Proposal Kajian Tindakan Pelajaran Sains Tingkatan 4

8
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN PELAJARAN SAINS TINGKATAN 4 TAJUK : Meningkatkan Penguasaan Bagi Mengingatkan istilah-istilah Sains Dengan Ejaan Yang Betul Dalam Soalan Berlabel Kertas Dua Dengan Menggunakan Permainan “Hangman” . TEMPAT : Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjong Melaka. NAMA PENYELIDIK : Lau Chun Giap NAMA MENTOR: PN HJH ROSIAH HARON

Transcript of Proposal Kajian Tindakan Pelajaran Sains Tingkatan 4

Page 1: Proposal Kajian Tindakan Pelajaran Sains Tingkatan 4

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN PELAJARAN SAINS

TINGKATAN 4

TAJUK : Meningkatkan Penguasaan Bagi Mengingatkan

istilah-istilah Sains Dengan Ejaan Yang Betul Dalam Soalan

Berlabel Kertas Dua Dengan Menggunakan Permainan

“Hangman” .

TEMPAT : Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjong

Melaka.

NAMA PENYELIDIK : Lau Chun Giap

NAMA MENTOR: PN HJH ROSIAH HARON

Page 2: Proposal Kajian Tindakan Pelajaran Sains Tingkatan 4

1. TAJUK

Meningkatkan Penguasaan Bagi Mengingatkan istilah-istilah Sains Dengan Ejaan Yang Betul

Dalam Soalan Berlabel Kertas Dua Dengan Menggunakan Permainan “Hangman”.

2. ISU / KEPERIHATINAN YANG DIKAJI

Masalah utama yang dapat di kesan adalah :

a) Pelajar-pelajar tidak dapat menghafal istilah sains.

b) Pelajar-pelajar tidak mengejakan istilah sains dengan tepat.

c) Pelajar-pelajar keliru ejaan istilah sains Bahasa Inggeris dengan Bahasa Malaysia.

Oleh itu, penyelidik telah terpanggil untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah ini. Penyelidik

sedar akan kelemahan pelajar-pelajar untuk menghafal istilah sains, inikan pula dalam Bahasa

Inggeris. Setelah mencuba beberapa cara dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, penyelidik

telah memperkenalkan satu teknik yang dinamakan Permainan “Hangman”.

3. REFLEKSI MASALAH

Berdasarkan analisis kajian yang telah dibuat, di Tingkatan 4 Sekolah Menenagah Kebangsaan Sri

Tanjong, didapati 50% pelajar tidak dapat menguasai mata pelajaran Sains dengan dapat

menghafal istilah sains. Data ini diperolehi daripada ujian March tinkatan 4 2011. Adalah

didapati fenomena ini berpunca daripada kurangnya penguasaan istilah sains sama ada dalam

Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris. Di samping mata pelajaran Sains dalam Bahasa

Inggeris merupakan mata pelajaran yang penting dan wajib diambil oleh semua pelajar

menengah. Kebanyakkan pelajar ini bukannya tidak dapat menjawab soalan Sains dalam Bahasa

Inggeris, tetapi juga tidak mengejakan istilah sains dengan tepat.

Penyelidik mengambil inisiatif menggunakan Permainan “Hangman” untuk membantu

pelajar menguasai istilah-istilah Sains dalam Bahasa Inggeris

Page 3: Proposal Kajian Tindakan Pelajaran Sains Tingkatan 4

FOKUS KAJIAN

Penyelidik mendapati, pelajar-pelajar ini boleh menjawab soalan-soalan label yang diberikan

dengan baik sekiranya mereka dapat menghafal istilah sains dalam Bahasa Malaysia ataupun

istilah sains dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana perbendaharaan kata Bahasa Inggeris

mereka amat terhad. Di antara kehendak / arahan soalan Sains yang biasa dibuat adalah

seperti :

a)Fill in the blanks

b) Match

c) Labeling

4. OBJEKTIF

4.1 Objektif Am:

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bagi dapat menghafal istilah sains dan

mengejakan istilah sains dengan tepat dengan menggunakan teknik Permainan “Hangman”

4.2 Objektif Khusus:

Di akhir kajian, pelajar-pelajar dapat:-

4.2.1 Menjawab soalan-soalan Sains berjenis labeling dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa

Malaysia dengan betul.

