Proposal Kaedah Imla'

6
1.TAJUK Kemahiran Mendengar dan Menulis Kosa Kata Arab Melalui Kaedah Imla’ . 2.PENGENALAN Dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar khasnya pelajar di peringkat awal persekolahan terdapat permasalahan utama yang perlu diberi perhatian, iaitu kelemahan pelajar dalam penguasaan kosa kata Arab. Faktor kelemahan ini akan memberi kesan negatif kepada pelajar dalam usaha menguasai bahasa Arab, baik dalam berkemahiran mahupun dalam pencapaian peperiksaan. Faktor kelemahan penguasaan kosa kata ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami teks atau artikel yang dibaca, bahkan tidak mampu membina ayat yang tepat apatah lagi membina karangan yang berkualiti. Selain itu, dari aspek kemahiran berkomunikasi pula, kelemahan penguasaan kosa kata menyebabkan pelajar tidak dapat bertutur dengan baik. Oleh itu kajian ini cuba menyenaraikan kesilapan yang dilakukan pelajar dalam kemahiran mendengar dan menulis kosa kata arab serta menganalisis kekeliruan semasa menyambung dan membezakan huruf yang hampir sama. Kajian ini juga ingin melihat implikasi kemahiran mendengar ke atas kemahiran menulis pelajar dalam penguasaan kosa kata melalui kaedah imla’. 3.MASALAH KAJIAN 1

description

proposal

Transcript of Proposal Kaedah Imla'

1.TAJUKKemahiran Mendengar dan Menulis Kosa Kata Arab Melalui Kaedah Imla .2.PENGENALANDalam usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajarkhasnya pelajar di peringkat awal persekolahan terdapat permasalahan utama yang perludiberi perhatian, iaitu kelemahan pelajar dalam penguasaan kosa kata Arab. Faktorkelemahan ini akan memberi kesan negatif kepada pelajar dalam usaha menguasai bahasaArab, baik dalam berkemahiran mahupun dalam pencapaian peperiksaan.Faktor kelemahan penguasaan kosa kata ini akan menyebabkan pelajar tidak dapatmemahami teks atau artikel yang dibaca, bahkan tidak mampu membina ayat yang tepatapatah lagi membina karangan yang berkualiti. Selain itu, dari aspek kemahiranberkomunikasi pula, kelemahan penguasaan kosa kata menyebabkan pelajar tidak dapatbertutur dengan baik.Oleh itu kajian ini cuba menyenaraikan kesilapan yang dilakukan pelajar dalam kemahiran mendengar dan menulis kosa kata arab serta menganalisis kekeliruan semasa menyambung dan membezakan huruf yang hampir sama. Kajian ini juga ingin melihat implikasi kemahiran mendengar ke atas kemahiran menulis pelajar dalam penguasaan kosa kata melalui kaedah imla.3.MASALAH KAJIANMasalah kajian ini dijalankan kerana terdapat sebahagian murid di Sekolah Kebangsaan tidak dapat menulis kosa kata arab dalam bentuk perkataan dan rangkai kata dengan betul berdasarkan beberapa kali ujian melalui kaedah imla yang telah dijalankan ke atas mereka.Berlaku kekeliruan semasa menyambung dan membezakan huruf yang hampir sama dalam aktiviti menulis perkataan arab.Maka, kajian ini cuba untuk mengenal pasti kesalahan huruf yang sering dilakukan di kalangan murid-murid sekolah kebangsaan dalam aktiviti kemahiran menulis. Kajian ini juga untuk menganalisis huruf-huruf yang menjadi kekeliruan dikalangan murid-murid dalam aktiviti penulisan kosa kata bahasa Arab menerusi kaedah imla. Kajian ini juga ingin melihat implikasi kemahiran mendengar ke atas kemahiran menulis pelajar dalam penguasaan kosa kata melalui kaedah imla. Justeru itu, melalui kajian ini kita mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dan secara seterusnya dapat merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi sumbangan dan motivasi atau dapat menanam rasa cinta dalam diri pelajar untuk mempelajari Bahasa Arab dengan lebih tekun seterusnya berjaya dalam pendidikan Bahasa Arab. 4.KEPENTINGANPentingnya kajian ini kerana ianya amat selari dengan kehendak dan aspirasi Kerajaan yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab dan memahaminya dengan lebih baik semenjak di sekolah rendah lagi. Justeru kajian ini adalah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul kemahiran Bahasa Arab yang lebih sesuai dan mantap dan bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya pelajar sekolah rendah. Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti kesalahan huruf yang sering dilakukan di kalangan murid-murid sekolah kebangsaan dalam aktiviti kemahiran menulis serta menganalisis huruf-huruf yang keliru dikalangan murid dan secara tidak langsung dapat mengenalpasti metod pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah mempelajari Bahasa Arab. Masyarakat dan ibu bapa pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab . Di samping itu dapat meningkatkan peranan bahasa Arab sebagai wadah penting dalam proses penitisan ilmu-ilmu Islam dan subjek-subjek yang berteraskan keagamaan. Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam merialisasikan pembelajaran bahasa arab. 5.OBJEKJIF1. mengenal pasti kesalahan huruf yang sering dilakukan di kalangan murid-murid sekolah kebangsaan dalam aktiviti kemahiran menulis menerusi kaedah imla.2. Menganalisis huruf-huruf yang keliru dikalangan murid sekolah kebangsaan dalam aktiviti penulisan kosa kata Arab menerusi kaedah imla.3. Melihat implikasi kemahiran mendengar keatas kemahiran menulis kosa kata melalui kaedah imla

