Proposal Ita Baru 2

54
1.0 PENDAHULUAN Otak dan minda merupakan anugerah ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Salah satu peranan otak dan minda adalah untuk mengingat sesuatu kejadian atau sesuatu perkara samada perkara yang lepas, sedang berlaku dan juga pada masa hadapan. Kemahiran mengingat merupakan salah satu daripada proses kemahiran belajar. Seringkali murid- murid menghadapi masalah mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran termasuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Kemampuan daya mengingat murid-murid bergantung kepada kecerdasan minda individu, minat dan teknik mengingat individu itu sendiri. 1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu Pengkaji telah ditugaskan mengajar di Sekolah Kebangsaan Segamat Baru, Segamat. Pengkaji telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 1, tahun 3, tahun 4 dan tahun 5. Hasil perbincangan pengkaji dengan guru Pendidikan Islam iaitu Ustazah Kamilah Bint Abdul Wahab, beliau mengesyorkan agar tahun 4 Cerdik dijadikan sebagai sampel kajian pengkaji. Pengkaji telah sedia maklum, bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dalam mata pelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian mereka dalam ujian bagi subjek Pendidikan Islam juga sangat lemah. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga murid yang tidak dapat menulis dan membaca jawi dengan baik. Justeru itu, beliau mencadangkan agar pengkaji menggunakan kaedah nyanyian . Semasa pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati beberapa orang murid agak sukar untuk menyenarai dan

description

yyyuiiwijwkmsksmssmsksnkxkmlxmkxnxnnnxnmmmmxxmmx

Transcript of Proposal Ita Baru 2

1.0 PENDAHULUAN

Otak dan minda merupakan anugerah ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Salah satu peranan otak dan minda adalah untuk mengingat sesuatu kejadian atau sesuatu perkara samada perkara yang lepas, sedang berlaku dan juga pada masa hadapan. Kemahiran mengingat merupakan salah satu daripada proses kemahiran belajar. Seringkali murid-murid menghadapi masalah mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran termasuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Kemampuan daya mengingat murid-murid bergantung kepada kecerdasan minda individu, minat dan teknik mengingat individu itu sendiri.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang laluPengkaji telah ditugaskan mengajar di Sekolah Kebangsaan Segamat Baru, Segamat. Pengkaji telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 1, tahun 3, tahun 4 dan tahun 5. Hasil perbincangan pengkaji dengan guru Pendidikan Islam iaitu Ustazah Kamilah Bint Abdul Wahab, beliau mengesyorkan agar tahun 4 Cerdik dijadikan sebagai sampel kajian pengkaji. Pengkaji telah sedia maklum, bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dalam mata pelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian mereka dalam ujian bagi subjek Pendidikan Islam juga sangat lemah. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga murid yang tidak dapat menulis dan membaca jawi dengan baik. Justeru itu, beliau mencadangkan agar pengkaji menggunakan kaedah nyanyian .

Semasa pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati beberapa orang murid agak sukar untuk menyenarai dan mengingati sesuatu tajuk pengajaran yang menghendaki murid menyenarai dan menyebut fakta-fakta yang penting dengan betul. Sebahagian kecil murid-murid tidak memberi tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh pengkaji. Pengkaji juga dapat perhatikan, semasa murid-murid menjawab soalan yang diajukan secara lisan, murid-murid tadi tidak dapat menjawab dengan begitu tepat. Apabila ditanya oleh pengakaji, mengapa tidak memberi jawapan yang lengkap?. Mereka menjawab saya tak ingat lah ustazah. Pengkaji merasakan sedikit rasa tidak puas hati terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan kepada murid-muridnya. Situasi ini telah mendorong pengkaji mencari punca dan alternatif lain yang boleh digunapakai bagi mengatasi masalah murid Tahun 4 Cerdik ini. Berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah berpunca dari kegagalan dalam menghafal fakta-fakta penting di dalam pelajaran Pendidikan Islam. Ini disuarakan sendiri oleh mereka yang sering merungut kerana menghadapi kesukaran untuk mengingati fakta-fakta di dalam mata pelajaran khususnya mata pelajaran Pendidikan Islam. Masalah kegagalan murid untuk menghafal fakta ini tidak boleh dipandang enteng. Lama- kelamaan ia boleh menimbulkan perasaan bosan untuk belajar, dan secara tidak langsung boleh menjurus kepada penurunan prestasi dalam peperiksaan. Bidang agama tidak seharusnya menjadi satu matapelajaran yang membosankan, malah pengkaji berpendapat, mata pelajaran Pendidikan Islam boleh dijadikan sebagai mata pelajaran yang amat penting, lebih- lebih lagi tajuk Rukun Solat yang merupakan tajuk Kajian yang saya akan laksanakan nanti merupakan amalan yang wajib diketahui oleh setiap umat islam kerana ianya menjadi pelengkap dan penentu samada solat seseorang itu sah atau tidak dilakukan pada setiap hari.

Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda murid untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru yang bijak akan mengambil peluang dengan memancing murid untuk mencintai mata pelajaran yang diajar dengan cara memahami minat serta kecenderungan murid-muridnya. Selain itu, guru juga harus kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid dan seterusnya dapat memotivasikan mereka untuk mendalami sesuatu mata pelajaran tersebut.

Maka, di sinilah pengkaji beranggapan bahawa masalah ini harus diselesaikan dengan menggunakan penyerapan unsur muzik dalam menghafal sesuatu fakta yang penting, iaitu melalui pendekatan nyanyian. Pengkaji juga akan menggunakan sebuah lagu yang boleh membantu murid mengingati fakta-fakta penting di dalam tajuk pelajaran yang dipelajarinya . Rasiaonalnya ialah untuk membantu murid- murid yang lemah ini untuk menguasai keseluruhan tajuk tersebut melalui sebuah lagu. Pengkaji bercadang untuk mengaplikasi kaedah nyanyian, kerana pengkaji beranggapan bahawa pembelajaran melalui nyanyian juga dapat mendekatkan diri guru dengan seseorang murid. Pembelajaran melalui nyanyian juga sesuai diterapkan kerana ia lebih berpusatkan murid kerana murid akan menyanyi secara berkumpulan dan individu berdasarkan lirik dengan bantuan guru. Cara sebegini bukan sahaja dapat membantu murid menghafal dengan mudah, malah merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, bahkan menghafal berbantukan lirik lagu akan dapat meninggalkan ingatan yang berkekalan dalam jangkamasa yang lama.

