dan murid-muridnya juga terdiri daripada masyarakat kampung
yang terletak berhampiran dengan kawasan sekolah. Jumlah murid yang
menerima pendidikan di sekolah ini adalah seramai 300 orang. Dengan
bilangan 2 kelas bagi setiap tahun pendidikan, perbezaan tahap keupayaan
dan kebolehan murid-murid adalah berbeza mengikut kelas pertama
hinggalah kelas kedua. Walaupun terdapat perbezaan dari segi kebolehan
dan keupayaan mental dan fizikal murid, guru-guru tidak pernah menjadikan
perbezaan itu sebagai alasan untuk tidak menghiraukan pembelajaran
mereka.
Sebaik menjejakkan kaki di sekolah ini, saya telah diamanahkan untuk
mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi tahun 5 Pintar dan kelas
tersebut merupakan kelas kedua. Saya juga telah membuat keputusan
untuk menggunakan murid kelas ini sebagai sampel dalam kajian dan telah
dipersetujui oleh pensyarah serta guru pembimbing di sekolah. Jumlah
murid dalam kelas ini adalah seramai 25 orang yang mana terdiri daripada
18 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Kesemua mereka
21
berbangsa Melayu dan beragama Islam. Prestasi mereka dalam ujian fizikal
semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak jauh beza kerana mereka
hanya mendapat latihan fizikal melalui aktiviti sukan pada sebelah pagi
sahaja.
Daripada 25 orang murid tahun 5 Pintar, saya hanya memilih 6 orang
murid untuk menjadi sample dalam kajian saya. Mereka ini terdiri daripada
3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Saya telah memilih
mereka ini secara analisa keputusan ujian lembaran kerja. Tujuan pemilihan
murid-murid ini ialah, saya mahu melihat sejauh mana keberkesanan kaedah
pengajaran yang saya akan gunakan ke atas murid-murid tersebut.
Saya akan memilih salah satu mata pelajaran sukan dan permainan yang
terkandung dalam silibus pengajaran dan pembelajaran untuk diuji sebagai
respondan. Dalam hal ini saya memutuskan untuk menggunakan sukan dan
permainan bola tampar.
22
Reka Bentuk dan Kaedah Melaksanakan Penyelidikan
Di dalam kajian saya ini, saya telah menggunakan model Stephen Kemmis
sebagai panduan dalam memastikan kajian yang saya jalankan ini dapat
membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
23
Rajah 1
Huraian Prosedur Pelaksanaan Tindakan
Fasa Perancangan / Plan
Menurut Majid (2000), rekabentuk sesuatu kajian atau penyelidikan adalah
teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan
untuk menyelesaikan masalah khususnya rekabentuk sesuatu penyelidikan
24
membincangkan bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan.
Jadi, untuk perancangan, saya akan menjalankan Ujian Diagnostik bagi
memilih murid yang lemah dalam pemahaman istilah bahasa dalam sukan.
Ujian yang digunakan adalah Ujian Pensel dan Kertas. Murid diminta
menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan setelah tamat sesi pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Fasa Tindakan / Action
Setelah murid yang bermasalah dapat dikumpul, saya akan menerangkan
kepada murid tentang mengapa mereka terpilih untuk menjalani kajian ini.
Saya akan menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani dengan merujuk kamus bergambar yang menayangkan gambar-
gambar sukan dan permainan yang terlibat semasa aktiviti dijalankan pada
hari tersebut. Perjumpaan antara saya dengan murid adalah hanya satu kali
seminggu iaitu pada sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Jadi, saya meminta murid mengingati dan menghafal nama-nama
pengatahuan asas di dalam sukan tersebut. Intervensi ini diadakan selama 2
minggu dan minggu keempat adalah untuk ujian pos.
Fasa Pemerhatian / Observe
25
Sepanjang intervensi berlansung, saya akan membuat pemerhatian melalui
senarai semak tentang pencapaian semasa murid. Pemerhatian berstruktur
merupakan kaedah pemerhatian yang sistematik (Jonassen, 1996). Saya
akan mencatat adakah terdapat peningkatan pencapaian semasa oleh murid
dalam kajian ini. Pemerhatian ini akan dibuat setiap minggu dan akan tamat
apabila ujian pos diadakan. Saya akan membuat borang senarai semak bagi
membolehkan pencapaian murid dicatat dan dapat dibuat analisis.