6.SOALAN KAJIApakah kesalahan huruf yang sering berlaku dalam kalangan pelajar sekolah kebangsaan menerusi kaedah imla.? Apakah huruf-huruf yang keliru dikalangan murid sekolah kebangsaan dalam aktiviti penulisan kosa kata arab menerusi kaedah imla.? Adakah terdapat implikasi kemahiran mendengar keatas kemahiran menulis kosa kata arab melalui kaedah imla?7.BATASAN KAJIANFokus kajian ini akan mengenal pasti kesalahan huruf yang sering berlaku dalam kalangan pelajar sekolah kebangsaan melalui kaedah imla.Fokus kedua kajian ini akan menganalisis huruf-huruf yang keliru dikalangan murid sekolah kebangsaan dalam aktiviti penulisan aksara arab menerusi program j-QAF yang melibatkan 60 pelajar daripada 2 buah kelas tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA, Nilai Negeri Sembilan.8.KAEDAH KAJIAN8.1 Reka bentuk kajianPendekatan kajian adalah kajian Kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan. Kajian deskriptif digunakan untuk meninjau kesalahan huruf yang dilakukan murid semasa aktiviti kemahiran menulis melalui ujian pencapaian. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis menganalisis huruf-huruf yang keliru dikalangan murid sekolah kebangsaan dalam aktiviti penulisan kosa kata arab. Data kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan ujian pencapaian . Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi membuat perbandingan keputusan dan kamahiran menulis pelajar. 8.2 Metod Penganalisaan DataData ujian pencapaian yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 19.0. Antara ujian yang akan dijalankan ialah statistik deskriptif dan ujian korelasi bagi melihat implikasi kemahiran mendengar ke atas kemahiran menulis kosa kata pelajar melalui kaedah imla. 8.3 Instrumen KajianKajian ini akan menggunakan Ujian pencapaian juga digunakan sebagai instrumen 9.ISTILAH DEFINASIKemahiran Mendengar : Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dan ia merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan Kemahiran Menulis : Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.Kosa kata arab : Perkataan bahasa arab Kaedah Imla : Perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain; suatu cara pelajar menulis perkataan yang disebut oleh guru

1