1.2 Refleksi Sorotan Literatur 1.2.1 Literatur berkaitanPerubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat perubahan di mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut. Selaras dengan kenyataan Yong dan Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar.

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu kepada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan kini lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan ini bermakna ianya menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Nor Azmi (1988) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokos pengisian kurikulum abad ke 21 selain daripada penguasaan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil untuk menghasilkan satu kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyelitkan unsur muzik iaitu nyanyian. Selain dapat meningkatkan minat murid untuk belajar, nyanyian juga dapat menguatkan ingatan murid terhadap apa yang dipelajari.

Nyanyian merupakan salah satu dari cabang muzik. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983).

Abdullah al- Amin al- Namiy (1994) di dalam bukunya menyatakan bahawa Ibnu Khaldun telah mengisyaratkan sesungguhnya muzik adalah suatu ilmu, dan menekankan bahawa muzik dan nyanyian itu suatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa melagukan sesuatu lagu.

Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang mengatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Maka dengan itu, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan unsur muzik melalui kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaannya. Ini turut dijelaskan oleh Mook Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), menyanyi adalah aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti ini boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik. Kanak-kanak suka menyanyi dan bagi kanak-kanak yang masih belajar, menganggap menyanyi lebih sebagai satu bentuk bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran.

Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid, menyanyi merupakan satu kegiatan yang dapat membantu guru mencapai matlamat sebenar. Ini adalah kerana menyanyi itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Guru boleh menyediakan seni kata lagu mengikut isi dan bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai beberapa tujuan antaranya ialah, menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid mempelajari bahasa. Ia mencetus perubahan dalam aktiviti yang lazimnya dalam bilik darjah.

Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat berguna dan boleh membantu murid-murid menguasai pembendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga dapat menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Kajian Rosne Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat merangsang minat murid-murid untuk mempelajari Bahasa Arab dan secara tidak langsung menguasai perbendaharaan Bahasa Arab melalui kaedah nyanyian.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ayat al-Quran ini sesuai dengan proses mengingat seseorang individu. Setiap individu dikurniakan Allah kemampuan dan kecerdasan minda yang berbeza-beza. Jadi, bagi mengingati sesuatu perkara, seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu supaya ingatan itu berkekalan.

Ini turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, Matematik, Sains dan lain-lain aktiviti akedemik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Jika seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk mengembangkan aktiviti otak kanan, otak kirinya akan berfungsi dengan lebih aktif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika kedua otak kiri dan kanan berfungsi sama dalam keadaan yang harmoni.

Bertitik-tolak kepada fakta tersebutlah, dapatlah disimpulkan bahawa penggabungjalinan antara otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) boleh menghasilkan satu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini selaras dengan kenyataan Hj. Abd Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart terhadap kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik dengan membaca, menulis, kebolehan serta kebolehan menghafal. Apa yang menarik dalam dapatan tersebut kepada para pendidik ialah penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kualiti pembelajaran. Malah beliau turut berkongsi pendapat dengan Prescott (2005) yang menyifatkan integrasi muzik dengan mata pelajaran akedemik yang lain dapat menyuburkan seluruh kurikulum. Oleh itu pengkaji ingin menerapkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengkaji menggunakan melodi yang biasa didengar oleh murid bagi memudahkan mereka mengingati lagu tersebut keran menurut Savin (2001), penggunaan lagu yang dikenali umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

1.3 Latar belakang kajianPendidikan Sekolah Rendah menekankan kepada empat bidang utama dalam mendidik murid-murid islam di sekolah. Bidang-bidang tersebut ialah Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariah, Akhlak dan Jawi. Rukun Solat merupakan salah satu perkara yang mesti dilakukan oleh setiap orang islam ketika mengerjakan solat Fardhu. Di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 4, rukun solat merupakan subtopik kepada Asas Ulum Syariah sepertimana yang digariskan oleh kementerian Pelajaran Malaysia di dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. (Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, 2002)

Bagi mempelajari tajuk ini, murid-murid perlu memahami dan menguasai kemahiran mengingat rukun solat yang mengandungi 13 perkara. Setiap individu mempunyai tahap keupayaan berfikir dan mengingat sesuatu perkara mengikut kemampuan masing- masing. Murid-murid tahun 4 ini iaitu pada umur 10 tahun masih lagi di tahap perkembangan kognitif. Jean Piaget (1959) menegaskan pemikiran sebagai satu proses disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Beliau berpendapat bahawa perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi terhadap keupayaan menghafal di antara dua jantina yang berbeza. Hasil kajian membuktikan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai keupayaan yang sama untuk menghafal sesuatu perkara. Perbezaannya bergantung kepada individu untuk menghafal sesuatu fakta yang diberi.

1.4Penyataan masalahPengkaji telah menemui masalah hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Masalah tersebut ialah murid sukar untuk mengingat dan menghafal fakta-fakta yang yang penting bagi tajuk pelajaran yang dipelajari. Ini diperolehi hasil daripada pemerhatian pengukuhan lisan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu Murid juga kurang berminat untuk mengingat dan menghafal fakta-fakta penting setelah pengkaji menggunakan cara tradisional di dalam kelas.

Faktor pemilihan peserta kajian adalah tertumpu kepada murid yang lemah dalam mengingat dan menghafal fakta-fakta penting. Pemilihan peserta kajian ini adalah berdasarkan pemerolehan markah terendah di dalam lembaran kerja dan juga ketika sesi ujian lisan yang dijalankan oleh pengkaji di sepanjang proses P&Pyang lalu. Menurut Robert M. Gagne (1970) seorang professor dan ahli psikologi di dalam Model Pemprosesan maklumat beliau mengemukakan sebanyak 8 jenis fasa dan fasa yang kelima adalah mengingat kembali. Fasa mengingat kembali ini merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang di simpan di dalam stor ingatan jangka panjang. Isyarat daripada rangsangan luaran atau motif dalaman yang menggerakkan seseorang individu itu untuk cuba mengingat kembali maklumat.