4.2.2 Menjawab 9 daripada 10 soalan yang diberi dengan betul.

5. KUMPULAN SASARAN

39 orang pelajar Tingkatan 4 Perdagangan yang terdiri daripada 22 orang pelajar lelaki dan 17

orang pelajar perempuan.

Page 4: Proposal Kajian Tindakan Pelajaran Sains Tingkatan 4

6. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

6.1 Tinjauan masalah

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, ujian March dianggap sebagai Ujian Pra 1.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang masalah ini, beberapa soalan Ujian Pra

2 berkaitan topik “Heridity and Variation” akan kepada 15 orang pelajar terlibat.

6.2 Teknik Permainan “Hangman”

Semasa mengajar mata pelajaran Sains Tingkatan 4 perdagangan, penyelidik telah menggunakan

Permainan “Hangman”. Permainan “Hangman” iaitu rangkaian perkataan ;

a) Permainan “Hangman”

Permainan “Hangman” merupakan permainan yang menekakan perkataan-perkataakn yang

diberi. Pemain-pemain perlu meneka huruf huruf yang telah dicadanagkan oleh pemain yang

lain. Kalau pemain tersebut gagal untuk menekakan huruf yang tepat, gampar “hangman” akan

dilukis.

Permainan tersebut tamat apabila:

Pemain yang bersaing dapat menekat perkataan itu dengan tepat sebelum gambar “Hangman” dilukis.

Atau gambar “Hangman habis dilukis

Contoh “Hangman”

Page 5: Proposal Kajian Tindakan Pelajaran Sains Tingkatan 4

Langkah-langkah yang penyelidik jalankan dengan menggunakan teknik ini ialah:

6.2.1 Memperkenalkan 10 istilah Sains tajuk “heredity and variation” dalan bahasa Inggeris.

6.2.2 Pelajar mencatatkan / menampalkan perkataan-perkataan ini ke dalam ‘’Buku Istilah

Sains’’.

6.2.3 Pelajar memahami topic dan istilah-istilah Sains yang diajar.

6.2.4 Pelajar idperkenalkan permainan “Hangman” istilah-istilah Sains.

6.2.5 Pelajar membuat latihan.

6.2.6 Pelajar cuba menjawab soalan-soalan dengan betul.

6.2.7 Guru menyemak jawapan

6.3 Menjalankan ujian pos

Satu ujian pos akan diberikan untuk membuktikan keberkesanan Permainan “Hangman”

tersebut.

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN

BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS

1. Kertas A4 1 rim RM 10.00

2. Printer Cartridge 1 unit RM 50.00

3. Fotostat bahan dan laporan kajian RM 20.00

4. . Buku catatan guru 1 buah RM 2.00

JUMLAH RM 82.00

Page 6: Proposal Kajian Tindakan Pelajaran Sains Tingkatan 4

8. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN CATATAN

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 1 1 April 2011 (Masalah ini dapat dikesan

setelah pelajar menjalani ujian bulan March).

2 Menulis proposal 18 April 2011

3 Merancang tindakan 4 May 2011

4 Melaksanakan tindakan 11 May 2011

5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 16 May 2011

6 Ujian pos untuk mengesan pencapaian pelajar 17 May 2011

7 Refleksi kajian 30 May 2011

8 Menulis laporan kajian 17 Jun 2011

9. PEMERHATIAN

9.1 Pemerhatian

• Semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru akan melihat bagaimana respon

pelajar setiap kali soalan-soalan / arahan digunakan.

• Guru juga dapat melihat sikap pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

sama ada memberi perhatian atau bermain.

• Guru dapat mengesan kelemahan pelajar dengan cepat dan memberikan bantuan.

9.2 Latihan dalam kelas

• Istilah Sain ditekankan setiap kali selepas sesi penerangan tentang topik yang diajar.