Fasa Refleksi / Reflect
Keputusan ujian pos akan direkodkan. Perbandingan akan dibuat antara
Ujian Pra dan Ujian Pos bagi menilai keberkesanan kajian terhadap murid.
Jika sekiranyan tidak terdapat perbezaan, saya akan membuat Intervensi
Ujian Kitaran 2. Hal ini bagi memastikan saya dapat melihat perbezaan
antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Apabila data ujian direkod,saya akan
menganalisis data bagi membolehkan saya melihat dengan lebih terperinci
akan keputusan yang diperoleh dalam bentuk kuantitatif mahupun kualitatif.
26
Instrumen Dan Huraian Prosedur Pengumpulan Data
Pemerhatian
Dalam kajian ini, saya menggunakan kaedah pemerhatian. Pemerhatian
dibuat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
sedang berlangsung. Semasa sesi pengajaran yang melibatkan
pembelajaran sukan dan permainan, saya dapat mengesan ketidakfahaman
murid apabila mereka bertanyakan apa itu kemahiran asas. Apabila saya
meminta mereka menyebutkan kembali nama-nama pakaian tambahan
ketika aktiviti dan kemahiran yang telah diajar, mereka tidak dapat
menyebutnya dengan betul apatah lagi mengenali kedudukan posisi pemain
tersebut. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung,
saya juga mendapati bahawa, murid-murid tidak pernah mendengar istilah-
istilah laras bahasa dalam sukan yang saya sebut dan ini menyebabkan
timbulnya kesukaran untuk memahami dan mengingati pembelajaran
tersebut. Saya telah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran seperti
menyebut nama kemahiran secara satu persatu, menyebut kedudukan posisi
pemain berdasarkan permainan yang diajar, dan meminta murid memegang
bahagian pakaian tambahan sukan yang terlibat dan menyebut namanya.
Namun begitu, murid-murid masih tidak dapat mengetahui, menyebut dan
mengenali pengetahuan asas di dalam sesebuah sukan ini dengan baik.
27
Justeru, saya bercadang untuk menjalankan kajian ini bagi meningkatkan
pengetahuan murid dalam mengenali pengatahuan asas di didalam
sesebuah sukan dan permainan.
Ujian kertas dan pensel
Dalam kajian ini juga, saya menggunakan ujian kertas dan pensel bagi
menguji keberkesanan kaedah yang saya gunakan. Ujian ini akan dilakukan
pada bahagian penutup dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk
melihat sejauh mana kefahaman dan pengetahuan murid dalam
pembelajaran sukan dan permainan pada hari tersebut. Apabila ujian ini
dilaksanakan, ia secara tidak langsung akan dapat mengukur keberkesanan
kaedah penggunaan kamus bergambar dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran sukan dan permainan Pendidikan Jasmani Tahun 5.
Senarai semak
Bagi melengkapkan lagi kajian saya yang menggunakan pemerhatian
sebagai kaedah utama, saya turut menyediakan borang senarai semak bagi
28
merekod segala dapatan pada kajian yang saya jalankan nanti. Borang
senarai semak ini akan merekodkan keputusan murid pada ujian pos,
semasa proses intervensi dan juga bagi ujian pra nanti. Dengan
menggunakan borang senarai semak ini, pengumpulan data kajian akan
menjadi lebih teratur serta sistematik seterusnya memudahkan saya menilai
hasil akhir kajian ini.
PENUTUP
Konklusinya, saya mengharapkan cadangan kajian penyelidikan tindakan
pertama saya ini mendapat persetujuan dan kelulusan kerana saya amat
yakin kajian yang akan saya jalankan ini akan memberi kesan yang baik dan
membantu murid-murid dalam memperoleh kefahaman dan pembelajaran
terbaik khusus dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
29
RUJUKAN
Dale, E. (1963). Audio – Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart
and Winston.
Kamal Basha Madarsha, et. Al. (1987). Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar
oleh
Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar. Kertas Kerja dibentangkan pada
Bengkel Latihan Mengajar Antara Universiti Kali Keempat, 7 – 8 Dis, 1987.
Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh
Ciri
Dan Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 – 65.
30
Omar bin Drahman. (1997). Persepsi Pelajar Diploma Perguruan Malaysia
Terhadap
Penggunaan Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tesis
Sarjana. UTM.
Akhiar Pardi.Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan
Tindakan Dalam Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Multemedia Sdn.
Bhd.Selangor
Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka
31