1 FOKUS KAJIANBahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan releven kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan untuk meninjau masalah beserta analisis kepada tinjauan masalah tersebut turut dihuraikan dalam bahagian ini.

1.4 Tinjauan masalahKebanyakan murid menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam itu, susuatu yang sukar dan rumit. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan latihan, lembaran kerja mahupun soalan peperiksaan. Sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat tinjauan masalah dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Tinjauan akan dilakukan melalui tiga jenis instrumen berdasarkan tiga objektif yang disasarkan iaitu :

a) Analisis dokumenDokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah ujian secara lisan bagi tajuk Rukun Solat . Pengkaji akan menjalankan ujian lisan di akhir sesi P&P bagi tajuk ini. Selepas itu, pengkaji akan menganalisis ujian lisan tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Seterusnya pengkaji mengenalpasti masalah terhadap murid yang tidak berjaya menyenarai dan menyebut 13 Rukun Solat dengan betul.

b) PemerhatianPemerhatian merupakan satu maklumat yang akan dilakukan oleh pengkaji selepas melihat atau mendengar sesuatu peristiwa, kemudian hasil keputusan direkod di dalam bentuk yang sesuai mengikut pengkaji. Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji terhadap murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi tajuk Rukun Solat. Respon murid terhadap soalan guru serta tingkahlaku murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung juga akan diperhatikan dan dicatatkan. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara tidak berstruktur yang berupa catatan bebas.

c) Soal selidikBagi mendalami masalah utama yang dihadapi oleh murid serta mengenalpasti tanggapan mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, pengkaji akan menggunakan borang soal selidik, yang mana ianya perlu dijawab oleh setiap murid. Di dalam borang soal selidik ini terdapat 9 item yang perlu dijawab oleh setiap murid dengan menandakan jawapan di ruangan yang disediakan. Sebelum murid melengkapkan borang tersebut, pengkaji akan memberi penjelasan bagi setiap item agar murid betul-betul faham terhadap kehendak soalan serta mengingatkan mereka untuk menjawab dengan jujur. Pengkaji juga akan memastikan suasana pada waktu tersebut adalah selesa supaya peserta kajian boleh menjawab soal selidik dengan telus. Hasil daripada soal selidik tersebut seterusnya dianalisis oleh pengkaji.

d) TemubualTemubual ialah proses yang dilakukan untuk mendapat maklumat melalui berhubung secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemubual. Kelebihan temu bual ini adalah, pengkaji akan mudah untuk mendapat data yang diperlukan dan juga maklumat yang diberikan itu jelas.Pengkaji juga telah membuat temu bual berstruktur bersama guru Pendidikan Islam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tahap kecerdasan peserta kajian.Seramai enam orang murid dari kelas 4 Cerdik akan dipilih untuk ditemu bual berdasarkan tingkahlaku dan tindakbalas yang dilakukan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Tujuan dilakukan temu bual terhadap guru Pendidikan Islam Tahun 4 Cerdik ialah bagi mengenalpasti kelompok murid-murid yang lemah di dalam kelas tersebut. Manakala temu bual yang dilakukan terhadap murid adalah bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada murid berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan terhadap mereka.

3.0 TINJAUAN LITERATUR3.1 Literatur berkaitanPerubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat perubahan di mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut. Selaras dengan kenyataan Yong dan Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar.

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu kepada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan kini lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan ini bermakna ianya menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Nor Azmi (1988) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokos pengisian kurikulum abad ke 21 selain daripada penguasaan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil untuk menghasilkan satu kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyelitkan unsur muzik iaitu nyanyian. Selain dapat meningkatkan minat murid untuk belajar, nyanyian juga dapat menguatkan ingatan murid terhadap apa yang dipelajari.

Nyanyian merupakan salah satu dari cabang muzik. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983).

Abdullah al- Amin al- Namiy (1994) di dalam bukunya menyatakan bahawa Ibnu Khaldun telah mengisyaratkan sesungguhnya muzik adalah suatu ilmu, dan menekankan bahawa muzik dan nyanyian itu suatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa melagukan sesuatu lagu.

Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang mengatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Maka dengan itu, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan unsur muzik melalui kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaannya. Ini turut dijelaskan oleh Mook Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), menyanyi adalah aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti ini boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik. Kanak-kanak suka menyanyi dan bagi kanak-kanak yang masih belajar, menganggap menyanyi lebih sebagai satu bentuk bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran.

Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid, menyanyi merupakan satu kegiatan yang dapat membantu guru mencapai matlamat sebenar. Ini adalah kerana menyanyi itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Guru boleh menyediakan seni kata lagu mengikut isi dan bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai beberapa tujuan antaranya ialah, menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid mempelajari bahasa. Ia mencetus perubahan dalam aktiviti yang lazimnya dalam bilik darjah.

Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat berguna dan boleh membantu murid-murid menguasai pembendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga dapat menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Kajian Rosne Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat merangsang minat murid-murid untuk mempelajari Bahasa Arab dan secara tidak langsung menguasai perbendaharaan Bahasa Arab melalui kaedah nyanyian.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ayat al-Quran ini sesuai dengan proses mengingat seseorang individu. Setiap individu dikurniakan Allah kemampuan dan kecerdasan minda yang berbeza-beza. Jadi, bagi mengingati sesuatu perkara, seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu supaya ingatan itu berkekalan.

Ini turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, Matematik, Sains dan lain-lain aktiviti akedemik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Jika seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk mengembangkan aktiviti otak kanan, otak kirinya akan berfungsi dengan lebih aktif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika kedua otak kiri dan kanan berfungsi sama dalam keadaan yang harmoni.

