proposal pembinaan jeti

3
Pengerusi Persatuan Belia 4B Kampung Pengkalan Durian Linggi, Negeri Sembilan YB.Dato’Ismail Bin Taib Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan ,Sains daninovasi Negeri Sembilan Darul Khusus. Tarikh : / / 2009 Yang Berhormat Dato’ PER: PERMOHONAN SOKONGAN CADANGAN PEMBINAAN JETI NELAYAN KG.PENGKALAN DURIAN. Dengan hormatnya saya menarik perhatian pihak YB. Dato’ Ismail mengenai perkara di atas. 2. Untuk pengetahuan YB Persatuan Belia 4B dan Pemuda UMNO Cawangan Pengkalan Durian telah berbincang untuk membina sebuah jeti bagi kemudahan nelayan Kampung Pengkalan Durian. Pembinaan jeti ini adalah dicadangkan di atas tanah sementara (TOL) seluas 0.4020 ekar. 3. Oleh yang demikian,amatlah diharapkan sokongan daripada Dato’ Ismail Bin Taib agar Pembinaan Jeti ini dapat dilaksanakan. 4. Bersama-sama ini juga kami lampirkan bersama kerta kerja projek bagi pembiaan Jeti tersebut. 5. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak YB.Dato’Ismail Bin Taib dalam perkara ini amatlah kami hargai. Sekian, Terima kasih. Saya yang menjalankan tugas,

Transcript of proposal pembinaan jeti

Page 1: proposal pembinaan jeti

PengerusiPersatuan Belia 4BKampung Pengkalan DurianLinggi, Negeri Sembilan

YB.Dato’Ismail Bin Taib Pengerusi Jawatankuasa BertindakKesihatan ,Sains daninovasiNegeri Sembilan Darul Khusus. Tarikh : / / 2009

Yang Berhormat Dato’

PER: PERMOHONAN SOKONGAN CADANGAN PEMBINAAN JETI NELAYAN KG.PENGKALAN DURIAN.

Dengan hormatnya saya menarik perhatian pihak YB. Dato’ Ismail mengenai perkara di atas.

2. Untuk pengetahuan YB Persatuan Belia 4B dan Pemuda UMNO Cawangan Pengkalan Durian telah berbincang untuk membina sebuah jeti bagi kemudahan nelayan Kampung Pengkalan Durian. Pembinaan jeti ini adalah dicadangkan di atas tanah sementara (TOL) seluas 0.4020 ekar.

3. Oleh yang demikian,amatlah diharapkan sokongan daripada Dato’ Ismail Bin Taib agar Pembinaan Jeti ini dapat dilaksanakan.

4. Bersama-sama ini juga kami lampirkan bersama kerta kerja projek bagi pembiaan Jeti tersebut. 5. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak YB.Dato’Ismail Bin Taib dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………(MOHD SHAHID BIN IBRAHIM)Pengerusi Persatuan Belia 4BKg.Pengkalan Durian.

s.k -Tuan Hj.Abdul Rahman Bin Hassan(Pengerusi JKKKK)-En Abdul Rahman Bin Redza(Ketua Pemuda Kg.Pengkalan Durian)-En Zulkarnain Bin Ariffin(Penyelaras Belia Dun Linggi

Page 2: proposal pembinaan jeti

KERTAS KERJA PROJEK PEMBINAAN JETI PENGKALAN DURIAN

1. Nama Projek Projek Pembinaan Jeti di Kampung Pengkalan Durian

2. Penjelasan tentang cadangan projek Cadangan projek pembinaan jeti ini dibuat bagi memberi kemudahan kepada penduduk di Kampung Pengkalan Durian untuk melabuhkan bot di satu kawasan sahaja.

3. Objektif/Tujuan Objektif utama pembinaan jeti ini ialah untuk memberi peluang kepada penduduk di kampung ini meningkatkan taraf ekonomi dengan pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di kawasan jeti. Antaranya ialah kemudahan menyewa bot, kemudahan kepada pelancong mendapatkan bot, untuk tujuan memancing dan sebagainya.

4. Manfaat/kebaikan projek Manfaat dan kebaikan projek ini ialah nelayan di kampung ini dapat menjual hasil tangkapan mereka setiap hari di kawasan jeti. Selain itu ia juga memberikan kemudahan kepada pemborong-pemborong mendapatkan ikan daripada nelayan-nelayan. Ia juga dapat meningkatkan dan memberi peluang peniagaan kepada penduduk setempat. Di samping itu ia juga dapat memastikan generasi akan datang dapat mengekalkan kegiatan ekonomi di kampung ini.

5. Rancangan perlaksanaan dan keperluan Rancangan perlaksanaan ini memerlukan kawasan tanah sementara (TOL) seluas 0.4020 ekar di Kampung Pengkalan Durian. Selain itu, kawasan tanah ini juga dikenalpasti sebagai kawasan yang strategik kerana ia berhampiran kawasan dengan sungai.

6. Anggaran kos pembinaan Anggaran kos pembinaan jeti ini dianggarkan sebanyak RM 50,000. Ini ialah berdasarkan kepada keluasan jeti iaitu dianggarkan 10 meter panjang dan 2-3 lebar jeti. Anggaran ini juga merangkumi penggunaan bahan-bahan seperti besi, konkrit, kayu, upah perunding dan buruh.

7. Modal perniagaan dan unjuran keuntungan

Anggaran kos mendapat ikan =Anggaran kos penjualan =Anggaran kos keuntungan =