Bertitik-tolak kepada fakta tersebutlah, dapatlah disimpulkan bahawa penggabungjalinan antara otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) boleh menghasilkan satu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini selaras dengan kenyataan Hj. Abd Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart terhadap kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik dengan membaca, menulis, kebolehan serta kebolehan menghafal. Apa yang menarik dalam dapatan tersebut kepada para pendidik ialah penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kualiti pembelajaran. Malah beliau turut berkongsi pendapat dengan Prescott (2005) yang menyifatkan integrasi muzik dengan mata pelajaran akedemik yang lain dapat menyuburkan seluruh kurikulum. Oleh itu pengkaji ingin menerapkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengkaji menggunakan melodi yang biasa didengar oleh murid bagi memudahkan mereka mengingati lagu tersebut keran menurut Savin (2001), penggunaan lagu yang dikenali umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

3.1.1 Kajian berkaitanKajian terhadap penggunaan muzik (nyanyian) dalam pengajaran dan pembelajaran juga telah banyak dijalankan oleh para penyelidik. Edith & Kamariati (2005) tentang keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Sabah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kumpulan sasaran menunjukkan reaksi positif terhadap pelajaran yang diajarnya. Murid mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses pengajaran yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian yang disampaikan oleh guru. Mereka juga menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran dari aspek mengingat fakta-fakta penting, sekaligus dapat menarik minat untuk belajar.

Seterusnya kajian yang dijalankan oleh mohd Noor (1982) mengenai muzik Sebagai Media Yang Berkesan pada kanak-kanak menunjukkan bahawa pelajaran mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu. Kaedah ini sesuai untuk murid-murid sekolah rendah terutama bagi kelas-kelas yang mundur. Melalui media muzik, guru akan menjadi mudah mengajar pelajaran tersebut. Kanak-kanak akan menjadi lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran itu dengan mudah. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa muzik atau nyanyian dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanak-kanak.

Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Hasil kajian, mereka mendapati penggunaan muzik dalamm proses pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan rasa seronok belajar di kalangan murid serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir murid. Dapatan mereka juga menunjukkan penggunaan muzik berkesan sebagai alat pengurusan bilik darjah di samping sebagai saluran murid untuk melahirkan perasaan. Hakikatnya, penggunaan muzik dalam mata pelajaran salah satu strategi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi pengalaman yang sukar dilupakan dan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Kamaliah Aminah (2005) dalam kajiannya mengenai Penggunaan Ransangan Muzik Terhadap Penguasaan Sifir telah membuktikan bahawa melalui aktiviti menggunakan muzik, responden menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian diagnostik iaitu terhadap penguasaan sifir adalah meningkat. Kesemua responden juga mempunyai persepsi dan pencapaian yang positif setelah diberi pendedahan kepada kaedah pembalajaran sifir bermuzik ini. Menurut kamaliah Aminah lagi, penggunaan rangsangan muzik bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Ini kerana muzik mampu memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar meandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan. Maka penggunaan rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai alternative menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan pelajar.

Kajian luar negara berkisar penggunaan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran juga ada dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya berajuk Multiple Intelligences In The Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik dan nyanyian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian akedemik murid. Dalam kajian ini , Bruce Campbell menggunakan muzik bagi membantu peserta kajian mengingat fakta. Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan murid yang pada sebelumnya merupakan murid yang kurang berjaya di sekolah telah menjadi seorang yang berjaya dalam pelajarannya. Maklumbalas positif juga diterima daripada mereka menyatakan bahawa mereka merasa terhibur belajar dengan kaedah ini. Keyakinan serta motivasi diri murid juga meningkat secara tidak langsung.

Dalam kajian bertajukThe Effectiveness Of Integrating music In The Classroom yang dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi muzik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat efektif, di mana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan kaedah muzik dan nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui di samping dapat menggalakkan penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran.Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan muzik (nyanyian) dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tidakbalas yang positif. Walaupun banyak kajian telah membuktikan muzik dapat meningkatkan keberkesanan P&P di bilik darjah, namun ianya tetap dipandang sepi oleh guru-guru sekolah. Justeru pengkaji akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian mengenai keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid, sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru yang kreatif. Bagi murid-murid yang lemah, kaedah menghafal fakta dengan cara nyanyian didapati amat berkesan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu murid menghafal fakta, malah dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIANBahagian ini menyatakan dengan terperinci tentang objektif kajian persoalan dan kepentingan kajian.

4.1 Objektif kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :

4.1.1 Objektif umumMengkaji keberkesanan kaedah nyanyian meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

4.1.2 Objektif Khususa) Meningkatkan kebolehan murid mengingat 13 Rukun Solat melalui kaedah nyanyian.b) Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Rukun Solat menggunakan kaedah nyanyian.c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan melalui kaedah nyanyian.

4.2 persoalan kajiana) Adakah kaedah nyanyian dapat meningkatkan kebolehan murid mengingati 13 perkara dalam Rukun Solat?b) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Rukun Solat?c) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan?

4.3 Kepentingan KajianKajian ini penting untuk membantu murid khususnya tahun 4 dalam menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu dengan mengingat fakta secara mudah, berkesan, menyeronokkan dan secara tidak langsung dapt meningkatkan minat murid untuk belajar. Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti guru-guru sekolah dan juga guru-guru pelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran Pendiddikan Islam yang menyeronokkan serta dapat meningkatkan kualiti guru ke tahap yang lebih profesional. Secara tidak langsung, kajian ini juga diharapkan mengatasi masalah menghafal fakta di kalangan murid khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan. Diharapkan juga kajian ini dapat member manfaat kepada semua masyarakat khususnya pihak pengurusan sekolah, guru-guru serta murid-murid dalam membawa inovasi terhadap dunia pendidikan di zaman moden ini.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Bahagian ini memerihalkan latar belakang sekolah serta latar belakang peserta kajian yang digunakan dalam perlaksanaan kajian ini. Ciri-ciri peserta kajian dijelaskan dengan terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, nama kelas dan lain-lain.

5.1 Latar Belakang SekolahKajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan segamat Baru, Segamat, Johor, yang terletak di daerah Segamat. Sekolah ini mempunyai 39 orang guru, 4 orang kakitangan serta 503 orang murid. Terdapat 17 kelas kesemuanya di sekolah ini termasuk dua kelas Pra Sekolah. Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah ini adalah berada pada tahap yang agak cemerlang.

5.2 Latar Belakang MuridKumpulan sasaran kajian ini ialah seramai 4 orang murid dari kelas 4 Cerdik yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Peserta kajian berumur dalam lingkungan 10 tahun. Kesemua peserta kajian berketurunan Melayu dan beragama islam. Mereka juga berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah. Tahap pencapaian peserta kajian di dalam pelajaran juga adalah berbeza. Pemilihan peserta kajian ini adalah berdasarkan kepada keputusan Ujian Pra yang telah dibuat oleh pengkaji melalui lembaran kerja dan ujian lisan yang dilaksanakan oleh pengkaji selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di kelas. Kajian yang akan dijalankan terhadap peserta kajian ini adalah untuk melihat perbezaan min Ujian Pra dan ujian Pasca serta mengenalpasti minat murid terhadap kaedah nyanyian yang akan dijalankan nanti.

6.0 CADANGAN TINDAKAN Bahagian ini akan memperincikan tentang prosuder tindakan dan prosuder pengumpulan data bagi melengkapkan kajian yang akan dilaksanakan.

6.1 Perancangan Pelaksanaan Tindakan Pengkaji akan mengaplikasikan model Kemmis dan Mc Taggart dalam kajian tindakan ini. Kajian yang akan dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988) yang menyarankan 4 langkah seperti yang dirumuskan pada rajah di bawah :

(1)MERFLEK

(2)MERANCANG(4)MEMERHATI

(3)BERTINDAK

Pengkaji mendapati bahawa murid-murid berhadapan dengan masalah kesukaran mengingat fakta dan lupa dengan isi pelajaran yang dipelajari oleh mereka berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Justeru itu pengkaji merancang untuk melaksanakan tindakan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah tersebut. Objektif utama perancangan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid terhadap tajuk pelajaran yang akan diajar nanti. Pengkaji merancang untuk menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan menggunakan kaedah nyanyian .

Sebagai perancangan awal, pengkaji akan membuat pemilihan melodi lagu yang dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian pengkaji akan menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu 13 perkara Rukun Solat. Seterusnya pengkaji akan menjalankan proses rakaman lagu tersebut dengan menggunakan suara pengkaji sendiri untuk digunapakai di dalam kajian itu nanti.

Kaedah nyanyian ini akan diperkenalkan kepada peserta kajian sebelum proses rawatan dijalankan. Peserta kajian ini akan diperdengarkan lagu berpandukan lirik lagu yang dipaparkan di papan gulung.

Berikut adalah antara cadangan dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan di dalam sesi P&P yang menggunakan kaedah nyanyian :

Langkah-langkah perlaksanaan kaedah nyanyian adalah seperti berikut

Minggu LangkahPerkara

Minggu 1 Langkah 1 Pengkaji memberi rangsangan awal dengan memperdengarkan lagu Bangun pagi. Murid diminta mendengar dengan teliti lagu tersebut.

Langkah 2 Pengkaji memaparkan 13 perkara Rukun Solat dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.

Langkah 3 Pengkaji memaparkan lirik lagu di papan putih dan memperdengarkan kepada murid berpandukan rakaman yang dibuat. Seterusnya Pengkaji menyanyikan lagu sambil diperhatikan oleh murid.

Langkah 4 Latih tubi menghafal lirik dan lagu. Murid dibimbing oleh pengkaji untuk menyanyi dan mengingati lagu.

Langkah 5 Murid menyanyi lagu secara berkumpulan berpandukan lirik lagu yang diberikan. Pengkaji memerhati tingkahlaku murid secara terkawal.

Minggu 2 Langkah 1Pengkaji menyanyikan kembali nyanyian melodi Bangun Pagi kepada murid.

Langkah 2 Murid menyanyi lagu secara melihat lirik dan cuba menghafal.

Langkah 3 Pengkaji membantu murid mengingat lirik nyanyian.

Minggu 3 Langkah 1 Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik.

Langkah 2 Pengkaji menunjukkan gaya semasa menyanyi lagu dan diikuti oleh murid.

Langkah 3 Murid menyanyi sambil membuat gaya secara kumpulan. Minggu 4 Langkah 1 Murid diberi peluang untuk mengingat kembali lirik dan gaya secara terkawal.

Langkah 2 Murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa melihat lirik secara berkumpulan.

Langkah 3 Setiap murid dikehendaki menyanyi secara individu di hadapan guru dengan mengingat lirik dan membuat gaya.

Langkah 4 Pengkaji melaksanakan ujian lisan terhadap peserta kajian secara individu.

Semasa sesi P&P berlangsung, pengkaji akan menjalankan pemerhatian berstruktur kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Ini bertujuan untuk melihat minat belajar murid sepanjang sesi P&P berlangsung. Setelah kesemua sesi P&P selesai dijalankan, pengkaji akan mengedarkan Ujian Pasca untuk dijawab oleh peserta kajian. Soalan bagi ujian Pasca adalah setara dengan ujian Pra. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan peserta kajian mengingat 13 perkara Rukun Solat yang dapat ditentukan melalui peningkatan markah ujian peserta kajian.

Langkah terakhir ialah mengedarkan borang soal selidik. Setelah selesai sesi P&P, pengkaji juga akan mengedarkan borang soal selidik kepada setiap peserta kajian. Tujuannya adalah untuk melihat samada murid berasa seronok dan terhibur terhadap kaedah P&P yang dijalankan. Borang soal selidik yang dibina mempunyai lima skala bagi setiap item yang setiap satunya telah dijelaskan secara terperinci di dalam borang soal selidik tersebut.

6.2 Prosuder Cara Mengumpul DataSebelum mengaplikasi kaedah atau tindakan yang dicadangkan ini, pengkaji telah meninjau masalah yang dikenalpasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan murid dalam mengingati fakta bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati fakta menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha untuk membantu murid menjawab soalan peperiksaan. Tiga jenis instrument digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data kajian iaitu Ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca), Pemerhatian dan soal selidik di mana setiap instrumen mengukur objektif yang berbeza.

6.2.1 Ujian-ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)Sebagai pengukura terhadap tahap kemahira peserta kajian, pengkaji akan menjalankan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian Pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap peserta kajian. Ujian ini diagihkan oleh pengkaji kepada seluruh kelas 4 Cerdik untuk mengetahuai peserta kajian yang terlibat. Setiap murid dikehendaki mengisi borang. Ujian Pra yang dirangka oleh pengkaji ini mengandungi dua bentuk soalan iaitu soalan A dan soalan B.

Ujian Pasca pula dilaksanakan oleh pengkaji selepas kajian dibuat. Ujian Pasca ini dijalankan bertujuan untuk menilai sejauh mana kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan ingatan jangka panjang peserta kajian terhadap tajuk yang difokuskan ini. Ujian Pasca yang dibentuk ini sedikit berbeza dengan Ujian Pra bagi memastikan kesahan ujian. Ujian Pasca ini mengandungi 3 bentuk soalan iaitu A, B dan C.

6.2.2 PemerhatianMuhammad Hazman (2009) menyatakan bahawa pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek secara langsung. Pemerhatian dilakukan dengan merekod butiran catatan melalui nota atau sebagainya tentang situasi yang berlakui dalam bilik darjah semasa sesi pangajaran dan pembelajaran berlangsung.

Pemerhatian dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur ialah pemerhatian yang terdapat item-item dikenal pasti terlebih dahulu. Manakala pemerhatian tidak berstruktur ialah pemerhatian yang memerhati sesuatu keadaan secara menyeluruh tentang situasi yang berlaku. Pengkaji telah memilih untuk melakukan pemerhatian secara berstruktur iaitu dengan menyediakan suatu jadual pemerhatian tingkah laku dan lisan . Pemerhatian dibuat berdasarkan kepada 5 fokus utama yang terkandung di dalam jadual dibawah.

Jadual : Fokus Pemerhatian Tingkahlaku dan lisan Peserta Kajian

KodFokus pemerhatian

1 Beri perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.2 Melibatkan diri semasa menyanyi.3 Menunjukkan minat dengan kaedah nyanyian.4 Berjaya mengingati lirik nyanyian.5 Dapat menyenarai bilangan rukun solat dengan betul.

Pengkaji juga membahagikan 5 fokus pemerhatian ini kepada dua aspek iaitu pemerhatian tingkahlaku dan pemerhatian lisan yang terkandung di dalam jadual 6.

Jadual 6 : Aspek Fokus PemerhatianFokus Pemerhatian Tingkahlaku lisan

1. Beri perhatian semasa proses1.Berjaya mengingat lirik nyanyian Pengajaran dan pembelajaran 2. Melibatkan diri semasa menyanyi2. Dapat menyatakan bilangan Rukun Solat 3. Menunjukkan minat dengan kaedah3. Dapat menyenarai 13 rukun solatnyanyian 6.2.3 Soal Selidik

Pengkaji juga akan mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan reaksi peserta kajian berkaitan kaedah P&P yang dijalankan yang berfokus kepada keseronokan. Borang soal selidik ini diberikan kepada peserta kajian berbentuk soalan tertutup yang menggunakan skala likert di mana murid harus memberi skala (1 hingga 5) bagi setiap item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada objektif kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan, menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, mudah difaham serta tiada diskriminasi jantina mahupun agama.

Semasa sesi soal selidik dijalankan, pengkaji terlebih dahulu akan membaca dan menjelaskan setiap item soal selidik beserta skala kepada peserta kajian. Pengkaji memberi penerangan yang teliti bagi setiap item untuk mengekkan kekeliruan di kalangan peserta kajian. Pengkaji juga akan mengingatkan peserta kajian supaya menjawab borang soal selidik tersebut dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik tersebut, pengkaji akan dapat membuat kesimpulan samada penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P dapat mewujudkan suasana suasa pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

6.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATASepertimana yang dirancang, pengkaji akan menganalisis data berdasarkan kepada objektif kajian, antaranya ialah :

1. Meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Rukun Solat menggunakan kaedah nyanyian.Berdasarkan objektif di atas, pengkaji akan menjalankan Ujian Pra dan Pasca ke atas peserta kajian menggunakan set soalan sedikit berbeza. Perlaksanaan Ujian Pra dan Pasca untuk menilai sejauh mana peningkatan kemahiran mengingat peserta kajian bagi mengingat 13 perkara Rukun Solat dalam bentuk ujian lisan dan ujian bertulis melalui kaedah nyanyian. Seterusnya hasil pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca akan dinilai seperti contoh jadual di bawah.

Contoh Jadual Taburan peratusan Ujian Pra dan Pasca Mengikut Min

Bil Responden Ujian Pra Ujian Pasca (/13) (/13)

1Peserta kajian 1 /13/13 2Peserta kajian 2 /13/13 3Peserta kajian 3 /13/13 4 Peserta kajian 4 /13/13

Ujian Pasca ini akan dilakukan oleh pengkaji setelah rawatan dijalankan terhadap keenam-enam peserta kajian yang dipilih oleh pengkaji. Ujian Pasca ini dilakukan bagi melihat samada terdapat sebarang peningkatan pencapaian peserta kajian dan perbezaan min di antara Ujian Pra dan Ujian pasca.

Bagi melihat perbandingan antara Ujian pra dan Ujian Pasca dengan lebih jelas lagi, pengkaji akan menyediaka graf berbandingan antara kedua-dua ujian tersebut. Melalui graf ini juga, peningkatan pencapaian setiap peserta kajian yang mengikuti pembelajaran melalui kaedah nyanyian akan dapat diperhatikan dengan terperinci.

2. Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Rukun solat menggunakan kaedah nyanyian.Objektif kajian yang kedua untuk meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Rukun Solat diukur berlandaskan kepada pemerhatian berstruktur terhadap tingkahlaku peserta kajian. Terdapat beberapa aspek yang akan diperhatikan oleh pengkaji di sepanjang proses P&P berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkahlaku peserta kajian apabila menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian. Aspek-aspek yang akan diperhatikan dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu :

a. Minatb. Tingkahlaku pasifc. Penglibatand. Masalah disiplin

Seterusnya pengkaji akan menyediakan analisis borang pemerhatian untuk mengetahui kekerapan tingkahlaku murid dan akan dirumuskan dalam bentuk peratusan dan seterusnya akan diterjemahkan di dalam bentuk graf.

3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan dengan penggunaan elemen nyanyian dalam P&PDalam menjawab persoalan objektif ketiga, iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan dengan penggunaan kaedah nyanyian. Objektif ini diukur oleh pengkaji berdasarkan kepada borang soal selidik yang dijawab oleh semua peserta kajian selepas sesi P&P berakhir. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan kiraan %. Seterusnya data tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk jadual dan graf.

Contoh jadual bagi menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan analisis soal selidik selepas rawatan.

ITEM PERNYATAANYATIDAK Bil (%)Bil (%)1 Saya minat subjek Pendidikan Islam 2Saya suka mendengar Lagu 3Saya suka menyanyi Lagu 4Saya suka belajar melalui kaedah nyanyian5Nyanyian memberi keseronokan Kepada saya6Saya suka mengingat sesuatu perkara 7Kandungan Rukun Solat terlalu banyak 8Saya dapat mengingat Rukun-rukun Solat melalui kaedah nyanyian 9Saya gembira dapat Mengingat rukun-Rukun Solat dengan betul

Contoh Analisis Data Borang Senarai Semak pemerhatianKod Fokus pemerhatianKekerapanPeratusKekerapan (%)

1 Beri perhatian semasa proses Pengajaran dan pembelajaran Berlangsung2 Melibatkan diri semasa menyanyi3 Menunjukkan minat dengan Kaedah nyanyian 4 Berjaya mengingat lirik nyanyian5 Dapat menyenarai bilangan Rukun Solat

Contoh Analisis Data Pemerhatian Tingkahlaku dan lisan

Kod Aspek Kekerapan Peratusan Kekerapan

1,2,3 Tingkah laku/18 4,5, Lisan/12

7.0 KOS KAJIAN TINDAKAN

Kos dalam kajian tindakan yang saya akan laksanakan nanti tidak diperlukan.Ianya hanya melibatkan lembaran kerja sahaja.

Jadual Pelaksanaan Kajian TindakanBilAktivitiTarikh PelaksanaanCatatan

1.Tugasan KKP Proposal Kajian Tindakan 1 diedarkan28.06.2014

2.Perjumpaan dengan Pensyarah Penyelia Ustazah Maimun binti Aziz 28.06.2014

3.Penyediaan draf kertas cadangan

29.06.2014

4.

Mencari isu untuk dianalisis dan dijadikan sebagai bahan kajian01.07.- 04.07.2014

5.

Perbincangan tentang perancangan kajian tindakan bersama Guru Pend.Islam05.07.2014

6.

Perbincangan dengan pensyarah pembimbing Ustazah Maimun mengenai tajuk kajian19.07.2014

7.Menulis draf kertas cadangan tindakan

20.07 21.07.2014

8.

Merancang tindakan22.07.2014

9.Melaksanakan tindakan-menjalankan ujan pra23.07.2014

10.Mengumpul dan menganalisis data

24.07 30.07.2014

11.Refleksi kajian01.08- 03.08.2014

12.Pembentangan power point isu kajian tindakan yang lengkap bersama pensyarah pembimbing

23.08.2014

13.Pemurnian penulisan kertas cadangan tindakan yang lengkap24.08.- 19.09.2014

14.Menghantar kertas cadangan yang lengkap untuk dinilai20.09.2014

7.0 KOS KAJIAN TINDAKAN

Kos dalam kajian tindakan yang saya akan laksanakan nanti tidak diperlukan.Ianya hanya melibatkan lembaran kerja sahaja.

8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Proposal yang dihasilkan ini diharapkan akan dapat mencapai matlamat objektif yang harapkan . Berdasarkan cadangan-cadangan yang dibuat, saya yakin dan percaya, ianya akan mendatangkan hasilnya. Ini kerana melalui pengalaman yang lepas dapat saya jadikan pengajaran kepada diri saya di dalam menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran terhadap anak didik saya di kemudian hari. Lantaran dari itulah setelah difikir dan dikaji, saya telah mengambil keputusan memilih kaedah NYANYIAN untuk dilaksanakan ke atas 6 orang peserta kajian yang telah dipilih. Saya juga mengharapkan, berdasarkan kepada contoh-contoh item dan borang soal selidik yang dicadangkan itu akan dapat mendatangkan hasilnya di kemudian hari yang mana ianya akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan. Insyaallah.

29

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan pencipta semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat junjungan. Di kesempatan ini saya ingin memanjat rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas hidayat dan pertolonganNYA tugasan bagi Kajian Tindakan 1 PIM 3133 dapat saya siapkan sepenuhnya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada Uztazah Maimun binti Aziz selaku pensyarah bimbingan tugasan ini di atas tunjuk ajar beliau sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan yang banyak meluangkan masa dan sudi di dalam berkongsi mencurahkan ilmu menyiapkan Kerja Kursus ini.

Sesungguhnya tugasan ini telah memberi banyak ilmu bermanafaat kepada diri saya dan diharapkan akan menjadi satu sumber rujukan kepada pelajar-pelajar lain. Sekali lagi saya memanjat rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana tugasan ini memantapkan lagi pengetahuan sedia ada tentang ilmu tarannum yang sememangnya menjadi galakan terhadap umatnya supaya melagukan al-Quran secara terang, jelas dan tepat sebagaimana yang diturunkan. Semoga Allah memberkati segala usaha murni ini di dalam memartabatkan ilmu al-Quran al-Karim yang menjadi pedoman hidup selamanya. Insyaallah.

iii

REFLEKSI ROSZETA BINTI MD NOR700201115232

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA akhir berjaya saya menyiapkan Kajian Tindakan 1 PIM 3133. Saya menerima tugasan ini pada 19 Julai 2014 iaitu ketika toturial kedua. Pada awalnya, ketika menerima tugasan ini pelbagai persoalan yang bermain di fikiran saya.

Bagi mengatasi masalah ini, saya cuba mendapat pendapat daripada rakan-rakan sekerja di sekolah. Sedikit demi sedikit saya mula mengambil langkah positif dengan mencari maklumat dari internet dan bahan-bahan bacaan dari perpustakaan untuk dijadikan bahan-bahan yang boleh membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Melalui Kajian Tindakan 1 ini, saya telah diamanah untuk menjalankan satu kajian yang dapat menambahbaik tahap pengajaran saya sebelum ini. Untuk itu saya telah memilih satu kaedah di dalam pembelajaran iaitu Kaedah Nyanyian. Harapan saya dengan kaedah yang saya akan laksanakan nanti akan mendatang kejayaan kepada saya dan seterusnya tercapainya objektif yang dikehendaki.

Seterusnya berbagai ilmu yang dapat saya perolehi melalui Kerja Kursus yang diamanahkan kepada saya ini. Pertamanya, Saya merasa bersyukur dan bertuah, kerana dengan adanya Kajian Tindakan yang diamanahkan kepada saya ini ianya telah membuka ruang kepada diri saya sebagai seorarang pendidik mengetahui dengan lebih mendalam tentang selok-belok serta rahsia di dalam dunia pendidikan. Selain itu, penulisan Kajian tindakan ini juga telah membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap dunia pemikiran, di mana ianya dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan murid dan juga diri saya.

Akhirnya, diharapkan kajian Tindakan saya yang bertajuk Penggunaan Kaedah Nyanyian dalam pengajaran Rukun Solat ini akan dapat memberi panduan kepada diri saya khususnya dan juga kepada warga pendidik amnya di masa akan datang. Saya percaya dan yakin kejayaan seseorang murid itu adalah bergantung kepada kesungguhan seseorang guru di dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran terhadap anak didiknya. Justeru kita sebagai guru, tanyalah pada diri, bak kata pepatah tepuk dada tanya selera.RUJUKANMok Soon Sang, Lee Shok Mee. (1988) Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Mook Soon Sang. (1996). Pedagogi 1 : Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Haji Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran : Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur. Utusan Publicators and Distributors Sdn Bhd.Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu Kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. Kemmis & Mc Taggart. (1988). Dalam Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : Penerbit BPPDP, KPM.Mohd Noor Yusof, (1982). KajianMuzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Maktab Pendidikan Kesihatan Dan Pemakanan Kuala Terengganu. 22(6): 45-52.Mok Soon Sang. (2002). Siri Pendidikan Perguruan : Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3, Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). Dalam Guru Yang Kreatif : Isu-isu Teorikital Dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn Bhd.Routier, W. (2003). Read Me a Song : Teaching Using Picture Book Songs. Orlando : International Reading Assosiation.Jean Piaget. (1959). Piaget : The Languange and Thought of the Child. London. Toylor and Francic Group.Zainuree Mohd Saad. (2003). Kajian Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Di dalam Pengajaran Dan Pembelajaran BIologi SMK Buyong, Adil Tesis Diploma Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.Dewan bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Selangor. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2005) Kamus Dewan (Edisi keempay) Selangor. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.Al-Quran al-Karim.Wikipedia (2011). Melody. Diperoleh Ogos 2014 dari http://en.wikipedia.Org/wiki/Melody.Edith Indek, Kamariati Hussin. (t.t). Keberkesanan Lagu dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh Julai 2014, dari http://www.docstoc.com/docs/33520737/keberkesanan-lagu -dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran.Eisner, E. (2003). The Function Of Music In education. Muat turun pada 12 Ogos 2014. http://www.isme.org/article/view/98/1/26.Kamaliah Aminah Abdullah. (2005). Kajian Penggunaan Rangsangan Muzik Terhadap Penguasaan Sifir Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun. Muat turun pada 7 Julai 2014.http://www.fb.utm.my/ePusatSumber.Noraini Ahmad. (2003), Menguatkan Ingatan. Muat turun pada 13 Ogos 2014.http://books.google.com.my.Savin,C.F. (2001). Tune-InTo Biology: Music In The Sciense Classroom. Muat turun pada 14 Ogos 2014.http://www.science.subaru.com/teaching_ideas/carolsavin.

CONTOH BORANG SOAL SELIDIKNAMA :--------------------------------------------------------KELAS :---------------------BACA KENYATAAN DI BAWAH DAN TANDAKAN (/) PADA PILIHAN JAWAPAN ANDA. SILA JAWAB DENGAN JUJUR.BIL

PERNYATAANYATIDAK

1

Saya minat subjek Pendidikan Islam

2Pengajaran cikgu membosankan

3Bimbingan yang cikgu berikan mencukupi

4Aktiviti yang dijalankan sangat menarik

5Penerangan cikgu mudah difahami

6Cikgu memberi tumpuan kepada saya

7Saya berasa sukar untuk menghafal 13 rukun solat

8 Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar

9Belajar Pendidikan Islam menyeronokkan

12atihan diberikan sangat mudah

RUKUN SOLAT 13 PERKARARukun Solat ( 2 x)Rukun Solat 13 PerkaraMula Dengan ( 2 x)Mula Dengan Berdiri Tegak2 Niat ( 2 x)Niat Dalam Hati3 Takbir ( 2 x)Takbir Ratul Ihram4 Baca ( 2 x)Baca Al Fatihah5 Rukuk ( 2 x)Rukuk Serta Tomakninah6 Iktidal ( 2 x)Iktidal Serta Tomakninah7 Sujud ( 2 x)Sujud Serta Tomakninah8 Duduk ( 2 x)Duduk Antara Dua Sujud9 Duduk ( 2 x)Duduk Tahiat Akhir10 Baca ( 2 x)Baca Tahiat Akhir11 Selawat ( 2 x)Selawat Nabi Muhammad12 Salam ( 2 x)Salam Yang Pertama13 Tertib ( 2 x)Tertib Rukun Solat

BORANG SOAL SELIDIK

Nama:------------------------------------------------------Kelas:------------------------ Tandakan (/) berdasarkan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut :1= sangat tidak bersetuju2= tidak setuju3= Kurang setuju4= Setuju5= sangat setuju

BILSOALAN12345

1Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran pada hari ini

2Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini

3Saya berasa mudah untuk menghafal fakta

4Pengajaran guru membosankan

5Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya

6Saya berasa bersemangat untuk belajar Pendidikan Islam

7Saya sangat suka dengan kaedah Nyanyian ini

8Saya boleh gunakan kaedah yang cikgu perkenalkan pada hari ini pada mata pelajaran lain